Pages

Friday, September 9, 2016

Edisi Malaysia Tanah Airku

Bila ada kawan2 dari oversea yang nak datang malaysia, and tanya samada selamat or tak? Stabil or x? Aku x tau nak jawap apa, Cuma Aku perasan dalam sesetngah comp diorang letakan malaysia sebagai negara special risk, disebabkan Kes lahad datu, ketidakstabilan politic, kegiatan daesh Dan IS di malaysia.

Termenung sekejap bila Aku dengar bab ni, betul perkauman semakin menebal, cina india melayu, semua bawa haluan sendiri, paling sedih orang melayu sendiri seakan2 buat provokasi macam ni, tu sebb aku pernah buat entri pasal bangsa Johor, perlu ada bangsa2 ni sebb istilah bangsa ini x memisahkan antara kaum, aku setuju, macam tu gak sekolah umum maksudnya dalam satu sekolah ada satu aliran sahaja, yang mana turut ada matapelajaran bahasa Cina dan India, jadi x ada issue perkauman, bila kota asingkan, memang menyumbang kepada perkauman antara kaum.

Dah tiba masa ada sistem pendidikan yang mengetengahkan dan mengambil berat tentang semua kaum, tak perlu di asingkan, yang perlu adalah pengukuhan, baru boleh ada masyarakat berbilang kaum dalam satu komuniti. Rata2 rakyat Johor gembira dengan perlaksanaan ni, sebb semua kaum duduk dalam satu bangsa, x ada puak2.

Cuma sekarang ni, yang merosakkan keadaan bila makin banyk parti2 yang ditubuhkan. Aku faham, parti yang ditubuhkan terhasil dr serpihan pemimpin2 yang disingkirkan, dan mereka tiada pilihan lain sebb parti yang ada tak boleh di bentuk kembali kepada acuan asal. Cuma bila banyak sangat parti ni, kestabilan politik x terjamin, rakyat yang akan jadi mangsa, benda ni tak akan jadi kalau pihak yang bersalah di hukum, tapi bila pihak yang bersalah di sanjung maka mana2 pemimpin yang rasa dianiaya akan mencari ruang untuk membetulkan keadaan dengan menubuhkan parti baru.

Aku kecewa bila undang2 seakan2 melindungi orang yang bersalah, rakyat nak tahu siapa yang bertangungjawab, hukum or tak hukum tu kes mahkamah, cuma x bagus sebb x ada kesudahan, yang ni cakap ni salah, tu cakap orang tu salah, tp x ada satu tindakan di kenakan, tak kan system perundangan tak dapat kesan sesiapa yang bersalah?

MH 379, MH 17, sampai sekarang belum selesai lagi, benda2 macam ni lah yang buat rakyat tertanya2, apa sebenarnya yang berlaku? Sebb langsung x ada kesudahan. Kapal lain terhempas, x sampai sebulan dah ada Close out report, observation pon dah Close...wallauhualam

Edisi Hijrah

Kecoh bila issue penghijrahan insan yang di kenali kat blog2, bila kembali ke keadaan yang sebelum ni.

Sebenarnya, kita2 ni lah yang bersalah, kita antara penyumbang mereka semua berpatah arang, angkara mulut2 yang x tahu senyap dan bercakap perkara bagus, inilah hasilnya. Betul merek salah sebb x Istiqamah, tetapi kita sebagai manusia terlalu cepat menghukum dan lemparkn kata2 kesat bila mereka nak jdi baik.

