Pages

Friday, August 26, 2016

Edisi Anak-Anak - Nostalgia 2

"Ibu, ibu sayang ibal tak?"
"Sayang"
"Ibu sayang ibal banyak ke sikit?
"Banyak".
"Banyak macamana ibu?"
"Banyak macam air laut"
"oooooo"
"Ibal sayang ibu?"
"Sayang"
"Sayang banyak ke sikit?"
"Banyak,".
"Banyak macam mana".
"Banyak sampai hujung nyawa"....

Krik krik, mana pulak dia belajar ayat sampai hujung nyawa...arghhhh mata masuk habuk sekejap....ada tokoh romeo tak anak aku ni??? series, setiap kata-kata dia memang menusuk kalbu...hahahahhaa

Aku pernah demam n sakit perut, tak larat nak bangun so aku tidor je nasib kembar kat kampong masa tu, so tengah aku sakit-sakit tu aku dengar dia bukak almari, lepas tu ambik air mineral kat dalam peti ais, sampai kat katil dia terus bagi aku pil checkataun dan air mineral, suh aku minum.

"Ibu, makan lah ubat ni ye, ibu tak sihat"

Lepas je aku makan pil tu, dia terus tarik selimut aku suh rehat, dia nak tengok TV katanya. Ko rasa-rasa nak nangis tak bila anak buat camtu, dia baru umor 2 tahun 9 bulan, tapi perangai dah macam orang tua2, dia tahu aku penat, langsung dia x bising suh aku tukar pampers, yang aku tahu dia bukak seluar dia, pergi ambik pampers baru sendiri, dia bukak pampers lama dia n sarung pampers baru walaupun senget benget sebab x pandai nak lekat sendiri....

Merecik air mata aku bila tengok dia punya semangat berdikari..pernah lah aku dengar dia cakap camni "ibal kan anak lelaki ibu, ibal kenalah berdikari sebb nanti ibal kena jaga adik-adik, jaga ibu"....

Allah, lemah jantung dengar kata-kata dia, mana dia belajar pun aku tak tahu....

Edisi Ana-anak - Pencuci Pinggan

Iklan ni memang mempengaruhi kan? semalam masa aku nak basuh pinggan anak aku tiba-tiba cakap kat aku pasal sabun cuci pinggan.

"Ibu2, ha pakai Joy ibu, tu nama dia Joy lah tu".
"Joy? apabenda tu?
"Tu lah, yang ibu letak untuk basuh pinggan tu, Joy lah nama dia".

Allah anak, aku pun tak perasan nama sabun cuci pinggan tu cap apa.

"Mana ibal tau nama dia Joy?"
"Tu ha, dalam Tv tu bagitau, Joy warna kuning tu bagus, tapi ibu punya tu warna biru, tak tahulah bagus ke tak bagus, nanti ibu beli warna kuning ye, dalam Tv tu tunjuk bagus".

Hahahahahahahaha sempat pulak dia tengok segala jenis iklan yang ada...

Bangsa Johor

Aku suka Tun Mahathir, tapi bila masuk bab "isu bangsa Johor", aku tak bersetuju dengan Tun.
Aku rasa bukan Johor je ada benda2 macam ni, Kelantan, Terengganu dah lama ada cuma kurang menonjol macam Johor. Aku tak rasa Istilah bangsa Johor ni issue yang boleh memecahbelahkan perpaduan, Sultan dia wujudkan istilah tu tanpa pinggirkan mana-mana kaum, orang cina, india, melayu, bugis, portugis, orang asli semua di kira bangsa Johor. Bagus, sebab semangat cintakan negeri ni yang buatkan x ada pecah belah, bila diorang kat negeri luar pun, diorang still akan tolong menolong bangsa masing-masing, memang itu yang di harapkan, sape lagi nak tolong kalau bukan bangsa sendiri. Masa aku dekat U dulu, ada je persatuan anak-anak Johor, anak2 Kelantan, tapi yang paling aktiv anak-anak Kelantan, diorang ni bagus sebab masing-masing jaga bangsa masing-masing x kira ko keturunan apa pun, janji anak-anak Kelantan. Bila time puasa, leader diorang ni akan kumpulkan anak-anak Kelantan yang nak balik naik bas or keretapi, leader n orang kanan yang akan collect duit, beli ticket, semua balik serentak kira satu gerabak keretapi ni diorang saje, kalau aku, memang aku suka sebab keselamatn terjamin, ada orang jaga masa kat perantauan...apa-apa masalah diorang akan sama2 pikul, pernah dulu ada member tak dapat lagi duit ptptn, diorang ni lah pergi ke HEP, pergi ke Pej PTPTN untuk Tanya status pinjaman...suppose semua negeri ada benda2 macam ni, tak lah rakyat berjuang untuk diri sendiri je....

