Pages

Thursday, July 14, 2016

Gemuk Lepas Bersalin

Gemuk lepas bersalin dan suami suruh kurus sebelum dia cari lain?
Aku tak pernah lagi buat entry yang macam ni, tapi entry yang mempunyai maksud yang sama ada lah. Selalunya bila aku buat entry yang lebih kurang macam ni, ramai yang akan baca sampai jadi tops post. Kiranya ramai lah yang ada masalah gemuk lepas bersalin n lelaki nak cari lain sebab bini gemuk.
Gemuk ni subjective sebab ada orang yang kurus kering, tapi bila tumbuh lemak kat pinggang or belakang dia dah start rasa gemuk. Ada yang memang gemuk, tp dia tak rasa diri dia gemuk sebab boypren asyik puji dia seksi dan gebu. So ikut korang lah definisikan gemuk tu macamana.
Bab gemuk lepas bersalin ni memang normal terjadi, dan abnormal kalau kita taka da kesedaran untuk kurus. Kurus bukan untuk pikat suami, tapi untuk kesihatan.
Aku pun masa bersalin dulu badan tak turun2, sebelum kahwin berat dalam 50 kg je, lepas kahwin n preggy berat jadi 58kg, last2 pregnant berat jadi 68kg. lepas bersalin berat turun jadi 65 je…hahahahahaha dalam usaha nak diet, tup-tup preggy kembar plak, masa tu berat naik +-20kg, memang macam kingkong dah jalan, gemuk giler rasa. Lepas bersalin berat tak turun mendadak, tapi aku dah start rasa tak best bila rasa cam lemak berkumpul kat perut. So lepas anak aku putus susu badan, aku start diet tanpa work out sebab taka da masa lagi. Aku start tak makan malam, memang Nampak hasil, then dalam 2 bulan turun 3kg, walaupun tak banyak tapi cukup untuk encourage diri aku untuk usaha lagi. Lepas tu tahun 2016, aku dah start stop carbo for 4 months straight, so turun dalam 6 kg, ini pun sebab aku tak buat exercise langsung. Bila habis 4 months, aku dah start ambik carbo, tp bukan nasi, aku ambik roti gandum penuh, spagetthi and still tak makan malam and work out bila balik kerja, hasilnya dalam dua bulan aku lost lagi 8 kg, total aku lost weight adalah 15kg within 8 months. Memang ambil masa yang lama sebab aku x workout sangat, tapi seriously, kalau korang nak diet lepas bersalin ni, ada banyak perkara yang korang kena buat. Kena ingat sebab kita gemuk bukan sebab makan banyak, tapi sebab ada budak dalam perut kita, so kulit n lemak kita stretching kat sana sini, condition kita tak sama dengan orang lain. Kat bawah ni aku ajar korang camaner nak slim dengan langkah selamat dan murah, Cuma memerlukan mental dan usaha yang kuat.

1)      Stop makan manis, minuman manis dan apa-apa yang ada gula.
2)      Stop makan roti putih, hanya makan roti wholemeal
3)      Banyakkan minum air masak, (ikut body capacity kita lah)
4)      Jangan makan buah-buah yang tinggi carbohydrate (pisang, mangga)
5)      Makan beras yang kurang kanji (beras basmathi, beras perang) – tapi aku stop terus makan nasi, aku makan spagetthi and roti untuk gantikan nasi
6)      Makan malam sebelum pukul 6, tapi ambil makanan yang ringan seperti salad, cream cracker – saya tak makan nasi malam, hanya makan sebiji telur rebus
7)      Elakkan makan bergoreng macam mee goreng, bihun goreng (lebihkan makan daging putih macam ayam bakar, salmon grill, salad)
8)      Kena workout, sehari target 1-5 kilometer (saya buat 2 kilometre je, tu pun dah berbaloi)
9)      Body wrap – tak payah pergi slimming centre, just rub kawasan berlemak tu dengan “VICKS VAPOR RUB” lepas tu wrap kawasan tu dengan plastic wrap food tu, wrap tegang2, tapi kita still boleh bernafas dan x ganggu blood circulation. Wrap time nak tidor malam or time nak sauna pun ok, at least wrap 4 jam sehari.  Concentrate buat body wrap selama 12 hari, and result dia memang superb, semua part geleber sebb loose weight akan kembali kmantap.
10)   Minum black coffe – ada yang cakap elakkan coffee, but not for me, if saya minum coffee tanpa gula, metabolism akan lagi cepat, dengan syarat pure coffee ye, bukan coffee campuran.
11)   Say no to any jamu, ubat kurus or apa-apa yang fat burner, sebab benda ni kesan dia sekejap je, sok-sok bila stop naik tak turun-turun dah. Nak kurus bukan ada jalan mudah, kena ingat benda ni
12)   Timbang dua minggu sekali sahaja, tak payah sibuk nak timbang tiap hari, saat dan waktu, nanti korang gak yang stress.
13)   Say no makanan ringan, kerepek2 ke…apa-apa junk food
14)   Puasa isnin khamis, (ibadat pun ye, plus boleh betulkan balik pola permakanan kita)


