Extream betul tajuk yang korang suruh aku buat
entry ni. Ye aku faham korang semua tertekan dengan soalan2 yang di terjah,
sampai korang rasa mati akal, mati pucuk...eh salah tulis pulak..mati
lidah..segala-galanya mati untuk seketika bila soalan ini di ajukan....
"Bila nak kahwin"???? Ni lahnye soalan keramat
yang boleh buat ko rasa bad mood setahun setengah ngan jiran tetangga, sepupu
sepapat, mak-mak sedara... actually ada jawapan paling legend supaya diorang
berhenti bertanya, cuma a bit kurang ajar, dan segala tindak balas selapas
soalan di ajukan, admin tidak akan bertangungjawap ye..jawapan dia camni
"Kalau kau sudi share laki kau ngan aku apasalahnya, boleh kita
bermadu" amacam??? win tak????
Macamnilah, aku kahwin dulu pon sebelum
umor aku masuk 30 dan aku dapat anak 3 pun sebelum umur aku cecah 34, so awal
aku dapat rasa nikmat beranak awal, so mungkin kurang adil kalau aku ketepikan
perasaan korang yang tak senasib dengan aku ni kan, but aku boleh lah share
sikit nasihat untuk gadis-gadis yang terdesak sangat nak kahwin.
Kahwin ni ada 5 stage pada pendapat aku
seorang ye, bukan pendapat orang lain, aku pernah buat statement mcam ni kat
salah satu entry akuyang aku sendiri tak ingat apakebendanya.
Stage 1 = stage miang-miang keladi, which
is stage ni, umor ko baru akil baligh, baru nak rasa syoknyer dunia, belum ada
kerja, belum habis belajar, yang perempuan pulak baru tumbuh asset2 yang
bernilai, baru pandai nak letak lipstick kat bibir, baru pandai nak mengemas
diri sendiri...Masa stage ni semua mak n ayah selalunya tak bagi korang kahwin,
bukan sebab tak suka ko kahwin awal, tapi belum mampu lagi korang nak jalankan
tangungjawap sebagai suami dan isteri, tapi kau still gak nak kahwin sebb time
ni ko rasa kemaruk ko memuncak sesangat sampai mak ko pon tak boleh nak halang
kau.
Satge 2 - stage normal. Time ni umor
antara 23-28, waktu2 ni selalunya dah ada kerja sendiri, dah boleh handle life
sendir, cuma biasalah untung nasib timbul untung sabut tenggelam, tak semua
orang bernasib baik dapat pasangan yang matang dan boleh bertolak ansur, tetapi
selalunya dalam perkahwinan ni, memang selalu di uji, cuma kita tahan dengan
tak tahan je.
Stage 3 - Stage terdesak, di mana umor
dah dan masuk 30 an, time ni belum ada boypren lag, bukan kata boypren kambing
pun takut nak pandang korang...(eh jangan marah, gurau je ye). Time ni memang
korang akan gelabah cari pasangan, tu yang kadang-kadang korang rasa korang
macam tersalah pilih pasangan...actually tak tersalah pun, semua tu dah di
tetapkan kat lohmahfuz sebenarnya. Cuma bila pasangan tu tak sesuai dengan
kita, kita akan cepat rasa camtu. Bab ni memang bahaya sebab kadang-kadang
boleh menyebabkan kemurungan melampau bila still x dapat jodoh lagi.
Stage 4 - Stage matang, selalunya
golongan yang terllibat adalah golongan duda, janda, anak dara yang dah banyak
umur, lelaki bujang yang dah banyak umur, diorang ni tak meletakkan sesuatu
perhubungan tu ke tahap yang stress, diorang akan follow the situation, kalau
betul jodoh diorang akan kahwin, if bukan jodoh, diorang akan move on, tak ada
terdesak dan mendesak. Time ni life lebih rrileks, cuma life diorang ni memamng
jenis yang super bizi, so orang yang bakal jadi life patner diorang mesti jenis
yang sabar, memahami tahap makam paling tinggi. Kalau setakat nak acah-acah
manja, boleh siap2 beratur jauh-jauh ye...hahahahahaha
Stage 5 - Stage ni susah aku sikit, sebab
ada macam2 pengaruh, ada pengaruh miang nak kahwin lagi satu, ada sebab nak isi
kekosongan lepas bini or laki mati....mana-mana yang korang rasa suka, boleh
korang isi sendiri.