Benda ni terjadi gak pada aku masa mula2 aku bertudung sepenuhnya, aku masuk
Company baru, semua enviroment baru, tup2 ada insan2 yang tahu dulu aku tak
Bertudung, tanpa ada sebarang issue, bercakap camni "dia tu dulu x pakai tudung tu, skirt pendek gila"... Dengan x semena2, keluar dialog2 macam tu, sedangkan aku x pernah ambik pot pasal depa langsung, faham x? Bila ada manusia yang sentiasa mengungkit kisah silam orang, ni lah akibatkanya. Tipu lah kalau aku cakap lepas orang kutuk2, aku dulu, aku x terfikir nak bukak tudung balik, yes memang pernah, tapi aku fikir balik, aku bertudung bukan sebb manusia, bukan sebb ikutan, tapi memang dah sampai masanya, so aku perlu pekakkn telinga, buat x tahu bila orang bercerita, kalau korang nak tahu, sampai sekarang still lagi ada cerita2 camni yang aku dengar, means manusia x akan pernah berhenti bercakap kisah silam kita, sampai lah manusi2 yang Kenal kita tu dah mati, even kita dah mati pon, diorang still akan bercakap, so no
Worries ye.... Just buat tak tahu je.

Bab paling win, bila ada yang suka dekat aku n nak mengurat aku orang2 ni akan pergi cerita apa2 saje yang boleh menyebabkan orang yang pada mulanya suka kat Aku, jadi x suka... Part ni paling win lah...benda ni memang aku kelakar lah, konon nak jadi superwoman untuk selamatkan lelaki tu dari tersuka kat Aku.....adoiiii  orang tu boleh assume yang Aku x tahu dia adalah dalang di sebalik kejadian....hahahahaha lawak tak? Aku tahu je,  memang aku jenis yang tak akan clarify apa2, sebb aku percayakan pada Allah....

Tu sebb Aku cakap, jangan pertikai tindakan diorang untuk ke jalan Allah, Tp kita ni mulut x nak jaga, cakap bukan2, kutuk bukan2, sampai diorang hilang pedoman, mereka manusia, bukan malaikat atau para Nabi yang maksum, ada masa tetap pendirian, ada masa ke laut, sokongan tu penting, bukan cacian dan makian, tp di sebab kan seronok sangat sakit2 kan hati orang, kita x jaga percakapan kita langsung,

Bila jd macamni, semua pihak perlu muhasabah diri, bukan orang tu je, orang sekeliling
Pun sama, Aku pun ada je kawan2 transgender ni, tp x pernah malukan dia bila dia nak berubah, kondem2 ke, apa ke Cuma aku x layan dia macam perempuan, time solat jumaat kena solat, camtu gak time solat, gi pakai songkok n masuk surau lelaki, so dia nnti akan rasa ada rupanya orang yang menganggap dia ni lelaki, lama2 nnti dia sendiri akan berubah.

Edisi Kembar - Demam

Selamat Hari Raya Qurban.
Aku x balik beraya pun sebb Selasa dah start keje, plus anak2 x sihat sangat. Aku just nak share pasal kejadian yang mendebarkan hati ari Rabu ni, musim skang ni kan hujan silih berganti, kadang2 panas melampau, kadang2 hujan lebat, Alhamdulillah dengan cuaca, bukan nak cerita ban cuaca ye... Pagi Rabu masa hantar anak2, hujan memang tengah lebat sangat2, tp anak2 x lah demam or ada simtomp yang menjurus ke arah demam, so aku just hantar macam biasa jelah, cuma masa aku nak balik tu, memang dah rasa x sedap je hati, bila sampai depan rumah pengasuh aku perasan ada miss call dr pengasuh si kembar, tiba2 aku tengok pengasuh dia dah jerit2 dah, plus anak aku dah lembik macam tapak sulaiman. Serius Aku memang panic bila pengasuh tu cakap anak Aku tersedak susu n demam panas, Aku x sempat tanya apa2, terus bawak Si Habib pergi klinik, sampai kt klinik doktor terkejut tengok dia lembik, check nafas, memang laju dari biasa, doktor suruh Aku bawak anak ke hospital Dan jangan baringkan, ye Aku ni nama je first aider tp bila nak rescue anak, aku terus lupa step. Aku terbalikkan dia and tepuk2 belakang dia sampai dia muntah, ok lega. Masa aku nak letakkan anak aku kat sebelah, dia x nak nangis2, then decide nak call ambulance, tp jalan jammed, estimate dalam 2 jam baru akan sampai, dalam aku terfikir2 camaner nak hantar anak aku tengok dia macam kena sawan, kejap2 dia
Mengerekot sambil meraung2, kaki n tangan kejang2, fuhhh  panic, nak cari paip x jumpa, kisai2 beg ubat x de, last2 teringat ada ubat masuk bontot untuk reduce panas body dalam beg baju dia, aku bogelkan dia, terus masuk ubat dalam bontot, ambik tuala basahkan dengan air mineral n letak kan seluruh badan, lepas tu bru pakaikan dia baju. Aku still lap badan dia dengan tuala sementara nak
Ke hospital, bayangkan masa sampai hospital temp anak
Aku after masuk ubat is 38.8! Tinggi, means masa kt rumah pengasuh aku estimate temp dia dalam 40, tu yang dia sawan sampai tersedak susu. Masa aku ambik dia, badan dia memang lembik, mata x larat,
Nafas pun termengah2 je... Nasib aku x panic sangat so
Still boleh rescue anak aku. Now getting better, aku x bergantung dengan ubat, kalau panas je Aku mandikan n tuam badan dia untuk reduce temp,
Ubat still makan, Cuma kena kerapkan mandi supaya body temp akan cepat turun.... Syukur x de apa2 tragedi...Alhamdulillah

