Pages

Wednesday, January 16, 2013

Holy Water

Assalamualaikum.
Hum, nampak x tajuk kat atas tu??? Saje saya buka isu pasal isu Holywood Holy Water. Bukan ape, since zaman university saya dengar isu holy water ni, banyak sangat version. Tapi to be honest, satu pown saya tak percaya, kenapa saya x percaya?? sekejap lagi saya beritahu reason dia kenapa saya x percaya. Tapi sebelum tu, saya nak beritahu tentang version-version holy water yang pernah saya dengar sepanjang 30 tahun saya hidup..

1)   Air persetubuhan antara father and mother (paderi lelaki & perempuan)
2)   Air rendaman mayat paderi yang telah mati
3)   Air yang telah di campurkan dengan air mani paderi dan di bacakan doa
4)   Air rendaman tulang anjing hitam
5)   Air rendaman kitab bible
6)   Air capuran darah anjing, darah paderi dan telah di ritualkan

Hah, setakat tu jelah yang aku ingat, versi mengarut holy water. Saya rasa banyak sangat kecelaruan yang berlaku kat sini, giler ape nak pergi tadah air mani orang then nak campur ngan air biasa. Dah sah-sah cakap kebanyakan paderi  tidak boleh berkahwin dan berzina, so mana datangnya air mani tuh. Lepas tu, plak version yang paling mengarut, air rendaman paderi yang dah mati, ko bayangkan bangkai manusia yang kat sabah dalam tangki air tu pown dia punya bau dah macam haremmmm, ni kan pulak ko nak buat jadi holy water, perghhhhh x lalu seh nak minum...comman sense lah, kalau dah air bau cam tu, busuk cam longkang, kalau oran suruh minum, ko nak minum ke??? Giler kau nak minum..dah sah-sah mayat tu kena kebumikan, kang x pasal-pasal kena tangkap polis...huhu

Ni plak version yang sopan sikitlah, air rendaman kitab bible. Adoi aiiiii, korang bayangkan, kita pown dalam islam ada yang rendam surah yassin guna air hujan malam jumaat sebab nak suruh anak tu hafal Quran, or jadi baek, tapi ada x, budak yang minum air tu jadi camtu? yang hafal Quran tu kebanyakannya, yang rajin membaca dan menghafal, ko telan la setempayan pown air rendaman surah yassin tu, kalau kau x baca n tak rajin, x ada maknanya boleh hafal..
Samalah macam bible tu, x kan sebab rendam and minum air tu,kita leh terpesong akidah, memang nampak pelik lah kan.

Kita orang islam ni tiap kali ada bacaaan yassin, mesti ada air kan, pastu air tu kita minum tul x? Mak aku cakap untuk lembutkan hati aku yang keras..hahahahaha aku rasa time tu bergelen aku minum, tetap gak aku nih degil, last-last mak aku tanya aku, apesal aku degil sangat, then ayah aku selamba je cakap camni, sampai mak aku diam x cakap-cakap pasal benda tu lagi.." anak-anak ni degil, sebab ikut perangai ibu bapa dia, dia x akan ikut perangai orang laen, apa yang dia nampak, itu yang dia ikut (time kecik-keciklah, kalau dah besar tu jahat gak, tu atas diri sendiri hokey). Kalau betul kita didik dia, dia akan jadi baik, sebagai ibu bapa, kita kena sentiasa doakan anak, bukan marah anak guna kata-kata kesat, dalam setiap doa, perlu kita doakan untuk anak-anak. Kalau kita marah anak-anak pastu setiap kesalahan anak kita ungkit, kemudian kita pergi citer kat saudara mara, sampai anak malu, anak-anak akan berdendam dengan kita. Kita ni yang jadi pendorong anak-anak jadi degil dan nakal sampai dewasa". Ha, hambek kau, panjang lebar ayah aku cakap. Ayah aku bukan marah mak aku or tujukan kata-kata tu kat mak aku, dia nasihat in general, sudahnya mak aku x marah-marah aku, pastu aku ngan sendirinya jadi manusia yang dengar kata. Even skang pown kalau aku tengah makan sedap-sedap, aku cepat-cepat sms ayah aku camni "Pa, makan ape tadi? sihat ke? ayah aku jawap camni "dah, makan roti je tadi, sihat je pa ni, cuma letih sikit".
Korang nampak tak, ayat ayah aku tu cam biasa je, tapi aku nyer air mata, terjun laju-laju sehhh sebab apa, sebab aku sentiasa ingat kat ayah aku, sebab doa dia lekat kat hati aku. Tu guna doa dari ibu bapa. Kalau guna air yassin bergelen, tak ada doa n kesedaran tak guna.
erhhh out of topik plak...hahahahaha

