Saturday, October 26, 2013
Project DIY
Actuallt ni project Diy saya.
Sebelum ni memang x sempat nak ambik gambar, sebab customer nak cepat....
Crepe flower tu saya buat untuk attachkan pada goodies bag yang bantal tu untuk seseorang yang bakal lahir xlama lagi...Amin...
Butter Cream Squid With Salted Egg
Selamat bercuti semua. Hari cuti macam ni, memang seronok kalau dapat masak untuk family, betul x? Harini, saya masak chinese food. Asalnya ianya dua jenis masakan, tapi saya combinekan sebab dapat rada dua jenis masakan.
Actually, ada dua cara nak masak resepi ni, korang bole goreng dulu sotong tu dengan tepung or celur sekejap dengan air mendidih. Harini saya x goreng tepung dulu sotong tu, saya cuma celur dalam air panas je, bukan apa, kalau goreng dengan tepung, teksture sotong tu x juicy nanti...
Jom semak resepi..
Resepi
5 ekor sotong saiz sederhana (bersihkan dan celur dengan air panas)
1 butir telur masin (rebus dan lenyek hingga halus)
Butter secukupnya ( saya guna lurpark butter)
susu sejat atau krim masakan secukupnya
Bahan dihiris nipis
1/2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci halia
7 tangkai cili padi (boleh letak lebih kalau nak pedas)
Cara buat
Panaskan butter, masukkan bahan yang dihiris. Tumis sehingga naik bau dan sedikit garing, kemudian masukkan pula susu sejat/ krim masakan. Masukkan pula telur masin yang telah dilenyek halus tadi. Kacau sehingga kuah sedikit kering, kemudian masukkan sotong. Masak sehingga telur masin dan butter menyaluti sotong. Agak-agak hampir kering, bolehlah angkat.
p/s
Kalau korang suka daun kari, boleh masukkan masa menumis tu yerk. Dan madakan ni, x perlu masukkan garam sebab telur tu dah cukup masin. Kalau korang nak guna apa juga jenis butter pown x kisah, yang penting butter okey....
Friday, October 25, 2013
Mee Goreng Hitam Tiga Rasa
Assalam.
Selamat hari jumaat dan mendengar budget 2014.
Malam ni tetiba tekak nak makan mee goreng, tapi x nak mee goreng biasa-biasa tu sebab dah muak. Fikir punya fikir, saya pown tryla buat mee ikut selera sendiri. Tu yang terhasil mee goreng hitam tiga rasa...
Kenapa tiga rasa? Bila korang tengok resepi ni nanti korang tahulah kenapa di panggil tiga rasa...
Resepi
1 paket mee kuning
1 butir telur
1 keping tauhu putih ( digoreng dahulu)
Sayuran secukupnya
Kicap pekat jalen
Kicap manis jalen
1 sudu besar pees mee rebus
1 sudu besar pees mee bandung
Bahan kisar
1 ulas bawang merah
3 ulas bawang merah
3 tangkai cili padi
5 sudu besar cili kisar
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan kisar, tumis sehingga garing, pecahkan telur dan kacau lagi. Masukkan pula kicap manis, kicappekat, pees mee rebus, mee bandung dan tauhu. Kacau lagi sampai sekata, kemudian masukkan mee kuning, kacau sampai semuanya sekata. Bila dah sekata, barulah masukkan sayuran.Jangan sampai layu key. Kemudia bolehla angkat dan hidangkan.
p/s
X perlu guna garam sebab kicap dan pees tu dah cukup masin.
Kicap pekat jalen tu saya beli dekat kedai azzain, kedai muslim food, dijamin halal. Semua ada kat situ key.
Ha, hetul x tiga rasa? Ada rasa mee rebus, mee bandung and mee kicap..semua rasa tu bergabung dan harmoni je bila kita makan...
Thursday, October 24, 2013
Kacang Pool Spaghetti
Assalam.
Malam semalam memang dah plan nak masak spaghetti,
tapi x sempat nak upload dalam blog.
Kalau korang perasan spaghetti ni nampak
macam Bolognese spaghetti kan? Tapi seriyesly bukan okey. Nama dia Kacang Pool
Spaghetti, Cuma saya ada masukkan sedikit sos preggo untuk rasa yang lagi
sedaplah. Spaghetti ni a bit pedas n berempah sebenarnya.
