Bila aku dok sembang-sembang ngan member2, ada lah antara diorang kongsikan tips camner nak didik anak-anak supaya diorang dah besar tak renggang ngan kita. Bila diorang tanya aku, aku tetibe blur sebab aku x ada specific cara untuk aku ajar anak-anak aku, cuma benda yang aku buat is aku ingat balik apa benda yang aku tak suka mak n ayah aku buat time aku kecik-kecik, aku tak akan buat kat anak aku...aku letakkan diri aku dekat tempat anak-anak, so baru aku boleh faham apa yang diorang nak dan apa yang diorang tak suka.
Aku bukan condem parent aku ye, dulu diorang lain, terikut-ikut dengan style arwah tok yang keje askar, so dah terbiasa tu yang sampai ke anak-anak pun parent aku buat benda yang sama. Tapi aku x nak, sebab aku ingat masa kecik aku suka memberontak bila ada benda-benda yang aku tak suka, contohnya pernah lah masa darjah 3 aku ponteng puasa curi-curi makan buah tembikai dalam peti ais sebab haus sangat lepas balik sekolah, tapi yang jadi tak best bila mak aku x simpan rahsia tu, dia pergi cerita dekat semua sedara mara masa time hari raya, plus masa tu aku terdengar masa dia sembang, aku down giler kot bila tau semua orang ejek-ejek aku sebab ponteng puasa. Mungkin mak aku ingat benda tu kecik je, tapi bagi aku tu air muka aku, maruah aku suppose simpan antara fam sendiri je. So now bila anak aku ada buat salah, aku tak akan cerita keburukan dia kat orang lain, aku just cerita benda2 kelakar pasal anak-anak aku supaya diorang pun rasa di hargai.
Kalau nak marah pun, aku x akan marah depan orang sebab aku tahu walaupun dia kecik lagi, tapi dia still ada ego...so dia akan rasa maruah dia tercabar bila kena marah depan orang, jadi aku elakkan marah depan orang lain, even depan adik-adik dia sendiri.
Benda yang paling penting is aku kerap peluk anak-anak aku, gurau-gurau dengan diorang, campak phone jauh2 bila diorang ada sebb aku x nak dia rasa tersisih...selalu lah kalau lepas mandi tu, aku akan dokong sorang-sorang sampai kat tempat nak pakai baju, cium pipi sikit, kepas tu peluk kuat-kuat sambil cakap aku sayang diorang...aku murahkan perkataan sayang tu sebab aku takut masa yang ada ni tak cukup untuk aku curahkan kasih sayang kat diorang ni, yelah kejap je diorang akan besar nanti....
Wednesday, August 17, 2016
Edisi Anak-anak - Montot
Aku faham ramai yang suka nau naik moto macam dalam citer son of the anarkey...tapi kalau ye pun sopan santun lah sikit, petang tadi ni aku nak balik rumah, tengah2 drive, tetibe bunyik plak vrom-vrom tepi keta aku, muka hensem dah macam abam awie, tapi tetibe aku nampak benda x sepatutnya...sampai anak aku pon perasan.
"ibu, orang tu nampak bontot dia lah!!! huihhhh tak mayu lah orang tu, berdosa kan ibu".
Aku tak sanggup nak gelak dah sebb anak aku keep on cakap benda yang sama, hambik kau...sampai orang yang bawak moto tu perasan kot bila anak aku tunjuk2 kat tingkap sambil jerit2 nampak bontot.... mintak mahap lah ye, aku tak leh nak handle bila dia nampak benda2 camtu pastu siap tunjuk2 lagi...
Jadi, kalau dah tau nak naik motor, pakai ler baju elok sikit...spender or seluar tu kasi tinggi sikit, kot tak nampak semua celah-celah montot yang x berapa nak selesa di tengok tu...

Monday, August 15, 2016
Edisi Anak-anak - Alahai momok
Aku ni memang ada penyakit takut gelap n takut lalu kat tempat hutan-hutan ni...tp tadi memandangkan aku malas nak tunggu traffic light lama kat ukay perdana tu, aku terus naik kat main road bukit antarabangsa tu, aku salu je berdebar-debarlalu kat bukit tu, sebab situ cam gelap n x banyak kereta lalu....sekali dalam takut-takut tu anak aku cakap kat aku "Ibu takut ke? jangan takut ye, Ibal ni ada, Ibal tak takut momok, Ibal takut Allah je, Allah kan ada, momok pon takut Allah"..
Terus aku cakap "eh mana ada ibu takut momok, ibu bawak laju-laju sebab nak sampai rumah...mulai harini aku berikrar tak nak takut kat momok lagi...tapi camner aku tak takut, tengah2 aku bawak kereta boleh plak anak aku lambai-lambai kat kawasan semak tu sambil cakap "babai momok, eh ibu, momok tu tengah main-main ngan momok kecik, rambut dia panjang, gigi dia lagi panjang dia pakai baju warna putih tapi dah kotor..sian momok tu ibu..."... ha apa kes??? ko rasa nak lari pecut seratus meter tak bila dengar camtu???? yang kembar pon siap cakap "tata nenek"....wohoi......kecut perut aku....time tu orang ada halkum pun boleh hilang halkum....bahahahahaha

