Saturday, October 19, 2013
Daging Goreng Kunyit & Halia
Assalam.
Hebat betul pemilihan tertinggi pemimpin umno, semalam panas dengan perlawanan bola sepak, ATM menentang Kelantan, dan di akhiri dengan kemenangan kelate gomo kelate....
Nasib baek dalam panas-panas cuaca kt sini sejuk je sebab seharian hujan...bila hujan2 sedap kalau makan lauk goreng-goreng, baru terbuka selera...
Daging goreng kunyit & halia ni, lauk kegemaran arwah mak, dulu2 memang selalu lah dia buat, tpi sedap sebab guna daging fresh..ni beli kt jusco je..jadilah...
Resepi
Daging lembu secukupnya
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cilipadi
Kacang buncis secukupnya
1/2 labu bawang besar (dihiris)
Bersihkan daging, perap dengan kunyit, garam n gula secukupnya. Perap dalam 20 minit.
Tumbuk bawang merah, bawang putih, cilipadi. Kacang buncis dipotong serong- serong.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng daging sehingga separuh masak, ketepikan dan masukkan bahan kisar, kacau sehingga agak garing. Kemudian gaul sekali dengan daging tadi, masukkan bawang dan kacang buncis, kacau sehingga masak. Jika kurang masin, boleh tambah garam dan gula.
Eh lupa pula, dah nama kunyit dan halia...lupa pula halianya,
halia tu dalam 1/2 inci tumbuk sekali dengan bahan tumbuk tadi dan tumis bersama ok....bolehla makan dengan nasi panas-panas.....
Roti John Klasik
Assalam.
Ni menu pagi ni, roti john klasik. Roti john ni, bukan mcm roti john yang ada skang ni, ada ayam, daging, mayonis bagai. Yang tu dah modified sebenarnya. Mak aku ckp, zaman dulu orang x kenal pon mayonese tu, yang ada sos cili....
Zaman dulu, roti john orang buat guna ikan bilis yang di campur dengan telur. dulu2 x ada blender, so diorang tumbuk ikan bilis dan kocak dengan telur, lepastu sapu atas roti panjang, n goreng atas kuali leper sampai garing. Kemudian hidangkan dengan sos cili...
Resepi
4 keping roti hot dog saiz kecil
2 biji telur ayam
1 genggam ikan bilis
Sedikit garam
Ikan bilis di bersihkan, kemudian masukkan telur, ikan bilis dan secubit garam kedalam blender, blender sampai separuh halus.
Potong 2 roti hot dog tadi, sapukan rata-rata adunan tadi ke atas roti, kemudian masak atas kuali leper yang telah disapu sedikit minyak. masak sampai garing. Bila dah garing, bolehla dihidangkan bersama sos.
Tapi if korang nak sapu mayonese, boleh je...tapi bg aku, lg sedap mkn camni......
Ni menu pagi ni, roti john klasik. Roti john ni, bukan mcm roti john yang ada skang ni, ada ayam, daging, mayonis bagai. Yang tu dah modified sebenarnya. Mak aku ckp, zaman dulu orang x kenal pon mayonese tu, yang ada sos cili....
Zaman dulu, roti john orang buat guna ikan bilis yang di campur dengan telur. dulu2 x ada blender, so diorang tumbuk ikan bilis dan kocak dengan telur, lepastu sapu atas roti panjang, n goreng atas kuali leper sampai garing. Kemudian hidangkan dengan sos cili...
Resepi
4 keping roti hot dog saiz kecil
2 biji telur ayam
1 genggam ikan bilis
Sedikit garam
Ikan bilis di bersihkan, kemudian masukkan telur, ikan bilis dan secubit garam kedalam blender, blender sampai separuh halus.
Potong 2 roti hot dog tadi, sapukan rata-rata adunan tadi ke atas roti, kemudian masak atas kuali leper yang telah disapu sedikit minyak. masak sampai garing. Bila dah garing, bolehla dihidangkan bersama sos.
Tapi if korang nak sapu mayonese, boleh je...tapi bg aku, lg sedap mkn camni......
Tuesday, October 15, 2013
Majalah Porno Version Electronic - Pencetus Masalah Kejatuhan Akhlak
Assalam.