Kalau korang nak tahu mana saya dapat
resepi ni, ceritanya bermula di sini. Beberapa tahun lepas saya ada ke dubai
atas alasan kerja selama 2 minggu, and kesempatan yang ada saya sempat melawat
sahabat saya yang bekerja sebagai jururawat disana. Diakibatkan dah
bertahun-tahun duduk disana, makan pown dah macam orang sana, so tekak dia x
boleh nak terima sangat makanan barat yang x pedas ni, tpi dia still teringin
nak makan spaghetti. Cuma awal-awal lagi dia cakap dia x nak aglio-olio sebab
dah muak. Masa ni terfikir why not saya combine resepi kacang pool dan Bolognese
untuk dijadikan sos spaghetti kan???
Ha, dari situlah jadinya resepi spaghetti
kacang pool nih…
Resepinya ialah:
Spaghetti (sebarang jenama)
Setengah tin kacang pool jenama kimbal
(Faoul Madamas – lenyek kasar)
1tin kecil kacang parang (lenyek kasar)
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar rempah kurma
10 ulas bawang kecil (di kisar)
1 inci halia (di kisar)
10 batang cili padi (dikisar)
1 packet daging cincang
Capsicum (secukupnya)
Saleri (secukupnya)
1 cawan air
½ botol sos prego perisa bawang putih and
selasih (ikut suka korang la)
Sedikit krim masakan (optional)
Rebus spaghetti bersama sedikit minyak
zaitun sehingga masak,
Panaskan minyak zaitun, kalau x ada,
minyak biasa pon ok.
Tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan
garing, masukkan kacang yang telah di lenyek kasar, bila agak garing, masukkan
rempah, kacau lagi sampai rempah garing. kemudian masukkan daging cincang,
kacau sampai daging masak sekata.kemudian barulah masukkan sos prego, dan
sayur-sayuran. bila dah masak. masukkan air, kacau sehingga betul betul masak,
perisakan dengan garam dan gula.
p/s
Sayur tu jangan sampai lembik, biar dia
rangup-rangup baru best kalau makan.
Masa nak makan tu, leh lah curahkan sikit
krim masakan yang korang dah panaskan tu sebagai penambah rasa lemak berkirm
yerk..kalau x suka x guna pown xpe…J
Diakibatkan saya guna sos preggo perisa
bawang putih n selasih, saya x letak oregano or selasih leave sebab dalam sos
tu dah ada semua,
Monday, October 21, 2013
Mat Gebu - Blogger Masakan Terkenal
Assalam.
Semalam dapat satu email, ada insan yang bertanya siapa sumber inspirasi saya, atau dengan lebih jelas, siapa bench mark dunia blog yang selalu saya jadikan rujukan?
Blog saya ni x sehebat blog lain, saya x pernah mencari populariti malah kalau dihitung dengan jari, boleh dikira follower saya, cuma lately ni readers saya makin bertambah. Jika ditanya siapa bench mark dunia blog saya? Sudah tentu saya jawap ada 2 blog yang saya akan kunjungi setiap hari tanpa rasa jemu, iaitu Mat Gebu dan Azlita Masammanis
Kedua-dua blogger ni memang sumber inspirasi saya. Kenapa saya suka baca blog mat gebu? Sebab mat gebu adalah chef alam maya yang x pernah kenal erti penat, bayangkan setiap hari pasti akan ada satu atau dua resepi yang dia akan share dengan semua readers. Dan masakan yang di masak tu, memang selalunya sesuai dengan tekak kita-kita ni yang melayu tulen. Identiti mat gebu ni pulak memang misteri, yang saya tahu dia berasal dari johor dan menetap di johor. Rupa paras memang misteri, tapi dia dah buktikan walaupun dengan identiti misteri, blog dia tetap meletops.....