Tips kat atas tu je aku buat, tak ada lah nak pergi gym ke, slimming centre ke, aku just buat sekadar yang aku mampu Cuma kenda tahan mental bila tengok lauk2 sedap, mula-mula ko akan rasa stress, tapi lama-lama kau dah ok. Bila dah loose weight, ada rasa gegar2 kat perut, lengan or peha, buat body wrap sendiri. Just guna vicks je pun..bukan susah pun, serious tu je benda yang aku guna, strectch mark and selulit pun akan hilang…tolong percaya benda ni, sebab aku dah try..dulu anak-anak aku selalu selak baju aku sebab nak pegang perut aku yang bergegar2 tu, tu yang buat aku terfikir nak buat body wrap sendiri…vicks je pun, tak mahal mana kan?
So if husband korang complain korang tak kurus lepas bersalin, korang try lah tips ni, tapi bila diorang still nak cari lain walaupun korang dah kurus, korang tak payah risau, biar je lah dia nak cari lain, macam lah bila dia kahwin ngan orang lain tu nanti, orang tu tak gemuk kan????
pada lelaki yang suka nau komplen bini korang gemuk lepas bersalin, tak cantik, kulit cam buaya silalah bagi duit untuk gi slimming centre and jumpa beautician…jangan tau komplen ye…ppppp



Tupperware Terbakar


Cerita ini adalah cerita fantasi yang di tulis oleh Jam Dinding (author at nawarzara blog).

Aku kenal dia sebagai zizi (bukan nama sebenar), cantik orangnya. Walaupun orang cakap dia cantik sebab make up tebal seinci, tapi aku tetap suka dia sebab bagi aku dia paling cantik. Body mantap, cun, pandai dan macam-macam lah.

Orang lain sibuk nasihat aku macam-macam, semua tu masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Tapi dalam ramai-ramai yang bagi aku nasihat, ada sorang kakak ni selalu bagi aku nasihat tanpa prejudis, cakap pun memang x de kaver2, kadang-kadang memang sentap, tapi aku tau dia ikhlas.

Dia selalu cakap, kalau nak kahwin kena cari pasangan kerana Allah, bukan sebb terpikat dengan penampilan luaran. Sebab selalunya lelaki akan mudah terpikat dengan penampilan luaran dulu. Tak semua yang indah2 tu, dalamannya indah juga. Orang perempuan ni bila dah berkahwin, masa tu akan terserlah semuanya, dah x boleh dah nak cover dengan make up sepanjang masa, tu belum mengandung dan bersalin lagi. Bila dah bersalin sok, kulit yang licin macam buah epal tu dah taka da lagi dah, yang ada kulit yang rupa macam Tupperware kena bakar. Sungguh aku tak faham apa maksud akak tu dengan Tupperware kena bakar, balik je dari kerja aku terus cari Tupperware mak aku, aku nyalakn api n aku cucuh Tupperware kat api tu, dan hasilnya memang mengerikan, tapi bagi aku mana ada kulit manusia akan jadi macam tu kalau dah dilahirkan dengan keadaan yang gebu dan licin. Aku abaikan kata-kata kakak tu, aku yakin bila bini aku beranak besok, kulit dan tubuh badan dia mesti still cantik lagi.

Lalu berkahwin lah aku dengan zizi, sepanjang waktu aku tersengih-sengih sebab keasyikan berumahtangga dengan zizi, Nampak sangat kakak tu punya nasihat tak boleh pakai.