Baru-baru ni, akbar tempatan ada melaporkan tentang
ketagihan pelajar dibawah umur berkaitan dengan majalah electronic porno…
Patutlah kadar kes rogol, cabul, liwat semakin berkembang
dengan pesat, sampaikan ada kes melibatkan pelajar lembab meliwat budak berusia
7 tahun. Saya ingat saya salah baca, ingatkan pelajar meliwat pelajar lembam
tu, rupanya dia yang liwat orang…adusssss technology semakin canggih, tapi saya
rasa kementerian berkaitan mesti mempunyai kepakaran untuk membendung bahan-bahan
porno electronic ini dari terus beroperasi…
Secara logiknya, setiap sesuatu yang bermula mesti ada
pengakhirannya, betul x? Takkan nak biarkan benda ni berleluasa sampai akhlak
remaja semakin rosak. Budak umur 7 tahun pown ramai yang dah bernafsu kuda.
Kalau Zaman aku kecik-kecik dulu, sexs tu pown x tahu…to be honest, masa ayah
aku hantar aku balik asrama dulu, aku x nak duduk ngan ayah aku rapat kat atas
motor. Aku siap letak beg balik kampung kat tengah-tengah…pastu bila mak aku
suh naek motor ngan ayah aku, aku nangis2 x nak, aku suh ayah aku bawak keta.
Gila jahil aku bab tuh. Pastu kalau kt kampung time raya, aku memang x akan dok
rapat-rapat ngan pak cik2 aku. Masa tu thinking aku memang limited, aku memang
fikir if duduk rapat-rapat, naek moto sama-sama akan menyebabkan
mengandung….bila mak aku tanya kenapa aku x nak, aku cakaplah yang aku takut if
aku mengandung, mak aku siap gelak sampai 3 hari 3 malam, lepas tu dia start
explain, yang benda macam tu x akan berlaku kalau kita duduk, or naek motor
sesame. Teori tu aku akan tahu masa aku masuk tingkatan 3 nanti….so masa tu aku
tingkatan 1, memang x fahamlah kan…masa masuk tingkatan 3, aku fahamlah
sikit-sikit sebab belajar subject sains, tapi x fully faham pown sebab budak
lagi kan…
Tapi cuba kau tanya bebudak Zaman skang, tadika pown diorang
dah start gatal n ada keinginan untuk tiru aksi-aksi tak sepatutnya. Technology
yang melampau menyebabkan kanak-kanak, remaja-remaja makin bertuhankan nafsu.
Cuba tengok kiri kanan korang, pegi makan ramai-ramai kat restoran, tapi kat
tangan masing-masing ada ipad, semua khusyuk dengan ipad sampai x bercakap
langsung…baik mak, ayah, anak, cucu semua mengadap ipad…balik rumah pown sama,
dalam kereta, bas, teksi, kapal terbang, semua ipad…
Bila anak menangis, umpan dengan ipad, so macamaner
budak-budak tak terdedah dengan technology yang melampau…sebab diorang sendiri tahu macmaner nak browse
laman-laman web.
Technology ni bagus, tapi perlu dipantau, berpada-padalah.
Bukan kita beri sepenuhnya kepercayaan pada anak-anak kita. kadang-kala perlu
untuk kita check history laman web yang anak kita tengok, if ternampak sesuatu
yang mencurigakan, bertindak secepat mungkin.
Cuba korang tengok apps yang ada dalam tablet Samsung,
memang terang-terangan ada apps berkaitan dengan majalah porno, so macamaner
budak-budak tak terpengaruh? Benda tu expose secara berleluasa, terang-terangan
dan x disekat langsung…aku yang dewasa nip own jadi ngeri bila tengok ada apps
yang macamtu dalam apps.
Bukan setakat gambar je, dalam akbar pown ada beritahu yang
skang ni ada e-book tentang cerita-cerita porno…so semua orang leh download
sesukahati, janji ada internet. Mak ai senang giler kan??? Menurut akhbar tu,
e-book tu dalam bahasa melayu, dan banyak koleksi bahan bacaan porno yang boleh
menyebabkan ketagihan kepada remaja. Adoi aiii series aku risau, sebab lepas ni
aka nada perumpamaan macam ni “MENJAGA ANAK LELAKI LEBIH SUSAH DARI MENJAGA
SEKANDANG KERBAU”. Kalau dulu orang selalu kaitkan dengan anak perempuan kan???
