Pages

Sunday, August 7, 2016

Suhaimi inteam

Aku ada baca yang Suhami ni tak hantar anak dia pergi sekolah dan x prefer anak dia ambik UPSR, SPM or PT3. Sebabnya peperiksaan tu dikatakan tak relevant dah. Kalau kau tanya aku, aku akan cakap logik. Dulu2 nilai SPM kalau dapat pangkat dua dah dasyat dah, dah dapat fly oversea. Orang cakap zaman sekarang budak dah makin pandai, so setakat exam yang macam sekarang ni macam makan kacang.

Suhaimi ni if tak silap aku dia buat home schooling, dan bagi aku betul dia cakap tanpa SPM pun boleh bekerja, kenapa kita hanya tertumpu pada spm? zaman sekarang ada je alternatif lain, mungkin dia nak hantar anak dia masuk sijil kemahirang vokasional, macam kat obersea...nowdays ada banyak alternatif, nak ambik A-Level, O-Level semua terpulang pada parent.

Home schooling ni bagus, kalau dilaksanakan dengan cara yang betul, sahsiah anak-anak pun senang dibentuk. Aku perasan dia dedahkan anak-anak dia pada awam macam buat nyanyian amal kat pasar malam, bagi aku tu salah satu teknik yang bagus, zaman sekarang kalau tengok, budak-budak belajar hebat tapi bila bab kemahiran hidup, level confident memang tak dak. Apa yang suhaimi ni buat memang boleh build up budak-budak nyer self confident. cuba kau tengok orang macam che det, siti nurhaliza, diorang ni jenis yang berniaga, jenis yang terdedah dengan orang awam dari usia yang kecik, tu sebab both of them ni antara orang yang sustain dalam career masing-masing.

Paling bagus home schooling ni boleh elakkan jenayah buli, terjebak dengan rakan-rakan yang x berapa nak berdiscipline, dan ibu bapa boleh luangkan masa dengan anak-anak diaorang.

Masa di rumah kita boleh bagi sebanyak mungkin input, buat kelas belajar ikut kreativiti kita yang penting follow silibus yang betul, so anak-anak tak bosan dengan kaedah pembelajaran yang setakat dalam kelas semata-mata.
Kalau pergi tengok sekolah international, kaedah diorang memang macam home schooling, cikgu one two one teaching and solving problem. Sebab reputasi cikgu ni bergantung sepenuhnya pada result anak murid, if diorang teruk tak ada sape nak hantar anak masing-masing pergi sekolah private tu...

Plus kalau kat rumah, kita boleh ada kan subject elektif ikut kesukaan anak-anak contohnya kelas gitar, piano,art n kraft or apa-apa yang anak kita suka....

So, jangan cepat melenting kalau dengar orang tu tak hantar anak dia ke sekolah or tak bagi anak dia ambik exam malaysia standard, dia mesti ada alternatif untuk anak dia, cuma kita sebagai orang luar tak payah banyak sangat syak wasangka....


Edisi Anak-Anak - Zebra vs Zirafah

Aku rasa dah habis focus dah bila anak aku suh bagitau nama-nama binatang. Aku memang tak nak silap dah kali ni, tapi ntah hapa hawaunya aku silap gak, tapi dalam silap tu boleh plak aku tegakkan benang yang basah sebb aku tak perasan yang aku silap...

"ibu ni apa?"
"Penguin"

"Ibu ni apa?"
"Skunk"

"Ibu ni apa?"
"Zirafah"
"salah lah ibu, bukan zirafah"
"Eh, betullah zirafah, zirafah kan belang2"
"Bukan, ni kuda lah"
"eh aah lah kuda, kuda belanglah"
"ha tulah ibal cakap kuda, bukan zirafah, ok kita cuba sekali lagi"

Krik krik....eh aku yang gi sekolah or dia yang gi sekolah, aku plak yang kena teka nama binatang...tu aku cakap, budak-budak ni dah tau dah apa nama binatang tu, tapi saje je tanya-tanya macam tak tahu...patut ada iklan dalam Tv yang budak tu tanya "tu burung apa? "burung murai".....rupanya memang wujud situasi macam ni....adoiiiiiii anakkkkkk

Lawan kentut

Masa kecik-kecik banyak benda merapu yang aku, abang aku n kawan-kawan buat. Kadang-kadang ayah aku urut dada je tengok, nakal tahap gaban pun ye jugak.

Pernah dulu kena hambat sebab main kentut-kentut, syok woooo lepas makan ubi, memang akan rasa nak kentut...so masa tu kat dapor ada satu tin yang macam tin biskut tu, so abang aku suh kentut dalam tu sebb nanti kentut tu akan bergema...kitorang lawan kentut beramai-ramai sampai dah tak boleh kentut lagi.....

Tapi yang suweynya abang aku tak check tin tu kosong or ada isi....sekali rupanya tu tin beras mak aku, memang ada sikit beras dalam tu....mak aku keluarkan sebab nak letak beras yang ayah aku baru beli....

Berakhirlah permainan kentut-kentut dengan sorang sedas pelempang oleh mak aku....beras tu bau bangkai mak aku cakap!!!!! bau bangkai sebab dah serap bau kentut kitorang...sampai skang kalau aku nampak tin biskut aku fobia...hahahahahaha

Mak Cik Gosip

Dalam adik beradik aku sorang je perempuan, so aku memang ada macam perangai jantan sikit-sikit lah masa kecik, ingat lagi ada sekali tu mak aku tersalah potong rambut aku, senget sebelah plak tu, so nak even kan rambut tu mak aku kenalah potong jadi lagi pendek, bila pendek dah macam rabut budak jantan ler, dah lah aku ni jenis memanjat pokok kelapa bagai, harus orang ingat aku ni jantan.

