Pages

Wednesday, September 26, 2012

Bosan Dengan Berita kt TV

Bosan giler ngan berita kat TV lately ni.
Asyik ulang video yang sama, cerita yang sama, sampai dah boleh hafal dah.

I'm not voting pembangkang pown, tapi bosan dengan paparan berita yang terlalu memburuk-burukkan pembangkang. Perlu ke nak buat mcm tu? Ya Allah, kami ni Allah kurniakan akal, masih boleh berfikir, jadi x perlulah nak paparkan berita n video berulang kali. Sampai naek menyampah jadi nye.

Kami tahu kerajaan menjaga keamanan negara, tapi tolonglah wahai media massa, tolonglah jangan ulang banyak kali..kami ni nak dengar cerita negara, ekonomi, sukan, isu semasa..bukannya nak dengar cerita yang sama tiap-tiap hari.
Ni dah mcm pasang tape recorder plak...

Kami masih belum buta hati lagi nak mengundi, kami tahu siapa yang layak dan tak layak. Jika di provokasikan dengan benda mcam ni, kami pown jadi bosan...please media.....



Tuesday, September 25, 2012

Kesan Product Extra Whitening

Assalamualaikum.
Sejak dua menjak ni, kepala hotak ni rasa beku, tepu..pastu lupa. Bawak kertas tebal2, pastu ke hulu kehilir sebab nak buat kerja, sampai je kat tempat..tetiba lupa plak kerja ape yang nak buat.

Mak aiiiii.....tahap gaban dah ni sikap pelupa saya ni...tu 2 bulan lepas la. Then saya pown jumpa doktor, sebab risau mungkin perubahan hormon.

Tapi bila bukak je mulut citer ngan doktor, punyalah dia gelak. Jahanam tul doktor ni, kang kalau aku marah, dia x bagi plak nasihat tul x? nak tak nak, buat la tebal muka, biar la dia gelak sampai kiamat pown x pe...herghhhh..hampeh doktor ni...hik hik hik...

Pastu doktor tu cakap, bukan sebab hormon, then ada la sesi interview sikit.
ni soklan time dia interbiew tu:-

Doktor :- Ada pakai product pemutih, x kisah la ape-ape pown
Saya     :- Ada, saya pakai clorox n vanish
Doktor :- Maksud saya kat anggota badan lah, bukan kat lantai, x kan awak guna clorox kat muka????

padan muka kau doktor, tdi ko gelakkan aku...muahahahahahahahahahaha

Saya     :- Ada, ubat gigi extra whitening, ubat ketiak extra whitening
Doktor :- pencuci muka pakai cap ape? ada extra whitening gak ke?
Saya     :- x, saya pakai "FAIR AND LOVELY" jer

Ha??????? tu pencuci muka mak saya pakai, orang muda pown pakai gak ke?????

Sabaq ja la doktor ni, kang aku belasah, kena penjara plak kan...huhuh

Saya    :- Aah, jimat

Terkejut bila dengar explaination dia...rupanya extra whitening ni, ada bahan pemutih yang merbahaya pada otak kita.
Contohnya, ubat ketiak, ada extra alum A.K.A TAWAS. Tawas ni bahaya sebab boleh menjejaskan daya ingatan kita...hohohoho camtu jugak florida dalam extra whitening dalam ubat gigi...

Kita x perlukan semua benda extra tu sebab dalam air paip dah cukup semua benda tu, tawas tu dahla kita gunakan untuk jernih dan hilangkan bau air, then kita pakai lagi kat ketiak, berdouble-double lah kesan dia.

Tapi memang betul, tahap ingatan saya memang merosot, sampai saya kena tulis setiap benda yang saya nak beli, kalau x sure lupa tahap gaban.

Balik je rumah, saya buang semua benda-benda extra whitening tu, pakai benda biasa-biasa je, dan saya monitor tahap ingatan saya dari hari-ke hari. Dalam masa 2 bulan, banyak perubahan dia, saya dah tak payah nak tulis2, pastu dah boleh la nak hafal pape yang patut di hafal..

Sekarang ni, memang saya stop everything yang extra whitening, sebab takot............................................ so korang x yah la nak puteh sangat gigi  yerk...hohoho...tapi kalau yang ketiak tu warna agak x menarik, korang x yah risau..ada cara laen, gosok je ketiak tu ngan limau nipis hari-hari, bau hilang, ketiak pown wangi...:)

Gigi pown sama, campurkan garam ngan limau nipis, then gosok guna campuran garam n limau tu, buat salu, sure putih..




Monday, September 24, 2012

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Bila Cuci Rambut

Assalamualaikum semua.
Kita ni perempuan memang suka sangat cuci rambut kat salon betul x? Setiap bulan tu sure korang pergi salon 2 kali kan?
Best bila orang gosok2 rambut kita, garu-garu kukit kepala kita guna kuku sampai hilang gatal2. Pastu kita lak leh suruh dia garu kuat sikit, sedap n lega kan?

