Pages

Wednesday, October 9, 2013

Malaysia Today

I heard the news of Era Radio this morning, the government will reduce income tax but limited to the middle salary range. I have no idea about the salary range, might be salary between 5k-7k (gross salary). For me it’s doesn’t matter how much your gross salary, the most important thing is, your net salary after deducting the compulsory deduction.

Nowadays, all expenses increase without any signal and control. This is one of the factors contribute to the increasing living expenses. If you go to the market and bring 20 Ringgit, what kind of things you will get? Here and there people talk about the increasing price of groceries, fuel, house and etc but the major question is who controlled the price???? Who behind the scene?????

This thing will never happen if nobody behind the scene right?? I still remember my economic teacher said, our country is not a capitalist economy. We are not practicing that but now, we are similar to the capitalist economy, rich person becomes rich and poor person becomes poor.

Lately, rumors about government will increase another 15 cents for petrol Ron 95, just because to stop smuggling activities. What the hell is going on??? Just because of them, why they must put all the burden to people??? We have a police, custom and all civil servants which is responsible to stop and control the activities, so why they need burden us???

Two days ago, I went to Jalan Ampang, suddenly I saw very exclusive kindergarten there. You know what I think???? This is one of the factors contribute to the increasing living expenses. It’s doesn’t matter how much the fees, rich people willing to pay for their kids security and education. So, in this situation, others kindergarten slowly upgrade their syllabus and services to increase their fees also. So what kind of kindergarten left for people like us??? Only KEMAS and PASTI right?

Oh, I forgot about BRIM. Our Ex-Prime Minister said, no need to give the aid money, this is to teach people not to rely on the government. They must help their self instead of government help them. The reason doesn’t make sense! As a contributor to the income tax, at least I know, where the money has been channeled. Every year, the government received over than 100 million Ringgit incomes taxes and alms from Malaysian people. So, no big deal for them to give the money right?


Otak-otak Tenggiri Tautan Kasih & Kangkung Rebus Panahan Cinta


Salam.
Tekak tiba-tiba terasa nak makan otak-otak dan kangkung rebus je. So cariklah apa yang ada dalam peti ais, nasib baik ada bahan.
Resepi otak-otak ni dah lama dapat, dari arwah nenek, rasanya dah dekat 20 tahun terperap...
Tapi arwah nenek kalau buat, dia panggil pais ikan, sebab nama ikan yang dia guna tu ikan pais.
Selalunya, nenek akan bakar atas tudung periuk n hempap dengan cerek air...so memang sedapla..tapi skang ni mana lah pakai cerek lelama, so bakar atas pemanggang ajaib je....

Resepi kangkung rebus

Potong kangkung dan bersihkan,
panaskan air dalam periuk,
letakkan sedikit garam dan minyak masak,
biarkan mendidih, kemudian masukkan kangkung,
bula kangkung dah lembut, angkat dan toskan.

resepi kangkung rebus ni senang je, x payah pakai bawang or perasa, cuma rebus je. tp if nak dapatkan warna kangkung yang cantik, air kena mendidih dulu, lepas tu baru masukkan kangkung.....

Ni resepi otak-otak

1 potong ikan tenggiri
5 ulas bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
2 batang cili merah*
3 tangkai cili padi*
1 batang serai*
1/2 inci kunyit hidup*
1 helai daun kunyit di racik halus
1 cawan pati santan
3 helai daun pisang di layur

Bersihkan ikan, buang tulang dan hancurkan sedikit isinya
Kisar bahan bertanda *
Masukkan bahan kisar kedalam periuk,
Masukkan santan,
Perisakan dengan garam dan gula,
Biarkan kuah agak pekat dan angkat.

Dalam mangkuk lain, satukan kuah, isi ikan dan daun kunyit,
gaul sebati.

Kemudian, letakkan atas daun pisang.
Adunan ni boleh buat 3 keping otak-otak taw. So pandai-pandailah nak letak banyak mana.

