As-salam.
lamanya x update..adala dalam 3 minggu. Sibuk sangat-sangat....hurm, ni just nak share ngan korang sume la pasal satu topik yang saya sendiri x tahu nak jawap ape bila ada orang tanya soalan camni.
Begini Soalannya...!!!!!!!!!
"Salah ke kalau saya nak kahwin lagi, lepas suami saya meninggal. Memangla orang cakap kubur tu masih merah, tapi saya perlukan suami untuk tolong saya uruskan rumahtangga. Saya ada-anak2 yang ramai..saya x terdaya nak harung sorang-sorang..".
Erkkkkk...huh...susah nak jawap....jawapannya NO KOMEN...boleh ke jawap camtu? sure kena sumpah seranah bernakul-bakul kalau jawap camni.
Semalaman gak fikir pasal soalan ni..soalan ni sebenarnya saya dengar masa time gi dengar kuliah kat masjid aritu. Tapi time tu...ustaz tu terdiam lama giler, adala dalam 9 minit. Mungkin cari jawapan yang sesuai.
Yelah, kesian kot dengan janda muda yang ada 5 orang anak. Dia pula x bekerja sepenuh masa, cuma ambil upah jahit baju kat rumah je.
Tapi x nak cerita pasal jawapan ustaz tu, tapi just nak citer pendapat saya n kawan-kawan yang terlibat...hehe...
Bagi saya, salah atau tidak bukan persoalan. Cuma masyarakat kita terlalu sensitive untuk perkara-perkara mcamni, bahkan kadang-kadang mereka ambil bahagian dalam acara umpat mengumpat..sampai boleh jadi juara penyampai berita umpat-mengumpat terbaik.
Salah sangka terlalu banyak, kadang-kadang ada yang menuduh terlalu gelojoh kalau nak kahwen baru, sedangkan kubur suami masih merah lagi.Padahal mereka tidak tahu masalah yang di hadapi oleh mereka ini. Ada yang terputus bekalan makanan, susu dan tidak mampu membayar sewa rumah. Ketika ini, ada insan yang baek mahu membantu mereka dengan mengahwini mereka dengan tujuan meringankan beban. Yelah, kalau hari-hari lelaki datang ke rumah perempuan yang kematian suami, kemudian orang sekeliling pula akan memfitnah macam-macam. Jalan terbaik, berkahwin. Tapi masyarakat yang kononnya perihatin ini, mula menyebarkan berita terkini lagi sensasi.
Bagi saya, lihat pada keperluan. Jika berkahwin lagi itu, adalah pilihan terbaik, teruskan, jika lebih membawa kepada keburukan, lupakan seketika dahulu. Manusia berbeza-beza kekuatan. Ada yang mampu untuk mengharungi dugaan walaupun diletakkan cabaran setinggi gunung, tapi ada yang x mampu.
Pokok pangkalnya, tanya diri sendiri. Tak pelu nak sensetive dengan kata-kata sinis masyarakat yang sentiasa melihat pada kesalahan kita. Kawan yang tidak baik ini umpama dapur yang berjelaga. Tak banyak, sikit pun mesti ada jelaga yang terlekat pada baju kita. So, jauhkan lah dari manusia macam ni.
Percaya pada diri sendiri, dan tahu ape yang anda mahu lakukan. Dapatkan nasihat keluarga yang lain, kemudian buatlah keputusan.