Tak lama selepas tu, bini aku mengandung, aku lah manusia paling happy dan tak sabar-sabar nak bergelar bapa. Sembilan bulan selepas tu, lahirlah anak pertama kami, Ya Allah betapa putih dan cantiknya anak kami. Selesai berpantang, hubungan aku dan zizi kembali seperti dulu, dan kali ini, aku terpaksa bersetuju dengan pendapat kakak office aku tadi….aku dah jumpa kat mana bahagian yang macam Tupperware terbakar tu. Arghhh tak sanggup aku nak melihat keadaan yang maha dasyat ini, tabahkan hati aku Ya Allah.

“eh, bang apesal abang tiba-tiba menangis ni”. Jerkah bini kepada aku

“abang ternampak sesuatu yang sangat mengerikan kat awak tadi”. Balas aku

“Nampak apa? Dah macam Nampak hantu je”. Soal bini aku lagi

“Tu, kulit perut awak tu, apesal macam Tupperware terbakar”. Luahku sambil berlari ke luar bilik.

Tiba-tiba kepala aku terhentak dengan benda keras, rupanya bini aku baling dengan remote TV, sambil berteriak camni. “saya jadi macam ni pun sebab abang yang mengandungkan saya, tak payah nak buat terkejut sangat bang, saya dari sebelum kahwen dah lama terkejut tengok rupa paras abang yang macam ikan yu n perut abang yang macam dugong tu”. Selamba je bini aku maki aku.

Sentap aku sekejap, perlahan-lahan aku suakan diri aku kat depan cermin. Takut-takut nak tengok diri aku sendiri, betul ke muka aku macam ikan yu? Hurmm betul lah, perut pun buncit, muka lobang-lobang, hidung kembang…serta merta aku rasa yang aku ni jenis tak sedar diri, harapkan bini cantik setiap masa, tapi aku sendiri dah macam dugong terdampar kat pantai…hua hua huaaaaaa. Dan aku pasti kakak office aku mesti tengah gelak guling-guling skang ni….kurang ajar, bagi je lah tau terus terang apa maksud Tupperware terbakar tu.

Author : Jam dinding

Moral : Jangan terpikat dari luaran sahaja

             Terima pasangan seadanya

             Check dulu diri sendiri, sedar-sedar sikit rupa paras sendiri sebelum nak mengutuk
              pasangan   sendiri
            

 

Wednesday, July 13, 2016

Kak Long Fadhilah

Terdetik kat hati aku nak jalan-jalan di Jonker Walk sambil tengok cenderamata yang unik, cuci2 mata dan cari idea untuk tulis buku novel kanak-kanak yang dah berbulan terbengkalai.
Sejak pukul 8 pagi aku dah tercongok di jonker walk kat tepi kedai cenderamata yang ada jual topeng orang batak, aku ingat nak beli barang sekeping dua, buat kenang-kenangan, lepas beli boleh lah aku makan “chicken rice ball” yang kedai nya terpampang tanda Halal.

Sepanjang2 jalan menuju ke kedai chicken rice ball tu, aku perasan ada beberapa kelompok muda mudi hipster yang pakaian nya, ah entah apa-apa entah, pelik-pelik dressingnya atau aku yang ketinggalan zaman. Bukan main bertepuk tampar lagi mereka, bercampur lelaki perempuan sambil terkinja-kinja keriangan sebab dapat melawat kota Melaka bersejarah agaknya.

Dalam ramai-ramai gadis2 yang aku jumpa, langsung tak ada yang memikat mata keranjang aku ni. sedang aku berjalan nak ke kedai “chicken rice ball”, mata aku tertangkap sesusuk tubuh kurus yang agak pelik, aku perasan di bahagian matanya ada macam lukisan seakan-akan tattoo. “Huish dah macam abang long fadhil pulak”. Hati kecil aku tiba-tiba berbisik. Tapi aku teruskan je perjalanan, tiba-tiba aku dengar seseorang menjerit ke arah wanita kurus itu,. “kak long fadhilah, akak tertinggal benda ni tadi”, jerit budak tu sambil menyerahkan bungkusan kepada wanita kurus itu. “Eh, Kak long Fadhilah? Dah macam adik beradik abang long Fadhil pun ye jugak. Tiba-tiba aku teruja nak mendekati wanita yang di panggil kak long fadhilah itu. Cepat-cepat aku berlari mendapatkan kak long fadhilah agar tidak terlepas.