Johor ni Sultan dia proactive, memang aku suka dan kadang-kadang aku pernah rasa menyesal sebab tak lahir kat Johor....hahahahahahaha. Pemimpin ni lah penggerak sebenarnya, bila ada Sultan yang macamni, lama-kelamaan negeri Johor memang boleh bebas miskin, bebas gelandangan satu hari nanti, ni baru pemimpin, kalau setakat nak jadi pemimpin tapi nak duduk sesaja, aku pun boleh jadi pemimpin.

Aku tengok Sulan Johor ni dia idealistic, semua benda dia turun padang sendiri, tengok apa jadi kt negeri dia, so bila orang tanya semua benda dia tahu. Aku faham apa maksud Tun, bila ada label bangsa Johor ni, diorang ada semanagt kenegerian yang kuat dan akan utamakan bangsa dia sendiri sampai akan sisihkan bangsa lain, tu kalau kita tengok kt sudut negative, tapi kalau kau tengok kat sudut positif, bangsa2 lain pun kenalah start benda yang sama supaya boleh bersaing secara sihat, betul x? kalau yang lain-lain pakat2 tengok je, memang nanti bangsa yang paling maju bangsa Johor lah. Tahu nak kondem, tapi bersaing sihat tak mau, ape cer kan???

Ingat kes Sarawak tak bagi bukan anak-anak Sarawak kerja di Sarawak? ha ni sama lah maksudnya, bila bangsa sendiri di tindas of course lah pemimpin yang akan bela nasib bangsa sendiri. Penindasan kat bangsa Sarawak sebab ko cut orang Sarawak, lepas tu bawak masuk orang lain kerja kat Sarawak, akai ada ka???? So kat sini point yang paling bagus untuk aku show betapa pentingnya label bangsa ni. Ni tak, asyik nak kira bangsa melayu, bangsa cina, bangsa india sampai kita pun rasa label perkauman ni lah yang memecah belahkan bangsa dan kaum yang ada. Ko letak bangsa Johor, semua kaum termasuk dalam bangsa Johor, sampai uncle sebelah rumah aku ni pun rasa bangga jadi bangsa Johor.

Bila istilah bangsa ni digunapakai dan diguna praktis, maka isu kaum x wujud dah, sebb bangsa tu dah melambangkan scope yang luas, hidup dalam pelbagai kaum, latar ekonomi ni yang kita nak, dari dulu lagi kalau wujud benda macamni memang x lah berpecah belah macam sekarang. Ko tengok, orang cina ada 2 je parti, MCA n DAP, orang melayu berapa banyak? UMNO, PAS, Keadilan, Amanah...tu lah tanda2 berpecah, ada yang syarat kena anak melayu baru boleh masuk parti, macam2 lah.

Eh, Nampak plak aku kaki bodek sultan Johor....hahahah aku ni nasihat je, x nak dengar takpe....anyway aku ucapkan tima kasih lah kat sapa-sapa yang sudi baca blog aku, macam malam tadi, habis je aku tekan publish x sampai seminit orang dah click baca entry aku. Walaupun aku tak popular, tapi ada gak yang visit blog aku. err aku berblog bukan untuk femes ye, tapi aku suka menulis sebenarnya...