Kalau macam tu hebatlah holy water tu, dah lama dah aku ni terjebak. Sebab apa? sebab masa kat UTM dulu, dorm aku sebelah jer ngan dorm budak kristian khatolik, dah sah-sah kalau dia nak wat dajal dia akan letak la holy water tu dalam cerek ke, dalam air aku ke, tul x? sebab cerek memang letak kat luar dorm, memang kena share cerek kat situ. setiap block ada 2 cerek. Next Door Mate aku nih, memang tiap-tiap hari sabtu akan gi church kat jalan pudu tu, tak pernah miss, lelaki pown yang semayang jumaat seminggu sekali tu pown ada yang miss..hahahaha. Seriyus dia memang penganut khatolik yang warak lah pada aku, semua lagu dia hafal, pastu sebilik ngan dia plak, anak orang asli mix china, tapi jenis freethinker. Hahaha, tapi habis je grade, minah orang asli tu, x ada plak peluk kristian ke apa? camtu gak dia...maksud aku, kalau semudah tu holy water tu, dah lama dah budak yang sebilik ngan dia tu masuk kristian...hahahaha tapi yang aku tahu, aku antara yang ambek kesempatan suh budak orang asli tu pakai tudung n ikut kitorang gi ceramah kat dewan, sebab nak nampak ramailah.. pastu kalau perhimpunan agama laen, dia pown pegi gak...huhuhu.

Masa kat UTM dulu, memang la ada kekecohan pasal holy water ni, ada kes budak terminum holy water, muka jadi hitam, pastu lepas je minum tu, dia x pandai mengucap...phewwwww tapi sumpah, aku x pernah tahu sape minah tu, penat aku risik kabar, tapi x ada pown...

Sebenarnya holy water tu air biasa je, cuma ianya dicapurngan minyak zaitun dan di bacakan dengan doa oleh paderi (doa ape aku x tahulah kan).
Air nih diorang letakkan kat luar gereja, sebagai bahan wudhuk. Once bila diorang whuduk guna holywater ni, semua setan gondol akan duduk kat luar gereja je, x leh ikut masuk. hahaha, nampak x, dalam semua agama, diorang pown x suka hantu setan ni... Cuma cara diorang berwhuduk tu berbeza, diorang akan mulakan ngan dahi pastu wat lambang salib sambil sebut perkataan 'In the name of father, son and the holy spirit' (korang jangan pepandai plak nak buwat camtu, kita orang islam, ambek wuduk macam biasa).

Untuk bacaan lebih jelas, boleh click kat link bawah ni:-

http://firstdayever.blogspot.com/2011/04/holy-water-sumber-bekas-paderi-besar.html

Wanita Berumur Itu Matang

Phewwwwww dah macam genderisme plak..eh betul ke ayat tuh?? aah x pelah, saya nye blog, so sukatilah nak tulis ape pown...

Salu je kita dengar lelaki2 bermulut celupar kalau nampak lelaki muda n jambu berjalan pegang tangan ngan pompuan yang berumur cikit, sure diorang akan cakap "ish, tu sugar mummy dia lah tu".

