Pages

Wednesday, January 9, 2013

Perdana Menteri Wanita

Tajuk tu macam serius jerk bunyik dia, tapi semabng sambil santailah kan.
Tiba-tiba nak lihat topik ni kat sudut diri saya, dalam erti kata kalau terkena pada siri saya sendiri.

Saya x boleh jadi perdana menteri wanita.............kenapa yerk???
Sebab dia saya perempuan...hihihi

Kenapa saya kata saya x boleh? yelah, dah namanya perempuan, so mestilah emosi, bayangkan saya tengah bertekak ngan husband, tetiba esoknya kena berucap tentang budget tahunan, harus akan keluar ayat macam ni.

"Pada tahun hadapan, kerajaan akan memperuntukkan 11.4 juta ringgit untuk kaum wanita menggajikan pembantu rumah, ini bertujuan untuk meringankan beban kepada kaum wanita yang memiliki suami yang sibuk dan malas membantu kerja rumah...huuahauahaua (bukan suami saya yerk, suami orang laen..hehehe)"

Kalau dah namanya pompuan, of kosla akan datang bulan every month, then ada waktu-waktu kita akan moody dan bad mood. hahahaha kalau jadi perdana menteri, time-time datang bulan ramai plak yang nak buat mesyuarat, jawapnya mesti saya akan memaki semua menteri-menteri kabinet saya...hihihi emosi beb!!!!

Kalau dah namanya pompuan mana boleh balik lambat. Tengah-tengah berucap tiba-tiba sms masuk berbunyi begini.."sayang, baliklah sekarang, abang dah ada kat rumah ni"....Haruslah kena balik, dah suami sms, kalau x balik derhaka pulak tul x?

Kalau dah namanya pompuan, kemana sahaja saya pergi mesti kena dapatkan keizinan suami. Bayangkan kalau tiap-tiap hari ada agenda tergempar, maka saya akan menghabiskan masa saya untuk sms suami minta izin nak pergi buat lawatan tergempar...hihihihihi  kalau lelaki x yah nak dapat izin isteri pown boleh pergi.

Kalau dah namanya pompuan mesti akan mengandung dan bersalin, betul x? Maka setiap 3 bulan dalam setahun, saya akan bercuti panjang....so siapa yang akan gantikan saya??? timbalan...mula-mula ganti, lepastu, ambik aleh pulak...huhuhuhu

kesimpulannya, bagi lelaki jelah yang jadi menteri...:):)))))

Peranan Isteri Dalam Rumahtangga

Assalamualaikum.
Sebenarnya lately ni saya agak risau melihat masyarakat kita sekarang ni. Bila baca di dada-dada akhbar, banyak sangat kes-kes penceraian yang berlaku. Pernah suatu ketika dahulu saya melihat pasangan artist yang saya kira loving couple. Bila nyanyi sama-sama, siap berpeluk n berpegang tangan bagai atas pentas, lentuk-lentuk kepala, memang time tu saya lak yang rasa happy lebih-lebih bila tengom diorang tu bahagia semacam. Tapi, x beberapa lama, keluar gosip diorang bercerai...huhuhu serius memang terkejut...

Yelah, kita manusia, mampu merancang, tapi yang menentukan Allah S.W.T. Kerdil sangat-sangat kita ni rasanya. Dalam rumahtangga ni, banyak cabarannya, tak macam bercinta. Honest, bercintalah 8 tahun sekali pown, bila dah kahwin barulah kita tahu perangai terpendam pasangan kita...hehehehe...sama lah macam perempuan, mula-mula bercinta sampai 8 tahun sanggup x makan budu, cencalok time lunch ngan boypren...tapi bila dah kawen, segala belacan, budu, tempoyak, cincalok, petai, kerdas, jering semuanya ada time makan kat rumah...hahahahaha baru pecah tembelang. Lelaki pown sama, time belum kawen, nak kentut siap leh masuk toilet or gi tempat tersembunyi nak melepaskan bom motarnya...tapi bila dah kawen, silap-silap depan muka kita dia leh kentut...hampeh sungguh!

