Setiap benda yang Allah beri pada hambanya. Semuanya adalah ujian. Perkahwinan, anak, perkerjaan, rezeki tu semua ujian dari Allah. Macam contoh bila bini lepas beranak, ujian kat husband sebb husband tengok bini badan dah start gemuk, perut dah geleber2, rambut dah gugur banyak, so husband Boleh je terima bini dalam keadaan camtu? Samada dia encourage bini untuk kurus balik, terima seadanya or pergi cari bini no dua.
Camtu gak kalau bab anak, bila bini x leh beranak, ujian Kat laki samada gi buat rawatan kesuburan, ambik anak angkat or gunakan alasan tu untuk kahwin lain. Ujian gak pada orang sekeliling supaya jaga mulut dari cakap benda yang x sepatutnya seperti, bini kita mandul lah, bukan shap
Shooter lah, lemah tenaga batinlah....
Rezeki pun sama, bini di uji bila dapat lelaki Yg susah, time tu lah ramai lelaki kaya nak cucuk jarum, janjikan syurga dunia dan x perlu bersusah payah hidup dengan laki yang susah, so kalau dia setia dia akan tolong husband dia, susah senang bersama , camtu gak laki, laki di uji bila time senang, masa ni poket tebal, nafsu nak berbini dua, tiga dan empat semakin membuak2, tengok bini kat rumah, semua benda rasa x kena, x cantik lah, x bergaya, macam orang kampung lah, semua benda tak kena. Sedangkan masa susah dulu, tulah wanita yang paling setia, naik moto dalam hujan sambil terboyot2 sebb mengandung, semua dia harung, tp bila laki dah senang, sibuk nak kahwin lain sebb dah mampu.
Ada yang cakap perkahwinan ni perjudian. Salah!!!! Sebb kalau kita cakap perkahwinan tu perjudian, memang tersungkur je lah jadinya. Berapa ramai yang menang time berjudi? Boleh kira dengan jari kot. Perkahwinan ni satu ujian dan pelajaran untuk kita. Bertahun kita hidup ngan mak ayah, tup2 kahwin dan kena berdikari sendiri, kena terima perangai pasangan yang kadang2 macam babun, so kenalah belajar camaner nak sesuaikan diri, cari penyelesaian kalau ada masalah, bukan terus bercerai dan cari pasangan baru. Ada pasangan lepas 10 tahun kahwin baru ada keserasian....
Pak Cik aku pernah cakap, masa 3 tahun kahwin rasa tak sanggup berpisah ngan pasangan, lepas 5 tahun kahwin, rasa macam biasa2 je, tapi still romantik, lepas 15 tahun kahwin dah rasa macam kawan2 je, jumpa kat rumah orang kahwin time rewang, tegur bini sambil angkat kening je, bila orang tanya tu sapa,
Ko cakap tu bini kau, orang pun geleng2 kepala sebab ingat kawan lama kau. Hawau je, nampak nau gi kenduri asing2, bini pergi dengan ahli mesyuarat tingkap, laki pergi ngan group mengopi dia.
Sebb tu aku cakap benda ni ujian, setiap yang Allah bagi tu ujian untuk kita.
Cuma kita sebagai hamba, kena bersyukur dengan apa yang kita ada.
Saturday, July 23, 2016
Abang Sado, Jubah Sado
Abang sado, jubah sado, orang yang tengok tersedak sampai Tak sador kan diri. Makin Ramai nak jadi orang arab, tak salah sebab hak masing2, pergi kerja ramai lelaki sado pakai jubah sado. Kat arab Saudi memang diorang pergi keje pakai jubah sebab tu culture diorang, cuma jubah orang arab tak ketat Dan sendat. Last week masa jalan ke lrt Ampang park, terserempak dengan abang sado yang pakai jubah sendat mendat (jubdat), aku ni bukanlah ghairah sangat nak tengok benda2 yang x sepatutnya, tapi bila dia pakai jubah yang sendat melampau sampai nampak lurah anu, aku dah x nampak pakai jubah tu sesuatu yang bagus. Mesti orang akan cakap apesal aku tengok, tak jaga mata, masalahnya aku ter tengok sebab jubah dia sendat macam sarung nangka, segalanya Jenis lekuk semua nampak, tertonjol2, nasib aku tak muntah time tu. Jangan lah salah gunakan pakaian yang bagus macam tu, lumrahnya jubah tu longgar Dan selesa, bila ketat memang mengganggu permandangan orang lain, tak
Pasal2 aku berdosa haritu. Tak tahulah salah designer or apa, tapi kalau Kau tau ko sado, x yah lah pakai Baju yg muat2....
Agak2, ada tak Pak arab yang pakai jubah sendat????
Nota : orang berlumba2 nak
Jadi orang arab dari berlumba2 nak jadi orang Islam yang beriman.
Pasal2 aku berdosa haritu. Tak tahulah salah designer or apa, tapi kalau Kau tau ko sado, x yah lah pakai Baju yg muat2....