Tapi bila jadi macamni, anak lelaki ke, perempuan ke, sama je susah nak
menjaganya.
Boleh korang bayangkan apa akan terjadi dalam masa 5 tahun
akan datang? Kalau Zaman skang budak 5-7 tahun pown dah pandai meliwat,
mencabul dan melakukan seks, camaner plak Zaman akan datang???? Tak leh aku nak
bayangkan if tetiba aku terbaca berita macam ni..”KANAK-KANAK BERUSIA 2 TAHUN DITANGKAP
KERANA MELAKUKAN ONANI”…. Perghhh giler kau, lepas ni ada penjara kanak-kanak
untuk yang berusia kurang dari 12 tahun….banyaklah pusat pemulihan yang
menempatkan kanak-kanak yang baru nak dapat mulut and kaki ni…huh x leh
bayangkan…memang skang kita fikir tak logic, the same thing masa Zaman dedulu
yang aku fikir, x logic untuk budak-budak umur 5-7 tahun terlibat ngan gejala
camni. Tapi bila sampai masa, benda ni dah terjadi dah pown….
Sebelum terlambat, sebaiknya pihak berwajib pantau dan sekat
perkara-perkara macam ni dari terus berleluasa…
Dari korang semua mempertikai, dan memperdebatkan isu
Kalimah Allah, maka patut juga korang tengok, pantau dan baiki akidah, akhlak
anak bangsa kita ni. Ni aku tengok, bila masuk bab kalimah Allah ni, berjuta
manusia sanggup lakukan apa sahaja supaya kesucian perkataan Allah tu x
tercemar dan diguna pakai oleh agama lain, sampai korang terlupa dengan akidah dan
akhlak anak bangsa kita.
Aku nak tanya korang satu benda lah….korang bermati-matian
pertahankan kalimah Allah tu hanya untuk orang Islam, tapi KORANG FAHAM KE APA
MAKSUD PERKATAAN ALLAH TU? ATAU KORANG CUMA FAHAM ALLAH TU TUHAN UNTUK ORANG
ISLAM? BUKANNYA KORANG FAHAM TENTANG DZAT ALLAH, SIFAT-SIFAT ALLAH???????
Aku memang sokong pasal isu kalimah Allah ni, seharusnya
kita sebagai umat Islam bersatu padu, tapi yang aku terkilan, aku penah tanya
pada golongan yang aku rasa usia dia sama je ngan aku. Kenapa dia nak
mempertahankan perkataan Allah tu? Apa alasan dia? Then aku kecewa jawapan yang
diberikan sama level dengan budak tadika yang baru kenal Al-Quran. Bukan aku
nak mengutuk, sebagai orang Islam, ko kena faham ape disebalik perkataan Allah
tu??? Macamane cara ko kenal siapa pencipta
kau.
Kau pernah tak dengar orang cakap macamani? “ IF PERKATAAN
ALLAH TU DIGUNA PAKAI OLEH AGAMA LAIN, APA BEZA ISLAM DENGAN AGAMA HINDU,
KRISTIAN, AND ETC? NANTI BILA ANAK-ANAK TANYA, RUMAH ALLAH TU YANG MANA SATU?
MASJID? GEREJA? TOKONG OR KUIL? KAT MANA NAK SEMBAHYANG SEBAB SEMUA AGAMA GUNA
PERKATAAN ALLAH MERUJUK KEPADA TUHAN MASING-MASING????