Ok, dah jelas kan dengan stage-stage ni,
so apa kata kalau korang rasa korang kat stage yang terdesak tu, korang bawak
bersabar nanti bila korang dah berumur sikit dan dah nak masuk stage 4, korang
akan cool dengan sendiri...eh hahahahahaha jangan emo ye..
Ni nasihat yang betul2, ni tak tipu, ye.
Kenapa korang rasa terdesak sangat tak kahwin? sebb korang rasa sunyi? korang
nak teman berbual? korang nak rasa ada suami bila gi mana-mana ada orang teman?
korang nak dapat baby cepat???? mana satu jawapan idaman kalbu korang????
Soalan aku simple je, korang pasti ke lepas korang kahwin, korang tak akan
sunyi? pasti ke laki korang akan temankan korang sembang bila korang sunyi? ke
di bantainyer tidor berjam-jam? korang pasti ke dia akan temankan korang gi
jalan2? kalau dapat jenis anti sosial?? korang pasti kalau korang kahwin korang
boleh mengadung dan dapat baby??? pasti ke semua tu??? sapa ada jawapan yang
pasti sila angkat tangan ye???
Ha, tak pasti kan semua benda tu, dah tu
kenapa rasa terdesak dan tertekan sangat nak kahwin? Percaya tak Allah tu
sayang korang, tu sebab dia uji macam tu, dia tetapkan jodoh korang
sekian-sekian, so kena sabar, kalau dah memang ditakdirkan korang tak kahwin
sampai bila2, redha. Ada yang risau kalau tak kahwin, sok-sok sakit tak de sapa
nak jaga....boleh tak aku gelak....ko acah-acah pasti je kalau kahwin nanti
laki korang akan jaga korang kan??? tu aku cakap, percaya pada Allah, bukan
percaya pada Manusia, ada sebab Allah bagi jodoh lambat, dia nak bagi yang
terbaik dan sesuai lah tu. tu je sebabnya, dia Maha mengetahui, tak payah
risau, bab hal urusan kau time sakit tu, mintak Allah permudahkan, berapa ramai
yang kahwin, tp bila sakit laki kahwin lain??? memang ramai gak yang time sakit
laki sanggup jaga, equal lah, ada yang bagus, ada yang x bafgus...cuma jangan
mengharap kepada seuatu benda yang tak pasti.
Korang kalau masih belum jumpa jodoh,
jangan pergi jumpa bomoh, manid buang sial lah, minum air tujuh telaga lah, air
tujuh batu lah, mandi tekat tempa keramat lah, jenuh nak cari tempat keramat,
yang ada dato kerramat, taman keramat, keramat wangsa, keramat au3...tu senang
nak cari...jangan lah percaya benda2 macam tu je, mintak pada Allah je,
Pernah tak korang terdikir, dalam hidup
ni tak semua benda tu kita akan dapat, memang bab jodoh ko di uji, tapi bab
rezeki kerja, persahabatan, saving, relationship dengan parent, korang mungkin
ada kelebihan dekat situ, rezeki bab pekerjaan yang bagus, jawatan yang bagus,
tu pon part rezeki, so kenapa mengeluh bila Allah genggam jodoh korang?.
jangan fikir bila kahwin, lega satu
masalah, nnti dah kwen sibuk orang tanya bila nak beranak, bila tak
beranak-ranak ko akan stress lagi, kalau dah beranak, orang tanya bila nak
dapat baby boy? asyik dapat baby girl je...bila dan dapat sepasang akan ada
lagi soalan-soalan cepu emas yang tak akan berhenti membuatkan korang rasa
stress...