Agak2, ada tak Pak arab yang pakai jubah sendat????
Nota : orang berlumba2 nak
Jadi orang arab dari berlumba2 nak jadi orang Islam yang beriman.
Thursday, July 21, 2016
Mama Dinousor
Terkejar2 harini, macam mak popeye dah rasa…dengan anak-anak
yang aku terpaksa berlari berkejaran sekeliling rumah hanya untuk tukarkan
pampers!!!!!!!!
Pagi2 aku dah pasang high pitch sebab sibuk nak makan kuih
raya pagi-pagi, err tu si abang lah. Si kembar memang melayu habis…”ibu, nak
acik, kokok, air teh”..kau ada? Anak pagi-pagi mintak nasi, kokok (ayam goreng)
dengan air the”….menangis laju2 aku bila dia panjat meja buka tudung saji…
Tengah aku sibuk-sibuk nak siap2 pergi kerja, aku dengar si Iqbal
jerit2.
“Mama dinosaur tolong saya, tolong saya mama dinosaur”,
berlari-lari dia keliling rumah, ntah apa-apa tah agaknya, aku pun buat tak
reti je, beranggapan dia main dengan adik-adik dia kot.
Tapi dia keep on terpekik-pekik panggil mama dinosaur, aku
pun terus naik kan volume sora and tanya dia sape mama dinousour tu?
“Ibu lah mama dinosaur tu, kalau marah selalu macam mama dinosaur”.
Sentap aku, selamba badak je dia panggil aku mama dinasour.
“kalau ibal cakap ibu mama dinosaur, ibu tak nak beli gummy
lagi dekat Iqbal”
“okey ibu dinosaur”….
Haaaaaaa????? Hah, stress aku dibuatnya ngan anak-anak…garang
sangat ke aku sampai dia panggil aku mama dinosaur???? pppppppppppppppppp
FB/IG - Edisi Sentap
Aku pernah ada FB sebelum ni,
tapi dah lama off kan FB tu, so untuk masa sekarang ni, dah hampir 6 tahun aku
bebas gejala FB…ppppp
Entry ni aku buat khas untuk
korang yang ada FB, Instagram or ape-ape media social yang korang guna. Pernah tak
bila korang bukak FB, instag, the lepas tu ada notification tentang status yang
di update oleh kawan-kawan? Dan most of dia punya entry akan buat korang rasa
nak muntah, loya or yang sewaktu dengannya? Aku rasa mesti ramai yang rasa
camtu, plus mesti ada kutuk-kutuk dalam hati n sentap2 berbulan-bulan bila
tengok or baca entry diorang?.
Sebenarnya, petua untuk ada FB,
Instag yang ramai followers, “Show Off” adalah salah satu requirement penting
yang perlu ada, barulah orang nak baca dan nak follow dan sedap untuk di
jadikan bahan kutukan. Zaman sekarang ni ramai yang bercita-cita nak jadi “Insta
famous” sebb bila follower dah ramai, maka akan terbukalah peluang rezeki, jual
apa pun laku…sebab ramai follower kan. Cuba kalau fb/insta kita tu senyap
sunyi, citer benda biasa-biasa, tak ada gossip liar, tak ada show off, tak ada posing
duck face, tak de make up tebal macam mak lampir, posing macam model, ko ingat
ada ke orang yang tengok? Hidup ni kadang-kadang perlu bijak ambil kesempatan,
orang suka atau tidak, belakang kira. Semua orang tau kebanyakan manusia ni
suka gossip, viral, kutuk-kutuk…so dengan cara macam show off or tulis ape-ape
yang menarik je akan naikkan jumlah follower
diorang…plus nak tengok berapa ramai yang akan like benda yang diorang
post tu.
Yang bermasalah bukan orang yang
post benda2 show off tu, yang bermasalah adalah orang baca dan sentap sendiri,
lepas tu komen yang kesat-kesat kat page orang tu. Padahal kau kenal orang tu
pun tak, tapi ko yang tetiba nak sentap sendiri.
Bagi aku common sense lah, sape
yang tak suka show off? Ramai yang suka nak post kebahagiaan masing-masing,
cinta teragung masing-masing, dapat hadiah beg berjenama dari husband, husband
bawak honeymoon keliling dunia, husband ucapkan kata-kata terindah, husband
bagi duit berkepuk-kepuk, husband belikan hadiah rumah. Macam2 orang suka nak
kongsikan. Tapi benda baik dan indah memang lah diorang post kat FB, tapi bab
dia makan kaki ngan husband dia, bab hutang keliling pinggang sebab bercuti
keliling dunia, bab dia kena maki ngan laki dia, bab dia tido asing-asing sebab
gaduh laki bini, bab sakit kepala duit x ada nak beli susu anak, bab dia maki
laki dia sebab laki dia curang??? Semua tu takkan diorang nak cerita, logiklah
mana ada dalam hidup semua nya indah, yang korang pun satu, tak payah sentap
dengan posting or entry diorang tu, dah fb/insta diorang, hak diorang lah nak
show off kan? Kita yang membaca ni tak payah berlebih-lebih sentap.