Ye, aku tergelak baca statement macam ni, kalau korang
betul-betul faham dan korang kenal siapa ALLAH tu, x akan wujud kecelaruan
dalam kepala hotak korang tentang benda-benda macam ni. Bila korang tanya
kenapa nak pertahankan isu kalimah Allah? Jawapan wajib mesti camni, “Allah tu
tuhan sekalian umat islam, sebab pemahaman kita tentang Allah tu berbeza dari
agama lain”? Then aku tanya, “Apa yang kau faham dalam konteks Islam”??? And
dia cakap “Errrr sebab Allah tu hanya untuk orang Islam”. Then aku jawap lagi,
“ye aku faham, tapi ape yang kau faham tentang Perkataan Allah tu”????? Dia
pown jawap, “errr aku x faham sangat”…..bukan aku berlagak atau aku
memperlekehkan orang macamni, tapi, kita sebagai umat Islam, harus memahami
agama kita sendiri, dan kenal siapa pencipta kita…aku pown masih bertatih dalam
mengenal siapa pencipta, jadi suggestion
aku kat korang, jangan malu menuntut ilmu, nanti bila orang tanya, x lah
macam islam tu hanya pada nama sahaja dan tercatit dalam kad pengenalan
jerw….:)
Monday, October 14, 2013
Talapia Steam Limau dan Halia
Assalama.
Selamat menyambut aidiladha semua. Sempena malam raya ni, menu memang lari dari tema....hehe. Saje buat ikan steam limau ni...
Besok dah raya, sedih pulak rasanya...cuti pon x lama, so raya di key el jela....
Resepi
1 ekor talapia sederhana besar, kelar sedikit bahagian badan,
4 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah*
3 inci halia di hiris2
Kicap cair secukupnya
Minyak bijan secukupnya
Jus limau secukupnya
Sebiji buah tomato dibelah 8
Daun kucai secukupnya
tumbuk bahan bertanda *.
Selepas ikan dibersihkan, lumurkan dengan bahan tumbuk,
Perap seketika,
Masukkan kicap cair, minyak bijan, dan jus limau secukupnya kedalam bekas kukus ikan,
Masukkan ikan, taburkan halia yang di hiris, dan kukus ikan sehingga separuh masak,
Kemudian masukkan tomato dan daun kucai,
Bila dah masak, tutp api dan bolehla dihidangkan....
Selamat menyambut aidiladha semua. Sempena malam raya ni, menu memang lari dari tema....hehe. Saje buat ikan steam limau ni...
Besok dah raya, sedih pulak rasanya...cuti pon x lama, so raya di key el jela....
Resepi
1 ekor talapia sederhana besar, kelar sedikit bahagian badan,
4 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah*
3 inci halia di hiris2
Kicap cair secukupnya
Minyak bijan secukupnya
Jus limau secukupnya
Sebiji buah tomato dibelah 8
Daun kucai secukupnya
tumbuk bahan bertanda *.
Selepas ikan dibersihkan, lumurkan dengan bahan tumbuk,
Perap seketika,
Masukkan kicap cair, minyak bijan, dan jus limau secukupnya kedalam bekas kukus ikan,
Masukkan ikan, taburkan halia yang di hiris, dan kukus ikan sehingga separuh masak,
Kemudian masukkan tomato dan daun kucai,
Bila dah masak, tutp api dan bolehla dihidangkan....
Sunday, October 13, 2013
Talapia Cilipadi Dengan Batang Keladi, Lempeng Bawang Dan Sambal Tumis, Air Gurindam Jiwa & Aiskrim Jagung
Salam. Ni menu semalam.
Simple je, talapia cili padi dan batang keladi, lempeng bawang dan sambal tumis, air gurindam jiwa dan pencuci mulut, aiskrim jagung.
Talapia cilipadi tu biasa je, lempeng dan sambal tu pon semua orang tau nk buat, then x payah resepi lah yerk.
Cuma air tu je saya bg resepi.
Air gurindam jiwa
ni korang pandaila sukat sendiri sebab memang x ada sukatan yang tepat..
Beberapa helai daun pandan,
Gula secukupnya,
Pewarna biru,
Esen pisang secukupnya,
jus limau nipis secukupnya.
Dalam periuk, masak air gula dengan daun pandan. Bila gula larut, tutup api.
Dalam jug, masukkan air gula pandan tadi, letakkan beberapa titis pewarna biru, esen pisang dan jus limau nipis. Kacau sehingga semuanya mesra.....
Air ni istimewa sebab akan ada 3 peringkat rasa, mula-mula akan rasa limau, pertengahanya rasa pisang dan hujung-hujungnya rasa pandan...memang sesuai untuk orang yang bercinta....
Subscribe to:
Posts (Atom)