Pages

Monday, September 7, 2009

Kenapa Wanita Kahwin Lambat?


Bila nak kahwin?

Soalan yang selalu saya dengar setiap kali balik kampung, sampai kadang-kadang bosan nak menjawap. Kalau nasib tak baik ada sahaja mulut yang bercerita sesuka hati sampai rasa nak bernanah telinga mendengar. .sampai terfikir lepas ni siapa saja yang bertanya kenapa saya tak kahwin lagi, saya akan menjawap begini "kenapa awak sanggup nak share suami awak dengan saya ke?.

Kadang-kadang ada orang melabelkan bahawa saya seorang yang sangat cerewet dan terlalu memilih. Bukan memilih tetapi jujur saya katakan takkan saya mahu memilih lelaki yang 500 meter saya nampak dia saya akan lari menyembunyikan diri. Hensem atau tidak bukan ukuran,tetapi cukuplah sekadar sedap mata memandang pada mata saya sendiri.

Teringat akan pesanan arwah emak yang menyuruh saya mencari lelaki yang kacak bergaya kerana jika lelaki bergaya ni curang masa lepas kahwin, hati tak sakit sangat, sebap dia memang hensem, so ramai yang akan tergoda. Kalau lelaki tak hensem buat perangai ada perempuan lain, memang menyakitkan hati, dah la tak hensem kemudian ada hati nak mengurat lain.
Itu hanyalah pandangan arwah emak. Mungkin emak berkata begitu melalui dengar-dengar cakap teman-teman yang mengalami masalah sebegitu.

Kahwin lambat bukanlah isu yang baru, tetapi isu yang dah semakin lapuk, cuma apabila terlalu ramai kaum wanita yang belum berkahwin, isu ini manjadi semakin panas kembali.

Bukan semua wanita itu lambat berkahwin disebabkan mereka terlalu memilih, tetapi kadang-kadang ada di antara mereka yang berjawatan tinggi, dan lelaki yang menenggek mereka adalah lelaki yang tidak berduit dan hanya mahu mengikis mereka, mustahil mereka mahu memilih lelaki seperti itu menjadi suami.

Adakalanya disebabkan faktor campur tangan ibu bapa. di sini saya mahu berkongsi cerita mengenai seseorang untuk di jadikan pedoman bersama.

Sahabat saya ini berkelulusan Sarjana undang-undang dan bertugas sebagai peguam di sebuah firma guaman terkemuka negara. Dia sememangnya sudah mempunyai teman istimewa berkelulusan SRP yang bekerja sebagai operator di kilang. Selama 4 tahun bercinta tiada satu masalah yang timbul, tetapi selepas dia tamat pengajian dan bekerja, ibunya masuk campur. kebetulan waktu itu ada lelaki yang berkelulusan spm dan bekerja sebabgai pembantu tadbir menyukai sahabat saya ini. ibunya memaksa sahabat saya putuskan hubungan dengan teman lelakinya itu dan menerima lelaki pilihannya. Sahabat saya ini menangis dan merayu tetapi ibunya tetap dengan keputusan dan jika dia tidak mahu mendengar cakap ibunya, dia di beri kata putus supaya keluar dari rumah itu. dengan berat hati dia terpaksa memutuskan hubungan dengan temannya itu.


Dia cuba sedaya upaya untuk menyayangi lelaki pilihan ibunya kerana mungkin itu jalan terbaik. Pada perkiraannya, mungkin tiada lagi masalah yang datang. Malangnya, si ibu hanya menjadikan lelaki berpendidikan spm itu sebagai batu loncatan sahaja. Pada majlis kenduri tahlil, semua teman sekerja sahabat saya ini berkunjung kerumah, dan kesempatan yang ada di ambil oleh ibunya untuk berkenalan dengan peguam-peguam muda. Si ibu teruja apabila di kelilingi oleh peguam yang semestinya berpendidikan tinggi dan bergaji 4~5 angka. Nak di jadikan cerita kebetulan ada seorang peguam yang masih single dan berwajah kacak berjaya menawan hati si ibu, si ibu pun mula mengenenkan peguam itu untuk di jodohkan dengan anaknya.

sekali lagi sahabat saya telah di paksa untuk memutuskan hubungan dengan teman barunya itu. tetapi dia berkeras dan mahu mempertahankan hubungannya itu. Akibatnya, setiap kali teman sahabat saya ini berkunjung, dia akan di sambut dengan majah masam mencuka oleh si ibu, dan adalanya mereka sekeluarga seolah-olah menghalau dan menunjukkan rasa tidak senang akan kehadirannya itu.

Hampir setiap hari sahabat saya berendam air mata, tidak tahan dengan desakan, dia bersetuju mengikut kata ibunya itu.

Si ibu bersorak girang apabila anaknya bersetuju dengan cadangannya itu. Mengetahui akan bermenantukan seorang peguam si ibu sanggup menghantar makanan sedap-sedap ke rumah keluarga bakal menantunya itu, dan kadang-kadang di jemput pula makan tengahari atau berbuka puasa di rumah.

Si ibu mula membuat perkiraan untuk melangsungkan perkahwinan mereka, dan ketika sedang sibuk merancang, suatu petang si ibu di datangi sahabat lama. Kedatang sahabat lamanya adalah untuk meminta supaya si ibu menjodohkan anaknya (sahabat saya ini) dengan adiknya yang berpangkat jeneral tentera. Si ibu menjadi serba salah, tetapi bila di fikirkan antara peguam dan jeneral, sudah tentu jeneral menjadi pilihannya. Sudahnya, sekali lagi perbalahan terjadi. si peguam terus merajuk hati, tidak disangka bakal ibu mertuanya itu sebegitu.
Tetapi langit tidak selalunya cerah.

jeneral yang di sangka bujang itu adalah sudah beristeri tetapi masih belum memiliki anak, dan mahu menjadikan sahabat saya ini tempat untuk mendpaatkan zuriat. Apabila mengetahui keadaan itu, si ibu mengamuk sakan dan menuduh sahabatnya itu bersubahat merahsiakan status adiknya itu.

tanpa berfikir panjang si ibu menyuruh sahabat saya berbaik kembali dengan si peguam itu. Mana mungkin si peguam itu mahu menerima kembali setelah mendapat tahu dia di tinggalkan semata-mata mahu mengejar lelaki kaya.Akhirnya sehingga ke hari ini, umur sahabat saya itu menginjak ke angka 31 tahun masih belum berteman.
InsyaAllah, saya akan menyambung kembali topik ini...