Kalau aku pun, I will do the
same things, time aku rasa nak cekik orang, tak kan aku nak citer, mesti aku
citer yang sweet, yang fake2…ppppp
Orang show off sebab nak hiburkan
hati dia, sedih, luka, duka kat dalam hidup dia, dia je yang tahu. Posting benda-benda
yang macam tu boleh hiburkan hati dia, boleh cover up semua benda-benda yang
tak bagus dalam life dia, at least bila fam dia tengok, diorang tak lah susah
hati…mak ayah pun tak risau. Mak ayah zaman skang semua dah ada FB/insta,
bayangkan kalau diorang baca posting anak dia maki-maki laki dia, maki-maki
bini, citer tengah ondaway nak gi mahkamah syariah, citer duit tinggal seposen
dalam poket, mesti lah diorang risau kan? So kadang-kadang benda camni bagus
gak sebb as a signal yang kita manage our life in better way.
So, jangan sentap-sentap ye bila
baca posting orang lain, bersangka baik je sudah ye….
Kembar Tiga Rasa
Semalam lepas habis kerja, aku bergegas ambik anak-anak
kemudian singgah kat “aco” (sebutan anak sulong aku untuk jaya jusco). Bila sampai
jusco, aku keluarkan anak-anak aku yang tiga orang tu, kemudian naik ke ground
floor dengan walkerlator. Sepanjang2 tu ramai yang jelling-jeling anak kembar
aku, ada yang tegur, cakap so nice, very cuter, bertuah dan macam-macam. Masa aku
nak ambik trolley, ada sorang wanita yang lebih kurang sebaya aku or muda or
tua sikit datang and tanya “is both of them twin?”. Aku jawap ye, lepas dia dia
keep on watching anak aku main-main, tak lama lepas tu dia tanya samada aku
ambik IVF or apa-apa suntikan untuk dapat kembar? Aku jawap naturally Allah
bagi. Dia cakap lagi aku bertuah sebab dapat twin, rumah mesti riuh rendah. Dan
dia pun memang teringin sangat nak dapat anak kembar, sebab terbayang
keseronokan bila ada twin dalam family dia. Aku just senyap, tak nak komen
apa-apa sebab dalam hati aku je tau apa yang aku rasa.
Sumpah! Bukan aku mengeluh, aku bahagia bila Allah kurniakan
aku kembar. Aku gelarkan kembar 3 rasa, bukan sebab anak aku triplet (anak aku
non identical twin, 1 girl and 1 boy), tapi bila pengalaman aku besarkan
diorang tu memang ada 3 rasa, manis,
pahit, masam…ppppp.
Allah je yang tahu apa yang aku dan mak-mak yang ada anak
kembar. Aku memang x pernah terfikir untuk dapat kembar, apatah lagi nak buat
IVF, Allah yang beri aku nikmat ni, walaupun masa dapat tahu aku mengandung
kembar, aku melalak bagai nak rak. Doctor scan perut aku, bgtau yang ada dua
kepala, Allah! Terkejut aku, ingat anak aku cacat, rupanya kembar. Aku melalak
bukan sebab apa, sebab aku takut tak mampu nak pikul tanggungjawap besar dan
didik diorang. Sedangkan anak sulong aku pun, kadang-kadang aku rasa nak kejar
dia sekeliling rumah bila dia nakal, inikan pula bila ada kembar nanti.
Untuk orang yang melihat, memang akan rasa teruja untuk ada
anak kembar, akan rasa beruntung ada anak kembar (bagi aku sama je, ada anak
bukan kembar pun, still beruntung), akan rasa macam di beri kelebihan dan
macam-macam lagi. Aku tak nafikan lah, rasa keterujaan tu, tapi tanggungjawap
tu melebihi dari had kuasa yang ada.
Masa diorang baru lahir, every night selang sejam aku akan
bangun bagi diorang susu, aku rasa macam burung hantu, kejap-kejap bangun, sambil
menyusu sambal tersengguk-sengguk tahan mengantuk. Benda ni berlarutan sampai 3
bulan, bulan ke empat baru keadaan agak terkawal. Bila time tido memang
masalah, sebab kau tak boleh letak diorang berdekatan, sorang bising, sorang
akan nangis. So aku kena pisahkan diorang tido. Tido memang perlu bantuan buai.
Buai elektrik sebab lenguh tangan aku nak henjut diorang, bila dah nyenyak baru
alihkan kat atas tilam.
Cuma kalau dah namanya kembar, seiras atau tak seiras, tapi
dah dari kecik duduk dalam perut berdua, kau pisahkan macamana sekali pun, dia
tetap tak senang duduk bila kembar dia tak ada kat sebelah. Pernah dia tak nak
tido, bulat je mata pandang kiri kanan, aku tepuk pun dia tak nak tidor, sampai
mata dia merah tahan ngantuk. Aku terfikir nak letak kembar dia kat sebelah,
mungkin dia resah bila kembar dia tak ada, bila aku letak je kembar dia, dia
pun nampak kembar dia dah ada, time tu jugak dia lelap mata dan tido sampai ke
pagi.