Huh, mulut macam mangkuk jamban taw...x bek kita tuduh camtu. Nowdays ramai je lelaki yang berkahwin dengan perempuan lebih berusia dari mereka mcm contoh shiela majid & Acis, Norzie Pak Wan Chek & Aidid Marcello, Erra & Engku Emran, tapi diorang semua okey and still bertahan sampai sekarang. Memang lah kalau boleh kita nak lelaki tu lebih tua dari kita, tul x? tapi kena fikir, kita mampu merancang, tapi Allah yang tentukan ngan sapa kita akan berkahwin..:)

Perempuan yang berusia ni sebenarnya matang, berpendirian teguh, cool, steady, menjaga penampilan, pandai mengambil hati...wah statement saya!!! hihi (bukan puji diri sendiri taw, sebab saya kahwin dengan lelaki yang umur pown lebih kurang saya jerk)

Tapi betul, perempuan zaman skang ni, memang matang, diorang x lah keanak-anakan, manja tapi tak mengediks or mengada-ngada sampai merimaskan, then pandai berdikari, x mengharapkan boypren. Bayangkan kalau dapat girlpren yang perangai nauzubillah, sampai nak cari bra pon, mintak boypren temankan...huh,,,x kuasa mak nok

Selamba jer korang heret boypren korang masuk La Senza, Victoria Stesyen Secret, lepas tu bley plak mintak pendapat boypren korang, mana yang cantek and sesuai untuk korang pakai...WTH!!!! phewwwww geli geleman..hohohoho.

Nih, mata yang melihat ni rasa terseksa jer, rasa nak je pergi campak semua bra yang ada kat kedai tu atas kepala minah n mamat tuh...buweekkk nak romantik pown bertempat lah, sampai kita yang nak beli plak yang rasa malu giler..

Kalau korang dapat plaks awek yang separuh matang, yang korang kena kol hari-hari, layan sms hari-hari, cakap i love u hari-hari, jumpa hari-hari, lama-lama korang pown naek menyampah and meluat...

Tu sebab saya cakap, lelaki zaman skang suka perempuan berusia, bukan sebab perempuan berusia ni banyak duit or dah stabil, tapi untuk korang lelaki yang baru nak dapat tapak dalam pekerjaan ni, opkos lah duit x berapa nak ada, so kalau perempuan yang x berapa nak berumur ni plak, banyak yang kurang matang, dalam setahun tu, macam-macam sambutan dia nak buat. Annivesary jumpa 1st time lah, annivesary declare lah, besday lah, semua tu diorang nak hadiah, dah la korang duit pown x berapa nak ada, nak beli hadiah lagi, kopak la beb...huhu.
Kalau pompuan berumur cikit ni, x hadap sangat menda camtu, kalau nak kasi pown masa time besday jerk, jimat sikit duit. Tapi peringatan yerk...jangan korang ngengada nak POW duit wanita berusia nih!!!!!!!!!!!! Dosa taw, pow duit perempuan...hihihi x berkat, Allah x redha!!!!

Korang X Hensem, Tapi Korang Nak Ada Awek

Assalamualaikum, eh, jangan salah faham yerk ngan tajuk kat atas ni, saya x cakap yang x kahwen lg ni, x hensem, ni cuma open discussion jerk..hehehe, salu saya akan bukak tajuk girls, ni nak citer pasal guys plak kan...

Seriyes, ramai guy yang nak sangat kawen, tp still x jugak jumpa2 calon yang sesuai...sebab aweks yang ada semua pergi kat guys yang HEMSEM. Kenapa korang x jumpa lagi??? sebab korang X HEMSEM...hihihhi mati aku kena cili ngan lelaki kat muka bumi nih...hihi

Alololo, x semua laki x hensem tuh lum kawen, bersepah jer yang dah kawen n beranak pinak, yang kahwin 2,3,4,5 pown ramai gak..hihihi

Ape yang korang nak buat kalau korang tahu korang x hensem, tp still gak nak ada awek n nak kawen...