Kemudian balut dengan daun pisang dan matikan hujung daun dengan lidi, supaya x terbuka nanti.
Bakar atas pemanggang. Bila daun pisang dah berbau harum dan agak layu, bolehlah angkat.

Tuesday, October 8, 2013

Nasi Lemak Kenangan Mengusik Jiwa




Resepi nasi lemak semua sama jekan, bezanya nasi lemak yang aku buat ni, aku just tambah kangkung je....pastu aku hidangkan dengan air teh pandan.

ni resepi teh pandan...

Dalam periuk, panaskan 4 gelas air,
masukkan 4 cawan gula pasir,
masukkan 5 helai daun pandan,
masukkan 1 cawan pati teh (hasil dari rendaman 1senduk serbuk teh)
kacau sebati, matikan api dan boleh angkat.

Pati teh pandan ini, boleh di simpan, bila nak minum just bancuh dengan air panas atau sejuk........

Sup Ikan Merah



Mahal betul harga ikan skang ni, tapi kalau nak buat sup, inilah ikan yang paling sedap.

Ni resepinya

2 potong ikan merah (cuci dan toskan)
5 ulas bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1 bunjut rempah sup
3 sekawan bahan tumisan
1biji kentang di potong empat
2 tangkai daun sup
garam dan gula secukup rasa

Kisar bahan bertanda*
Panaskan minyak,
Tumis bahan tumisan,
Masukkan bahan kisar,
Tumis sehingga wangi dan sedikit layu,
masukkan air secukupnya,
masukkan sup bunjut,
bila mendidih, masukkan kentang,
bila kentang sudah empuk,
Masukkan pula ikan,
Perisakan dengan garam dan gula,
Bila ikan masak, tutup api,
Mayang daun sup dan tabur atas sup,
Sedia untuk di hidangkan........

Menangislah


Menangislah kalau rasa sedih,
Jeritlah kalau rasa sebak,
Tiada apa yang janggal,
Duka itu sentiasa ada,
Gembira itu juga sentiasa ada,

Lepaskan segala rasa,
Suka, duka, sayu, sebak,
Usah malu-malu,
Monologlah dengan Penciptamu,

Sesungguhnya dia maha mendengar,
Usah merungut,
Cukup sekadar mengadu tanpa rungutan,
Pohonlah supaya dipermudahkan urusan,
Pohonlah dengan rasa rendah diri,
Agar segalanya dimakbulkan

Biar tubir mata sentiasa basah dek penyesalan,
Bukan rungutan,
Biar lapisan bibir kebas dek mengadu padanya,
Bukan rungutan,
Biar kedua tangan kebas dek memohon kepadanya,
Bukan rungutan,

Sesungguhnya,
Dia sentiasa ada untuk kita,
Sentiasa mendengar rintihan kita,
Sentiasa memberi peluang kepada kita,

Sesungguhnya Dialah yang maha adil,
Dan dialah yang menentukan tiap perjalanan kita,
Dialah yang menentukan segala-galanya sejak di lohmahfuz lagi,

Dan sesungguhnya, dia maha mengetahui tiap apa yang berlaku…………….

Thursday, October 3, 2013

Jangan Suka Mengkritik

Kita ni semua manusia biasa, tapi rata-rata antara kita selalu berpendapat diri kita ini adalah contoh yang terbaik. Kadangkala kita selalu memberi pandagan negative terhadap orang lain, hinggakan berbaur fitnah.
Terbiasa ada rasa tidak puas hati dengan orang lain, dan selalu perasan diri terlalu bagus, itu sebenarnya punca ada manusia-manusia yang berlagak mereka tuan punya muka bumi ini.