Tu belum masuk bab berak, demam n macam-macam lagi. Semua benda
tu berlaku serentak! Di ulang, serentak!. Pernah aku menangis sambil
demam-demam sebab terlampau penat.
Bila dah masuk setahun, diorang dah start melasak, dah
merangkak, so memang tak reti duduk diam kembar ni, abang dia yang sulong tu
lagilah. Dia master mind untuk setiap acara. Pernah time tu aku balik kerja,
dah habis kemas dapur semua, aku buatkan diorang susu. Aku dok ingat diorang ni
minum susu sambil tengok vivi (televisyen), so aku mandilah….time mandi tu aku
dah rasa pelik je, sebab diorang senyap sunyi, memang tak pernah rumah aku
senyap sunyi camtu. Tapi aku biarkan je lah, mungkin tengah baring-baring sebb
tengok citer kartoon.
Habis je mandi, aku cepat-cepat carik diorang, time tu aku
dah berderau dah, tengok kat ruang tamu kosong, cepat-cepat pergi dapor,
yessszzzz memang terbaik, diorang ada kat dapur…tapi kau tau apa diorang
buat???? MAKAN SAMPAHHHHHHHHHH!!!!!! Yang tukang ajar suh makan sampah tu, si
abang yang sulong, dia supervisor, tengok adik-adik tengah sibuk rasa2 sampah
tu….time tu memang aku dah hilang sabar, aku jerit macam tarzan, ambik bontot
sorang-sorang aku lepuk sampai 3 kali setiap satu bontot. Sambil lepuk, sambil
nangis sebab penat nak kemas sampah-sampah yang dah bersepah kat dapur tu. Time
tu aku meraung-raung sambil istigfar dan tahan diri dari mencarut or cakap
benda-benda yang tak sepatutnya. Sakit nau ati aku, yang sakit sangat ati tu,
anak aku si kembar girl tu, dia dah ada damal tong sampah tu!!! Sambil jilat-jilat
jari makan sampah….lepas tu senyum-senyum tengok aku…Ya Rabbi….
Aku heret tiga-tiga masuk bilik air, mandikan diorang sambil
aku continue menangis2…pppppp habis mandi, aku bagi susu and paksa diorang tido,
time tu hanger memang kat tangan aku je, bukan nak pukul, tapi acah-acah supaya
diorang takut dan tidor. Disebabkan diorang takut agaknya, terus diorang tido.
Tu baru sikit perangai kembar tu, belum masuk bila dia dah
pandai cakap n jalan. Aku ingat lagi, masa tu dia dah pandai cakap dan pandai
jalan dah, so aku tido kan diorang, abang dia si Iqbal dah tido, habib pun dah
tido, aisyah je belum tido. Yang buat aku sakit hati, dia boleh bangun dan pegi
kejut habib! Suruh habib bangun main dengan dia. Bila aku marah, dia buat muka
cemik-cemik, and stop sekejap dari kacau habib. Bila aku tutup mata, dia tak
bangun pergi kejut habib, tapi aku nampak kaki dia kuis badan habib…aku nampak
je, terus aku pukul bontot dia….finally tido gak semua sekali….
Aku rasa kalau bukan kembar pun, ramai je yang facing
masalah yang sama macam aku, semua budak-budak ada zaman main-main diorang, bab
mak2 jadi tarzan memang lumrah lah, bergegar rumah tu x payah cakap lah kan…dah
biasa dah rasanya….
Cuma aku just nak share sikit je, bila nak ada anak kembar,
jangan fikir pasal seronok, tapi fikir pasal tanggungjawap dan siap sedia
dengan mental dan tahap sabar yang paling tinggi makam nya…
Wednesday, July 20, 2016
Yuna dan Usher
Kadang-kadang aku ada gak baca tentang artis-artis Malaysia ni,
tapi sekadar baca jelah. Tapi semalam bila aku tengok kes yuna, aku rasa mcam
nak tulis sesuatu.
Aku scroll ke bawah, aku tengok bermacam-macam komen yang
macam ustaj dan ustajah, kafir mengkafir, masuk api meraka, pendek kata semua
yang komen tu adalah ahli syorga.
Cuma aku a bit pelik lah, yang komen macam ahli syorga (aku
tak eja syurga sebab syurga hanya tempat orang yang betul2 layak) ni, ada plak
masa untuk pergi baca dan tulis komen-komen macam tu, lepas tu claim diri macam
ustaj dan ustajah.
