Di kala hati kita sedang
dalam kesusahan,
Kadang-kadang
kita perlukan teman nak luahkan
Perasaan. Kadang-kadang kita lupa,
mereka juga makhluk
Allah,
Yang ada masalah sendiri juga,
sampai kadang-kadang,
tanpa disedari, mereka akan menceritakan apa yang
kita sampaikan tu pada orang lain.
Ya, kita yang bersalah,
bersalah kerana meluahkan
perasaan sesame
mahkluk Allah,
Bukan tak boleh, tapi berpada-pada.
Usah menaruh kepercayaan
keterlaluan,
akhirnya nanti diri kita dipersalahkan,
sedangkan kita bercerita
sekadar mengadu nasib,
tak lebih dari itu. Tetapi kita lupa
sifat manusia suka
menyiasat
dan suka kepada sesuatu
yang berbaur hangat dan gossip,
maka secara
tak sengaja,
habis cerita yang kita
sampaikan itu tersebar.
Ya, bukan salah mereka,
sekali lagi ia adalah salah kita.
Sepatutnya
kita mengadu pada Allah.
Pencipta yang tak pernah ada
syak wasangka pada kita,
pencipta yang tahu
sebenar-benarnya situasi diri kita.
Pencipta yang tak pernah
prejudis
kepada kita, yang sentiasa
mengampunkan kita.
Pencipta yang maha mengetahui
dan tidak pernah menyalahkan
kita.
Tapi kita lebih suka mengadu
sesame mahkluk…
sedangkan kita lupa
yang kita
sentiasa ada Dia….
Usah salahkan mereka,
sebaliknya berdoa agar
dibukakan hati
mereka
supaya lebih jernih dan ikhlas….
usah di ukur sifat mereka
berdasarkan
putihnya kain telekung mereka,
kerapnya mereka bersolat,
kerapnya pancaindera
mereka
dibasahi wuduk,
semua itu bukan kayu pengukur
kepada kebersihan hati,
jiwa dan ikhlasnya mereka….