Pages

Monday, October 21, 2013

Please Move On

Entry yang saya dah lama sangat nak coretkan kat blog ni. Firstly sebelum start menulis ni, nak ucapkan terima kasih kat semua readers sebab Alhamdulillah traffic makin berkembang skang ni.

Untuk semua kaum wanita, x kisahlah pengkid ke, tomboy ke, selagi korang semua berjantikan perempuan sewaktu dilahirkan, tolonglah baca entry ni dengan minda dan jiwa yang terbuka. Fahami intipati coretan ni supaya korang faham keseluruhan yang cuba saya sampaikan.

Dear, sebagai gadis, perempuan, wanita, isteri dan apa-apa sahaja gelaran yang diberikan pada kita, memang tak dinafikan yang kita memerlukan lelaki sebagai pasangan hidup kita. Cinta tu memberikan kita seribu satu kekuatan untuk teruskan kehidupan. Tetapi jangan terlalu bergantung pada cinta yang boleh buatkan diri kita merana, terperangkap dan terjerumus kepada perkara-perkara yang tak elok.
Islam memang menyuruh kita taat pada suami selagi suami itu tidak menyuruh kita melakukan perkara mungkar. Selagi perkara itu diredhai Allah, selagi itu kita wajib taat. Tapi, perlukah kita taat dan menghambakan diri kita jika suami itu menyuruh kita melakukan sesuatu yang bertetangan dengan agama?
Korang mesti tertanya2 kenapa saya tulis macam ni kan??? Sebabnya sekarang ni, makin ramai wanita yang bergelar isteri dihadapkan ke muka pengadilan kerana tertangkap ketika urusan jual beli dadah berlaku.

Tidak dinafikan ada sebahagian wanita yang tidak tahu menahu kegiatan yang dilakukan suami mereka, tetapi masih ramai kalangan wanita yang tahu dan mereka turut membantu suami mereka itu dengan alasan encari rezeki mudah dan lumayan.

Dear please lah sedar yang tindakan korang semua tu sangat tidak berbaloi. Banyak lagi cabang rezeki yang boleh korang terokai. Apa yang korang buat ni seolah-olah meletakkan diri ke tali gantung. Memang saya sangat sedih bila wanita ini diexploitasikan oleh suaminya sendiri. Bayangkan masa depan anak-anak yang tidak bersalah apabila terpaksa menghadapi cemuhan semumur hidup, kerana kedua orang tua mereka mati ditali gantung kerana mengedar dadah.

Yang saya kesalkan, bila sudah ditangkap polis barulah korang menangis dan tersedar dari apa yang korang dah lakukan. Kalau dulu wanita dijadikan keldai dadah oleh awang hitam, tetapi sekarang ni, suami sendiri yang menggunakan mereka.

Please move on my dear, memang dia suami, tapi korang x salah jika melaporkan kegiatan mereka pada pihak berkuasa ataupon menasihatkan mereka supaya tidak terjebak. Korang tahu apa yang sepatutnya korang lakukan jika mereka masih berdegil. Takkan korang lebih rela bersekongkol dengan mereka, suami sebegini mula-mula ajak korang bersama-sama mereka, bila sampai satu tahap mereka tidak teragak-agak pula melibatkan korang ke kancah pelacuran. Pernah korang bayangkan benda macamni???
Disebabkan sayang suami, korang sanggup membenarkan mereka melakukan apa sahaja, yang penting korang tidak diceraikan. Wake up!!!!!!!!!!!!! Jangan biarkan diri korang jadi begini, korang masih ada harga diri dank orang berhak mempertahankannya.

Setiap insan yang masih hidup masih punya pilihan untuk dipilih. Kecuali jika korang sendiri x mahu berganjak dan rela diri diperlakukan seperti itu. Pilihan ada ditangan korang.
Kenapa korang masih lagi berharap pada suami yang sudah jauh tersasar, sedangkan korang tahu peluang untuk dia berpatah balik adalah -10%. Banyak pusat perlindungan yang korang boleh pergi untuk berlindung dan khidmat kaunseling. Bertindak lah bijak, jangan dera mental dan fizikal anda sendiri.

Untuk lelaki, suami atau apasahaja gelaran anda, janganlah jebakkan diri ke kancah yang hina dan jangan jadikan isteri anda mangsa keadaan. Mereka itu amanah Allah, bukan patung yang korang boleh lakukan sesuka hati.


Dear, korang akan rasa teramat lega bila korang dapat keluar dari cengkaman begini, tolonglah sedar dari tidur, move on demi diri korang, anak-anak dan sesiapa sahaja yang sentiasa di sekeliling korang……

Mee Rebus Johor


Saturday, October 19, 2013

Daging Goreng Kunyit & Halia


Assalam.