Mulut makcik kampung memang macam hawau, diorang nampak je aku ngan rambut pendek, terus gi gosip2 kat kampung bgtau yang mak aku didik aku jadi jantan, sok-sok anak jadi pengkid baru tau...wohaaaa dasat kat mak cik gossip ni....

Balik je rumah mak aku dah nangis2 dah bila orang kampung kutuk dia macam2, padahal mak aku salah potong rambut aku je pown, bukan buat apa...

Bila aku dah besar sikit, mak aku dah meninggal, abang aku plak dah masuk U, so tinggal lah aku n bapak aku je, macam biasalah mulut manusia, ada sorang cikgu ni duduk kat kampung aku, dia boleh plak buat cerita n konon risaukan aku if balik rumah duduk berdua ngan ayah aku nanti akan jadi sumbang mahram bagai...perghhh satu sekolah kot kecoh citer tu, padahal bapak aku tu punya lah sebaik-baik bapak, tapi di akibatkan mulut cikgu tu terpaksalah bapak aku tumpangkan aku tidor kat rumah jiran sebelah yang ada ramai anak perempuan, so tiap-tiap malam kalau cuti sekolah aku akan tidor kat rumah mak cik tu, bapak aku buat semata-mata nak elakkan orang memfitnah...sian bapak aku, tapi aku sedih bila cikgu tu sebarkan cerita yang macam tu sampai mengaibkan bapak aku, kesannya bertahun2 bapak aku tanggung malu....

aku tau niat dia baik, tapi salah cara dia tu,kalau nak tuduh or risaukan orang pun tengok dulu latar belakang fam orang tu camaner.

Tu sebab aku malas nak sembang ngan mak cik2 kat kampung aku, semua jenis sembang nak kencang aje, dia je yang hebat...adoiii zaman dulu nasib baik tak de facebook, kot tak aku rasa citer aku paling hot kena viral kat fb.....hahahahaha

Eh errr ehhhhh

Last week aku lepak kat hotel bawak anak-anak aku gi wedding cousin, biasalah bila dah ramai-ramai budak ni meragam, sorang tak nak jalan, sorang tiba-tiba merangkak...tapi bagusperkeja hotel tu, dia tolong aku bawak anak aku sampai masuk bilik, dia lah tolong dukung and letak anak aku atas katil...tapi yang aku rasa nak tersedak, masa sembang-sembang tu aku dok panggil dia kakak tapi bila dia nak balik aku ternampak name tag dia tulis "Sidek" (bukan nama sebenar)....eh errr.ehhhh...terima kasih ye.....er...ehhh....hahahaha ku plak serba salah nak panggil dia apa, sebab yang ni memang rupa pompuan habis, halkum pun tak nampak, plus suara dia macam suara pompuan, tak dak kepit-kepit....khunsa kot...

Edisi Anak - Jujur

Semalam aku terlupa, memang betul-betul aku lupa, if aku ingat sumpah aku tak nyanyi depan anak aku. Boleh plak semalam dia suruh aku garuk belakang dia time dia mamai-mamai nak tidur, aku pun garuk sambil nyanyi2 sikit supaya dia lelap, sekali dalam mamai-mamai dia boleh cakap "ibu please jangan nyanyi, suara ibu x sedap". Walaupun dia cakap slow, tapi aku leh dengar kot, dalam mamai-mamai pun dia boleh cakap suara aku tak sedap, orang cakap kanak-kanak ni jujur, so memang betullah suara aku ni tak sedap, walaupun dalam dia sedar or tak sedar still dia cakap tak sedap....huh...mengalir air mata dengar dia cakap macam tu......

Monopous

Aku ingat lagi masa zaman aku kecik-kecik, orang kat kampung aku la, diorang ni pasangan husband and wife, romantik giler, kalau pergi mana-mana mesti berpegang tangan walaupun umor dah nak masuk 50an.

Masa tu kalau tak silap aku time hari raya, so kalau budak-budak kampung if raya memang satu kampung kitorang tawaf sebab nak berhari raya, makan kuih raya dan nak duit raya pun ye jugak. 
Cuma timing aku gi rumah pak cik ni x berapa nak kena lah, elok je sampai depan rumah dia n bagi salam, tetiba bunyi berdentum-dentum, lepas tu dengar suara orang bertekak dalam rumah, belum sempat kitorang nak bagi second salam, tetiba pinggan terbang dari arah pintu yang tengah terbukak tu....aku tengok pak cik tu tengah berlawan tangan n mulut ngan bini dia, siap cakar-cakar muka n badan, bergaduh bergegar2 rumah, dah kata budak-budak, mana paham bahasa, boleh pulak kitorang tengok diorang bergaduh dari luar, dah macam tonton movie gitu.

Habis je diorang gaduh, terus kitorang jalan balik rumah, esok tu datang balik nak raya rumah pak cik tu, elok je diorang jemput kitorang naik, yang bestnya pak cik tu siap explain apesal diorang gaduh semalam....

Rupanya mk cik tu nak monopous, emosi dia bila-bila akan jadi teruk melampau, sampai nak baling-baling pinggan, sebulan mesti sekali mak cik tu akan jadi camtu, so pakcik tu akan sediakan pinggan plastic untuk mak cik tu baling kalau time dia emo, and dalam pada masa sama dia akan tenangkan mak cik tu, walaupun sebagau balasan muka n badan dia kena cakar....

Tu dia...penangan monopus, tu kali pertama aku dengar, walaupun aku tak tau apa benda monopus tu masa dulu. Bila dah besar baru aku tau monopus ni memang akan ada syndrom2 yang ikut diri masing-masing.....agak-agak aku dah tua nanti akan jadi camtu ke???? ngeri plak aku dengar