Pages

Tuesday, January 22, 2013

Lelaki Terlalu Memilih Calon Isteri, sedangkan......

Hurm, kita selalu sangat dengar rungutan tentang kaum adam yang rata-ratanya membebel tentang betapa susahnya mencari calon isteri, apa yang mereka tahu, luahkan rasa tidak puas hati tentang rumahtangga kepada kawan-kawan, bercerita tentang isteri yang gagal melaksanakan tugas sebagai isteri, gagal melayan mereka dah banyak lagilah komen mereka....

Huh, hebat betul komen mereka ni, sampai ada yang sesuka hati meletakkan label NUSYUZ kepada isteri mereka. Kemudian mereka mengutuk sehebat-hebatnya perlakuan isteri, yang mereka tahun isteri itu perlu patuh setiap arahan mereka.

Bagi saya, JIKA DIRI TIDAK SEBAIK SAIDINA ALI, JANGAN SESEKALI IMPIKAN WANITA SEBAIK SAIDATINA FATIMAH.

Ramai lelaki merungut, terpaksa membayar hantaran mahal, tapi dapat isteri yang pandai bersolek tapi x pandai masak, dapat isteri yang x pandai melayan mereka, kasar, suka membebel dan macam-macam lagi.

Wahai sekalian lelaki yang bergelar suami yang hanya tahu membebel dan merungut, cermin diri anda dahulu, kenapa Allah kurniakan pasangan sebegitu kepada anda, sesungguhnya, WANITA YANG BAIK ADALAH UNTUK LELAKI YANG BAIK.

Dan ada perlu ingat, kejadian asal WANITA ITU, MEMANG BENGKOK, DAN SEBAGAI SUAMI ANDA PERLU MELURUSKAN SIFAT PEREMPUAM ITU DENGAN MENDIDIK MEREKE, BUKAN MENGKRITIK. Tapi jika anda telah berusaha segalanya, isteri anda masih di takuk lama, itu lain cerita lah plak kan...

Ni tak, diri sendiri pown bengkok, ada hati nak cakap isteri bukan-bukan. Lihat diri sendiri dahulu, adakah anda suami macam kat bawah ni?

1)   Solat setiap kali masuk waktu
2)   Nasihat isteri tanpa memarahi atau meninggikan suara
3)   Tidak mengabaikan nafkah zahir dan batin
4)   Mahir hukum hakam dan perihal dunia akhirat
5)   Mengamalkan muhasabah diri jika berlaku pertengkaran antara suami dan isteri
6)   Menghormati hak-hak isteri
7)   Mengimamkan solat setiap kali berjemaah
8)   Memberi tazkirah kepada isteri pada waktu-waktu tertentu selepas solat jemaah
9)   Membawa isteri ke majlis-majlis ilmu
10) Berbuat baik kepada ahli keluarga isteri dan mertua
11) Sentiasa tenang ketika menghadapi musibah
12) Tidak memalukan isteri didepan anak-anak
13) Membantu isteri ketika isteri sibuk menguruskan rumahtangga
14) Pandai membaca Al-Quran dan sentiasa mengajak isteri membaca Al-Quran

Kalau anda semua x ada kriteria kat atas, sila jangan suka-suka untuk demand. Pandai mahukan isteri yang membahagiakan suami, tapi pada pihak isteri adakah anda suami yang membahagiakan mereka? Adakah anda membantu isteri ketika isteri sedang sibuk menguruskan rumahtangga. Yang anda tahu, isetri perlu melakukan segala-gala yang berkaitan dengan rumahtangga, kerana tugas anda mencari rezeki...phewwww melampau gile...SILA JANGAN KAHWIN KALAU MAHU MACAM TU, SILA MEMBUJANG LAPOK SAMPAI KE TUA.


Mari baca artikel tentang seorang lelaki yang kita sendiri x tahu macamaner dia sebenarnya...terlalu banyak menyalahkan isteri, tanpa melihat diri mereka sendiri...