Kadang-kadang saya selalu terbayang yang mat gebu ni mungkin masa zaman sekolah adalah pelajar paling cemerlang dalam kelas sebab discipline dan fokus yang ada dalam diri dia. Kenapa saya cakap camtu ek? yelah, kalau x ada discipline yang bagus, mat gebu x akan boleh post everyday tiap jenis makanan yang dimasak beliau. Hanya dengan discipline yang tinggi je boleh wat cenggitu, tul x? Lagi satu saya memang respect sebab dia pencinta barang-barang antik, semua pinggan dan props yang digunakan semuanya mempunyai nilai-nilai artistik. Gambar yang dihasilkan seolah-olah berkata-kata dan berinteraksi dengan pembaca, hebatkan kurniaan bakat yang Allah berikan pada mat gebu....Subhanallah.
Now, paling ketara, if sehari x layan blog mat gebu, memang rasa sedap badan jer, tangan sure gatal nak click website dia...hahahaha gila addict saya kan???
Blog kedua yang saya suka ialah Azlita masammanis. Ni pown antara makhluk Allah yang gifted. Semua hasil sentuhan dia, rasa macam menangis je bila tengok...geram semua ada sebab subhanallah cantik sangat-sangat.
Bila dia ambil gambar, memang menarik tertarik kau memang da bomb....huhuhu x tahu nak cakap macamaner, kiranya kalau korang jadikan resepi salah seorang dari diorang sebagai rujukan, tolonglah bagi kredit link. Penat diorang ni masak, tapi masih ada lagi yang suka mencuri hasil kerja tangan diorang...kang potong tangan tu tahulah..hihihi
Azlita ni pown orang johor, wah dua-dua orang johor. Tetiba teringat kat arwah mak, mak salu cakap, orang johor ni masak memang sedap...betullah tu.
Beliau ni surirumahtangga yang berjaya, speciality beliau adalah kek. Kek dan dessert memang menarik, x sia-sia if korang cuba kat rumah...jadikan mereka berdua ni sebagai panduan untuk korang hasilkan sesuatu yang hebat. Allah dah jadikan mereka berdua ni sebagai insan yang berbakat, jadi x salah jika mahu merujuk, cuma saya ulang lagi sekali, jangan curi hasil kreatif mereka....:)
Gossip
Gosip Atas Katil @ 1:30 am – 3:50 am
Gossip 1
Beliau : Abang x
puas hati lah
Aku : nape? ni
kita nak gossip ke?
Beliau : Aah, kejap
je…
Aku : Ape yang x
puas hatinya
Beliau : Abang x
puas hati kalau majlis kahwin tu, ada pengantin habis beribu-ribu untuk wat
pelamin.
Aku : Nape bang?
Beliau : Yelah,
harga pelamin sampai 2-3 ribu, pastu duduknya tak sampai setengah jam. Kalau duduk
3 hari 3 malam berbaloi lah jugak, ni setakat nak ambik gambar, pastu dah.
Aku : Salunya
duit pelamin tu ambik dari duit hantaran or laki ngan pompuan tuh kena share sesame
ek?
Beliau :
Terpulanglah, ada yang share, ada lak yang guna duit hantaran. Tapi kalau dah
hantaran dalam 7-8 ribu, nak ambik package hebat-hebat ape je yang tinggal tuk
wat kenduri tul x?
Aku : Betul gak
kan? Tapi boleh je nak ambik pelamin, tp setakat yang murah-murah okeylah
kot???
Beliau : Kalau camtu
okeylah, tak yah nak grand sangatlah, nak-nak if wat kat kampung, x ada nya
pemberita nak datang wat liputan, dah tu jemputan bukan VVIP pown, orang
kampung je kot….
Aku : Abang
cakap sebab abang jeles ke or apa?
Beliau : Bukan
jeles, sakit hati…membazir je wat benda camtuh…semua nak grand tapi nanti
last-last berhutang sana sini, nanti sampai anak dah besar-besar pown hutang x
habis bayar lagi. Cuba lah buat sesuatu tu ukur baju kat badan sendiri.
Aku : Betul gak
kan?
Beliau : Tulah,
kengkadang abang geram gak kat pihak pompuan, dah ada orang nak pastu nak
demand plak, kang lelaki tarik diri, baru terkebil-kebil.
………………………………….redha jelah bila laki membebel……………………………….
Gossip 2
Aku : Mie pown
ada benda x puas hati gak.