Monday, September 5, 2016

Edisi Kehidupan - Nasihat Untuk Wanita Yang Tertekan Dengan Keinginan Nak Berkahwin


Extream betul tajuk yang korang suruh aku buat entry ni. Ye aku faham korang semua tertekan dengan soalan2 yang di terjah, sampai korang rasa mati akal, mati pucuk...eh salah tulis pulak..mati lidah..segala-galanya mati untuk seketika bila soalan ini di ajukan....



"Bila nak  kahwin"???? Ni lahnye soalan keramat yang boleh buat ko rasa bad mood setahun setengah ngan jiran tetangga, sepupu sepapat, mak-mak sedara... actually ada jawapan paling legend supaya diorang berhenti bertanya, cuma a bit kurang ajar, dan segala tindak balas selapas soalan di ajukan, admin tidak akan bertangungjawap ye..jawapan dia camni "Kalau kau sudi share laki kau ngan aku apasalahnya, boleh kita bermadu" amacam??? win tak????



Macamnilah, aku kahwin dulu pon sebelum umor aku masuk 30 dan aku dapat anak 3 pun sebelum umur aku cecah 34, so awal aku dapat rasa nikmat beranak awal, so mungkin kurang adil kalau aku ketepikan perasaan korang yang tak senasib dengan aku ni kan, but aku boleh lah share sikit nasihat untuk gadis-gadis yang terdesak sangat nak kahwin.



Kahwin ni ada 5 stage pada pendapat aku seorang ye, bukan pendapat orang lain, aku pernah buat statement mcam ni kat salah satu entry akuyang aku sendiri tak ingat apakebendanya.



Stage 1 = stage miang-miang keladi, which is stage ni, umor ko baru akil baligh, baru nak rasa syoknyer dunia, belum ada kerja, belum habis belajar, yang perempuan pulak baru tumbuh asset2 yang bernilai, baru pandai nak letak lipstick kat bibir, baru pandai nak mengemas diri sendiri...Masa stage ni semua mak n ayah selalunya tak bagi korang kahwin, bukan sebab tak suka ko kahwin awal, tapi belum mampu lagi korang nak jalankan tangungjawap sebagai suami dan isteri, tapi kau still gak nak kahwin sebb time ni ko rasa kemaruk ko memuncak sesangat sampai mak ko pon tak boleh nak halang kau.



Satge 2 - stage normal. Time ni umor antara 23-28, waktu2 ni selalunya dah ada kerja sendiri, dah boleh handle life sendir, cuma biasalah untung nasib timbul untung sabut tenggelam, tak semua orang bernasib baik dapat pasangan yang matang dan boleh bertolak ansur, tetapi selalunya dalam perkahwinan ni, memang selalu di uji, cuma kita tahan dengan tak tahan je.



