Assalamualaikum.
Saya sebenarnya nak cerita pada semua yang sudi baca blog saya nih, tentang bahaya bubble tea and pelbagai lagi makanan yang ada kat negara kita ni.
Kita selalu teruja bila ada minuman or makanan terkini kat pasaran. Salu je terus beli tanpa baca ape isi kandungan dalam benda yang kita nak beli tu. Then bila sedap, kita terus je war-warkan kat orang laen. Korang sume mesti tau pasal bubble tea ni kan..Macam syok je bila dapat gigit-gigit sebab dia cam kenyal2 sket. Tapi korang tau x ape benda tu?
Pastu yang menjual minuman ni plak, rasa bangga giler-giler bila masuk majalah or surat khabar sebab menjadi pelopor utama bubble tea ni...hergghhh.
Korang tahu tak, ape bahan utama membuat bubble ni? Benda bulat-bulat tu, diperbuat dr serbuk ubi kayu yang kita panggil casava. Bahan2 ni sama mcam bahan-bahan untuk buat plastik.
Banyak benda bahaya ada dalam bubble ni, diorang turut masukkan sekali bedak plastik (Mullet-protein sekoi) untuk membuatkan bubble ni jadi lebih kenyal. Kalau lihat dalam bahan-bahan untuk buat plastik, inilah benda yang diorang masukkan. Baek korang makan je plastik dr makan bubble ni.
Korang boleh bacab kat sini pasal bubble tea ni..click link kat bawah ni k.
Lagi satu benda yang saya suka perhatikan, ramai yang suka buat milo guna creamer. Korang tahu x, creamer tu bukan bahan tenusu, dia di perbuat dari kelapa sawit (hydrogenated palm oil).
"Some non-dairy creamers contain trans fat. Trans fat is a kind of fat that increases your bad (LDL) cholesterol while lowering the more beneficial (HDL) cholesterol. This can boost your risk of heart disease, stroke, and diabetes. You should not consume more than 2 grams of trans fat in a day, and some brands of non-dairy creamer can contain 1 gram per tablespoon"
Maksudnya, creamer ni adalah minyak sawit yang telah terhydrogenasi. Contoh hydrogenated oil macam metega, planta yang mana non dairy product la. Lagi senang kalau korang x faham gak, minyak lebih korang goreng ikan tu... tu salah satu contoh dia.
Bahaya creamer ni, sebab dia ada transfat, which is boleh sebabkan diebetic, high blood pressure, dan mcm-macam lagi penyakit bahaya. Tu sebab orang suruh minum susu, bukan campur milo ngan creamer..
Kita ni salu terlupa apa pesanan rasullullah tentang makanan. Kita sering di momokkan dengan pendapat golongan yang satu ni tentang makanan. Kalau korang perasan, golongan yang satu ni cakap kalau nak tambah darah, kena makan hati ayam dan hati lembu. Korang pernah x perasan, x ada dalam satu buku resepi diorang pown menu hati ni. Kita je yang sesuka hati percaya cakap golongan yang satu ni sebab kita percaya ilmu perubatan diorang. Jangan la jadi lembu kena cucuk hidung, perubatan tu pelopor dia adalah orang islam iaitu ibnu sina. Ibnu sina punya teori merujuk kepada sunnah rasullullah. Rasul sendiri pernah berkata, jangan makan organ dalaman, tp kita tetap percaya golongan yang satu ni, kita ketepikan sunnah rasul kita.
Kenapa organ dalaman tu bahaya? sebab, binatang dia hanya keluarkan sebahagian toksin melalui najis, selebihnya terkandung dalam paru-paru, hati, tugas 2 organ ni meneutralkan toksin yang ada dlam badan ni Binatang pernah ke makan ubat? pernah ke pergi wat medical checkup? So,kat situ lah terkandungnya toksin-toksin tadi. Macam manusia gak, camaner bersawangnya paru-paru sebab hisap rokok, bayangkan lah binatang yang x pernah gi klinik n sepital wat check up. Pastu kita ngan bangga nya makan hati, paru n limpa..
Kita ni memang suka sangat percaya ngan ape yang golongan satu ni cakap, padahal rasul kita dah gariskan beberapa panduan dalam permakanan.
Kita tahu, dalam Al-Quran sendiri ada menyebut kebaikan buah zaitun, buah tin, buah kurma dan delima, tapi ada x kita makan buah-buahan ni? yang kita makan buah epal yang kat kulit dia, orang sembur racun n letak lilin supaya berkilat...huhuhuhu best kan kita ni.
