Pages

Friday, January 3, 2014

GST

Tinggal lagi seminggu je nak kembali bekeroje....bila keje, rasa nak cepat cepat bersalin, sebab nak coti. bila dah coti, rasa rindu plak nak keroje...huhuhu...

Tapi bukan nk citer pasal tuh pown, just nak citer pasal penguatkuasaan GST.. aku pon x faham sangat ape mendenyer GST tu, kalau Guru Sandaran Terlatih taulah...hihihi.

Ape yang aku faham GST ni adalah cukai yang dikenakan oleh kerajaan sekaligus menghapuskan segala cukai2 sampingan yang ada. Dan GST ni jugak terkecuali pada barangan runcit. So kalau pasni kita gi restoran, hanya akan ada service 6% je, no rounding charge service or extra service yang lain.

 Setakat ni aku lum nampak pape kelebihan or kelemahan GST nih sebab aku lum terbabit lg. if aku dah terbabit, aku akan wat research sket yerk n share kt blog neh.

Thursday, January 2, 2014

Ko tanya, aku jawap

Salam semua.

Since berpantang sambil x wat keje sangat, rajin plak saya melayan memember yang chat kt ym. Apa yang kitorang chat? Biasalah isu semasa and salunya diorang ni ada pape nk tanya, diorng akan mintk pendapat, cuma yang selalunya diorang akan sakit ati dengan jawapan yang saya bagi. Nak tau kenapa? okey, since diorang setuju untuk share benda yang kitorang cit chat kan tuh, meh baca...bukan apa benda ni baik untuk renungan diri saya sendiri dan korang juga...

YM 1

Member1: Kak, aku sakit ati dengan budak opis aku, dia salu perli aku kt facebook, instagram n tweeter. Kengkadang aku rasa tertekan sangat

Aku: Dia ada sebut nama kau ke?

Member1: X ada pon, tp dari cara dia tukis tu, situasi, semua ada kaitan ngan aku.

Aku: Ko yang salah n b#%9h!

Member1: Wah, celupar kau. nape plak?

Aku: Yang ko terasa nape? dua x sebut pon nama kau. Lepas tu nanpak sangat ko ni jenis suka buang masa dengan baca semua status orang yang x membuka minda tuh. Kau dengan dia sama2 b#%8h! Yang dia b@#%+h sebab tunjukkan yang dia manusia akal pendek n share dalam kain sendirik kt dunia, kau lak sebab melayan mahkluk yang mcam tuh, ceh buang masa je! woi, camaner ko nk maju, asik nk fikir benda remeh temeh jr.

YM 2

Member2: Ko tengok tak pencetus ummah? ada sekali tu, wife dia tanya samada bila wife dia mati duly, husband dia cari pengganti or x? Ape pendapat kau kak?

Aku: Dah mati, kahwen jelah. Apa masalahnya

Member2: Tapi sedih la kalau bila kita mati, laki kita kawen lain.

Aku: Dah mati, ape nak sedih, banyak lagi benda kau kena buat daam alam kubur tu, nk jawap soklan malaikat lagi. ape yg kau nk fikir pasal dunia , ko dah mati, dunia ni dah terputus...ko nak dengar kesimpulan dia?

Member2: Aduh kak, ckp dengankau ni, panas telinga aku. hah, apanya?

Aku: Janganlah kamu bersumpah sehidup semati, karena jika salah sorang je yang mati dulu, maka korang akan rasa bersalah dan terbeban dengan janji korang tu, walaupon nafsu korang membuak2 nak kahwen lain lepas pasangan korang mati.

Member2: Okey, no doubt, aku xmo lawan kau...huhuhu betul apa ko ckp tu.

Banyak lagi sebenarnya, tapi cukup 2 je dulu key, nanti kita sambung lg.

p/s

hujung2  tahun ni syok pg sopink sebab dapat bag cantek kalau sopink lebiy dr 100 ringgit..tp ingat, jangan membazir

Tuesday, December 31, 2013

Gosip Laki Bini

Macam selalu, gosip sebelum tidor...