Stage 3 - Stage terdesak, di mana umor dah dan masuk 30 an, time ni belum ada boypren lag, bukan kata boypren kambing pun takut nak pandang korang...(eh jangan marah, gurau je ye). Time ni memang korang akan gelabah cari pasangan, tu yang kadang-kadang korang rasa korang macam tersalah pilih pasangan...actually tak tersalah pun, semua tu dah di tetapkan kat lohmahfuz sebenarnya. Cuma bila pasangan tu tak sesuai dengan kita, kita akan cepat rasa camtu. Bab ni memang bahaya sebab kadang-kadang boleh menyebabkan kemurungan melampau bila still x dapat jodoh lagi.



Stage 4 - Stage matang, selalunya golongan yang terllibat adalah golongan duda, janda, anak dara yang dah banyak umur, lelaki bujang yang dah banyak umur, diorang ni tak meletakkan sesuatu perhubungan tu ke tahap yang stress, diorang akan follow the situation, kalau betul jodoh diorang akan kahwin, if bukan jodoh, diorang akan move on, tak ada terdesak dan mendesak. Time ni life lebih rrileks, cuma life diorang ni memamng jenis yang super bizi, so orang yang bakal jadi life patner diorang mesti jenis yang sabar, memahami tahap makam paling tinggi. Kalau setakat nak acah-acah manja, boleh siap2 beratur jauh-jauh ye...hahahahahaha



Stage 5 - Stage ni susah aku sikit, sebab ada macam2 pengaruh, ada pengaruh miang nak kahwin lagi satu, ada sebab nak isi kekosongan lepas bini or laki mati....mana-mana yang korang rasa suka, boleh korang isi sendiri.



Ok, dah jelas kan dengan stage-stage ni, so apa kata kalau korang rasa korang kat stage yang terdesak tu, korang bawak bersabar nanti bila korang dah berumur sikit dan dah nak masuk stage 4, korang akan cool dengan sendiri...eh hahahahahaha jangan emo ye..



Ni nasihat yang betul2, ni tak tipu, ye. Kenapa korang rasa terdesak sangat tak kahwin? sebb korang rasa sunyi? korang nak teman berbual? korang nak rasa ada suami bila gi mana-mana ada orang teman? korang nak dapat baby cepat???? mana satu jawapan idaman kalbu korang???? Soalan aku simple je, korang pasti ke lepas korang kahwin, korang tak akan sunyi? pasti ke laki korang akan temankan korang sembang bila korang sunyi? ke di bantainyer tidor berjam-jam? korang pasti ke dia akan temankan korang gi jalan2? kalau dapat jenis anti sosial?? korang pasti kalau korang kahwin korang boleh mengadung dan dapat baby??? pasti ke semua tu??? sapa ada jawapan yang pasti sila angkat tangan ye???



Ha, tak pasti kan semua benda tu, dah tu kenapa rasa terdesak dan tertekan sangat nak kahwin? Percaya tak Allah tu sayang korang, tu sebab dia uji macam tu, dia tetapkan jodoh korang sekian-sekian, so kena sabar, kalau dah memang ditakdirkan korang tak kahwin sampai bila2, redha. Ada yang risau kalau tak kahwin, sok-sok sakit tak de sapa nak jaga....boleh tak aku gelak....ko acah-acah pasti je kalau kahwin nanti laki korang akan jaga korang kan??? tu aku cakap, percaya pada Allah, bukan percaya pada Manusia, ada sebab Allah bagi jodoh lambat, dia nak bagi yang terbaik dan sesuai lah tu. tu je sebabnya, dia Maha mengetahui, tak payah risau, bab hal urusan kau time sakit tu, mintak Allah permudahkan, berapa ramai yang kahwin, tp bila sakit laki kahwin lain??? memang ramai gak yang time sakit laki sanggup jaga, equal lah, ada yang bagus, ada yang x bafgus...cuma jangan mengharap kepada seuatu benda yang tak pasti.