Monday, January 21, 2013

Lelaki Muda, Wanita Berusia

Assalamualaikum.

Pagi tadi dengar radio hot fm, ada kisah rozita  dan zain saidin. X ada isu ape pon, cuma lelaki muda, perempuan berusia. Dalam islam tidak salah pun kalau memilih perempuan berusia, cuma jangan sampai memudaratkan diri dan pasangan sudahlah.

Semua orang nak kahwin betul x? kalau saya  lelaki, dapat plak janda bergetah macam rozita che wan tu, memang x toleh kiri kanan lah...pheww memang meletop, tapi tu kalau saya berfikir pendek. Kalau saya berfikir balik, banyak perkara yang saya akan timbangkan kalau nak kahwin dengan wanita berusia (saya perempuan yerk, ni situasi jika saya seorang lelaki, sila jangan salah sangka).
Yeppp, saya kena berfikir dan timbang banyak benda, bukan senang sebenarnya nak berkahwin dengan wanita berusia ni, tambahan pula janda ada anak. Tentang keluarga, mungkin x ada masalah sebab mereka memahami, tapi tentang diri dan pasangan sendiri.

Yelah, semua orang tahu JANGKA HAYAT PENGGUNAAN LELAKI ni memang long-long journey, perempuan plak, masuk umur 50 tahun JANGKA HAYAT PENGGUNAAN dah makin merundum, so memang akan beri effect juga dalam hubungan suami isteri. Kesian kat isteri and suami, isteri dan monopos, lelali plak still nafsu ikan paus...hehehehehe... betul, lelaki x macam perempuan kalau x, x kanlah banyak kes datuk rogol cucu, bapa tiri rogol anak tiri, bapa rogol anak, jarang kita dengar ibu rogol anak, nenek rogol cucu, kalau ada pon mungkin kes terpencil..phewwwwww giler back up perempuan...hehehehe

Tetapi jika lelaki itu bukan seseorang yang hidupnya terarah kepada tarikan seksual, maka tak akan jadi masalah, sebab hidup ni bukan setakat tu je, orang berkahwin sebab nak ada teman hidup, teman bersembang, bergaduh, main kejar-kejar, teman tidur dan x nak kesunyian.

Cuma, sebelum kahwin tu banyak perkara perlu difikir dan dipertimbang kan, antaranya ialah:-

1)    Mampu ke nak jadi ketua keluarga
2)    Mampu untuk beri nafkah kepada isteri dan isi rumah
3)    Mampu untuk mengimamkan solat?
4)    Mampu ke nak jadi lelaki yang matang dari usia isteri, walaupun umur sendiri lagi muda
5)    Mampu ke nak kawal ego dan panas baran?
6)    Mampu kan ubah perangai isteri yang dah terbiasa berdikari??
7)    Mampu ke lihat perubahan isteri yang hari-ke hari makin berusia???
8)    Mampu ke tahan cakap-cakap orang anda beristeri tua?
9)    Mampu ke membimbing isteri jadi wanita solehah???
10)  Mampu pejamkan mata lihat pompuan muda bila isteri anda dah berusia tapi nafsu anda still membuak-buak lagi...

hurm tu baru sikit kan??? untuk perempuan pula, mereka pasti x ada masalah sebab diorang ni jenis yang setia, matang dan penyabar macam contoh rita rudaini, seriyes beb. Minah ni, saya tengok memang jenis yang sabar giler, sampai pregnant lagi sekali sebab nak selamatkan rumahtangga, tapi tulah....huhuhu

Kalau semua benda kat atas tu korang rasa mampu, silakan lah, tapi kalau korang rasa nak mampus, sila jangan buat...

Memanglah kita boleh cakap, alah nafsu tu senang je nak control..cakap memang senang...cuba korang tengok jari telunjuk korang, jari telunjuk tu melambangkan jari nafsu. Jari telunjuk korang tu lagi panjang dr jari-jari yang laen, betul x? so, setinggi mana pown iman korang, nafsu tu still lagi mendahului dari yang lain-lain, maknanya, kena pandai kawal nafsu, jangan jadi nafsu kuda yerk...kalau nak jugak ikutkan nafsu sampai lupa segala-galanya sila masuk neraka...hehehehehe.