Hamil - Percaya Pada Allah

Anak-anak aku sedap nau berkeroh, siap tarik lak tuh...hahahahahah

Aku saje stay sebab nak update blog aku ni, tq lah kat korang walaupun aku x update seminggu ni Korang tetap setia baca entry2 lama aku.

Aku ada dapat email dua bulan lepas which is aku x sempat nak kupas citer tu, ada yang Tanya aku pasal nak preggy, ada tips ke? pokok turi tu macamana? so aku summarize kan semua benda tu kat sini, so korang pandai2 lah baca ye.

Bab pucuk turi tu, kalau korang nak kenal senang je, daun dia halus2 macam daun petai, ada bunga warna putih, bunga dia bentuk bilah pisau tapi ada dalam dua tiga bilah lah....tu lah daun turi.

Bab subur tak subur tu, korang kira hari ke 14 dari hari pertama korang period, ha itulah hari yang korang paling subur, kalau x sure beli alat pengesan kesuburan tu, ada jual kat Watson.

Bila korang dah buat segala benda yang aku list kan tu, korang Tanya aku kenapa still tak jadi? so kat sini aku tak Tanya korang satu soalan ye...

Adakah korang rasa benda2 tu semua yang sebabkan korang preggy? kalau ko jawap ye, meh sini aku cekik ko sampai pecah anak tekak tu.

Apa pun yang ko buat, benda tu adalah usaha semata-mata dan adalah asbab untuk di kabulkan permintaan, tapi jangan percaya di sebabkan usaha tu hajat korang tercapai...yang makbulkan adalah Allah. So ko kena yakin pada Allah, bukan pada pucuk turi, pada susu kambing, pada kurma, pada air zam-zam, pada taugeh, pada krim hormone, pada tilikan bomoh...

Faham? so kena percayakan Allah ye anak-anak..sekian

Edisi Tok - Akar Lalang

Orang tua2 dulu suka nau ngan petua. Tok aku pun sama, cuma biasalah kadang-kadang bukan setakat petua, macam2 benda tok aku boleh buat. Aku sayang tok aku, walaupun diorang dah tak ada, tapi aku tetap ingat kat diorang. Dulu2 masa time aku kecik-kecik suka nau balik kampong, sebb tok aku ni jenis yang segala benda dia nak buat untuk cucu2 dia, sampai cendol pon dia buat sendiri...memang supertok lah...masak plak guna kayu api, memang terbaik rasa dia...

Part yang paling syok bila time malam, tok aku suka bed time stories ni...segala macam citer keluar, pasal taik gigi lah, pasal bodek lah...macam2 citer, tapi citer tu imaginasi dia sorang sebenarnya....tok aku akan citer sampai cucu2 tertidur, time pagi plak lagi syok dalam kul 6:30 pagi ko dah berbau nasi goring kampong ngan air kopi kaw....memang semua pakat-pakat mandi awal n makan sarapan....

Tapi yang aku nak citer ni bila time tok aku dah nyanyuk sikit lah, aku ada ajak kawan2 datang kampong aku, tok aku ni ada keturunan baba nyonya plus bugis plus pattani, memang comey lah...kawan2 aku ni memang terkejut tengok tok aku sebab kulit dia putih n tegang, lepas tu jenis tinggi n tegap lagi, tok aku rajin ler melayan diorang ni menyembang, kemain lagi diorang sembang sampai x ingat dunia.