Beliau : Nape?
Aku : Abang
perasan x, tiap kali kalau kenduri mesti aka nada satu kejadian yang memang
100% terjadi.
Beliau : Apanya?
Aku : Salu je
sebelum tiba waktu nak bagi tetamu makan, sibuk je mak cik-makcik yang tukang
jaga lauk tu tapau untuk diri masing-masing. Berbondong-bondong plastic diorang.
Lpeastu barulah diorang hidangkan untuk tetamu.
Beliau : Aaah, abang
pown perasan, pastu claim makanan yang tuan rumah masak x cukup, padahal
diorang dah sebat dulu.
Aku : Bukan ke,
orang yang tolong masak tu kena ikhlas tolong tuan rumah, bukan sebat lauk tuan
rumah?
Beliau : Betullah
tu, patutnya kita raikan jemputan yang datang tahlil, bagi semua tetamu makan,
kalau ada lebih barulah boleh tapau sebagai tanda terima kasih kat mak-makcik
kendarat tu. Tapi ni konsep dia lain, raikan makcik-makcik kendarat, if ada
lebih baru jamu tetamu yang datang….muahahahahahahaha
Aku : Tulah,
kengkadang geram je rasa, kita sibuk nak senduk lauk untuk orang, dia sibuk nak
tapau untuk anak beranak dia yang x makan lagi kat rumah tu. Adoiyai….last-last
tuan rumah kena goreng bihun sebab nak cover mana yang x cukup.
Beliau :
Kesimpulannya????
Aku :
Kesimpulannya, kalau nak wat kenduri, panggil je anak beranak, xyah panggil
makcik-makcik kendarat.
Beliau : Hi,hihi…setuju2.
………………………………………… Tepuk-tepuk bantal nak titon……………………………….
Gossip 3
Beliau : Nak tido
dah ke?
Aku : Nape?
Beliau : Ada gossip
lagi, tapi express…
Aku : Citerlah….
Beliau : Perasan
tak, kalau majlis cukur jambul, mesti ada jemput makcik-makcik marhaban?
Aku : Aah kan?
perasan-perasan…tapi nape?
Beliau : Ape kes
plak pompuan yang buat marhaban, kengkadang bukan jadi marhaban, dah jadi
meraban x tentu hala. Dah diorang lak yang buat cukur jambul, patutnya imam,
bilal, orang laki-laki yang conduct majlis camtu. Yang abang nyampah tu, kan
main lagi kuat lagi sora dia, kalah sora tok bilal azan kat masjid, dah macam
dia plak imam ngan bilal. Pastu lepas je marhaban, ada lak lagu nasyid. Abang x
kata salah, tapi bagi abang, biasanya majlis camtu orang lelaki je yang buat. Orang
perempuan kalau nak buat, sesame pompuan x pelah, ni tidak, Jemaah lelaki ada
kat luar dok isap rokok sambil lepak-lepak, diorang lak yang take turn…huh x
relavant.
Aku : Tul gak
tuh, kengkadang memang nampak macam meraban je mak cik-makcik tu, nak-nak bila
time nak cukur jambul tu, siap gelak kuat-kuat pastu bertepuk tampar,
berdekah-dekah gelak…baek suh orang masjid n orang lelaki yang buat. Ringkas dan
meraban….
Beliau : Okey, dah
tu je gossip malam ni, jom titon tayang…besok nak keje….
Aku : Okey jom…sedia
mula…k
Beliau : Ala, kejap
la…x leh tido
Aku : Sorry masa
tamat, esok I nak gi keje…hihihi kroh-kroh……….zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Please Move On
Entry yang saya dah lama sangat nak coretkan kat blog ni. Firstly
sebelum start menulis ni, nak ucapkan terima kasih kat semua readers sebab
Alhamdulillah traffic makin berkembang skang ni.
Untuk semua kaum wanita, x kisahlah pengkid ke, tomboy ke,
selagi korang semua berjantikan perempuan sewaktu dilahirkan, tolonglah baca
entry ni dengan minda dan jiwa yang terbuka. Fahami intipati coretan ni supaya
korang faham keseluruhan yang cuba saya sampaikan.