Boleh kita nak mengkritik orang lain, tapi lihat pada “level diri kita” sebelum mempertikaikan orang lain. Jika anda seorang setiausaha, janganlah anda menilai orang yang berjawatan lebih tinggi dari anda contohnya Peguam. Taraf pendidikan anda sangat berbeza, bagai langit dan bumi, begitu juga cara kerja anda, walaupun anda bekerja sebagai setiausaha di syarikat guaman, tetapi x semestinya anda berhak mengkritik kewibawaan seorang peguam itu mengendalikan kes, seolah-olah anda lebih bijak dari mereka. Habis anda katakana peguam itu x pandai buat kerja, semua benda tak tahu nak buat…tapi cuba lihat pada credibility anda, memang anda setiausaha, tapi nak guna Microsoft excel, and word pown terkial-kial. Yang anda tahu, hanya tapi, copy dan paste. Segala formatting, setting, formula semua kelaut..satu haram jadah pown tak tahu, tapi masih berusaha nak mengkritik kerja orang yang lebih hebat dari anda…

Ada perkara boleh kita kritik, tapi bukan melibatkan semua benda. Paling penting, anda bukanlah orang yang judge setiap kerja mereka, so janganlah memandai-mandai…..

Pernah tak kita terfikir, kenapa kita selalu mengkritik orang lain? Nak tahu apa sebabnya???? Sebab dalam diri kita banyak benda yang x bagus. Untuk tutup kelemahan kita, maka mulut kita akan sentiasa mencari peluang untuk mengkritik orang lain supaya orang x sedar kelemahan diri kita.

Dear, pernah tak korang lihat, wanita bertudung, kemudian jumpa wanita lain bertudung tetapi memakai kain terbelah ditepi, and tiba-tiba terdengar wanita bertudung tu, mengutuk wanita yang berkain belah …kutuk kaw-kaw punya..sampai korang dengar pown jd panas hati. Then bila korang tengok balik wanita yang mulutnya macam bertih mengutuk tu, sama je lebih kurang, walaupun x berkain terbelah tepi, tapi tudung hanya paras dada, baju pula jarang walaupun dilapisi inner….sama x korang rasa diorang ni???? Sama kan??? Then kenapa still mengutuk, betul x?

Sepatutnya kita mendoakan mereka supaya terbuka hati menutup aurat dengan sempurna, bukan rasa diri hebat sangat…


X perlu kita ada tanggapan negative macamtu, seriyesly nanti orang yang kita kutuk tu akan tolong kita oneday…kan dah malu…tul x????

Monday, September 30, 2013

Pregnancy Tips, Mom and Babies Equipment

Assalamualaikum.
Entry harini, saya nak share sikit pasal Mom to be and baby equipment. So korang boleh check and beli apa yang patut base on web site yang saya akan attached kan ni, kira akan banyaklah pilihan yang korang akan dapat kan?

1st Trimester
kebanyakan ibu akan alami alahan yang sangat teruk sampai nak makan and minum pown x lalu. Jadi ape yang korang lalu Cuma biskut dan air susu (depends pada ibu lah).
Jangan risau, banyak makanan tambahan yang korang boleh ambil untuk pastikan korang semua bertenaga.

Antaranya :-
1) ESP Shaklee RM 120 @ boleh consume 3 bulan
2)  BIODEX  Supremix (coklat & buahan) RM 90 @ ada 20 sachet

Yang kat atas ni, makanan tambahan if korang memang langsung x lalu nak makan ape-ape pown., So, untuk alas perut, korang boleh ambil salah satu product ni, tapi if kalau korang tanya saya, mana satu pilihan hati? Saya lebih suka BIODEX supremix coklat, sebab rasa dia macam  minum hot coklat. Cuma harga dia lebih mahal since hanya ada 20 sachet je dalam tu.

If ESP plak, memang jimat, 1 botol tu, boleh consume selama 3 bulan (bergantung cara pengambilan), tapi rasa dia x lah selazat supremix tu. Rasa tepung je, Cuma korang boleh pelbagaikan rasa dia dengan campurkan air buah, milo or apa-apa air yang berkhasiat. Lepas dah campur tuh, boleh la minum.