Saya ni perempuan, so rasanya lagi best bagi tip peranan isteri dalam rumah tangga. Yelah, sebagai isteri ni kena la jaga makan minum laki, pakai n segala benda lagi...kena banyak sabar, and jangan bebel banyak-banyak...hahahaha...lelaki ni kadang-kadang suka tanya soklan yang kadang-kadang boleh wat kita geram...contoh cam hal-hal kat bawah ni


Suami : Yang, baju abang mana?
Isteri : Tu atas katil tu.
Suami : Seluar abang plak kat mana?
Isteri : Kan ada, sekali dengan baju tu.
Suami : Spendar abang mana? nak pakai spendar yang mana ni?
Isteri : Spendar abang habis, abang pakailah spendar saya!!!!
Hohohohohohooooooooo

Ha, ni lah contoh2 benda yang kita kena sabar ngan suami. Kadang-kadang tu, benda tu memang rutin harian, tapi di akibatkan dah kawen and duduk serumah, kenalah tanya benda-benda kecik camtu, tul x? Takkan nak tanya nama sape, umur berapa, tinggal kat mana plak, sebab soklan tu dah habis tanya masa time bercinta dulu...muahahahahaha so, time kawen memang soklan bodoh-bodoh je yang kita kena layan...so kena sabar...diorang ni bukan ape, saja nak dengar suara kita kaum hawa yang seksi meksi nih..erkkk perasan la pulokkss

Pastu ada husband yang suka wat ayat sampai kita kena fikir 4-5 kali nak tolak ajakan dia..

Suami : Yang, jom makan sama
Isteri : Abang makanlah dulu.
Suami : Ala, jom lah, x best makan sorang-sorang.
Isteri : Makanlah dulu, saya nak mandikan anak ni, nak basuh baju lagi
Suami :  Takpelah kalau x nak teman, abang ajak perempuan lainlah temankan abang makan lainkali
hohohoooooooooooooooooo dengan sepantas kilatnya kita akan duduk sebelah suami kita dan makan nasik dengan dia....hiiiiiihuuuuuuuuuuuu


Suami : Sayang, teman abang pergi bengkel kereta jap
Isteri : X naklah, panas. Kalau gi shopping nak lah
Suami : Kejap je, lepas tu kita pergilah shopping
Isteri : X nak, abang pergilah bengkel, bila dah sudah abang ambik lah saya untuk gi shopping
Suami : Xpelah kalau camtu, abang pergi sorangla
Isteri : Abang gi sorang? Nak ambek saya pergi shopping x lepastu???
Suami : Tak kot, abang nak ajak ex-girlpren abang temankan gi bengkel, lepastu terus gi shopping...
Isteri : Nak ikotttttttttttttttttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Hohohohooooooooooooooooooooooooooooo

So banyak benda harian kita yang kita tengok macam remeh temeh, tapi kalau kita x buat, akan menimbulkan bara-bara masalah yang akan memudaratkan.

Kat bawah ni antara benda-benda yang kita rasa remeh, tapi wajib kita ambil berat!!!

1) Sentiasa teman suami makan
2) Sentiasa layan suami kalau dia ajak bersembang
3) Kalau suami ajak pergi sesuatu tempat, silalah berbesar hati mengikutnya
4) Jangan selalu sangat menolak ajakan suami (faham-faham jelah yerk)
5) Jangan selalu sangat pakai bedak sejuk time tido
6) Balik kampung sama-sama ngan suami, jangan balik asing-asing nanti x pasal-pasal rumah asing-asing lepas tu
7) Sentiasa minta izin suami, walaupun nak keluar lunch ngan kawan-kawan kat KLCC...hihihihi
8) Sentiasa menjawap panggilan suami walaupun kita tengah marah or penat
9) Sentiasa senyum bila berdepan ngan suami
10) Sesekali tanyalah suami, apa yang dia teringin nak makan, kemudian masak bukan beli kat kedai mamak..kecuali kalau mee goreng mamak...hihuuuuuuuuu
11) Ni paling penting, jemaah ngan suami...jangan time suami ajak solat asyik cakap bendera merah, tapi time malam ok lah pulak...hihuuuuuuuu

Ha, banyak x perkara yang kita tengok cam kecik-kecik je, tapi kena ambik berat...
Pernah x korang tengok kat kampung-kampung or jiran2 korang yang bini dia mulut nauzubillah, sana sini mengumpat, buruk-burukkan orang, kira mulut memang mulut puaka lah, lepas tu gaduh sana-sini. Jadi radio buruk bergerak, pantang ada gossip terkini, dialah yang akan sebarkan cerita tu...

Cuma yang peliknya, dia dapat suami yang baik dan suami dia plak boleh tahan ngan perangai dia sampai 30 tahun lamanya...