Kiranya Yuna ni, jahat nau-nau. Perasan atau tak, kalau dulu
orang semua takut dengan kisah dajjal mata satu, tapi aku rasa in other way,
dajjal yang ni paling bahaya. Bab mana dajjal nyer, bab blog yang letak video
yuna, lepas tu post dekat blog2 depa dengan harapan, ramai yang akan view, bila
ramai yang view traffic dekat blog akan meningkat, orang click sana, click sini dan dapat duit
dari nuffnang sebab blog ramai viewer dan iklan banyak orang click. Purpose utama
sebab nak orang baca blog, tapi tak fikir cara
tu x betul bila boleh leading pada fitnah. Dajjal yang ni paling bahaya,
tak perlukan modal, just post and share dan orang akan baca serta komen macam
cibai. Orang yang view tu akan tulis komen yang menghentam peribadi yuna tanpa
usul periksa. Weh, dalam Islam sendiri pun ada etika-etika untuk menegur, tak
payah lah relatekan dengan peribadi orang lain.
Aku bukan peminat yuna or sape-sape, tapi aku suka lah dia Berjaya
kat sana, dan aku bukan menyokong kejadian yang terjadi, Cuma aku tak suka bila
blog-blog hiburan ni sesuka hati take advantage kat orang lain, Yuna kot, cuba
kau letak kisah artist yang suam-suam kuku, sape yang nak baca blog kau, betul x?
Aku frust bila kita ni dah makin maju, tapi makin
kebelakang, guna kan agama untuk mengutuk dan menghina orang.
Kena ingat, yang pakai tudung, yang tutup aurat, yang ustaj,
ustajah, semua tu belum tentu ahli syurga, orang yang masuk syurga bukan di
sebabkan benda-benda atas tu, tapi orang yang masuk syurga tu adalah orang yang
mendapat syafaat dari Allah. Ko solat berkurun pun, belum tentu ko masuk
syurga, sebab syurga neraka tu ketentuan dari Allah. Allah yang nilai kita, so
jangan lah nak mengkafirkan orang lain. Orang yang masa hidup dia pun beragama
lain, tapi bila mati kita tak tau dia masuk syurga atau neraka, sebabnya saat ajal
dan maut, hanya between dia dan pencipta je yang tau.
Berapa ramai orang bukan islam masa nak mati tiba-tiba boleh
mengucap kalimah syahadah? Ramai je kes2 macam ni berlaku, persoalannya, jangan
nak judge seseorang berdasarkan apa yang kita Nampak pada mata kasar kita.
Bila bab yuna, kemain kita kutuk, tapi bila time tengah
tengok cerita “tuan anas Mikhail”, “Mr Perfect 10”, masuk bab romantic,
pegang-pegang n peluk2, kemain ko terkinja-kinja sambal feeling-feling ko hero
and heroin dalam drama tu. Eh boleh pulak ko cakap “ala berlakon je”…kepala
hotak mu…
Tuesday, July 19, 2016
Ubat ada DNA Khinzir
Author:Nawarzara
Semalam masa tengah drive, aku teringat kes arwah tok aku
yang sakit tahun 2004, masa tu dia tengah kemas kan pokok bunga kertas,
tiba-tiba rasa macam berpeluh-peluh dan pitam, kebetulan cik aku ada kat kampong,
so dia tolong bawak kan pergi hospital. Bila sampai hospital, doctor cakap tok
aku ada issue dengan jantung, kena masuk ke wad CCU, khas untuk jantung
katanya.
Arwah tok aku sakit tak lama, dalam 3 hari je, lepas tu
berjumpa penciptanya semula. Benda yang aku nak cerita ni lebih kurang sama
dengan vaksin lah, since now ramai sangat yang mempertikaikan ulama punya
pandangan, dan cakap doc sewenang-wenangnya nak cucuk vaksin, dan ada yang
cakap vaksin ni agenda yahudi untuk jatuhkan umat islam.
Masa arwah tok aku sampai hospital tu, baru tahu yang organ
dalaman tok aku dah tak berfungsi, jantung bahagian belakang dah mati, tinggal
berapa persen je yang boleh pam darah, Cuma tok aku x ada kencing manis, darah
tinggi dan buah pinggang je yang menyebabkan dia tak collaps tiba-tiba.
Aku ingat lagi, masa hari ke terakhir tu, nenek aku tak
tunjukkan langsung dia lemah, dia rajin bersembang, asal datang nurse kat
tempat dia, dia akan sembang, tanya macam-macam, kira time tuk aku ni femes
lah. Petang tu, doc datang untuk bagi satu ubat yang untuk jantung dia, ubat tu
50/50 kesan dia, if berkesan, jantung nenek aku akan slowly ok balik, Cuma doc
bagi tau, dalam ubat tu (aku x sure ubat ke, vaksin ke, yng penting bentuk
cecair) ada DNA khinzir, so doc bg tunjuk yang dekat ubat tu ada majlis fatwa
punya kelulusan, da nada certifacte sekali untuk jelaskan benda2 tu. So waris
boleh pilih untuk cucuk or tak cucuk. Cik aku suruh cucuk sebab dalam keadaan terdesak,
Cuma doc bgtau, walaupun waris setuju, tapi kalau taka da keperluan dia tak
akan cucuk. Sebelum dia cucuk ubat tu, dia tengok condition tok aku dulu, lepas
dia tengok dia cakap, x ada keperluan untuk cucuk, sebab heart beat tok aku dah
lemah. Tapi masa tu aku x percaya, sebab tok aku still boleh cakap, masa tu aku
memang tak tau nak cakap apa lagi dah, sebab sedih sangat2. Cik tanya doctor,
agak-agak pukul berapa tok aku boleh bertahan? Doctor cakap dalam +-4 jam. Yes,
memang tepat, masa tu pukul 4, by the time pukul 7:10 malam, nenek aku mengucap
dan terus jantung dia terhenti terus.