Cuba check dalam taliphone korang or taliphone mak korang, mana tahu ada nombor2 yang korang rasa macam menarik untuk ditaliphone, so pe kata korang cuba-cuba cal and cakaplah tersalah nombor, tapi kalau yang korang kol tu adalah janda yang sama baya ngan mak korang...sila abaikan!!!!!!!!!!!! hahahahaha, tp kalau korang rasa leh go on ngan mak cik tu, silakan yerk...hihihihihi

Korang cuba la godek2 facebook, ushar awek-awek yang ada, then mulakan cinta siber...korang kena percaya diri sendiri, rupa tu x penting!!! yang penting ayat tu power...macam Bang Bang Sebu Bung Mokhtar, so korang mintak no tipon, lepas tu gunakanlah suara yang power untuk tackle aweks tu...lepas tu ajak jumpa. Tapi melampaulah kalau korang jumpa awek tu, korang tengok awek tu lebih kurang korang, korang blah...memang lu jenis x sedar diri brader!!!!! hahahahaha muka lu pown lebih kurang, pastu lu ngan selamber nak memilih awek yang dahi licin jer...dahi sendiri berterabor jerawat, siap ada nanah lagi!!! hihiihi sila sedar diri yerk..

Then kalau awek yang korang dapat tu cun melecun, comey lotong lote, korang kena maintain romantik and humble, perghhhhh sure dia terpikat. Memang memula dia akan tengok korang macam pelik tapi dah lama-lama sure okey. Biasalah tu, benda baru tengok, memang agak jaki, bila dah lama ok nyer. Seriyes,  mungkin mula-mula diorang tengok rupa korang macam steambroll or keta bajak sawah, bila dah 2~3 bulan, dia akan nampak muka korang macam kereta datsun, pastu bila korang konsisten bagi ayat power, diorang akan sejuk sikit tengok rupa korang, time tu dia akan tengok rupa korang cam rupa proton juara (okeylah sikit dr steambroll kan?). Pastu mungkin bulan or tahun berikutnya diorang akan nampak muka korang cam kereta saga FL..hahahaha hebat kan???? time ni, segala jerawat,  kawah-kawah kat muka, semua dah x nampak dah disebabkan penangan ayat power..hik hik hik..

Betul, benda mula-mula kita tengok memang la macam scary movie, tapi dah lama-lama dah jadi biasa. Macam memula saya beli kereta kenari dolu-dolu. Memula nampak hodoh giler keta ni, yelah walaupon hodoh tapi tu je yang mampu time tu, terpaksa lah. Tiap kali tengok, mesti teringat kat sebuku roti sebab rupa paras dia sebijik macam roti kontot!!! Tapi bila dah lama-lama, nampak comey la pulak. Ha, macam tu lah korang, dah lama-lama sure aweks tengok comey nyer...

Yang penting ape??? ayat mesti power, barulah orang terpikat. Jaranglah kes awek kalau tengok balak x hensem diorang blah, salunya balaks je kalau jumpa aweks x santek diorang akan blah...hihihihi keji statement di situ...saya sangat baek hokey, tu sebab saya cakap camtu!!! hehehehe

So, x yah risau tentang rupa paras, dengan nasihat ni, NOW EVERY WANT CAN KAWEN!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, January 15, 2013

Cerita Cinta and Kahwin part 1

Salam.
Kita semua ni mesti pernah dengar citer pasal bercinta and kahwin. So, yang dialog kat bawah ni, saya dapat pown dari pengalaman kawan-kawan yang rajin bercerita kisah lawak orang bercinta and berkahwin.
Tapi, segala dialog ni, x ada kena mengena untuk memerli sesiapa pown kat muka bumi ni, kalau terasa tuh, korang anggaplah menda ni sumer lawak jenaka yerk...

Kat traffic light warna merah
Zaman bercinta
boypren : Nasib baek merah lampu traffic light ni
Girlpren : Kenapa sayang?
boypren : yelah, lambat sikit i nak hantar u balik rumah, boleh lama-lama sikit ngan u
girlpren : hihi, malu i taw, i tau u rindu i, tu yang nak spend masa lama-lama ngan i
 huhuhu maka mereka berdua pown tenggelam dalam lamunan cinta yang xbertepi, macam diorang jerk pasangan bercinta...hihihi