Aku faham, korang ni kadang-kadang jenis
terpengaruh dengan cerita novel2 melayu yang memang kadang2 tahyul nau
rasanya...so time tu ko feeling2 and nak cepat-cepat kahwin sebb korang yakin
akan bahagia hingga everefater...
But, sebelum korang stress2 fikir kenapa
jodoh lambat lagi, apa kata ko check balik benda2 yang aku sebutkan kat bawah
ni dulu ye:
Relationship dengan mak n ayah, ada kawan
yang mintak tips, and ni lah tips yang aku bg ke dia, suruh dia check balik
relationship dia dengan mak n ayah dia, paling win bila dia cakap relation dia
ok je...huhuhu then aku suruh dia mintak maaf kat both parent dia, sebb tak
tahu kadang-kadang kita ada lukakan hati diorang tanpa sedar, macam tu gak
relation sesama manusia, ipar duai, mesti ada berlaku pergeseran yang kita tak
perasan, so minta maaf secara berdepan, bukan secara hantar wassup, unless
kawan ko dok conggo, memang jauh lah nak jumpa kan...tu wassup je sudahlah
janji maksud tu sampai.
Sedekah, ada tak korang bersedekah?
Sedekah ni in many ways lah, beri makan ke, duit ke, apa2 je lah. Pernah tak
kita nak bagi sedekah, tapi bila kita terpegang note besar, kita tiba-tiba
terus capai note kecik, untuk sedekah. Macam tu gak, kalau ada orang mintak
sedekah, kita bagi alasan tak ada duit kecil, kenapa perlu ada alasan macam tu
kan? apa yang kita pegang, itulah rezeki orang tu, tak kisah besar atau kecil,
yang pertama kita pegang tu lah kita beri, jangan risau takut duit habis, duit
tak akan pernah habis sebb rezeki tu Allah yang beri, kena ingat ye, orang yang
terima sedekah tu tak ambil langsung duit kita, apa yang kita beri tu adalah
portion dia sebenarnya, kita je rasa kedekut dan takut duit kita habis. So,
sedekah tanpa ragu2, ha bab sindiket pulak, bab orang yang meniou sedekah ni,
tak perlu risau, tu antara dia dengan Allah, kita cuma sedekah saja, tak perlu
fikir dia tipu or tidak, kalau risau budak tu tak dapat apa yang kita beri, apa
kata kita belanja dia makan? tu pun part sedekah gak kan??? so kenapa nak
berkira bila bersedekah sedangkan Allah tak pernah berkira tunaikan segala
permintaan kita.
DAh buat solat taubat? dah bersihkan hati
dari sakit hasad dan dengki? Benda ni paling penting, dalam ipar duai, adik
beradik, sedara sendir mesti akan ada sifat2 macam ni, bila mak ayah asyik
todur rumah abang or adik kita, kita sentap, hasut2 mak n ayah suh tidor umah
kita sebab jeles, sebab sakit hati adik or abang dapat layanan lebih, sedangkan
sama je, tp bila hati tu dah dengki memang semua jadi tak suka, tu belum bab
cemburu dengan ipar duai, mengutuk ipar duai dalam group wassup, mengutuk ipar
duai depan adik beradik, depan ma ayah, dengan tujuan menghasut, macam2 lah, so
kena bersihkan dulu diri kita dari benda macam tu, nampak alki orang tu pakai
kereta BMW, mula kita pon mengutuk dari mana dia dapat duitlah, keje
apalah....ha sila jauhkan diri dari benda2 macam tu ye.
InsyaAllah, bila korang rasa dah settle
dari masalah ni, buat solat taubat dan mohon pada Allah, InsyaAllah
dipermudahkan......er...ada lagi...kita pon bila dah kahwin, dah ada anak
janganlah mengutuk or memperli orang yang belum jumpa jodoh ye or orang yang
belum beranak ye, sebb takut Allah bagi kifarah melalui anak kita plak sebagai
peringatan atas ketelanjuran kata-kata kita...Wallahualam
No comments:
Post a Comment