Apa resepi dia???? hahahaha senangje, memanglah mak cik tu mulut dia celupar, suka gossip, pastu radio buruk, tapi kalau dia dengan suami n anak-anak kat rumah, segala sifat buruk tu, dia akan letakkan luar pintu rumah...hehehe. Kiranya mengumpat, gossip2 tu outdoor xtvt...hik hik...indoor xtvt dia lain macam. Masakkan untuk suami, layan suami makan, sembang, tengok tv, solat berjemaah, sentiasa senyum...yang paling best mak cik tu sediakan makan minum sekeluarga lagi perfect dari kita-kita nih!!!!
Pendek kata, dia memang x bwak langsung perangai outdoor dia tu time ngan suami...

Bayangkan kalau kita salu je ngelak kalau suami ajak teman makan, kononnya nak diet...opkos diorang bosan, pastu time makan sure diorang berangan bukan-bukan...yelah, ada isteri tapi makan sorang-sorang..soooooooooooooooooooo ape lagi...mulalah langkah mereka panjang.....

Hahaha, so korang fikirlah yerk...tapi x dinafikan ada je lelaki yang kita dah layan sebaik mungkin, tapi still gak wat perangai...tu mungkin kena tengok sejarah perkahwinan korang camaner...mungkin sebab terpaksa, terdesak atau sekadar nak kawen sebab umur dah nak jejak 40...

Kalau sejarah perkahwinan korang ok, x ada masalah, dapat restu keluarga...muhasabah diri, then minta pertolongan Allah yerk...:)

Selamat beramal..renung-renungkan...



Isu Kalimah Allah

Assalamualaikum.
Wah sangat hebat tajuk atas tu...Jangan salah faham yerk korang. Saya ni bukan penyokong kepada sesiapa pown. Saya sendiri pon x tahu siapa dan dari mana asalnya isu ini timbul. Walaupun berita-berita kat TV mengatakan pembangkang yang memulakan isu ini, tapi saya x nak jump to the conclusion. Fakta ni, selalu diputar belit, sampai kita pun x tahu mana satu yang betul. Maka, saya mengambil langkah untuk tidak menyentuh siapa yang membangkitkan isu ini. Saya pon manusia, risau bila tersalah cakap, mendatangkan fitnah, nanti kat akhirat kena dakwa, sapo nak jawap kan????

Cuma kat sini, saya nak ulas tentang isu Kalimah Allah ni. Sememangnya tak patut jika digunakan oleh orang yang bukan beragama Islam. Sedangkan dalam syahadah kita berbunyi begini "Aku bersaksi, tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah". Dah terbukti, Allah tu untuk orang islam. Tak salah mereka diluar nak gunakan Kalimah Allah, tapi peluk Islam dan lafaz syahadah.

Jika mereka menggunakan Allah sebagai tuhan mereka, maksudnya mereka harus percaya Allah itu wujud, bukannya menyembah salib yang tergantung patung jesus dan mariam.

Islam itu suci, Allah itu pencipta kita, jika mereka menyamakan Tuhan mereka itu seperti Allah, lain pula ceritanya. Perkara ni boleh serongkan akidah kita sendiri nanti, sebab akan ramai yang keliru jika Allah tu boleh diguna pakai oleh orang bukan Islam.

Tak kisah siapa yang bangkitkan isu ini, saya x bersetuju kalimah Allah diguna pakai oleh golongan bukan Islam.


Monday, January 7, 2013

Boikot Barangan Yahudi

Assalamualaikum.
Wah sana sini berkempen SELAMATKAN GAZA & BOIKOT YAHUDI.
Konpius i sekejap, hahahaha bukan ape, lepas jer berhimpun SELAMATKAN GAZA, mereka akan rehat sekejap sambil MENGHISAP ROKOK CAP MALBORO IAITU SALAH SATU KELUARAN YAHUDI.Kemudian x cukup sebatang, pekana lagi berbatang-batang sambil menghembuskan asap rokok ke muka orang sebelah...X pasal-pasal orang sebelah terhidu ASAP ROKOK KELUARAN YAHUDI.

Kemudian bila terpandang GAMBAR SHILA AMZAH sedang makan BURGER MEK D, beramai-ramai orang mengutuk SHILA AMZAH, perghhh berlambak-lambak plak sindiran sinis yang melampaui had kuasa..yang kelakarnya mereka mengutuk dengan meggunakan komputer berperisian INTEL ..JENAMA SIAPA TU YERK??? YAHUDI JUGA...

