Pages

Sunday, July 13, 2014

Oh iya ke???????


Apa beza mendidik dan menjaga?

Pernah dengar pepatah melayu berbunyi begini? “seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anak, tetapi sepuluh anak belum tentu mampu boleh menjaga seorang ibu”.

Ayat tu merujuk kepada menjaga, so memang patutlah bila dah besar, anak-anak x mampu menjaga seorang ibu. Sebab apa? Sebab semasa mereka kecil, ibu hanya menjaga mereka, bukan mendidik. Jika seorang ibu itu menjaga dan mendidik anak-anak mereka, insyaAllah apabila seorang ibu itu sudah tua, anak-anak, berebut-rebut mahu berbakti kepada ibu dan bapa mereka.
 
Sebagai seorang ibu dan ayah, adakalanya kita terlupa bahawa anak dan binatang itu berbeza. Betul, kita tidak mengatakan anak kita itu binatang, tetapi cara kita melayan mereka tidak ubah seperti binatang.
 
Apa yang tuan lembu buat pada lembu-lembu peliharaan mereka? Mereka beri tempat perlindungan, jenguk mereka, bila sejuk mereka pasangkan unggun api, beri mereka makan dan minum secukupnya. Bila mereka sakit, suruh doctor haiwan rawat mereka, ada masa bawa mereka ke padang ragut untuk rasa suasana kelembuan sebenar. Kemudian kita lepaskan mereka, jika mereka masuk ke kawasan kejiranan, jiran mengadu dan menghambat lembu kita, kita maki jiran.
dan, apa yang kita lakukan terhadap anak kita adalah sama sahaja macam kita menjaga binatang....

Tetapi jika mendidik, adalah sesuatu yang sangat besar dan memainkan peranan penting. Bila sebut mendidik, bermakna kita mengisi ruang kerohanian anak-anak dengan sesuatu yang berbentuk keilmuan. Anak-anak di didik untuk mejalani kehidupan sebagai seorang manusia. Tidak guna jika kita menjaga makan pakai, curahkan kasih sayang tetapi kita gagal dalam memberikan pengisian rohani kepada mereka…
 
Sebab itu ramai anak-anak bila dah besar, masing-masing risau bila ayah dan ibu sakit, tetapi bila ayah dan ibu mahu tinggal dirumah mereka, masing-masing memberikan seribu satu alasan. Bila masih kuat dan tidak sakit, anak-anak masih ingat tetapi bila dah sakit….seorang pown tidak mahu menjaga…
 
Lagi satu benda yang paling penting adalah doa seorang ayah dan ibu. Jika dalam setiap solat dan perbuatan kedua orang tua ini selalu mendoakan kebaikan untuk anak-anak, pastinya anak-anak tidak akan pernah melupakan kedua orang tua mereka.

Pelik kan, ada anak-anak yang setiap hati bertanya khabar kepada kedua orang tua mereka, tetapi jika kedua orang tua mereka sakit tiba-tiba seribu satu alasan yang mereka berikan…