Korang kalau masih belum jumpa jodoh, jangan pergi jumpa bomoh, manid buang sial lah, minum air tujuh telaga lah, air tujuh batu lah, mandi tekat tempa keramat lah, jenuh nak cari tempat keramat, yang ada dato kerramat, taman keramat, keramat wangsa, keramat au3...tu senang nak cari...jangan lah percaya benda2 macam tu je, mintak pada Allah je,



Pernah tak korang terdikir, dalam hidup ni tak semua benda tu kita akan dapat, memang bab jodoh ko di uji, tapi bab rezeki kerja, persahabatan, saving, relationship dengan parent, korang mungkin ada kelebihan dekat situ, rezeki bab pekerjaan yang bagus, jawatan yang bagus, tu pon part rezeki, so kenapa mengeluh bila Allah genggam jodoh korang?.



jangan fikir bila kahwin, lega satu masalah, nnti dah kwen sibuk orang tanya bila nak beranak, bila tak beranak-ranak ko akan stress lagi, kalau dah beranak, orang tanya bila nak dapat baby boy? asyik dapat baby girl je...bila dan dapat sepasang akan ada lagi soalan-soalan cepu emas yang tak akan berhenti membuatkan korang rasa stress...



Aku faham, korang ni kadang-kadang jenis terpengaruh dengan cerita novel2 melayu yang memang kadang2 tahyul nau rasanya...so time tu ko feeling2 and nak cepat-cepat kahwin sebb korang yakin akan bahagia hingga everefater...



But, sebelum korang stress2 fikir kenapa jodoh lambat lagi, apa kata ko check balik benda2 yang aku sebutkan kat bawah ni dulu ye:



Relationship dengan mak n ayah, ada kawan yang mintak tips, and ni lah tips yang aku bg ke dia, suruh dia check balik relationship dia dengan mak n ayah dia, paling win bila dia cakap relation dia ok je...huhuhu then aku suruh dia mintak maaf kat both parent dia, sebb tak tahu kadang-kadang kita ada lukakan hati diorang tanpa sedar, macam tu gak relation sesama manusia, ipar duai, mesti ada berlaku pergeseran yang kita tak perasan, so minta maaf secara berdepan, bukan secara hantar wassup, unless kawan ko dok conggo, memang jauh lah nak jumpa kan...tu wassup je sudahlah janji maksud tu sampai.

Sedekah, ada tak korang bersedekah? Sedekah ni in many ways lah, beri makan ke, duit ke, apa2 je lah. Pernah tak kita nak bagi sedekah, tapi bila kita terpegang note besar, kita tiba-tiba terus capai note kecik, untuk sedekah. Macam tu gak, kalau ada orang mintak sedekah, kita bagi alasan tak ada duit kecil, kenapa perlu ada alasan macam tu kan? apa yang kita pegang, itulah rezeki orang tu, tak kisah besar atau kecil, yang pertama kita pegang tu lah kita beri, jangan risau takut duit habis, duit tak akan pernah habis sebb rezeki tu Allah yang beri, kena ingat ye, orang yang terima sedekah tu tak ambil langsung duit kita, apa yang kita beri tu adalah portion dia sebenarnya, kita je rasa kedekut dan takut duit kita habis. So, sedekah tanpa ragu2, ha bab sindiket pulak, bab orang yang meniou sedekah ni, tak perlu risau, tu antara dia dengan Allah, kita cuma sedekah saja, tak perlu fikir dia tipu or tidak, kalau risau budak tu tak dapat apa yang kita beri, apa kata kita belanja dia makan? tu pun part sedekah gak kan??? so kenapa nak berkira bila bersedekah sedangkan Allah tak pernah berkira tunaikan segala permintaan kita.