Dear, sebagai gadis, perempuan, wanita, isteri dan apa-apa
sahaja gelaran yang diberikan pada kita, memang tak dinafikan yang kita
memerlukan lelaki sebagai pasangan hidup kita. Cinta tu memberikan kita seribu
satu kekuatan untuk teruskan kehidupan. Tetapi jangan terlalu bergantung pada
cinta yang boleh buatkan diri kita merana, terperangkap dan terjerumus kepada
perkara-perkara yang tak elok.
Islam memang menyuruh kita taat pada suami selagi suami itu
tidak menyuruh kita melakukan perkara mungkar. Selagi perkara itu diredhai
Allah, selagi itu kita wajib taat. Tapi, perlukah kita taat dan menghambakan
diri kita jika suami itu menyuruh kita melakukan sesuatu yang bertetangan
dengan agama?
Korang mesti tertanya2 kenapa saya tulis macam ni kan???
Sebabnya sekarang ni, makin ramai wanita yang bergelar isteri dihadapkan ke
muka pengadilan kerana tertangkap ketika urusan jual beli dadah berlaku.
Tidak dinafikan ada sebahagian wanita yang tidak tahu menahu
kegiatan yang dilakukan suami mereka, tetapi masih ramai kalangan wanita yang
tahu dan mereka turut membantu suami mereka itu dengan alasan encari rezeki
mudah dan lumayan.
Dear please lah sedar yang tindakan korang semua tu sangat
tidak berbaloi. Banyak lagi cabang rezeki yang boleh korang terokai. Apa yang
korang buat ni seolah-olah meletakkan diri ke tali gantung. Memang saya sangat
sedih bila wanita ini diexploitasikan oleh suaminya sendiri. Bayangkan masa
depan anak-anak yang tidak bersalah apabila terpaksa menghadapi cemuhan semumur
hidup, kerana kedua orang tua mereka mati ditali gantung kerana mengedar dadah.
Yang saya kesalkan, bila sudah ditangkap polis barulah
korang menangis dan tersedar dari apa yang korang dah lakukan. Kalau dulu
wanita dijadikan keldai dadah oleh awang hitam, tetapi sekarang ni, suami
sendiri yang menggunakan mereka.
Please move on my dear, memang dia suami, tapi korang x
salah jika melaporkan kegiatan mereka pada pihak berkuasa ataupon menasihatkan
mereka supaya tidak terjebak. Korang tahu apa yang sepatutnya korang lakukan
jika mereka masih berdegil. Takkan korang lebih rela bersekongkol dengan
mereka, suami sebegini mula-mula ajak korang bersama-sama mereka, bila sampai
satu tahap mereka tidak teragak-agak pula melibatkan korang ke kancah
pelacuran. Pernah korang bayangkan benda macamni???
Disebabkan sayang suami, korang sanggup membenarkan mereka
melakukan apa sahaja, yang penting korang tidak diceraikan. Wake up!!!!!!!!!!!!!
Jangan biarkan diri korang jadi begini, korang masih ada harga diri dank orang berhak
mempertahankannya.
Setiap insan yang masih hidup masih punya pilihan untuk
dipilih. Kecuali jika korang sendiri x mahu berganjak dan rela diri
diperlakukan seperti itu. Pilihan ada ditangan korang.
Kenapa korang masih lagi berharap pada suami yang sudah jauh
tersasar, sedangkan korang tahu peluang untuk dia berpatah balik adalah -10%. Banyak
pusat perlindungan yang korang boleh pergi untuk berlindung dan khidmat
kaunseling. Bertindak lah bijak, jangan dera mental dan fizikal anda sendiri.
Untuk lelaki, suami atau apasahaja gelaran anda, janganlah
jebakkan diri ke kancah yang hina dan jangan jadikan isteri anda mangsa
keadaan. Mereka itu amanah Allah, bukan patung yang korang boleh lakukan sesuka
hati.
Dear, korang akan rasa teramat lega bila korang dapat keluar
dari cengkaman begini, tolonglah sedar dari tidur, move on demi diri korang,
anak-anak dan sesiapa sahaja yang sentiasa di sekeliling korang……
Subscribe to:
Posts (Atom)