Dah jadi macam mengata orang paku serpih, mengata orang, dia yang lebih...
Tu belum masuk yang menghadiri perhimpunan, yang memboikot sambil memakai JEANS LEVIS, BERKASUT REEBOK..tu belum cerita dari awal mereka bersiap untuk menghadiri boikot Yahudi..meh baca citer ni...
Malam sebelum hari perhimpunan, ada yang Makan MAGGI SAMBIL PEKENA NESCAFEE 3 IN 1. Bangun jer tido, kena pergi mandi, maka mandilah mereka dengan menggunakan SABUM MANDI PALMOLIVE, kemudian bersiap-siap MEMAKAI BAJU CONVERSE DAN JEANS LEVIS. Kemudian cium ketiak, busuk pulak, maka semburla MINYAK WANGI JENAMA ARAMIS, KEMUDIAN turun ke dapur untuk cari breakfast. Jengok-jengok dalam peti ais, ada telur je, fikir punya fikir, buat scrambled egg makan ngan roti pown cun juga.. kemudian MAKAN ROTI, SCRAMBLED EGG BERSAMA SOS HEINZ. Sambil makan, tengok diari, capai pen JENAMA PARKER untuk menulis sesuatu di diari.

Lepas je makan, terus pecut untuk memperjuangkan GAZA. Sebelum tu, singgah jap kat 7 Eleven beli COCA COLA, COKLAT KIT KAT, AIR MINERAL CAP EVIAN, bukan ape, sebagai bekalan kat sana nanti....

Persoalannya, kat mana relevantnya korang, if korang sendiri pakai, makan n guna barangan kat atas tu, yang korang nampak MEK D je, sedangkan telephone yang korang pakai pown CAP YAHUDI GAK.

Kalau betul semua nak BOIKOT yahudi, pakai semua barangan cap MALAYSIA, ni x, sertai perhimpunan bagai, menitik air mata bagai tengok orang GAZA, tapi ubat gigi, sabun mandi, coffe mate, air mineral, maggi, komputer, telephone. seluar, baju semua CAP YAHUDI,  mendenya kalau macam tu?????

Pastu kalau ada yang terkantoi makan kat MEK D macam SHILA AMZAH korang kutuk ramai-ramai kat Face Book, wah hebatkan...x perasan yang komputer kita guna ni pown perisian dia sape yang buat???

Semua nak rasa diri hebat bila buat sesuatu, pastu sukahati nak kutuk orang...dah SAH-SAH ADA YANG BERGAMBAR LEPAS PERHIMPUNAN TU PAKAI BAJU RALPH LAUREN!!!

Baca link kat bawah ni...barang-barang jenama yahudi, and ada penerangannya sekali...
credit to this link:-
http://sekadarmenumpanglalu.blogspot.com/2010/06/boikot-barangan-yahudi-atau-israel.html

Boleh katakan semua barangan yang ada tu adalah barangan harian kita. Tiap2 hari guna, pastu ada antara barangan yang ada, banyak je jual kat kedai-kedai runcit kat kampung-kampung juga....serius, cuba korang cari COCA COLA KAT AREA KEDAI RUNCIT HULU TERENGGANU OR KAT DUNGUN, still ada, betul x? sabun cap Palmolive pown ada gak kan? PISAU CUKUR GILLATE pown ada, then camaner tu??? Bayangkan semua orang pakat-pakat nak minum air cap bedah, or cap cik kiah pekasam, sure nyer orang kampung x jual semua menda tu sumer tul x? Then x dapat nak bayangkan camaner keadaan kedai-kedai runcit if semua barangan tadi orang x beli, yang dah jadi barangan harian orang kita, mau tutup kedai diorang and bergantiakn ngan kedai 1 MALAYSIA...Hahahaha bagus, dari segala benda MADE IN MALAYSIA, X AKAN ADA LAGI AYA KFC, YANG ADA RFC (RADIX FRIED CHICKEN)...hehehehe, COCA COLA POWN X ADA, YANG ADA RADIX COLA....hiiihuuuuuu segala benda semua JENAMA RADIX...saya bukan stokis RADIX, tapi suka gak beli barang RADIX...SEMUA BENDA ADA KAT RADIX.....

So, sebelum buat sesuatu tu, bertindak kat diri sendiri dulu...

Nawarzara said:- Tengah belajar buat system, x nak pakai intel lagi...nak pakai sendiri punya perisian...hihihhuuuuu