Hebat betul pemilihan tertinggi pemimpin umno, semalam panas dengan perlawanan bola sepak, ATM menentang Kelantan, dan di akhiri dengan kemenangan kelate gomo kelate....

Nasib baek dalam panas-panas cuaca kt sini sejuk je sebab seharian hujan...bila hujan2 sedap kalau makan lauk goreng-goreng, baru terbuka selera...

Daging goreng kunyit & halia ni, lauk kegemaran arwah mak, dulu2 memang selalu lah dia buat, tpi sedap sebab guna daging fresh..ni beli kt jusco je..jadilah...

Resepi

Daging lembu secukupnya
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cilipadi
Kacang buncis secukupnya
1/2 labu bawang besar  (dihiris)

Bersihkan daging, perap dengan kunyit, garam n gula secukupnya. Perap dalam 20 minit.

Tumbuk bawang merah, bawang putih, cilipadi. Kacang buncis dipotong serong- serong.

Panaskan minyak dalam kuali, goreng daging sehingga separuh masak, ketepikan dan masukkan bahan kisar, kacau sehingga agak garing. Kemudian gaul sekali dengan daging tadi, masukkan bawang dan kacang buncis, kacau sehingga masak. Jika kurang masin, boleh tambah garam dan gula.

Eh lupa pula, dah nama kunyit dan halia...lupa pula halianya,
halia tu dalam 1/2 inci tumbuk sekali dengan bahan tumbuk tadi dan tumis bersama ok....bolehla makan dengan nasi panas-panas.....

Roti John Klasik

Assalam.
Ni menu pagi ni, roti john klasik. Roti john ni, bukan mcm roti john yang ada skang ni, ada ayam, daging, mayonis bagai. Yang tu dah modified sebenarnya. Mak aku ckp, zaman dulu orang x kenal pon mayonese tu, yang ada sos cili....

Zaman dulu, roti john orang buat guna ikan bilis yang di campur dengan telur. dulu2 x ada blender, so diorang tumbuk ikan bilis dan kocak dengan telur, lepastu sapu atas roti panjang, n goreng atas kuali leper sampai garing. Kemudian hidangkan dengan sos cili...

Resepi

4 keping roti hot dog saiz kecil
2 biji telur ayam
1 genggam ikan bilis
Sedikit garam

Ikan bilis di bersihkan, kemudian masukkan telur, ikan bilis dan secubit garam kedalam blender, blender sampai separuh halus.

Potong 2 roti hot dog tadi, sapukan rata-rata adunan tadi ke atas roti, kemudian masak atas kuali leper yang telah disapu sedikit minyak. masak sampai garing. Bila dah garing, bolehla dihidangkan bersama sos.

Tapi if korang nak sapu mayonese, boleh je...tapi bg aku, lg sedap mkn camni......

Tuesday, October 15, 2013

Majalah Porno Version Electronic - Pencetus Masalah Kejatuhan Akhlak


 Assalam.
Baru-baru ni, akbar tempatan ada melaporkan tentang ketagihan pelajar dibawah umur berkaitan dengan majalah electronic porno…

Patutlah kadar kes rogol, cabul, liwat semakin berkembang dengan pesat, sampaikan ada kes melibatkan pelajar lembab meliwat budak berusia 7 tahun. Saya ingat saya salah baca, ingatkan pelajar meliwat pelajar lembam tu, rupanya dia yang liwat orang…adusssss technology semakin canggih, tapi saya rasa kementerian berkaitan mesti mempunyai kepakaran untuk membendung bahan-bahan porno electronic ini dari terus beroperasi…

Secara logiknya, setiap sesuatu yang bermula mesti ada pengakhirannya, betul x? Takkan nak biarkan benda ni berleluasa sampai akhlak remaja semakin rosak. Budak umur 7 tahun pown ramai yang dah bernafsu kuda. Kalau Zaman aku kecik-kecik dulu, sexs tu pown x tahu…to be honest, masa ayah aku hantar aku balik asrama dulu, aku x nak duduk ngan ayah aku rapat kat atas motor. Aku siap letak beg balik kampung kat tengah-tengah…pastu bila mak aku suh naek motor ngan ayah aku, aku nangis2 x nak, aku suh ayah aku bawak keta. Gila jahil aku bab tuh. Pastu kalau kt kampung time raya, aku memang x akan dok rapat-rapat ngan pak cik2 aku. Masa tu thinking aku memang limited, aku memang fikir if duduk rapat-rapat, naek moto sama-sama akan menyebabkan mengandung….bila mak aku tanya kenapa aku x nak, aku cakaplah yang aku takut if aku mengandung, mak aku siap gelak sampai 3 hari 3 malam, lepas tu dia start explain, yang benda macam tu x akan berlaku kalau kita duduk, or naek motor sesame. Teori tu aku akan tahu masa aku masuk tingkatan 3 nanti….so masa tu aku tingkatan 1, memang x fahamlah kan…masa masuk tingkatan 3, aku fahamlah sikit-sikit sebab belajar subject sains, tapi x fully faham pown sebab budak lagi kan…