Seriyes x salah nak kahwin dengan wanita berusia, cuma kena fikir banyak benda and pastikan anda betul-betul bersedia...biasalah  wanita matang ni bijak..

Untuk wanita berusia yang mahu berkahwin dengan lelaki jambu ni, and atelah membuat persiapan fizikal dan mental, jangan bila dah kawen nanti, mentang-mentanglah husband tu umur baru nak masuk akil baligh korang bahasa kan dia kaw-kaw plak..haru nanti...jangan sesekali korang cakap camni.
"EH, SAYA NI LAGI TUA DARI AWAK, TOLONG HORMAT SAYA HOKEY, or "EH, AWAK BI PEHAL NAK NASIHATKAN SAYA, AWAK TU UMUR POWN BARU NAK AKIL BALIGH ADA HATI NAK NASIHATKAN SAYA YANG DAH NAK MONOPOS NI"... kalau camni, memang sah-sah jadi isteri durhaka.

So, pastikan korang baca Petua Memikat Suami, semoga berjaya yerk...:)

Gua Gunung Senyum

Assalamualaikum.
Kali ni saya nak update explorasi ke gua gunung senyum di pahang. Activity tak lah hevy macam panjat gunung nuang or mana-mana gunung yang above 4000k dr aras laut, serius memang santai seronok. Ni 3rd time saya ke sini.

Tapi kami sempat pergi ke gua jebak puyuh je, x sempat nak ke gua senyum, since hari dah lewat petang. Perjalan dimulakan dari kuala lumpur ke temerloh pada jam 7 pagi. Kami naek kereta masing-masing since budget nak sewa bus tak ada. Gua senyum ni terletak di kaki gunung senyum iaitu di kawasan temerloh.

Sampai je kat sana, pak cik sallehudin selaku renjer hutan bagi kami sikit ceramah untuk ke gua, banyak gak la peringatan dia, biasalah hutan kan, banyaklah pantang larang, mana boleh sesukahati nak gelak macam hantu kan??? kena lah hormat sikit...

Dah siap warm up, kami seramai 42 orang pergi ke gua jebak puyuh. Kenapa nama dia jebak puyuh? Owhhh kalau ikutkan bahasa orang KL, jebak tu bermaksud jerat or perangkap, dinamakan jebak puyuh sebab bentuk dia macam perangkap puyuh.

Nak sampai ke gua jebak puyuh, memerlukan berjalan kaki sejauh 3.5 km, kalau cepat, 45min dah sampai, kalau lambat 1jam baru sampai. Then kat sini ada 7 buah gua yang kita kena explore iaitu Gua Rangkak, Gua Terowong, Gua Kapal, Gua Mayat, Gua Candi, Gua Straw dan Gua Ular. Gua kat sini kebanyakannya banyak gua kat sini, masih lagi active, still boleh tengok stalagmit and stalagtit. Cuma macam agak kecewa sedikit bila masuk ke salah satu gua yang ada batu macam badak sumbu tuh, dahulunya penuh dengan tumbuhan hijau yang seakan-akan lumut di permukaan tanah kat situ, kiranya, kalau tengok macam padang golf, tapi kali ni, langsung x ada...tak tahu mana perginya. Macam tu juga masa masuk gua yang ada batu blink-blink ada ada kolam kecik tepi batu tuh, dulu masa pegi ada air bertakung kat batu tuh, but now dah x ada, kering je kolam tuh...

Gua ular ni, sebab ada banyak batu terhakis menyerupai ular, gua terowong plak sebab laluan ke gua tu, berbentuk sebuah terowong, serius rasa macam lalu dalam lorong rahsia kat vietnam plak, bezanya vietnam tu kecik je terowong dia, muat-muat badan orang saiz s~m.
Gua mayat sebab ada batuan berbentuk mayat yang telah dikafankan, ada juga mitos cakap kat situ orang purbakala mati, then jadi  bentuk mayat, ada plak cakap tu bukan batu, tapi adalah kayu yang dah beratus tahun terendam dalam air sampai jadi fosil bentuk mayat.