Kat traffic light warna merah yang sama
Zaman dah 5 tahun kahwin
Suami : Phewww nasib baek lampu hijau
Ister : Ish, kenapa abang bawak laju-laju ni? kan traffic light ni, bahaya
Suami : Nak cepat balik rumah
Isteri : Kenapa pulak? time bercinta dulu, suka je kalau lampu merah tu lama-lama, kalau terus merah sampai bila-bila pown abang x kisah, lepas kawen je, terus nak cepat-cepat balik rumah
Suami : Nak cepat balik sebab x sanggup dengar awak membebel...
Muahahahahahaha keji sungguh!!!!!!!!!!!!! sentap kalau i yang jadi isteri mamat ni taw...hihihi

Baju
Zaman bercinta
Girlpren : Sayang, esok kita keluar, kita pakai baju warna sama ek, biar sedondon
Boypren : Ok sayang, untuk u, ape saja i buat
Hohoho romantik gilerssss, pakai baju pown nak sama, sib bek yang laen-laen x sama sehhhh

Baju
Zaman dah kawin
Isteri : Abang, esok kita pakai baju warna sama yerk, biar sedondon orang tengok
Suami : Giler ape, macam dah x ada baju laen pulak, ingat BORIA ke??
Gulpppppppp telan air liur laju-laju....huhuhuhuhu keji betullll!!!!!!!!!!!!! hahahahaha

Telephone
Zaman bercinta
Boypren : Morning sayang, i windu la kat u, hik hik hik (gediks giler)
Girlpren : I pown, hik hik hik nanti lepas keje kita jumpa taw

Telephone
Zaman dah kahwin
Isteri : Hello abang, buat apa? rindu lah kat abang
Suami : Hang apa kena? hari-hari dah jumpa pun rindu lagi?? hang buang tebiat ka????
Gulpppppppppppp urut dada laju-laju...perghhh  kecik ati giler kan kalau dapat laki camni, mau berjurai-jurai airmata lepas tuh....hihhi ganas giler sehhhh

Airmata
Zaman bercinta
Boypren : Sayang, x sanggup i lihat airmata u gugur macamni, kesatlah airmatamu sayang, percayalah i x akan biarkan u menangis lagi (buweeekkkk geli geleman
Girlpren : Sayang nya u kat i kan???

Airmata
Zaman dah kawen
Suami : Awak kesat airmata awak skang!! Kang x pasal-pasal orang cakap saya dera awak!!! Kalau x berenti menangis, saya tinggalkan awak kat sini!!!!
Isteri : Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hik hik hik....adaka laki lagu ni???????????? hahahahahaha kesin bini hang..kejam giler hang...

Seksi
Zaman bercinta
Girlpren : Sayang, i cantik x?
Boypren : Cantekkkkkkkkkkkkkk sangat
Girlpren : I seksi tak (gedikssss)
Boypren : U cantik and seksi, pakai ape-ape pown cantek, x pakai pape lagi cantek
Perghhhhhhhhhh giler jahanam mulut kan???

Seksi
Zaman dah kawen
Isteri : Abang, cantik x saya pakai baju ni (sambil posing depan suami)
Suami : Hurmmm (sambil baca surat khabar)
Isteri : Abang, saya seksi x? (posing daring giler)
Suami : Seksi apenya? SEKSA mata saya ni tengok, dah tua-tua pown nak posing camtu, duduk lah elok-elok
huhhhh sentap mak nok!!!!!!!!!!!!! hehehehe



Monday, January 14, 2013

Kasut Kita, Kita Sahaja Yang Tahu

Bila cerita tentang hati n perasaan orang lain, kita tak akan tahu apa sebenarnya yang mereka rasa. Kadang-kadang, kita memang rasa kita memahami masalah orang, tapi dalam faham tu jugak, kita akan kritik dan lahirkan rasa kurang senang, contohnya macamni.

"Ish , kesian minah tu, tak kahwin sampai sekarang"
"Mesti dia rasa rendah diri, xpelah, kita kena lah faham dia"

tu ayat first version, then akan ada dialog mcam ni keluar...

