Pages

Thursday, September 6, 2012

Cerita ni nak di ketegorikan sebagai ape yerk?- Kasihan Mereka ini


Salam. Ape pendapat korang bila baca berita ni? Kita melaungkan slogan-slogan supaya jangan menindak orang kelainan upaya (OKU). kita juga yang beriya-iya mengatakan jangan ada jurang antara golongan OKU dan manusia normal.
Tapi bila baca cerita ni, rasa mcm sediy pun ada. Dengan keadaan yang kurang sedikit dr insan laen, mereka ini bersusah payah menaikkan nama negara. Kalau saya di tempat mereka, belum tentu saya mampu nak menjadi sebagus mereka.
Kalau di ikutkan, mereka ini yang paling layak dapat pencen seumur hidup sebab, mereka punyai keupayaan yang kurang, bila dah berusia, ada ke orang yang nak ambek mereka bekerja? sekurang-kurangnya, bila ada pencen tu, terjamin gak masa depan mereka. Sumbangan mereka ni di pandang sepi...

Teringat masa time kat U dulu, ada sorang senior yang sangat pandai, x baca buku pun boleh score semua A, cuma dia kekurangan dari segi fizikal. Yang saya banggakan dengan U saya tu,
pelajar ni di beri macam-macam kemudahan, dapat kupon makan percuma sepanjang pengajian, yuran ada diskaun, dapat tempat tinggal dalam kolej, pendek kata banyak benda yang dia dapat.

Hopefully, ada lagi ganjaran seperti yang diusulkan tu untuk diorang ni.
Kita yang normal ni pown, kalau tiba-tiba patah kaki pown dah mengeluh...betapa susah bila hilang upaya aggota badan. Inikan pula mereka yang hilang untuk selamanya...huhuhu.

Bacalah artikel kat bawah ni key.

Hasihin terlepas skim imbuhan tetap
Oleh Saiful Affendy Sapransaifulaffendy@hmetro.com.my

MESRA...Ahmad Shabery (empat dari kiri) bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim (kanan) berbual dengan Pandelela (dua dari kanan) pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KBS, semalam.
KEJAYAAN besar Hasihin Sanawi meraih pingat perak pada temasya Sukan Paralimpik di London baru-baru ini belum cukup ‘membuka hati’ Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk memberi ganjaran skim imbuhan tetap atau pencen seperti dinikmati atlet normal pada temasya Olimpik.
Hasihin mencipta sejarah merangkul perak menerusi acara recurve individu lelaki berkerusi roda W1/W2 di Lapang Sasar Memanah Royal Artillery Barrack, Isnin lalu selepas tewas kepada Oscar de Pellegrin dari Itali sekali gus menyumbang perak pertama untuk negara selepas 20 tahun.
Atlet berusia 29 tahun itu mungkin boleh mengukir senyuman bakal meraih ganjaran berjumlah RM200,000 menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam), namun dia tidak akan meraih pencen seperti diraih atlet normal pada Sukan Olimpik.
“Saya harap kita semua faham mengenai perbezaan tahap kompetitif antara acara yang disertai atlet normal serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU). “Sebagai contoh, acara lari pecut 100 meter, terdapat banyak kategori bagi atlet OKU berbanding atlet normal.
“Kita perlu lihat tahap kesukaran mereka untuk meraih pingat. Pencen setakat ini tidak ada (untuk atlet OKU),” kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang ditemui pada majlis rumah terbuka KBS semalam.
Beliau bagaimanapun memberi jaminan, Hasihin bakal menikmati lebih banyak ganjaran selain hadiah Shakam yang sudah pasti bakal menantinya.
“Sebenarnya, di negara ini apa yang mereka peroleh tidak banyak bezanya berbanding atlet normal kerana atlet OKU juga menerima elaun bulanan apabila menjalani latihan, malah pihak kerajaan juga membina banyak kemudahan sukan untuk mereka.
“Jika dibandingkan dengan negara lain, atlet OKU kita sudah cukup bertuah,” katanya.
Menerusi hadiah Shakam untuk atlet normal yang beraksi pada pentas Olimpik, mereka akan meraih RM1 juta andai meraih pingat emas, RM300,000 bagi perak dan RM100,000 untuk gangsa.
Sementara atlet paralimpik bakal menerima ganjaran RM300,000 untuk emas, RM200,000 (perak) dan RM100,000 untuk gangsa.
Selain meraih ganjaran hadiah Shakam, atlet normal juga menerima Skim Imbuhan Tetap Sukan Olimpik atau pencen andai memenangi pingat di Sukan Olimpik yang akan diberikan setiap bulan untuk sepanjang hayat dengan pemenang pingat emas menerima RM5,000, perak RM3,000 dan RM2,000 untuk pemenang pingat gangsa.
Malaysia pernah memenangi satu perak dan empat gangsa dalam tiga temasya Sukan Paralimpik sejak Seoul 1988. Di Beijing empat tahun lalu, kontinjen negara hanya pulang dengan satu gangsa menerusi Siow Lee Chan dalam acara powerlifting.
Perak tunggal sebelum ini dilakar Cheok Kon Fatt dalam acara powerlifting di Barcelona pada 1992.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/06

Berpada-pada Jika Mahu Membuat Pembaharuan



Salam.



Kadang-kadang terfikir di kepala ni, kenapa ramai sungguh mahluk Allah yang nak buat pembaharuan. Kadang-kadang pembaharuan itu perlu, tapi kena bersesuaian dengan apa yang nak di ubah. Tapi bila melibatkan Panji Malaysia, relevant kah usul itu? saya bukan nak memihak pada mana-mana pihak, tapi banyak faktor perlu di ambil kira. Jika kita menukar panji itu, segala buku yang berkaitan dengannya perlu diolah, terutamanya buku teks sekolah. Kos lagi betul x?


Lagipun, itu kan pusaka negara kita, itulah antara tinggalan yang ada, untuk kenangan dan kebanggan generasi kita akan datang.


Banyak benda yang akan terlibat. Dalam jalur gemilang kita tu, dah melambangkan 14 negeri, ada pelbagai maksud dalam dia. kalau kita nak tukar, mesti akan terjebak untuk tukar rukun negara plak..hurmm...kalau nak tukar rukun tetangga x pe lah..



Bendera ni punya banyak maksud, jangan la rakus sangat sampai nak keluarkan idea yang boleh menyusahkan orang laen. budak-budak yang dah ingat berapa jalur, n warna serta simbolik yang ada dalam bendera tu pun akan mengeluh sebab kena mengingat balik bendera baru.



lepas tu, x kira lagi, berapa banyak bendera yang di kibarkan kan seluruh malaysia, berapa banyak mural yang ada bendera malaysia..tu pun nak kena ubah jugak...