Beliau: kenapa mie x suka facebook, intagram or pape lah?
Aku: Bukan x suka, tapi menyampah
Beliau: Kenapa menyampah?
Aku: Sebab status2 dalam facebook tuh
Beliau: Status camaner?
Aku: Yelah, status merapu n mengarut
Beliau: Yelah, contohnya?
Aku: Nak contoh ek?, ni antara yang membuatkan mie tutp terus facebook 3 tahun lepaslah.

Status 1: "Selamat hari lahir sayang, you are my everything, love u muah2". Tapi ni time tengah bahagia. sehari lepas tu, bila bukak fb tetibe ada updates plak tulis cenggini. " Sial nyer jantan, ko ingat aku ni apa? sukati je nak suh aku buat itu ini?

Situasi 2: "Aku rasa menyampah je ngan sorang minah nu, depan aku baik, belakang aku memacam kau kutuk aku". Ni time sebelum orang yang dia sindir tu baca status dia la, lepas orang tu baca, status bertukar cenggini plak. "Ya Allah, tabahkan hatiku ini, elakkan daku dari golongan yang suka menghina dan mengumpat ini.

Situasi 3: "Macam bodoh je kerja kompany ni, macam macai aku dibuatnya. Wou, kau ingat aku kuli ke? @##i, @#%l, @(+-/*&t, ingat aku hadap sangat ke gaji kt situ..pui.." Tu status sebelum dapat increment n bonusla. Bila dapat increment n bonus, terus jd camni. "Syukur, Dapat rezeki, terima kasih boss n management team. Jasamu ku kenang, dan semoga kalian semua dirahmati Allah.

Ha, camaner tu bang? hipokrit giler kot, sindir2, pastu jd lain. lafipown dari tengok n baca madalah diorang, banyak lg benda lain aku nk buat kot. orang yang s lu sangat merungut ni, hidup dioranf memang x stabil, dari terus merungut, better berdoa jerk...tulah pasal mie tutup facebook...tu belum gosip pasal parti, ...

 Beliau: Tapi mie ada blog.
Aku : Blog tu lain, tak plak pernah citer pasal dalam kain, yang ada isu semasa yang dikupas secara professional. Lagipown, brblog ni menjana pendapatan...slama ni, duit nuffnang tulah banyak membantu...
Beliau: Abang pown x suka. tu sebab abang x active n jarang bukak. kengkadang ntah sesapa tah yang request friend...
Aku: Dah lah bang, x yah berat kepala nk memikioenyer, tido lagi baik.sok nak soping, tapu mie nak layan citer korea sebelum tido....muahahaha


Debabnya Sang Kuriang neh





Selamat Tahun Baru

Alhamdulillah, dah masuk tahun 2014.

Eh meletup2 plak bunga api nih..Alhamdulillah dapat sambut tahun baru dengan orang baru...

Korang,, tetiba nak share sikit tentang sesuatu..pernah x korang rasa rezeki korang susah sangat. Maksud aku, bukan setakat rezeki duit, tapi jodoh, kerja, anak, keluarga, bahagia dan macam2 lagi.

Aku just nak citer, kalau korang rasa jodoh korang berat sangat, pernah korang cuba fikir dan renungkan kenapa? memang jodoh belum sampai, tp kadang-kadang sikap kita sendiri yang menyumbang kepada benda mcamtu. Pernah x korang tengok sahabat or musuh korang dapat kahwin awal? then korang tetiba rasa cemburu and doakan supaya dia putus tunang, or cerai berai? Yes kat situ silap korang sebenarnya, doa tu berbalik kt korang.

Then pernah x tetiba korang fikir napa korang susah sangat nak dapat rezekinanak? cuba korang fikir balik apa silap korang? pernah x terdetik kt hati korang perasaan cemburu bila tengok kengkawan or musuh korang preggy? Then korang terdeti dalam hati doakan dia gugur?

lagi...pernah tak korang rasa perjalanan hidup korang susah sangat2, korang gaji hebat gak, tp hidup korang sunyi, bila balik rumah korang laki bini buat hal memasing? cuba korang fikir balik, adakah korang layan dengan baik kedua orang tua korang?