Faham tak ape aku nak terangkan, walaupun doc tu bukan
islam, dan yang nak di suntik tu ada kandungan DNA khinzir, tapi dia tak
sewenang-wenangnya nak suntik, dia suruh waris buat keputusan dan tunjukk
kebenaran dari majlis fatwa untuk penggunaan ubat tu. Dan paling penting kalau tak
ada kepentingan, dia tak akan suntik. Macam kes tok aku, doc cakap x perlu
suntik sebab jantung tok aku dah hamper collaps semua, tinggal 20% je time tu,
dia bukan tak usaha untuk pulihkan tok aku, tapi ikut kemungkinan, kalau suntik
pun, tok aku tak akan selamat, kecuali kalau Allah tiba-tiba increase kan
percentage jantung dia nyer operasi, above 40% baru doc suntik.
Majlis fatwa ni bukan sewenang-wenangnya nak bagi kelulusan,
dan ubat yang digunakan itu pun setelah tak ada usaha lain yang boleh dibuat
kecuali dengan suntik ubat tu je, baru lah diorang gunakan. Itupun jika keadaan
betul-betul darurat dan keadaan pesakit yang masih dalam condition tolerable.
Sekian.
Cara Hilangkan Stretch Mark
Tahniah untuk kawan-kawan yang dah selamat bersalin. Semoga di
rahmati Allah.
Bila bersalin, memang benda yang akan menghantui diri kita
is stretch mark. Bukak baju, duduk depan cermin, rasa macam nak tikam diri
sendiri sebab kulit yang dulu kemain licin gebu, tetiba berubah rupa dan rasa…pppp
macam Tupperware terbakar. Jenuh search slimming centre, almond oil, losyen
hilang stretch mark, losyen mustajab, losyen tak mustajab, lepas tu tengok testimoni,
semua up yang best-best je bab result dia, tp semua tak menjadi sebab masalah “keewangan”.
Memang stress bila jadi macam ni, tido malam pun memang tak
lena, bila terkenang-kenang kulit yang dah hilang elastic nyer tu. Haish,
tekanan betul, sampai bila tengok kulit model-model tu, rasa nak menitik air
mata je sebab terkenang kan kulit sendiri…hahahahahahaha
Aku just nak share benda yang boleh reduce kan stretch mark
dan gegaran kulit kita ni after bersalin. Jimat dan mudah, Cuma kena istiqamah.
Kalau tak istiqamah, sampai kiamat pun tak akan berkesan.
1) Coffee scrub – ramai tahu yang coffee scrub ni bagus
untuk blood circulation dan untuk reduce stretch mark punya parut. Aku x beli
yang mahal and yang letak preservative, aku beli yang murah dan natural. Lepas buka,
kena letak dalam peti ais. Cara nak guna pun kena betul, bukan sental
biasa-biasa je, sental ikut arah lawan jam, membulat ye, bukan gosok atas
bawah, tapi circle lawan arah jam. Focus kat tempat yang banyak stretch mark
dulu, part yang lain biarkan, focus part by part. Seminggu tu kalau boleh buat
dua kali, istiqamah sampai 6 months, InsyaAllah akan Nampak result. If nak cari
coffe scrub yang aku guna cari kat ig:NOUR&FEEM Online Shop. Contact no:
017-6304577 Alyn.
2 2) Body wrap – ni memang bagus untuk tight kan part
kesan gegaran kat perut kita. Tak perlu berbelanja mahal, cukup guna
bahan-bahan yang ada kat dalam rumah kita je. Guna Vicks Vapor Rub dan plastic
food wrap. Korang sapu vicks kat part yang nak wrap, contoh perut ke, peha ke…mana-mana
jelah. Lepas tu, balut tempat tu dengan plastic food wrap, balut kejap-kejap,
tapi still boleh breathing lah, jangan sampai tersekat saluran darah plak ye. So
biarkan dalm 4 jam or lebih pun tak pe. Nak buat anytime pun ok, time nak tidor
ok, time tengok tv pun ok…ikut suka korang lah ye. Try buat dalam 10 hari,
nanti part yang bergegar tu akan jadi six pack. Kena ingat, kesan tu mungkin
berbeza, kalau size pinggang kau 33, jangan lah expect dalam masa 10 hari dah Nampak
kesan, mungkin perlu masa yang lebih lama untu betul-betul elok, and nanti
stretch mark pun akan pudar.