Tapi cuba kau tanya bebudak Zaman skang, tadika pown diorang dah start gatal n ada keinginan untuk tiru aksi-aksi tak sepatutnya. Technology yang melampau menyebabkan kanak-kanak, remaja-remaja makin bertuhankan nafsu. Cuba tengok kiri kanan korang, pegi makan ramai-ramai kat restoran, tapi kat tangan masing-masing ada ipad, semua khusyuk dengan ipad sampai x bercakap langsung…baik mak, ayah, anak, cucu semua mengadap ipad…balik rumah pown sama, dalam kereta, bas, teksi, kapal terbang, semua ipad…

Bila anak menangis, umpan dengan ipad, so macamaner budak-budak tak terdedah dengan technology yang melampau…sebab  diorang sendiri tahu macmaner nak browse laman-laman web.

Technology ni bagus, tapi perlu dipantau, berpada-padalah. Bukan kita beri sepenuhnya kepercayaan pada anak-anak kita. kadang-kala perlu untuk kita check history laman web yang anak kita tengok, if ternampak sesuatu yang mencurigakan, bertindak secepat mungkin.

Cuba korang tengok apps yang ada dalam tablet Samsung, memang terang-terangan ada apps berkaitan dengan majalah porno, so macamaner budak-budak tak terpengaruh? Benda tu expose secara berleluasa, terang-terangan dan x disekat langsung…aku yang dewasa nip own jadi ngeri bila tengok ada apps yang macamtu dalam apps.

Bukan setakat gambar je, dalam akbar pown ada beritahu yang skang ni ada e-book tentang cerita-cerita porno…so semua orang leh download sesukahati, janji ada internet. Mak ai senang giler kan??? Menurut akhbar tu, e-book tu dalam bahasa melayu, dan banyak koleksi bahan bacaan porno yang boleh menyebabkan ketagihan kepada remaja. Adoi aiii series aku risau, sebab lepas ni aka nada perumpamaan macam ni “MENJAGA ANAK LELAKI LEBIH SUSAH DARI MENJAGA SEKANDANG KERBAU”. Kalau dulu orang selalu kaitkan dengan anak perempuan kan??? Tapi bila jadi macamni, anak lelaki ke, perempuan ke, sama je susah nak menjaganya.

Boleh korang bayangkan apa akan terjadi dalam masa 5 tahun akan datang? Kalau Zaman skang budak 5-7 tahun pown dah pandai meliwat, mencabul dan melakukan seks, camaner plak Zaman akan datang???? Tak leh aku nak bayangkan if tetiba aku terbaca berita macam ni..”KANAK-KANAK BERUSIA 2 TAHUN DITANGKAP KERANA MELAKUKAN ONANI”…. Perghhh giler kau, lepas ni ada penjara kanak-kanak untuk yang berusia kurang dari 12 tahun….banyaklah pusat pemulihan yang menempatkan kanak-kanak yang baru nak dapat mulut and kaki ni…huh x leh bayangkan…memang skang kita fikir tak logic, the same thing masa Zaman dedulu yang aku fikir, x logic untuk budak-budak umur 5-7 tahun terlibat ngan gejala camni. Tapi bila sampai masa, benda ni dah terjadi dah pown….
Sebelum terlambat, sebaiknya pihak berwajib pantau dan sekat perkara-perkara macam ni dari terus berleluasa…

Dari korang semua mempertikai, dan memperdebatkan isu Kalimah Allah, maka patut juga korang tengok, pantau dan baiki akidah, akhlak anak bangsa kita ni. Ni aku tengok, bila masuk bab kalimah Allah ni, berjuta manusia sanggup lakukan apa sahaja supaya kesucian perkataan Allah tu x tercemar dan diguna pakai oleh agama lain, sampai korang terlupa dengan akidah dan akhlak anak bangsa kita.

Aku nak tanya korang satu benda lah….korang bermati-matian pertahankan kalimah Allah tu hanya untuk orang Islam, tapi KORANG FAHAM KE APA MAKSUD PERKATAAN ALLAH TU? ATAU KORANG CUMA FAHAM ALLAH TU TUHAN UNTUK ORANG ISLAM? BUKANNYA KORANG FAHAM TENTANG DZAT ALLAH, SIFAT-SIFAT ALLAH???????