Kalau diikutkan, logik, sebab kawasan sekeliling penuh dengan siput laut dalam, memang gua-gua yang ada adalah dahulunya di kawasan laut dalam, tu yang kawasan dalam gua tu bentuk terowong, candi, kapal sebab kesan laluan air time tu. Seriyus memang logik sebab x jauh dari laluan ke gua tu, ada tasik kat area situ...

Last sekali lepas kitorang lepak kat kolam biru, kalau korang tengok kat dalam kolam tu ada papan berbentuk macam tangga, ada orang cakap, tangga tu laluan ke dasar kolam yang mana still terdapat lagi gua yang masih belum diterokai, Wallahualam. 




Last sekali, kitorang singgah makan kat temerloh, ikan patin masak tempoyak...phewww terbaekkkkk 



















Sunday, January 20, 2013

ATV @ Kemensah Water Fall

Assalamualaikum.
ATV (All Terrain Vehicle) boleh dikatakan intermediate extreme outdoor activity. Memang best, kali ni kami pergi ke kemensah waterfall, which is the best ATV yang ada kat area KL ni, if kat terengganu, chemerong waterfall lagi mengancam!!! hehehehe.

Pagi-pagi kena keluar dari ruma, sebab nak naek sana dalam pukul 9 pagi, sebelum mula naek ATV kena lah training dulu, yang penting kena pandai handle handle. Trek kat sini, purposely diorang buat berbonggol-bonggol, supaya lebih mencabar, paling utama, kita perlu dengar arahan instructor, if dia cakap jangan lepas minyak or tekan break, sila ikut, kalau mahu selamat!!


Masa ni memang tak tau nak gambarkan macamana perasaan saya..bercampur baur....sekejap rasa confident, sekejap rasa nak balik...kecut juga perut...

masa mula-mula naik motor tayar 4 ni....rasa macam naik lori jer...goyang-goyang biler langgar batu ....cuak giler..rasa nak menangis...tapi bila dah lama-lama o.k sket la...dah mula boleh senyum bila nak ambek gambar.

Kalau korang teringin nak naek ATV, korang leh tengok package kat bawah ni, nama person incharge dia EN.MAS..

Seriously, tolonglah pergi sebab memang best sangat-sangat sampai korang x leh nak cakap ape-ape lagi dah..

Owh lupa nak bagitau, if korang risau sebab badan korang besar, sila jangan risau sebab lagi korang berat, maka lagi stabil kedudukan korang sebenarnya..hehehehe:) cuma kena pakai pakaian yang sesuai la, track bottom and t-shirt pown dah mencukupi plus kasut yerk..


Location
Price
Package
Duration
Event Company
Contact No
Kemensah, Ulu kelang
RM 50
½ hour ride at ATV base camp
½ hour
Adventure Park Kuala Lumpur
012-3775005
019-3407895
Kemensah, Ulu kelang
RM 100
1~1 ½ hours to tiers Waterfall
1~1½ hour
Adventure Park Kuala Lumpur
012-3775005
019-3407895

RM 150
1 ½ ~ 2 hours to Sofea Jane Waterfall
1 ½~2 hours
Adventure Park Kuala Lumpur
012-3775005
019-3407895
Kemensah Ulu Kelang
RM 200
2-2 ½ hours to Bukit Tabur /Dam ride uphill and down hill
2-2 ½
hours
Adventure Park Kuala Lumpur
012-3775005
019-3407895
Kemensah Ulu Kelang
RM 300
3~4 hours to Bukit Tabur/Dam/Sg Liza/ Dam Mas /Bukit Lalang
3~4 hours
Adventure Park Kuala Lumpur
012-3775005
019-3407895