Edisi Anak-anak - Merajuk
Aku perasan anak aku yang perempuan ni jenis keras hati, keras hati nau-nau..kadang-kadang aku rasa nak kunyah je bontot dia bila time dia buat perangai. Last week, ada sekali malam tu dia mengamuk x nak tido, aku babap bontot dia, lepas tu dia nangis2, aku buat bodo je malas nak pujuk sebab aku ngantuk, kalau anak aku yang lain if aku x pujuk diorang akan stop nangis n tido...tapi ini olang tarak makan saman...mula-mula dia baling bantal dia, lepas tu dia buat bunyik mendengus2 tu, campak bantal, hentak kaki kat dinding, lepastu dia berdiri pijak bantal plak...bila dia tengok aku wat x layan je...dia buat teresak-esak tu, tendang pintu plak...adoiii geram aku, bila aku datang n pujuk dia, terus kuat dia nangis n peluk aku....last-last tertido kat atas perut aku....wohoiiiii anak pompuan memang camtu ke? agak2 aku dulu camtu ke ek???? alahai.....
Edisi Anak-anak - Buang Sampah
"Adik, jangan buang sampah luar tingkap kereta, x bagus lah, pencemaran alam sekitar tau tak...eh tapi abang pernah tengok ibu buang sampah, ha...jangan tiru ibu tu ye, nanti abang marah ibu tu, nakal ibu ni, buang sampah merata-rata..."
Haih...ape pasal aku asyik kena sekolah ngan anak aku nih....banyak betul tebiat aku yang x leh pakai....
Aku kena ubah lah tebiat aku, actually aku terbuang plastic gula-gula....tapi salah tetap salah kan???

Edisi Anak-anak - Belajar
Aku salu je baca yang ada parent suruh anak baca abc masa umur setahun...and a bit proud bila anak-anak pandai baca kat flash card, boleh kenal binatang kat flash card...baguslah ada effort macam tu...tapi aku x buat benda tu, sebab anak aku boring main benda camtu, aku notice mamat ni suka benda actual, so aku kena bawak dia pergi zoo untuk dia kenal semua jenis binatang or kalau aku jumpa lembu or kerbau kat tepi jalan masa balik kampung, aku akan tunjuk kat dia...cam tu gak abc, aku pernah gak suh dia hafal kat flash card, tapi setakat tu je....dia hafal bukan dia faham pun....so aku try suh dia tengok kat sign notice yang ada tulisan tu, and suh dia carik mana a,b,c...so aku rasa tu antara cara yang berkesan lah, camtu gak warna...aku just sembang-sembang ngan dia baju yang dia pakai tu warna apa, rumput tu warna apa, langit tu warna apa....aku x lah fokus nau kat buku2 or flash card...sebab dia jenis suka main, so dia practise belajar sambil main lah....
Aku tak kisah kalau dia tak tahu abc, 123 tu, tapi aku pentingkan pemahaman, at least aku sembang ngan dia, dia boleh balas dengan jawapan yang betul. contoh aku tanya, ibal nak minum susu banyak ke sikit? dia akan cakap nak minum banyak. Ibal pagi tadi sarapan apa? dia akan cakap sarapan nasi lemak, tengahari makan nasi lauk telur...so kat situ aku faham dia tahu apa jawapan yang betul untuk soalan aku tu...
Aku memang akan sembang dengan anak aku selalu, supaya dia faham apa yang aku nak cakap, rather aku paksa dia baca buku, aku lagi suka cara camtu...at least dia bukan setakat menghafal...now aku dah tak boleh nak kelentong dia kalau kedai makan tu x de jual mee or apa-apa yang menu yang bergambar...sebab dia akan tengok gambar, so dia akan tahu apa jenis makanan tu, kalau nak kelentong pun, bab menu yang x de gambar lah, ada sekali tu dia nak makan mee goreng, aku cakap lah x de sebab aku x bagi sangat dia makan mee..sekali ada gambar mee goreng kat menu tu, terus dia cakap aku tipu dia,,,atas sebab2 berdosa tipu budak-budak aku pun order lah....haih...x baik kan tipu budank-budak ni....

Edisi Anak-anak - Traffic Light
Ibu, ibu....lampu hijau tandanya jalan, lampu merah tandanya berhenti, lampu kuning tandanya bersedia berhenti,,,,tapi ibal tengok bila lampu kuning ibu bersedia nak laju je, bahaya lah ibu...ibal ni kecik lagi, nanti jadi apa-apa mesti ibu nangis...baik ibu jangan laju nanti ibu menyesal....
Errrrrr......errrrrr aku kena sound ngan anak aku pagi tadi....tap-tap-tap air mata aku menitik.....bagus anak...ibu bapa kat luar sana, mulai arini kalau lampu kuning, tandanya bersedia untuk berhenti...bukan bersedia untuk laju.....eh ke aku sorang je yang buat camni.....ok bye..insaf dah rasa ni....

Subscribe to:
Posts (Atom)