Then untuk supplement and vitamin lain, korang boleh lah ambik pil yang doctor bagi tuh. Cuma if sesiapa yang ada masalah HB rendah, and korang dah consume eberet folic dr hospital, tp ada kesan sampingan macam, badan gigil, muntah and loya, bolehlah ambil Shaklee. 

Ni antara yang bagus:-
  1. Vitamin C @RM74 – 180 pil – Sebagai antioksidan, membekalkan vitamin C. menyokong kesihatan jantung, imunisasi badan, sel, mata, gigi gusi, tulang dan pembuluh darah.
  2.  
  3. Ostematrix @RM49-120 pil – Berfungsi membina tulang dan gigi yang kuat, kekalkan tekanan darah yang normal. Membantu pengecutan otot dan kelancaran saraf, kurangkan simtom perut kembung, kejang, bengkak air dan kemurungan.
  4.    
  5. Vitalea iron formula @  RM71-120 pil – meningkat jangkahayat hati, usus dan mata, membantu menaikkan HB.
  6.  
  7. B Complex @RM43-120 pil – Berfungsi menguatkan paru-paru dan jantung, membantu menukar makanan kepada tenaga, kurangkan symptom kemurungan dan tekanan.


Semua benda ni bagus, so korang bolehlah ambil, lagipown Shaklee ni x ada bahan kimia, artificial colour or preservative. Semua natural. Lupa nak bagitau, if korang makan b complex , then air kencing bertukar warna kuning, itu adalah normal. Ini menunjukkan badan korang bertindak balas dengan ubat tu dan makanan dah ditukarkan kepada tenaga. So x payah risau k.
kalau korang makan ostematrix, digalakkan makan dengan susu yerk, sebab penyerapan jd sangat bagus dan lancar. Seelok2nya makan sebelum masuk tidur. Vitalea plak, ambik waktu pagi, tapi jangan ambil dengan sebarang makanan or minuman tenusu. Ini akan menganggu system penyerapan zat besi. zat besi x boleh bertindak balas dengan kalsium ok.
Then yang lain-lain tu boleh lah consume bila-bila korang free…J

Korang pernah x dengan penyakit SAWAN BERANAK? Yup, penyakit ni bahaya, sebab akan terjadi secara tiba-tiba, jadi untuk elakkan, korang kena pastikan tekanan darah korang normal, so OSTEMATRIX adalah jawapan terbaik untuk mencegah penyakit sawan ni.

Bila dah masuk 2nd trimester, korang dah boleh and lalu nak makan ape juga makanan yang dihidangkan, tapi still kena kawal. Jangan makan makanan yang bergaram tinggi, gula tinggi dan terlampau berlemak.
Dan korang still kena continue makan supplement tambahan sebab masa ni, pembentukan baby sedang giat berjalan. Pastikan korang dapat zat secukupnya.
Ni antara yang korang perlu lakukan masa 2nd trimester

2nd trimester
  1. Buat buku merah (tolong lah buat walaupun korang plan nak bersalin kt swasta. We never know, what will happen in future)
  2. Makan banyak sayur dan buah-buahan
  3. Minum sekurang-kurangnya 2 gelas susu
  4. Minum 8 gelas air (depends pada kapasiti body kita okey)
  5. Jangan angkat barang-barang berat (ni dari first trimester pown x di galakkan)
  6. Check up kat doctor
  7. Tidur mengiring (untuk mengelakkan sesak nafas)
  8. Register kat web siter www.babycentre.com (web site ni bagus, dia akan bagi news letter perkembangan baby setiap minggu, so korang leh monitor signal-signal kat diri korang)
  9. Start buat checklist ape yang patut korang beli untuk mom n babies equipment
  10. Pakai baby lotion or minyak kelapa dara kat perut, breast n ketiak. Ni untuk elakkan streatch mark terjadi
  11. Start tukar bra yang korang ada kepada maternity bra n panties (ni untuk sokong size breast korang yang dah semakin besar, panties plak untuk elakkan baby tak selesa dan penegularan keputihan)
  12. Korang dah boleh start carik kat mana hospital yang korang nak sersalin
  13. Start baca surah Maryam, Al-Khujurat and Yusuf (baca selang seli pown x pe, ni boleh start dr 1st trimester)
  14. Minum air zam-zam, kismis, badam dan kurma (bagus untuk perkembangan otak bayi, kalau korang lalu, leh je makan minyak ikan. Tapi makanan sunnah ni lagi bagus sebenarnya)