Seriyes beb, kalau ko menungkan, nanti korang akan muhasabah diri korang balik. Benda ni pernah jd kat aku satu masa dulu. Aku pernah rasa cam berat sangat jodoh aku, tiap kali mesti ada halangan, sampai aku tak larat nk hadap. then seminggu aku ambik cuti n back to basic balik, semua benda aku menungkan and akhirnya akunjumpa jawapan dia.

Aku x malu nak mengaku salah kalau benda tu memang salah aku. Yup, ayah aku kahwin lain selepas 11 tahun mak aku meninggal. Tapi time tu aku x leh terima, aku rasa mcam kasih sayang ayah aku terbelah dua. Aku sakit hati sesangat sebab aku dah x dapat raya ngan ayah aku lg, pastu ayah aku dah jarang call or sms aku, semua tumpuan dia lebih kepada family baru. Paling teruk aku rasa ayah aku khianati arwah mak aku. time tu aku fikir yang ayah aku pentingkan diri sendiri and sanggup khianat cinta mak aku. Memang aku x suka mak tiri aku time tu, aku sanggup anggap diyer perampas.

Tapi aku silap beb, aku x berada kt tmpat ayah aku, dan aku x pernah tau apa dia rasa, dan aku x tahu apa yang jadi dalam hidup dia masa dia ngan arwah msk aku. bukan maksudnya mak aku x baik, tp kita sebagai anak, x akan tahu apa yang berlaku dalam hubungan diorang. kalau tanya aku of course aku akan bias, sebab dia mak aku...so memang aku akan cakp dia ibu yang sempurna. Tapi tu pada diri aky. Pada ayah aku, aku x tahu apa dia rasa. So aku x ada hak untuk nilai ayah cinta ayah aku, and tuduh dia khianat. Dia ada sebab tersendiri  kenapa dia nak kawen. Patutnya aku x payah sibuk2, sebab itukan hal orang tua2, dan dia enough matured to decide which is better.

So aku mintak maaf kat both parent aku, and start dr haritu, aku bukak buku baru.

Salah satu benda yang aku lupa is, Taraf dan kedudukan mak tiri tu, sama dengan mak kandung. Dosa tetap dosa, balasan tetap ada if aku lukakan hati dia. bayangkan berapa guni dosa aku dah buat kt dia, berapa banyak gosip aku dah buat...seriyes aku menangis bila fikirkan balik...lepas je aku mintak maaf semua clear, aku bertunang, nikah dan Allah permudahkan aku dapat zuriat...

And lagi satu benda yang aku buat is, aku minta maaf kat semua ex boypren aku yang pernah aku sakitkan hati diorang, berbakul bajul airmata aku keluar mada nk mintak maaf tu, and siap ada yang nak berbaik balik ngn aku, tapi aku ckp aku x nak. yelah aku adalah manusia yang bila sesuatu hubungan tu dah putus, aku x boleh nak repeat balik. if sambung pon, x akan jadi macam dulu (kalau aku betul betul declare as couple lah).
Seriyes, aku x boley hipokrit, aku kalau dah jdi camtu, ko cuma nmpak jasad aku tercongok kt sebelah kau, tp namanya aku nk bercakap tu, memang susah. aku akan jadi sangat pendiam. Bukan aku x suka, tapi bg aku, aku x syka sesuatu hubungan yang dah spoiled tu dibaiki balik, sebab kesan tampal tu akan ada..so maintain as kawan jelah...

so seb bek diorang faham, and Alhamdulillah lepas tu, rezeki dalam semua benda jadi senang.
pernah aku risau lepas kahwin duit x cukup, then Allah murahkan rezeki aku. And camtu gak lepas bersalin, tiba2 ada rezeki lain menyusul...amin...

So kalau korang pernah rada camni, better muhasabah diri korang duly.

Monday, December 30, 2013

Alahai Mertua

Assalam.

