Pages

Thursday, June 23, 2016

Vaksin

Rasanya aku pernah buat entry vaksin ni, tapi x ingat tahun bila. This week kecoh tentang vaksin n kisah komen one of imam muda, I can’t remember his name. Sarcastic komen, but I don’t want to comment about him…better cerita pasal kebaikan vaksin ni. Islam memang menuntut kita ambil vaksin sebagai langkah penjagaan dari terkena penyakit berbahaya ni. Mufti pun meletakkan hukum harus untuk vaksin. Aku tak kisah if ada yang anti vaksin, itu hak masing-masing. Diorang ada pandangan diorang sendiri, dan aku pun ada pandangan aku sendiri, kena respect each other lah kan. Tapi bila komen yang mengatakan malaikat tak akan ambil nyawa orang yang ambik vaksin tu, memang melampau. Aku tak rasa diorang yang ambik vaksin ni mengagung2kan vaksin tu dan menidakkan kuasa Allah yg esa. Ambik vaksin tu adalah usaha supaya terhindar dari kena sebarang penyakit berjangkit, selebihnya adalah kerja Allah. Yang penting bukan percaya disebbkan vaksin tu kita tak sakit, tapi semua tu kuasa Allah. Tawakal tanpa usaha tu memang pelik, macam orang yang rumah terbakar, tapi tak ada usaha selamatkan diri, dan hanya bertawakal kepada Allah. Kalau bukan ajal, memang kau akan selamat dan kalau dah ajal memang kau tetap akan pergi gak walaupun kau berusaha untuk selamat kan diri, tp at least kau berusaha. Ajal maut, Allah yang tentukan.

Untuk golongan anti vaksin (aku x suka guna wording ni, tapi x tahu nak guna ayat apa) aku rasa diorang mungkin ada alternatif lain untuk prevent anak diorang dari kena virus berjangkit, ok itu hak diorang, Cuma yang aku tak suka bila anak korang sakit, korang bagai nak giler salahkan doctor, salahkan sana sini sebb x rawat anak kau. Kenapa time ni kau tak fikir benda tu kuasa Allah, if doctor rawat pun anak kau, tapi ketentuan kata dah ajal, so ko kena terima lah, macam kau terima yang vaksin tu bukan penyebab untuk prevent sakit. Tu memang aku x setuju, sebb hanya certain situation je kau relate dengan agama.

Untuk golongan yang memang gunakan vaksin ni, aku hope korang tak letakkan kepercayaan yang vaksin tu adalah penyebab anak korang terhindar dari penyakit berjangkit tu, tapi korang letakkan sepenuh kepercayaan bahawa yang menyembuhkan adalah Allah swt. Aku dulu pun tak cucuk rubella sebb masa time nurse datang kat sekolah aku demam, lepastu ayah aku bawak gi klinik nak enjit, tapi vaksin tu x de stock, lepas tu terus terlupa nak ambik sampai aku pregnant. Aku memang takut sebb baru teringat aku x cucuk rubella lagi, and time tu doc tu cakap takpe, lepas bersalin awak boleh ambik enjection rubella, time tu memang aku sangat-sangat takut if anything jadi kat anak aku, tapi Alhamdullillah anak semua ok, Cuma ada a bit rashes kat muka. Lepas tu plan nak ambik rubella after 3 months after bersalin, and doc suruh buat upt takut pregnant…tup-tup memang aku pregnant, yang buat aku pucat kali ke dua, aku pregnant kembar…masa tu aku memang follow instruction doctor, jaga kesihatan elok-elok, permakanan n macam-macam, Alhamdulillah anak kembar aku sihat, dan now aku dah pun ambik rubella walaupun dah tua…

Nampak tak apa aku maksudkan, walaupun anak2 aku lahir sihat, tapi aku still ambik rubella after that sebb itu preventive action aku, and anak-anak aku semua vaccinated. Tapi aku tak lah mengatakan vaksin tu penyebab utama malaikat maut tak ambik nyawa aku n anak aku, sebb aku tahu malaikat bukan takut vaksin, dia hanya menurut perintah Allah swt.

Cuma aku terkilan berita budak meninggal tu ada pihak yang persendakan, bab imam muda tu, aku tak tau nak cakap macam mana, tapi zaman sekarang ni banyak sangat yang segera, bukan aku kata diorang x bagus, tapi ustaz2, mufti2 dulu n yg masih ada zaman sekarang lebih low profile, ilmu tinggi dan diorang melalui fasa hidup yang jauh dari dunia glamer..serious aku kurang suka benda camni di jadikan pertandingan or pape lah..sebb aku tengok ramai yang terikut-terikut dengan trend, bukan ke arah yang betul-betul berdakwah… aku cakap segelintir ye, yang mana yang bagus tu 
memang baguslah…