Okey, then bila masuk 3rd trimester ni, korang dah boleh beli sikit-sikit barang baby n barang korang untuk bersalin nanti. Still continue makan supplement tambahan tu yerk. Ni antara yang korang perlu buat masa 3rd trimester.

3rd timester
  1. Korang dah boleh start senaman
  2. Monitor pergerakan baby – pastikan 10 cycle complete pada jam 9 malam
  3. Dah boleh minum air kelapa (bagus untuk mudahkan bersalin)
  4. Minum 2 sudu minyak kelapa dara (ni pown untuk mudah bersalin)
  5. Sapu sekitar bahagian cik V dengan minyak kelapa dara (ini untuk kurangkan kesan luka koyak time bersalin nanti – sila urut bahagian tu yerk)
  6. Jangan meneran masa buang air besar ( nanti time bersalin akan kena sembelit)
  7. Time mandi, korang dah boleh start urut putting breast korang dengan air atau minyak kelapa untuk pastikan putting korang terkeluar (ni nak mudahkan baby hisap susu)
  8. Teruskan tidur mengiring (ini supaya perut korang yang berat tu, x menekan pembuluh darah, pundi kencing dan buah pinggang korang)
  9. Teruskan baca surah-surah yang disyorkan
  10. Continue minum air zam-zam dan makanan sunnah
  11. Pakai kasut yang selesa (untuk sokongan badan yang optimum dan elakkan kaki membengkak)
  12. If pelvis korang sakit, diyorkan korang pakai maternity belt untuk sokong perut korang tu


Tup tap tup tap, korang dah pown nak mengampiri waktu nak bersalin kan. so ni antara barang-barang yang korang perlu beli untuk diri korang and baby.

Mommies
  1. Maternity pad (beli dalam 2 pack je, masa 2 minggu pertama je darah heavy keluar, lepas tu dah boleh pakai pad biasa)
  2. Kain batik (beli ldah dalam 10 helai)
  3. Sweater (3 helai cukup)
  4. Stoking
  5. Set bersalin (termasuk bengkung)
  6. Nursing wear (senang nak menyusukan baby)
  7. Nursing cover (nak cover time susukan baby kt tempat awam)
  8. Breast pump
  9. Tukang urut


Dear, untuk set bersalin, digalakkan korang pilih set yang boleh digunakan tanpa beri kesan pada baby. Kalau jamu-jamu tuh, korang kena lah buat pilihan samada nak cantik atau nak menyusukan baby.

Antara set bersalin yang natural and saya suggestkan ialah:-
  1. Shaklee (termasuk lecithin and omega guard) @ RM350
  2. Tanamera set (termasuk bengkung) @ RM 340
  3. Lisa formula (termasuk bengkung) @RM 325

Selain tu, ada juga tambahan  untuk korang yerk, tp pastikan pakai selepas 2 minggu bersalin taw.
Ephyra collagen (untuk hilangkan stretchmark tu, pastu sesuai untuk ibu yang menyusukan bayi)
GLY Derm (ni krim untuk hilangkan stretch mark, boleh beli kat Indonesia and Singapore famasi je, Malaysia x ada lagi)