Dah lama x tulis tentang isu2 semasa, so rini saya nk cerita sikit tentang bab 'MERTUA'.

Korang semua mesti tertanya tanya kenapa saya tulis isu ni...dan korang semua dah boleh agak kan?.. Yup betul tekaan korang tu. Saya terpanggil nak menulis selepas terbaca cerita Johan Ashaari dan Lana Nordin yang digosipkan putus cinta gara-gara tidak direstui oleh ibu johan. Tapi mcm biasalah, benda ni kan gosip... so saya x nak ulas lah. Apa yang saya nk tulis ni adalah sedikit peringatan untuk diri saya sendiri sebagai seorang ibu dan juga kepada semua ibu2 yang bergelar ibu.

Yes dear, dah namanya mertua, memang x akan sama dengan mak sendiri. Kalau tak, x akan ada cerita pasal ibu mertua ku, betul x? Saya sendiri pon risau bila anak lelaki saya nak berkahwin nanti, mampukah nak jadi ibu mertua yang baik?

Memang sebagai ibu korang nak orang yang akan berkahwin denan anak korang adalah dari keturunan elok2, baka yang elok2, tapi pernah x korang terfikir, elok sangat ke keturunan kita? hebat sangat ke? sedangkan keturunan orang alim pown masih ada yang terpesong, inikan pula kita yang biasa2 je.

Kadang2 korang menongkah langit, seolah hebat sangat sampai perempuan tertentu je layak untuk anak korang. Mana2peremouan yang korang nampak perangai macam jahanam tu, korang terus reject. Sedangkan dalam kepala otak korang x pernah terfikir, korang tu baik sangat ke mada zaman muda dulu?

Sedar x korang, disebabkan perangai korang, anak gadis yang ikhlas nak berubah kearah kebaikan, akan terus jd liar disebabkan adanya mertua yang macam korang nih.
Yang beranggapan gadis ni hanya merosakkan susur galur korang dan melabelkan mereka ni ahli neraka...padaha syurga neraka tu rahsia Allah...

Bagi aku senang je, if gadis2 kat luar tu, kalau korang dapat ibu mertua macamni, baik korang blah and carik orang lain, x payah buang masa n air mata nak mengadap orang cenggini...baik korang carik lelaki yang anak yatim piatu...so x payah nk sakit kepala....hehe...

Apepun, untuk ibu2 yang bakal bergelar mertua, jangan bersikap macamni, beri ruang, insyaAllah berbaloi...

Sunday, December 29, 2013

Masker oh Masker

Salam.

Banyak betul benda yang perlu saya elakkan bila dah beranak kecik ni, bukan x boleh langsung, tapi kena ambil kira masa bila kita nk buat aktiviti yang kita suka.

Biasalah, lepas bersalin, mesti ada kulit mati kt muka and badan kan? Memang boleh pegi spa, tpai sebelum tu, mana daki n kulit mati yang boleh buang tu, buang lah dulu...at least tak lah nampak pemalas sangat kan. So sebelum pagi spa, saya buatla facial kt rumah dulu. Tapi sebelum tu, kena tidurkan sang kuriang ni dulu.

Bila sang kuriang dah tido, saya start buat senaman dulu, then lepas tu, baru wat facial, settle facial saya pakai masker benkoang kat muka. sementara tunggu nak kering tu, tetiba sang kuriang bangun nak menyusu. Saya pun pegi lah angkat dia, bila dia bukak mata, terus dia menangis kuat..kuat giler lak tu, sampai x ada suara..pastu tangan dia pukul badan saya..panic gak ingat dia kena gigit semut ke apa...jenuh pujuk dia, agah2 dia, sikit pon dia x senyap...time tu saya pown dokonglah dia baak kat depan cermin, yelah salu kalau auruh dia tengok cermin dia akan gelak2...sampai je kat cermin, terus tepuk dahi...patut pown sang kuriang melalak bagai nak rak..rupanya muka saya putih sebab pakai masker...mungkin dia ingat saya ni hantu kottt.....