Bila time balik kl aku ada perasan member aku ni dok sibuk nak cari akar lalang, aku perati je, dia ambik akar lalang tu and basuh, lepas basuh tu dia kerat2 macam ginseng tuh n makan ngan sambal belacan, kira macam ulam lah. Dalam seminggu lah dia buat camtu sampai satu hari tu aku tergerak hati nak Tanya kenapa dia makan akar lalang.....rupanya dia mintak petua dari tok aku....astagha....awal-awal aku dah pesan, tok aku nyanyuk dah...dia x ingat sangat dah, so apa dia cakap jangan ambik bulat2...satu rumah gelakkan member aku ni, punya kemaruk nak awet muda, di bantainya makan akar lalang...adoiiii last2 masuk hospital sebab sakit perut lepas seminggu makan akar lalang...alahai....

Edisi Anak-Anak - Nostalgia

Haaaaaaalloooooo..

Anak-anak ni memang akan ikut apa yang biasa kita buat, so kena hati-hati dalam setiap benda kita nak buat. Benda yang bagus, akan jadi bagus dan vice versa lah. Jangan lah salahkan orang lain kalau anak kita degil, malas or apa2 sebab semua tu mungkin dating dari diri kita sendiri.

Anak-anak ni akan perati je apa yang kita buat, nanti lepas2 tu dia pon akan tiru. Dulu pernah lah aku kentut selamba je depan diorang, tapi bila aku tengok diorang selamba je kentut depan aku, terus aku cover2 kalau nak kentut.

Malam tadi ada lah satu peristiwa yang meruntut jiwa raga aku, bila aku ingat2 balik aku rasa nak peluk2 je anak aku.

Malam tadi aku penat sangat, so aku tidor awal, iqbal tido lambat sebab tengok cerita, tengah mamai2 tu, agaknya dia dah settle tutup tv and plug tv  dia terus masuk bilik nak tidor, sebelum dia tutup pintu dia dating kat aku and letak mulut dia kat telinga aku, sambil tu dia bisik perlahan kat telinga aku "Ibu, terima kasih masak untuk iqbal, ibu yang paling baik, ibu jadi ibu yang baik dunia akhirat ye, I love u ibu".....

Aku mamai, tapi aku still dengar and cakap tq kat dia cuma aku x dapat peluk dia sebab terlampau penat sangat semalam. Pagi ni bila aku sampai tempat kerja aku rasa sayu je, yelah rutin aku kalau dia dah tidur memang aku selalu bisik2 kat telinga dia, which is aku x pernah expect yang dia sebenarnya dengar, roh dia dengar rupanya apa yang aku bisik walaupun jasad dia tidur.

Aku perasan dia ni jenis suka nak ambik hati aku, macam tadi masa balik rumah dia tertidur dalam kereta and merengek suruh aku dokong dia sampai dalam rumah, so aku pun dokong lah cuma masa sampai kat pintu aku letak dia sebab nak bukan pintu, bila masuk je rumah walaupun dia mengantuk sampai tertidur2, dia still letakkan kasut yang aku pakai kat dalam bakul kasut and akan cakap "ibu, ibal dah letakkan kasut ibu dalam bakul ni" aku memang tersentuh sangat-sangat, terus aku cakap "tq sayang".

Walaupun dia penat, tapi dia still letakkan kasut aku dalam bakul kasut, benda tu memang rutin harian setiap kali keluar n balik rumah. Fuhhh, boleh melelh air mata satu tempayan kalau ingat-ingat balik....

Aku sure ramai yang ada nostalgia ngan anak2 which is ko rasa ko wanita paling bertuah dalam dunia, dan benda ni lah salah satu sebab aku x kisah kalau ada yang cakap aku gemuk ke, gedik ke,  apa2 negative label lah sebab di mata anak-anak aku, aku cukup hebat, aku lah tukang masak paling best untuk diorang, aku lah superwomen....walaupun yang hadooooo bahahahahahahahahaha.