Aku memang sokong pasal isu kalimah Allah ni, seharusnya kita sebagai umat Islam bersatu padu, tapi yang aku terkilan, aku penah tanya pada golongan yang aku rasa usia dia sama je ngan aku. Kenapa dia nak mempertahankan perkataan Allah tu? Apa alasan dia? Then aku kecewa jawapan yang diberikan sama level dengan budak tadika yang baru kenal Al-Quran. Bukan aku nak mengutuk, sebagai orang Islam, ko kena faham ape disebalik perkataan Allah tu??? Macamane cara ko kenal siapa pencipta  kau.
Kau pernah tak dengar orang cakap macamani? “ IF PERKATAAN ALLAH TU DIGUNA PAKAI OLEH AGAMA LAIN, APA BEZA ISLAM DENGAN AGAMA HINDU, KRISTIAN, AND ETC? NANTI BILA ANAK-ANAK TANYA, RUMAH ALLAH TU YANG MANA SATU? MASJID? GEREJA? TOKONG OR KUIL? KAT MANA NAK SEMBAHYANG SEBAB SEMUA AGAMA GUNA PERKATAAN ALLAH MERUJUK KEPADA TUHAN MASING-MASING????


Ye, aku tergelak baca statement macam ni, kalau korang betul-betul faham dan korang kenal siapa ALLAH tu, x akan wujud kecelaruan dalam kepala hotak korang tentang benda-benda macam ni. Bila korang tanya kenapa nak pertahankan isu kalimah Allah? Jawapan wajib mesti camni, “Allah tu tuhan sekalian umat islam, sebab pemahaman kita tentang Allah tu berbeza dari agama lain”? Then aku tanya, “Apa yang kau faham dalam konteks Islam”??? And dia cakap “Errrr sebab Allah tu hanya untuk orang Islam”. Then aku jawap lagi, “ye aku faham, tapi ape yang kau faham tentang Perkataan Allah tu”????? Dia pown jawap, “errr aku x faham sangat”…..bukan aku berlagak atau aku memperlekehkan orang macamni, tapi, kita sebagai umat Islam, harus memahami agama kita sendiri, dan kenal siapa pencipta kita…aku pown masih bertatih dalam mengenal siapa pencipta, jadi suggestion  aku kat korang, jangan malu menuntut ilmu, nanti bila orang tanya, x lah macam islam tu hanya pada nama sahaja dan tercatit dalam kad pengenalan jerw….:) 

Monday, October 14, 2013

Talapia Steam Limau dan Halia

Assalama.
Selamat menyambut aidiladha semua. Sempena malam raya ni, menu memang lari dari tema....hehe. Saje buat ikan steam limau ni...

Besok dah raya, sedih pulak rasanya...cuti pon x lama, so raya di key el jela....

Resepi

1 ekor talapia sederhana besar, kelar sedikit bahagian badan,
4 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah*
3 inci halia di hiris2
Kicap cair secukupnya
Minyak bijan secukupnya
Jus limau secukupnya
Sebiji buah tomato dibelah 8
Daun kucai secukupnya

tumbuk bahan bertanda *.

Selepas ikan dibersihkan, lumurkan dengan bahan tumbuk,
Perap seketika,
Masukkan kicap cair, minyak bijan, dan jus limau secukupnya kedalam bekas kukus ikan,
Masukkan ikan, taburkan halia yang di hiris, dan kukus ikan sehingga separuh masak,
Kemudian masukkan tomato dan daun kucai,
Bila dah masak, tutp api dan bolehla dihidangkan....

Sunday, October 13, 2013

Talapia Cilipadi Dengan Batang Keladi, Lempeng Bawang Dan Sambal Tumis, Air Gurindam Jiwa & Aiskrim Jagung



Salam. Ni menu semalam.
Simple je, talapia cili padi dan batang keladi, lempeng bawang dan sambal tumis, air gurindam jiwa dan pencuci mulut, aiskrim jagung.

Talapia cilipadi tu biasa je, lempeng dan sambal tu pon semua orang tau nk buat, then x payah resepi lah yerk.

Cuma air tu je saya bg resepi.

Air gurindam jiwa

ni korang pandaila sukat sendiri sebab memang x ada sukatan yang tepat..

Beberapa helai daun pandan,
Gula secukupnya,
Pewarna biru,
Esen pisang secukupnya,
jus limau nipis secukupnya.

Dalam periuk, masak air gula dengan daun pandan. Bila gula larut, tutup api.
Dalam jug, masukkan air gula pandan tadi, letakkan beberapa titis pewarna biru, esen pisang dan jus limau nipis. Kacau sehingga semuanya mesra.....

Air ni istimewa sebab akan ada 3 peringkat rasa, mula-mula akan rasa limau, pertengahanya rasa pisang dan hujung-hujungnya rasa pandan...memang sesuai untuk orang yang bercinta....