Sekian terima kasih


Wednesday, June 22, 2016

Viral Video Hafiz Mahamad Layan GF Macam Princess


Ramai pulak yang komen tentang video hafiz mahamad n gf dia yang dilayan macam princess time celebrate besday. Naik limo, ada supprise party n bunga gedabak besar. Ramai yang kecam n kata annoying. Hahahahaha, tak kurang ada yang cakap sape yang cakap sweet tu, menyokong maksiat, what eve lah hai…. Bg aku, aku opinion mungkin a bit different lah. Sebb if kita tengok sesuatu tu dari sudut positif, dia akan jadi positif, if kita tengok kat sudut negative, maka negative lah jadinya kan. Bab sentuh-sentuh, pakaian, duduk rapat-rapat tu aku tak nak komen, tu antara dia dengan Allah. Aku just nak komen pasal video tu je n ada a few things yang lain.

Bagi aku, biar lah dia nak upload video pun, kita tak rugi pun, if tak suka kita x payah tengok. Setiap manusia tu berbeza, itu mungkin cara dia nak celebrate gf dia, niat nak show off kea pa, itu hal dia. Actually kaau dengar words mamat tu pun, dia cakap terima kasih sebb up n down together ngan dia, dari makan mee goreng sama-sama until dapat makan spagetthi. If nak soalkan kenapa x celebrate parents dia nyer besday camtu lah, x patut rasanya.

Bab diorang x perlu persoalkan, kupas habis-habisan, masing-masing berhujah macam ustaj n ustajah. Bab dosa dan pahala,syurga neraka, biar Allah yang tentukan.

Cuma ada benda yang aku x puas hati bila ramai gadis-gadis yang tengok video tu mula terbuai-buai dengan hope suami, bf buat benda yang sama, tu memang tak patut. Hafiz sebab dia mampu, so if dia nak buat tak ada masalah. Tapi kita yang kecil-kecilan ni, tak perlu berangan sampai macam tu. Setiap manusia tu berbeza rezekinya, tak kan sampai nak bergolok-bergadai sebb nak realisasikan kita punya impian.

Ada sebb Allah bagi dia rezeki dia murah macamtu, tak salah kalau kita sama-sama berazam nak kerja lebih keras suapay dapat kemewahan camtu, Cuma yang salah bila kita suruh boypren kita jadi senang macam tu, sedangkan kita tahu nak jd Berjaya n senang macam tu, ambil masa. Aku tak kenal pun hafiz tu sapa, tapi aku percaya dia pun pernah melalui zaman yang susah sebelum Berjaya. Tetiba aku teringat issu tudung naelofar, ramai cakap dia senanglah sebb dah ada nama dalam insudtri, buat apa pun senang. Tu orang yang tak kenal neelofar zaman dulu-dulu lah.

Untuk dia Berjaya macam skang, susah kot, masuk dewi remaja, menang, lepas tu berlakon macam kayu, orang kutuk sana-sini, tak memang anugerah, pastu orang pakat-pakat kutuk, kontroversi sana sini, macam-macam kot dia hadap, plus mak dia dulu susah payah jual pashmina kat Malaysia ni, and aku pernah je beli pashmina yang mak dia bwak masuk dulu. Now je baru dia establish…orang Nampak kat mata kasar memang senang, tapi yang hadap tu tak tahu betapa susahnya diorang ni dulu sebelum Berjaya. Susah tu pun ikut level gak, ikut masing-masing punya kehidupan lah.

Kalau orang rasa ada impian nak happykan macam hafiz tu, x kisah nak happykan mak pak ke, sapa ke, silakan lah, Cuma ikut kemampuan lah. Macam member aku penah tanya aku, aku nak ke kalau supprise camtu? Aku cakap aku tak mau, aku nak gelang emas sampai lengan ja kalau laki mampu, kurang-kurang sok-sok terdesak leh pi gadai…hahahah member aku plak cakap, dia boleh lah sewa limo, tapi limo airport lah, gi balik kl ke klia pastu makan berger dalam limo tu…jadi lah, merasa gak naik limo…hahaha tu ikut masing-masing.

Cuma tak patut if korang tag bf korang supaya jadi macam hafiz tu. Maksud aku jadi macam hafiz tu, ialah bila ko tahu laki/bf ko keje kampong je, tapi ko nak dia buat sebijik macam tu. Tapi if ada wife yang tag laki masing2, supaya contohi hafiz tu, sebb tak lupa tarikh-tarikh penting (tanpa harap laki korang buat benda yang sama) x de issue, sebb mungkin laki korang x pernah ingat pun besday korang selama ni, or tak penah ambik kisah pun pasal korang kan? Tu memang patut lah korang tag, sebb laki korang sibukkan vape n main video game kat hanphone ..kalau korang suh beli coklat sebb besday korang pun, dia letak je atas meja n korang pandai-pandai ambik sendiri…hahaaahhaaa. At least bila korang tag camtu, dia tersedar yang benda remeh camtu bg impact besar dalam hubungan rumahtangga korang kan???
So, lantaklah hafiz tu nak celebrate hebat mana pun, nak upload banyak mana pun, sebb tu fb/isnta dia...so hak dia lah kan...yang tak suka, tak payah tengok or bg komen cam ustaj n ustajah sangat...if nak komen, komen personal, komen elok-elok....