DAh buat solat taubat? dah bersihkan hati dari sakit hasad dan dengki? Benda ni paling penting, dalam ipar duai, adik beradik, sedara sendir mesti akan ada sifat2 macam ni, bila mak ayah asyik todur rumah abang or adik kita, kita sentap, hasut2 mak n ayah suh tidor umah kita sebab jeles, sebab sakit hati adik or abang dapat layanan lebih, sedangkan sama je, tp bila hati tu dah dengki memang semua jadi tak suka, tu belum bab cemburu dengan ipar duai, mengutuk ipar duai dalam group wassup, mengutuk ipar duai depan adik beradik, depan ma ayah, dengan tujuan menghasut, macam2 lah, so kena bersihkan dulu diri kita dari benda macam tu, nampak alki orang tu pakai kereta BMW, mula kita pon mengutuk dari mana dia dapat duitlah, keje apalah....ha sila jauhkan diri dari benda2 macam tu ye.
InsyaAllah, bila korang rasa dah settle dari masalah ni, buat solat taubat dan mohon pada Allah, InsyaAllah dipermudahkan......er...ada lagi...kita pon bila dah kahwin, dah ada anak janganlah mengutuk or memperli orang yang belum jumpa jodoh ye or orang yang belum beranak ye, sebb takut Allah bagi kifarah melalui anak kita plak sebagai peringatan atas ketelanjuran kata-kata kita...Wallahualam