Untuk breast pump pula, antara jenama yang bagus:-
  1. Medela
  2. Spektrum 3
  3. Ameda – saya guna yang ni, double pump and boleh operate kat mana-mana je, sebab ada bateri.
  4. Autumz

Empat jenama ni antara yang terkenal lah, and kalau boleh beli yang electric and battery operate yerk. Tp if no budget, boleh je beli pump manual. If still nak electric oreta, try cari brand yang murah sikit macam pureen, tapi bagi saya, better beli yang mahal sebab suction dia bagsu, boleh repair and paling penting, kebal n x menyakitkan breast korang. Harga breast pump ni dalam range RM 800~1800…bergantung pada package lah. Siap ada cooler bag and botol susu sekali dalam package tuh.

For babies
  1. New born pampers
  2. Rompers
  3. Baju tido
  4. baju harian biasa
  5. mites and booties
  6. botol susu and kelengkapan untuk bersihkan botol susu
  7. Tikar getah
  8. Tilam n bantal
  9. Selimut
  10. Kain napkin
  11. Beg menyusu
  12. Krim ruam
  13. Minyak telon
  14. Bedak,cotton buds, syampoo, body wash, sabun cuci baju baby, besen mandi, tuala mandi
  15. Bakul baby
  16. Barut baby (penting)
  17. Katil baby (ni bagi saya, x beli pown xpe. Nanti buat jadi tempat letak barang-barang je, pakainya sekejap je…)


Optional (boleh beli sekarang or tunggu baby tegap cikit
  1. Stroller
  2. Car seat
  3. Baby carrier


Okey guys…
Kalau korang nak kurus, lepas je bersalin tu and luka korang dah sembuh, sila guna trade mile untuk aksesis ke…J

Banyak je website yang korang beli beli semua kelengkapan baby. Seeloknya pergi kt one stop centre:- www.onebabyworld.com

Kat sini semua ada, and harga dia lagi rendah dr tempat lain since diorang ni pemborong.
Paling penting, shopping ikut kemampuan. Guys, korang tahu x, if masa korang preggy ni, jangan stress taw, and please set kat mind yang korang nak breast feed kan baby, sebab dengan cara ni, korang motivate kan mammary gland korang, so insyaAllah bila sampai masanya, air susu korang akan keluar macam air mata air. So kena positif. Mammary gland ni sensetif if kita ada aura negative, nanti susu yang diproduce x akan banyak…so be positif always yerk…J

Eh lupa plak nak bagitau pasal menu bersalin yang korang patut cuba. Janganlah terikat dengan menu yang x berubah-ubah dari dulu yerk (ikan masin n nasi putih).

 Apa kata korang try menu macam nih:-
  1. Pais ikan (pastikan banyak kunyit n lada hitam and opkos guna ikan yang x gatal)
  2. Ikan masak lemak kunyit@bojah (guna ikan parang taw)
  3. Daging masak halia (jangan tumis yerk)
  4. Ikan steam halia and black paper
  5. Ayam panggang madu
  6. Ikan bakar berempah (ikan tenggiri)
  7. Kerabu ikan tengiri dan bunga kantan
  8. Ikan haruan goreng berempah (guna minyak zaiton-sikit je)
  9. Gamat goreng halia (guna gamat kering n hiris, series x rasa gamat langsung, sedap giler)
  10. Tenggiri asam pindang
  11. Bawal steam halia
  12. Ayam sos tiram
  13. Ikan merah masam manis
  14. Salmon black paper
  15. Sup sirip ikan yu
  16. Laksa (guna ikan tengiri, and jangan lah buat pedas or letak cili padi, buat light-light jer)

Semua menu ni x gatal and boleh korang makan masa dalam pantang, x payah risau, dah ramai pown yang makan. Yang penting kalau nak tumis tu, jangan guna minyak banyak and sila guna minyak zaitun sahaja.
So selamat berpantang yerk…J

InsyaAllah, next time if ada kesempatan saya akan post entry tentang bersalin pula key..:)