Monday, June 20, 2016

Teksi Vs Uber


Rasanya ramai yang familiar dengan uber, grabcar and teksi. Semua ni ada pros and conts. Sebenarnya teksi ni ok, dari dulu sebelum ada grabcar n uber ni, aku memang naik teksi je, Cuma yang menjadi masalah bila segelintir pemandu yang tak mengamalkan konsep “customer always right”. Segelintir ye, aku tak sebut semua or taka da langsung…segelintir, kena faham maksud aku tuh, kejap lagi ada yang inbox aku berlambak2 komen dr orang yang x faham Bahasa.
Aku dah hamper 10 tahun guna perkhidmatan teksi setiap hari, so aku dah boleh cam pemandu-pemandu yang bawak teksi tu, ada yang memang aku purposely avoid, sanggup aku tunggu teksi lain sebb nak elakkan dr naik teksi ‘segelintir’ mereka ni. Nak tahu kenapa? Sebb ada yang bawak teksi, macam bukan bawak teksi, tp bawak lori hantu or 4 wheel drive kat offroad. Memang gila-gila diorang drive, sampai nak accident pun ada, langgar semua bumper, if aku mengadung, memang boleh keguguran kot, ada yang pasang radio kuat-kuat sampai aku rasa jantung aku bergegar, tu belum keadaan teksi yang memang uzur n hukum campak ke yard je, bau badan yang bau peluh jantan hapak x payah cakaplah, memang kembang kempis hidung aku tahan nafas. Jangan kata aku x sound, tapi dah dasar tak faham Bahasa, dia buat bodoh je, lepas tu siap nak marah-marah. Yang mana yang bagus, aku memang terus naik, tak banyak cakap, layan penumpang macam manusia, senyum hormat, bawak dalam kelajuan yang di benarkan.
Aku ada satu citer pasal naik teksi nak cerita, banyak sebenarnya tapi yang ni paling win lah bagi aku. Last week aku naik teksi, pak cik ni memang aku try avoid, tapi di sebbkan haritu dia dah tukar teksi baru, so aku x cam sangat…bila naik, memang dia langgar semua bumper, bergegar segala lemak-lemak kat perut aku, hahhahahaha tapi bab paling aku rasa nak menyumpah dia cakap jadi driver teksi ni kena creative, tak boleh tunggu jalan betul2 clear baru jalan, kena pandai-pandai cilok sana sini. korang tau apa dia buat? Bila kereta depan nak keluar simpang, tapi kereta banyak, dia hon banyak2 kali, bila kereta tu still xkeluar, dia terus potong kanan, n jalan atas jalan yang berumput tu, bawak laju2, tetibe ada kereta kat depan time nak masuk lane kiri, memang sikit lagi nak accident tapi dia still cilok2 kiri kanan…ayat akhir dia camni “nil ah yang saya maksudkan kreatif, kena cilok sana sini, jangan jadi macam lembu, terhegeh2 bawak kereta”…aku rasa dia yang lembu kot, bawak teksi macam orang giler. Ni lah yang aku cakap, “segelintir” orang macam ni lah yang akan buatkan orang tak nak naik teksi  and beralih pada uber or grab car.
Uber and grab car ni konsep dia bagus, cash money less, Cuma guna credit card or debit card..so tak payah nak fikir cukup duit cash or tak. Requirement uber n grab car ni patut kena puji, kereta yang boleh jadi teksi x boleh lebih dari 8 tahun, means condition kereta tu tip top lah sebb diorang memang monitor maintenance driver ni, plus ada exam body odor if nak jadi driver. Once bila dah selesai guna perkhidmatan diorang ni, kita boleh bagi rate dekat all the driver, so company boleh evaluate performance driver ni. Bila ada system “customer feedback” ni, driver memang akan berdiscipline sebb diorang tau, tu adalah periuk nasi diorang, so kena jaga customer elok2.
Cuma setakat ni, dua2 perkhidmatan ni menggunakan personal car, so bab insurance tu bukan insurance kenderaan awam dan belumlagi berdaftar dengan SPAD, if anything happen mungkin akan ada kesulitan lah…
Kalau tanya aku, aku suka je dua-dua ni, teksi pun ok, uber and grab car pun ok. Cuma teksi ni kena lebih pemantauan, kena term and condition yang sama macam uber n grab car, check body odor driver n kereta tak lebih 8 tahun…so mungkin akan menarik lagi ramai orang untuk guna teksi.