Hah, dengar sini hokey! sila hentikan semua benda tu, semua tu salah! Bahaya untuk kulit kepala n rambut kita. Kita bising rambut kita berminyak, ada kelemumur banyak, so kita beranggapan, bila gosok kuat-kuat semua tu akan hilang. Kita x sedar benda tu semua perbuatan orang yang x belajar anatomi rambut n kulit kepala.

Kulit kepala kita ni sangat nipis, lepas tu akar rambut tu pun sangat mudah tertanggal kalau kita garu dengan kuat. Bila kita cuci rambut dengan menggaru kuku kat kulit kepala secara kasar atau lembut, ia tetap akan melukakan kulit kepala anda. Bila kulit kepala luka, bakteria lagi senang membiak, minyak lagi senang terkumpul dalam luka tu, kelemumur pon makin banyak kat kawasan luka tu. Then ape jadi? rambut jadi makin berminyak , berkelemumur paling teruk ditumbuhi jerawat kat kulit kepala, then ada kudis2 sebab kulit luka.

Cukup menggosok rambut menggunakan jari-jemari, gosok dengan lembut dan rileks, x perlu  tergaru-garu macam orang ada kutu. Kulit kepala x rosak, then minyak n kelemumur pown hilang.

Sebelum kita wat sesuatu jangan fikir remeh, kena fikir kessan-kesan negatif dulu. Kalau anda pergi ke saloon yang agak mewah, diorang punya hair dresser ada diploma n semua belajar tentang anatomi kulit kepala. Saya dapat info ni pown dari saloon yang saya selalu pergi tu.

Ni lagi satu info, kita selalu bising rambut kita gugur or rambut kita banyak kelemumur. Antara penyebab kepada masalah ni adalah "SIKAT". Korang pernah x basuh sikat korang? pernah tak bersihkan sikat sebelum sikat rambut? mesti jarang!!!!

Please lah basuh sikat tu, x payah basuh ngan sabun, rendam je dalam air suam, then buang habuk-habuk yang melekat. Kalau boleh pakai sikat bergigi jarang, sebab senang nak buang habuk yang terperangkap. Lagi satu tangan kotor-kotor suka sngat pegang rambut, konon nak pintal-pintal biar nampak manja-manja depan boypren...tpi korang x tau, tangan kotor tu nanti buat rambut korang rosak..

Lenkali bila  saloon, jangan bagi diorang garu garu rambut korang guna kuku yang dah boleh buat sudu tu. .. ok sekian jek..
Selamat Membaca yerkkkk...:)                                                                    

Sunday, September 23, 2012

Blue Berry Chiller Cheese Cake





Assalamualikum.
Hum, nampak x cheese cake yang sangat sedap ni...hihi..blink-blink delicious kan? kek ni x payah nak bakar, korang just letak dalam peti ais je, ala mcm kat secret resepi tu...
chiller cheese cake ni sangat sedap sebab teksture ni sangat halus dan mulus.

Mula-mula tu semua chiller cheese cake diorang guna gelatin. Tapi since gelatin halal susah sangat nak dapa, hubby cakap guna je serbuk agar-agar clear.

Alhamdulillah, menjadi kek ni, cuma perlu waktu yang agak lama untuk beku. lebih kurang 4-5 jam.

Ni resepi kek dia yerk.
250g Cream Cheese (x kisah ape brand)
1 kotak kecik whip cream
3 sudu besar gula putih ( saya x suka manis sangat)
2 biji telur
1 1/2 sudu serbuk agar-agar (di cairkan dalam air panas)
8 keping biskut merry (saya pakai julies)
3/4 cawan unsalted butter (dicairkan)
Blue Berry Jem

Untuk pengetahuan anda, saya tak gunakan tepung untuk chiller cheese cake ni.

Cara membuat base:-

Hancurkan biskut merry dan gaulkan bersama butter yang telah di cairkan,
Gaul sehingga boleh di kepalkan,
Ratakan dalam loyang bulat berukuran 5inci,
Tekan-tekan sehingga padat,
Sejukkan dalam peti ais selama setengah jam.

Cara Membuat kek:-

Putar cream cheese bersama gula sehingga menjadi putih dan licin,
Dalam bekas berasingan putar telur sehingga kembang,
kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese tadi,
Kemudian masukkan serbuk gelatin yang telah di cairkan tadi,
Pukul lagi, akhir sekali masukkan whip cream, pukul lagi sampai kental,
Keluarkan base tadi, kemudian masukkan adunan kek ke dalam loyang.
Ratakan dan sejukkan selama 4-5 jam,
Bila sejuk, keluarkan dan hias bahagian atas dengan blue berry jem.