Pages

Thursday, June 13, 2013

Penyakit Beguk Punca Kemandulan Kepada Lelaki

Salam,
Entry harini saya nak share tentang info kesihatan. Ramai yang tahu tentang penyakit beguk, dan menganggap ianya adalah penyakit yang ringan serta tidak berbahaya. Sila buang jauh-jauh pandangan anda itu.

Penyakit ini kebiasaannya akan menyebakkan pembengkakakn di bahagian kelenjar parotid, di ikuti dengan demam panas.
kebiasaannya tanda-tanda penyakit ini adalah seperti berikut

- Demam
- Sakit Kepala
- Mulut kering dan hilang selera
- Keletihan
- Bengkak pada satu atau dua kelenjar parotid

Penyakit beguk ini mudah menjangkiti kanak-kanak seawal usia 8 tahun. Kebiasaannya, penyakit ini akan hilang diantara hari ke 10-11. 

Penyakit ini walaupun remeh tetapi boleh menyebabkan kesan sampingan yang bahaya

- Encephalitis(Pembengkakan pada otak) 
- Meningitis(pembengkakan pada lapisan otak) 
- Panccreatitis( Pembengkakan pada Pankreas) 
- Orchitis(Lebam pada testis) berlaku pada lelaki dewasa 
- Pekak 

Selalunya orang tua-tua akan menyapukan nila (serbuk yang bewarna biru muda) ke bahagian kelenjar bengkak itu kerana warna biru adalah warna yang boleh merawat bengkak pada bahagian tersebut.

Selain itu, kurangkan pengambilan makanan berasid seperti limau, cuka dan sebagainya..

Kenapa saya mengatakan penyakit ini berbahaya kepada lelaki? Beguk ialah suatu penyakit yang berkaitan dengan kelenjar, dan kelenjar adalah organ yang bertangungjawap merembeskan sesuatu hormon. Jika kelejar parotid membengkak, ianya turut memberi kesan kepada testis lelaki. Ianya akan merosakkan sel-sel yang membekalkan benih kepada seorang lelaki itu. Jika bernasib baik, mungkin masih ada benih yang dihasilkan, tetapi pergerakan sperma itu sangat perlahan dan mempunyai bentuk yang tidak cantik, tetapi sangat malang kerana ianya turut boleh merosakkan sel-sel itu menyebabkan tiada benih@sperma langsung didalam air mani lelaki.

Kepada lelaki, jangan ambil remeh tentang isu penyakit beguk ini, jika anda telah berkahwin dan melebihi 2 tahun, anda sangat digalakkan untuk berjumpa dengan doktor. 

Kepada ibu bapa segeralah memberikan mereka vaksin yang boleh mencegah penyakit ini ketika usia 12 bulan dan 7 tahun. Vaksin ini dikenali sebagai mumps,measles and rubella.




Monday, June 10, 2013

Memberi Nama Kepada Anak

Assalamualaikum.
Salah tugas ibu dan bapa ialah meberikan nama kepada anak-anak, dan seharusnya nama perlulah mempunyai maksud yang baik dan indah. Jangan sesekali kita memberi nama atau menggelarkan anak kita dengan panggilan yang tidak elok.

Ramai yang beranggapan nama yang baek adalah dalam bahasa arab, anda silap, x kisah nak guna bahasa apa pun yang penting memberikan makna yang baik, cuma kita digalakkan menggunakan nama dalam bahasa arab, kerana ia adalah bahasa Al-Quran. Sedikit panduan, jika mahu gunakan bahasa lain selain dr bahasa arab, pastikan bukan menyerupai nama iblis, tok pekong dan sebagainya.

Kita boleh je nak gunakan apa-apa bahsa selagi ia tidak bertentangan dengan agama kita, macam contoh, ahmad budiman, cahaya, kasih, indah, suci..semua nama ni jelas memberi maksud nama yang baik.

Lagi satu, jaman skang ni ramai yang berlumba2 nak bagi nama anak panjng-panjang sebab nak nampak hebat...contoh nama ni ahmad rayyan ishaqqi, yes sedap dan bagus nama tuh, tapi yang dia panggilnye "IS"..nape x panggil nama penuh? aku bercapa ni sebab nama aku panjang sangat sampai ada 19 huruf, time peksa, aku kena masuk awal sebab nak tulis nama aku yang panjang berjela...tapi still boleh dimaafkan sebab jaman dolu-dolu, berebut-rebut pak cik mak cik nak letak nama, sampai berderet ikut ayah aku gi jabatan pendaftaran, tu yang terkeluar nama panjang cenggitu.

So, jaman bijak pandai skang ni, memadailah letak nama yang kau boleh panggil sekaligus, contohnya muhammad, adam, rayyan, so korang leh panggil nama penuh diorang....

Tapi menda ni terpulangla pada individu, tepuk dada tanya selera, saya bagi panduan je. Yelah, semata-mata nak nama vouge, sampai tak terpanggil nama yang laen-lain tu...lebih baik nama pendek, ringkas, maksud baik dan kita x menyingkatkan nama tu, dah mencukupi...

yelah, elok-elok nama tu ada maksud contohnya nama haiqal, tp kita panggil eqal, habis semua maksud yang baik. nama dah singkat dah, tp kita singkat kan lagi, siap ada nama panggilan lagi, if nama panggilan tu ada maksud yang baik xpe lah kan....