3) Minum green tea – ni untuk nyah toksin dalam
badan, bila toksin dah nyah dari badan, so metabolism kita akan meningkat dan
melancarkan lagi blood circulation kita. Bila blood circulation dah betul,
stretch mark n selulit pun senang nak di pudarkan
4 4) Berurut – setiap dua bulan, pergi berurut, benda
ni bagus untuk blood circulation, pecahkan angin, lemak-lemak yang pejal2 tu,
dan boleh kejap kan part-part yang longgar tu. Berurut memang boleh buang
toksin dan lembutkan lemak-lemak.
5) Apple vinegar & baking soda – Korang pernah
dengar tak kebaikan benda ni? Korang combine dua benda ni, lepas tu bila dah larut,
korang boleh sapukan dekat kawasan stretch mark yang ada, sapu guna kain
lembut, lepas tu gosok perlahan-lahan, lepas tu biarkan sampai kering. Apple vinegar
dan baking soda ni, bertindak sebagai agen pemutih, so dia akan slowly pudarkan
kawasan hitam yang ada kat stretch mark tu. Rajin-rajin buat, plus dia boleh
pudarkan vein korang tersembul keluar tu, just apply macam tadi jugak.
Aku rasa, benda ni cukup dah untuk pudarkan
stretch mark dan selulit yang ada tu, Cuma kena istiqamah, jangan cepat putus
asa. Aku dah try dah semua benda ni, Alhamdulillah memang berkesan
sangat-sangat, at least nak tengok cermin pun dah tak sesegan dulu dah.
Selamat mencuba ye….
Monday, July 18, 2016
LGBT
LGBT
L = Lesbian
G = Gay
B = Bi seksual
T = Transgender
LGBT ni makin lama makin famous because of now trend and
people surrounding yang “very understanding” and sometime look like they really
welcome this type of people in their crowd.
Mana-mana kita pergi pun, ramai sangat dah golongan macam ni. Aku sampai dah tak larat dah nak tengok, kadang-kadang aku Nampak halkum tersembul, lepas tu berjalan dengan lelaki yang kacak, hensem, bergaya, mutu, keunggulan macam ben Affleck. Aduss,,, yang mamat tu pun, muka sikit punya kacak, saying ko pilih kaum ko sendiri. Plus berjalan sambil berpegang tangan, peluk-peluk pinggang, show off satu KLCC hubungan terlarang tu, sampai anak aku pun konpius, tak tau tu lelaki or perempuan...asyik lah dia Tanya aku " ibu, "she got adam apple" ppppp aku pun senyap je, kalau aku cakap dia mak nyah, sampai ke malam bab tu tak akan settle.
See? kat KLCC pun diorang boleh berjalan dengan megah, sampai tak tau nak cakap apa. Tapi paling aku tak boleh terima bila pergi saloon, yang cucikan aku tu mak nyah, aku lak tak tau nak panggil apa, last-last aku cakap "saya, awak" je. Nak panggil akak, rasa janggal, nak panggil abang, takut kena seligi.
If kita tengok kat facebook pun, ada je those mak nyah yang jual kosmetik, dan paling win followers diorang siap terang-terangan puji depa ni cantik....erkkkk. Serious, dunia dah nak akhir zaman.
Tapi paling ramai yang aku jumpa , golongan lesbian,mak nyah and gay lah. Ni memang tak boleh nak sorok dah, yang bi sesksual ni a bit susah nak trace.
Bab gay ni aku ngeri sikit lah sebab yang jadi gay ni banyak jenis kacak yang amat, sampai kau tak tau nak kategorikan kacak jenis apa, tapi failed sebb suka kat golongan sendiri.
Macam ramdhan lepas believed those girl yang makan dekat
food court because of menstrual, but for those “mak nyah” I don’t think they
have the menstrual issue. Not at all, not even they have changed their penis to
the vagina; they still can’t get “that thing” happen. I’m very sure on that! What
you try to show ladies? Just to show how understanding you are?
Benda ni berlaku di sebabkan orang kita sendiri yang
menerima mereka dengan cara mereka. Aku tak suruh korang pulaukan diorang ni,
tapi janganlah sampai korang mengiyakan tidakan yang diorang ni buat, salah tetap
salah.
Yes korang period, then lapar and you have an exception from
fasting during Ramadhan, tapi tak bermakna you can ask those mak nyah to
accompany /join you. Boleh tak berfikir, jelas dan nyata mereka di lahirkan
dengan alat kelamin lelaki dan x mungkin akan datang period, so kenapa kita
seakan-akan menggalakkan lagi diorang ni perasan dia sama macam
perempuan/wanita?
Kita sebagai orang sekeliling tak perlu nak buat macam tu
supaya diorang rasa tak tersisih. Aku pun ada gak kawan dekat office, dekat
office still pakai baju lelaki, taka da lah nak make up2, pergi toilet pun
still toilet lelaki because he still male. Bila time puasa dia puasa je penuh,
plus kalau time solat, tak ada pulak dia gatal-gatal nak solat pakai telekung ke
apa, bab solat or puasa di terima atau tidak, itu terpulang pada Allah. Hanya Dia
yang menilai.