Edisi Anak-Anak - Garfu

Sape kenal anak yang sulong memang akan tau dia ni jenis suka buat benda pelik2, so Aku memang x heran dah, kadang2 seharian kalau dia x de buat benda pelik2, Aku akan tertunggu2. Semalam sibuk lah nak makan mee goreng, balik rumah Aku buat mee goreng, time dia nak makan tu ada Dia cakap dia nak guna garfu, so aku biarkan je lah, elok2 Aku pusing Aku tengok dia tengh sedap suap mee goreng, tapi yang buat aku urut dada laju2 sebb dia guna garfu besar! Garfu yang nak kais pasir kat laut ok.......

Thursday, August 25, 2016

Ameng - Berikan Peluang

Kadang2 Aku terfikir ape sebab ramai banduan yang dah bertaubat tiba2 jadi jahat balik? Lepas Aku baca berita ameng di larang buat persembahan kat kelantan, walaupun x ada kenyataan Rasmi kenapa di larang, tapi dia sendiri dapat agak sebb dia bekas banduan. Aku terkedu kejap, hina sangat ke bekas banduan? Diorang ni antara yang bernasib baik sebab di beri peluang ke dua dan terima balasan dunia, Cuma yang jadi masalahnya bila masyarakat masih memandang kisah lampau. Bercerita tentang darjat manusia di sisi Allah, cerita tentang hukum Allah, tapi bila masuk bab banduan, semua bertukar, harus di pandang hina sampai diorang mati ke? Bodoh dan bebal!!!!!!! Kalau betul ameng di larang di sebabbkan dia bekas banduan, aku rasa sapa2 yang melarang tu harus pergi cuci otak dulu. Di sebabkan dia bekas banduan adakah dia Boleh pengaruh belia hisap dadah? Eh haloooo jangan salahkan hasutan orang lain yang menyebabkan anak2 muda terpengaruh, itu atas individu, plus mamat tu pun dah bertaubat, sejauh mana dia bertaubat itu antara dia dengan Allah, kalau dia buat lagi dia sure akan masuk jail balik. Bagilah motivasi, jangan sisihkan orang macam ni, diorang pun nak hidup aman damai, nak mulakan sejarah baru, kita hidup untuk masa depan bukan masa lampau, memang dia pernah buat salah, tapi x selamanya dia harus di hukum. Kita sebagai masyarakat kena tolong dia, bukan hina dia, dia x mintak duit pun, dia cuma mintak di beri peluang untuk jadi manusia normal, susah ke sampai kita kena tengok sejarah dia dulu2? Lainlah kalau Jenis orang yang memang dari dulu x berubah2, tapi tu pun kita x Boleh nak hina, hidayah tu milik Allah, dia Boleh ubah seseorang tu dalam sekelip mata je.

Wednesday, August 24, 2016

Peredaran Zaman

Aku selalu share cerita tentang ragam anak2, bukan apa benda ni sebagai diari untuk Aku ingat balik apa yang diorang buat tiap2 hari. Anak Aku yang sulung Pengasuh dia taraf opah2, so boleh predict yang dia memang pandai bersembang. Semalam dia tengok cerita kartoon oz, Aku perati je dia ni, kecik2 dah pandai tergelak2 bila tengok kartoon tu tak boleh ter bang sebb gemuk sangat, plus siap cakap kuat2 "tulah, gemuk sangat tu yang x boleh terang". Compare Aku ngan dia,
Masa zaman2 Aku dulu, haram Aku x paham cerita kartoon sebb teruja nak main kombat2 ngan kengkawan, buku cerita apa lah lagi, lngsung Aku x Kenal, yang Aku tahu outdoor activity. Lain benor lahir kat bandor ni. Tu belum bab nak sebut English word, kalau tanya anak Aku, monorail, putra lrt,
Iokomotif, komuter semua dia tahu nak sebut, Aku dulu???? Alahai, nak sebut perkataan ice cream pun lain je bunyi je, sebut tahu, tp bila baca nak sebut langsung Aku sebut cenggini " eechee eeecheerim"... Colgate jadi "cholgatee" Hahahaha. Agaknya peredaran zaman kot.