"Aku rasa, dia tu tak kahwin sebab mulut dia celupar, lepas tu memilih sangat"
"Kalau nak memilih pown, bertempatlah, kalau muka cantek, ok lah juga kalau nak memilih"

Tapi, kita x pernah tahu kenapa orang tu tak kahwin sampai sekarang, yang kita tahu mengutuk dan mengumpat. Padahal ramai yang tak kahwin tu disebabkan, mereka ni pemalu, x pandai bergaul, kurang rakan lelaki, suka duduk rumah, x ada masa...pendek kata, KASUT MEREKA, MEREKA JE TAHU SITUASI SEBENARNYA KASUT MEREKA TU, MACAM TU GAK KITA, KASUT KITA, KITA JER YANG TAHU BAGAIMANA KEADAANNYA.

Pedicure & Manicure - Why I Stop This?

Assalamualaikum, Selamat Tahun Baru...:)

Hurm, rasanya semua perempuan-perempuan suka sangat tentang kecantikan, betul x?, terutamanya pedi & Manicure. Tapi x ramai yang tahu langkah-langkah keselamatan yang perlu anda ambil kira jika ingin mendapatkan rawatan pedicure & manicure.

Tajuk kat atas tu, why i stop doing pedicure & manicure? Ni cerita experience saya yang saya rasa sangat berguna untuk share bersama-sama. A few month back, saya ada pergi ke satu shoping complex area kuala lumpur. then saja je masuk satu kedai yang buat pedi & mani. Ni bukan first time buat Pedi & Mani, cuma ni fisrt time pergi kat sini, salu pergi tempat laen. Kali ni datang time waktu x sibuk, so saya sempatlah tengok secara details cara kerja diorang.

Masa ni, saya belum lagi start buat treatment since diorang tengah siapkan kaki sorang pelanggan ni, tapi time tu memang syok tengok dia kikis kulit mati customer tu, sampai berdarah-darah...dalam 15 min lepas tu, siaplah. Then sampailah turn saya plak...tapi yang saya terkejut, bila customer saya tu angkat jer kaki, huhu nampaklah permandangan indah kat kaki dia...huiyooooo sikit punya banyak kulit rekah-rekah yang macam nak berdarah pown ada...ngeri sekejap..tapi....yang paling xbestkan, semua peralatan yang diorang guna untuk unty tu, saya tengok dia x rendam pown dalam air panas, just cuci camtu2 jerk. Lepas tu, just sembor ngan antiseptic. Wohaaaaaaaaaaaa sangat mengerikan...then saya tanya dia, selamatke guna macam tu? diorang cakap, x pe ok je, selamat untuk guna. Then saya dengan penuh tatasusila minta maaf, and keluar dari kedai tu.

Korang tahu kenapa saya blah?
sebab saya teringat personal doctor saya pernah cakap, ada 4 barang personal yang kita x boleh nak share dengan orang. Ni barang-barang tuh

1)  Pisau Cukur
2)  Tuala Mandi
3)  Ketip Kuku
4)  Berus Gigi

Benda-benda ni, korang kena elakkan dari share walaupun dengan adik beradik sendiri, sebab ni personal things. Penyakit senang je nak merebak if kita share benda-benda ni. Bayangkan, ada satu customer dapat ketuat, then kita share plak tuala ngan sepit kuku, huhu alamatnya berketuatlah kita yerk...

Seriyes, saya nampak sendiri, tuala yang dia lap kaki unty tu, dia nak guna untuk lap kaki saya, huhu ngeri lah pulak. Seingat saya, pedi & mani yang selalu saya pergi, diorang akan buang sepit kuku n pisau yang diorang guna untuk kita tu, memang ada kit untuk setiap pelanggan...yang share hanya losen sahaja. tuala pown diorang akan guna yang baru...memang harga agak mahal sikit, tapi kebersihan terjaga.

So boleh nak pergi wat treatment, tp pastikan tahap kebersihan salon pedi & mani tuh, jangan hentam keromo sahaja, lepas tu dapat penyakit kulit, lagi parah kalau dapat virus yang ditakuti...huhuhuuhuhuhu nauzubillah.

Kepada pengusaha salon, x perlu nak berjimat untuk dapatkan keuntungan, melaburlah sikit, customer x kisah nak bayar mahal sikit, janji berbaloi n kebersihan terjamin...