Tapi aku dan office mate tak berkompromi langsung bab
benda-benda macam ni, maksudnya kitorang boleh terima kelainan dia, tapi dalam masa
yang sama tetap tak bersetuju kalau dia nak jadi wanita sejati. Tetap akan
nasihat dia supaya jadi lelaki sejati, tetap marah dia bila dia bukak cerita
dia ada boyfriend, tetap akan sedarkan dia tu, tetap lelaki walaupun dia cakap
dia “terperangkap dalam badan lelaki, tapi naluri dia wanita”.
Aku pernah tanya dia, mak kau marah kau tak? And dia cakap
marah, tapi depan mak aku aku tak lah pakai merapu, still pakai baju melayu, Cuma
kain je kain batik and rajin tolong mak aku kat dapor. Balik kampong still lagi
gi solat kat surau, still lagi appearance lelaki.
Punca yang dia jadi camtu bukan sebab mak n ayah dia
pakaikan dia baju pompuan masa kecik-kecik dulu, tapi dia sendiri yang perangai
merapu katanya. Mak dia suruh solat, dia pakainya telekung mak dia jadikan
skirt sambil pusing2. Bukan mak dia tak pukul, tapi dia sendiri yang rasa
teruja bila tengok lelaki yang sado-sado and jambu. Yang jadi tambah kronik
bila lelaki sado tu bagi respond kat dia plak tu, dia pun terus terjebak lagi
teruk.
Tapi as a friend kitorang x pernah layan if dia cerita dia
suka lelaki sado lah, buat tu lah, buat ni lah, tapi kitorang selalu nasihat
dia supaya berubah, dan dia pun bgtau satu hari nanti dia sendiri akan berubah,
takut gak kena HIV katanya.
Nampak tak? LGBT ni memang dah salah, tapi kita sebagai
orang sekeliling tak perlu pesongkan diorang lagi, boleh berkawan, tapi tak
perlu buat diorang berada dalam keadaan fantasi, sedarkan diorang yang lumrah
tradisi nya diorang di lahirkan sebagai seorang lelaki ke, or perempuan ke….Allah
tu dah sah-sah jadikan korang dengan jantina yang jelas (kecuali khunsa), tak
de nya Allah tu tersilap, yang silap diri kita. Kita je acah-acah bgtau diri
kita ada naluri prempuan or lelaki yang lebih, or naluri bi seksual. Semua berpunca
dari kita sendiri, bila kita tak boleh nak lawan nafsu diri kita sendiri. Ada yang
cakap tak jadi kat diri sendiri memang lah kan, pandai cakap je? Memang tak
jadi, dan mintak di jauhkan. Tapi tak salah korang cuba straight kan balik diri
korang, fikir dosa dan pahala, fikir mak dan ayah. Dan paling penting,
janganlah sampai buang kemaluan, Allah bagi kemaluan tu untuk kemudahan diri
kita, kalau lelaki yang potong kemaluan sebab nak jadi 100% kononya, sok-sok
nanti bila dah terasa nak bertaubat, nak kembali ke pangkal jalan, kat mana nak
sambung balik? Time tu dah terlambat dah, nak kahwin pun x boleh dah, sebb dah
x lengkap sebagai lelaki plak. Jadi perempuan pun x boleh, nak balik jd lelaki
pun tak boleh.
So orang sekeliling yang kena bantu diorang ni, jangan
hina-hina diorang, jangan pandai-pandai cakap diorang ahli neraka, sebaliknya
layan diorang macam biasa, Cuma jangan kita layan benda-benda yang tak
sepatutnya. Nasihatkan diorang ni, jangan jemu bagi nasihat, macam aku memang
aku suka je tazkirah kan diorang ni, sampai diorang tak larat nak dengar dah…pppp
Lama-lama nanti diorang akan termakan juga ngan nasihat yang
kita bagi tu. Rather dari kita layankan aje apa yang diorang buat, benda tu
akan jadikan diorang lagi berleluasa dan beraggapan kita ni open minded dan tak
kisah pun diorang tu songsang. Fuhhh bend ni bahaya, sebab sini Malaysia, bukan
US.
If ada adik beradik or orang yang terdekat dengan kita jadi
macam ni, janganlah kita buang diorang, terima diorang, jangan sisihkan
diorang, bagi kasih sayang dan nasihatkan diorang sebaiknya, bimbing diorang
sebaiknya. Golongan macam ni if kita sisihkan, dia akan jadi lagi teruk,
elok-elok diorang duduk dengan kita, bila kita halau diorang, nanti 24/7 dia
duduk dengan golongan dia je, so time tu dia akan jadi lagi kronik.
Sekian.
Author : Nawarzara
Subscribe to:
Posts (Atom)