Edisi Kehidupan - Persekitaran Kerja


Assalamualaikum. Jom discuss hal serius sikit. Actually entry ni dah lama nak keluar, tp sibuk sangat dengan urusan duniawi lain, so peram dulu lah. Last 2 week, aku melepak ngan member2 sebelum diorang fly ke korea untuk training. Masa sembang2 tu terkeluarlah soalan dari yang kenapa aku boleh cepat sesuaikan diri kat mana-mana tempat yang aku pergi, sedangkan dia dulu kemain susah nak adapt, rasa nak berenti lah, rasa macam nak duduk dalam bilik kebal, rasa nak gi calarkan kereta boss lah.
Actually aku tak ada resepi kejayaan...cehhh kejayaan konon....(kejap, aku plak rasa nak muntah baca statement sendiri)...Normal lah, masa zaman aku mula-mula kerja dulu pun aku pernah je rasa situasi macamtu. Kat dunia ni, manusia berjenis2 perangai, tak semua baik dan tak semua jahat, ada yang jenis susah nak handle, ada yang jenis senang nak handle.
Watak yang paling ramai kita akan jumpa ialah boss yang tahu jd tukang arah, dia just attend meeting n submit hasil kerja kita kat orang atasa, take credit atas usaha kita, show off dia yang buat semua benda, sekat kita dr expose kat public. Bab boss yang macam ni, memang ramai yang akan jumpa, aku dah mengalami perkara yang sama, aku try buat something, tapi still x de kesan, so jalan terbaik aku cari kerja tempat lain yang komunitinya adalah masyarakat berbilang bangsa...hahahahah. Tapi masa aku kerja dulu, aku tak pernah ada konflik dengan boss, aku memang x banyak melawan sebb aku malas nak bertegang urat, aku ingat aku masih berada kat bumi malaysia yang mana kalau kat malaysia ni, suara orang bawahan tak leh di guna pakai, dan kebanyakan boss2 ni jenis cepat sentap, walaupun bergaduh issue pasal kerja, jap2 lagi effect KPI, so aku hanya bersifat mendiamkan diri jer.
Pengalaman aku, hanya sekali je aku kerja dengan bos melayu, the rest bukan melayu and most of them orang asing. China, india, mat salleh, Indonesia semua aku dah pernah kerja, to be honest working dengan indonesian memang the most yang aku enjoy.
Dengan mat salleh ni biasa lah, mula-mula dia tengok aku memang dia under estimate capability aku untuk deliver kerja yang dia suruh buat, segala benda yang bukan scope aku dia test suruh buat, ko bayangkan aku x pernah sentuh bab tu tiba-tiba dia tak bagi aku idea langusng and suruh aku buat blue draft within 4 hours....memang giler kan.... first time aku hantar draft kerja, dia reject bulat2 and cakap aku ni ada typical asian punya ethic...fuhhhh tercabar, tapi aku senyap and ambik balik and start draft balik. Aku start buat kerja yang dia suruh tu without any guidance, aku pun try tanya member2 lama, mana yang expert, combine sikit2 info yang ada, aku strat buat slow2, second time aku hantar, dia just cakap good...x ada langsung dia nak puji ke, apa ke..sampai lah satu haritu aku kena handle satu assigment yang memang semua orang surrender untuk buat...finally dia admit yang aku punya work ethic is different dengan orang yang dia pernah kerja and thinking dia lebih kurang sama dengan aku nyer thinking, itu pun selepas beberapa tahun kerja dengan dia....dan paling win, tenpat aku sebelum ni "HOT SEAT"....orang2 yang sebelum aku, semua berenti kerja sebab dia ni cerewet nak mampos....tp bagi aku, aku ok je kerja ngan dia, lagi orang tu pressure, lagi lama aku bertahan kerja ngan dia...hahahaha aku bagi dia balik pressure....pernah lah dia tanya aku, apesal aku boleh tahan kerja ngan dia? aku cakap lah, aku tak ksiah kerja ngan sesapa sebb bapak aku lagi super duper cerewet dr mahluk yang ada kat muka bumi ni...bahahahahahahahahaha
Eh lupa, dia gelarkan aku "SIRIM HELMET", sebab dia marah aku camaner pun, aku still xberenti-berenti kerja...malas aku nak layan mamat tu....masa tu lah, lama-lama dia ok je...sebab dah ada chemistry katanya.
Bab pressure dengan office mate tu, bagi aku normal. Mana ada ko nak jumpa environment yang harmoni 24 hours, itu bukan dunia tu, tu syurga namanya tu....
Setiap office akan ada watak-watak kak nam, kak non, kak ton..dan sebagainya, samada ko tahan atau tak je lah. Pernah jumpa orang yang jenis, arah-arah orang sambil jerit2, cekak pinggang, tunjuk2, pastu mulut cam puaka? pernah jumpa orang yang claim diri dia manusia yang paling sibuk dan paling banyak responsibility kat opis, padahal dia buat clerical work yang dalam working hours, dia dah boleh settle kerja tanpa perlu OT? ada??? mesti ada kan?? pernah jumpa orang yang baik depan kau, puji ko pakai baju cantik2, tapi belakang mengutuk kau sampai hati jadi hitam legam? pernah jumpa orang yang mulut dia syik nak komen orang je, asyik nak cerita si polan tu jahat, si polan tu buruk, si polan tu busuk cam biawak, ada??? mesti ada kan...pernah jumpa orang yang suka pow makanan orang lain? asyik suruh belanja? pernah jumpa orang yang dengki? mngadu domba?....ni watak2 watak ni adalah watak penting dalam kehidupan alam pekerjaan...yang salahnya siapa? watak2 ni ke? tak...yang salah kita lah...dah tahu watak2 camni wujud, kenapa kita layan? buat tak faham je dah, tegur2 camtu je, tak payah nak meleret2, biarkan je diorang tu...actually diorang tu semua baik, cuma watak-watak dalam diri diorang perlu di ubah serba sedikit...
Kita sebagai orang yang bekerja, tak perlu nak ambik semua benda tu sebagai sesuatu yang memberatkan kepala, if ada kawan2 tak nak tegur kita, biar je lah, dah orang tak nak tegur, tak payah nak stress2, if ko dengar dia buat cerita pasal kau, tak payah layan dan tak payah selidik kesahihan nya...abaikan je...sebb lambat laun, Allah akan bagi pebcerahan jugak akhirnya...ni paling penting ni...dengar ni yer...pekerjaan tu memang cabang rezeki, tapi sebagai cabang ujian gak ye, sebabnya dalam kerja ni lah, macam2 ujian yang kita hadap, so jaga segala2 nya...kalau ada watak2 macam ni masuk dalam hidup kita, try avoid. AKu pun do the same thing, aku still bertegus sapa, tapi untuk aku keluar berdua, makan sama-sama berdua, gi mana2 berdua ngan watak2 ni, memang tidak, sebab aku tak nak create sesuatu yang tak bagus dan tak sihat....
So, no stress, kalau ada masalah mengadu pada Allah, bukan pada kawan2. Allah tu pencipta kita, dia dah cakap dah, mintalah apa pun pada Aku, nesacaya aku akan tunaikan...so kenapa ko nak mintak nasihat kat manusia, mintak kat Allah...kat manusia ni ke laut...jap lagi ko citer n pesan jangan citer kat orang lain