Pastu paling ketara, patutnya sebelum makan nasi kita makan buah, bukan makan nasi pastu makan buah...
Rasul sendiri, sebelum berbuka puasa dahulukan kurma, baru yang laen-laen..faham x kat situ ape maksudnya, kurma tu kan buah...kenapa rasul makan buah dulu?
Sebab, kalau kita makan buah, kita akan hadamkan buah-buahan tu, zat dia x akan hilang. Kalau kita makan nasi, KFD, MC Ronald then baru makan buah, buah tu kena que dulu untuk dihadamkan sebab nasi tu ambil masa yang lama untuk hadam. Buah mana boleh tahan lama, cuba kita tengok kalau kita potong buah, then letakkan terdedah, ape jadi. Buah tu hitam tul x? bayangkanla kalau buah tu dalam perut kita..sure dia akan membusuk..pastu yang kita dapat, toksin sebab buah tu dah busuk sebelum sempat dihadamkan...ingat dalam perut buah x leh busuk ke??? hohohoho...
Ngeri kan, ikutlah camaner rasul menjaga system percernaan baginda.
Pastu kita salu dengar pihak yang satu ni cakap minum kopi x bagus, tapi kat negara diorang banyak giler kedai kopi, starbak, coffee ban...eh mcam-macam lagi lah kedai kopi, ajaibnya sepanjang saya travel kat negara-negara dorang, lum pernah lagi saya jumpa nescafe, salu jumpa kopi sahaja, kapukcino, latte`x latte, expresso rakyat lah..macam-macam jenis kopi...
Yang kita la pergi lantak nescafe 3 in one...bangga giler bila minum nescafe tu..padahal kopi tu minuman kegemaran rasul.
Pastu, ada plak cakap kambing x bagus untuk kesihatan, kambing tu makanan kegemaran rasullullah. tapi kita salu je prasangkan ape yang rasul makan. Patutnya kita contohi permakanan rasullullah. Senang citer, dalam permakanan ni, x payah berlebihan, kalau hari-hari kita melantak sekilo daging kambing, then x keje, tido 24 jam..memangla sakit..
“Mari kita lihat bagaimana Rasulullah SAW makan hingga baginda tidak pernah menghidap sakit perut kerana apa yang dimakan. Nabi Muhammad SAW biasa memakan roti yang dibuat dari gandum asli . Gandum sempurna ( whole grain wheat ) bukan dengan tepung gandum yang telah diproses kerana kadar protein, serat dan vitamin E yang tinggi. Ilmu pengetahuan menunjukkan jika kita makan roti yang dibuat dari gandum asli, risiko untuk mendapat penyakit jantung adalah rendah.” Disini kita tahu bahwa Rasulullah amat menjaga apa yang dimakan serta manfaatnya.
Rasulullah SAW pernah mencegah kita makan ikan bersama daging karena akan cepat dapat penyakit. Ini dikerana dalam makanan darat seperti daging dan ayam mengandungi ion positif ( + ) sedangkan dalam makanan laut seperti ikan pula mengandungi ion negatif ( – ). Kalau ikut teori sains pula dua ion ini akan menarik satu sama lain. Jadi, jika kita makan ayam bercampur ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merusak usus kita. Akibatnya, sakit perut dan juga akan menyebab perut kita buncit.
kat bawah ni ada panduan permakanan yang korang leh gunakan sebagai panduan. Ini adalah antara amalan permakan dalam islam.
- Jangan makan SUSU bersama DAGING
- Jangan makan DAGING bersama IKAN
- Jangan makan IKAN bersama SUSU
- Jangan makan AYAM bersama SUSU
- Jangan makan IKAN bersama TELUR
- Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
- Jangan makan SUSU bersama CUKA
- Jangan makan BUAH bersama SUSU contohnya koktel
- Jangan makan buah-buahan setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu
- Jangan sesekali abaikan makan malam. Anda pasti cepat dimamah usia dan kolesterol dalam badan akan berganda
Penat plak menaip ni, hurm..takpe, nanti kalau ada info lagi saya akan roger-roger untuk bagi tips lagi key..
Eh lupa plak nak cakap...Nanati raya haji bakal menjelmakan, so SELAMAT HARI RAYA KORBAN
Eh lupa plak nak cakap...Nanati raya haji bakal menjelmakan, so SELAMAT HARI RAYA KORBAN