“Kak Long Fadhilah, tunggu sekejap. Nama saya Hisham, boleh saya sembang-sembang dengan kakak sekejap, jom saya belanja kakak makan dekat kedai “chicken rice ball” tu”. Cepat-cepat aku mengajak wanita itu.

“Halal ke kedai ni?”. Soal wanita itu pula. Haih, muka penuh tattoo pun sempat juga dia fikir soal halal haram, bisik hati kecilku.

“Tu, ada logo Halal kat situ kak”. Tuding jari ku kea rah logo Halal yang terpampang besar di hadapan kedai itu.

Sebaik melihat logo Halal itu, melulu je kak long fadhilah masuk sambil terus order chicken rice ball dua dan milo ais dua. Tersenyum-senyum aku, bagus kak long fadhilah ni, tolong order untuk aku sekali.

“Terima kasih kak, sebb tolong order”. Kata ku sambil urut2 janggut aku yang semakin panjang itu.
“Tak lah, akak order untuk akak, lapar sangat, dari pagi tak makan apa-apa”. Balas kak long fadhilah dengan selamba.

Ciss, kuang ajor betul kak long fadhilah ni, tapi bila aku tengok kesan parut dan tattoo kat muka dia ni, terus aku senyap, takut pula kalau-kalau dia tibai aku dengan kaki dia yang besar tapak gajah tu.

Sambil makan, aku korek-korek kisah hidup dia, apesal dia jadi camtu, ada tattoo bagai. Kak long fadhilah bagilah tau, dia dulu kawan dengan gangster sebb parent dia bercerai, so tak ada sape yang hiraukan dia, dari situ dia join mat-mat motor, rempit sana sini, pukul orang sana sini. macam-macam benda dia buat, dari sekecik-kecik benda sampai sebesar-besar benda. Paling jahat dia buat, rompakan bersenjata, kongsi gelap. Masa tu dia sorang je perempuan dalam group gangster dia, and orang semua takut kat dia. Setakat bunuh n rompak tu, celah gigi dia je. Untung kak long fadhillah ni sebab dia tak pernah kantoi dengan polis, polis pun takut dengan dia, pernah berbalas tembakan tapi dia kebal sebab pakai tangkal gigi buaya, so peluru tak lut.

Fuhh, takut pulak aku dengar cerita dia ni, macam tak percaya pun ada, tapi bila tengok dia cerita muka serius, terus aku percaya.

Dia citer lagi, setelah berpuluh tahun bergelumang dosa, tiba-tiba masa tengah balik dari rompak bank, dia nak masuk rumah, dia terdengar orang mengaji Quran, terus dia tersentuh dan nangis sampai demam-demam sebab terkenangkan maksiat dan jenayah yang dia dah buat. Esok tu terus dia pergi cari ustaz untuk bertaubat. Dari situ mulanya dia berubah, dan pulang ke pangkal jalan.
Sedih aku dengar cerita kak long fadhilah ni. Perit gak lah kisah hidup dia ni. Tiba-tiba lepas je makan, dia cepat-cepat cakap ngan aku dia nak blah.

“Dik, akak nak blah dulu, terima kasihlah sebab belanja akak makan “chicken rice ball” ni sedap. Terima kasih jugak dik sebab dengar citer akak tu tadi, sebenarnya akak kelentong je tadi”.

Hamper tersedak aku dibuatnya bila dengar ayat terakhir kak long fadhilah tu. Rasa macam nak lempang sampai mati.

“Akak biar betul? Takkan semua akak tipu, dah tu apesal muka akak ada tattoo, kenapa budak tu panggil akak kak long fadhillah kalau akak bukan ketua gangster?”. Balas aku bertubi-tubi sambil menahan marah.

“ni? Yang dekat muka ni? Ni bukan tattoo, ni anak akak lukis muka akak dengan permanent marker  time akak tido, dah 3 hari try cuci tak hilang-hilang. Budak yang panggil akak, kak long fadhillah tadi tu adik akak, dia keje kat kedai depan tu, memang lah dia panggil akak kak long sebb akak ni kakak sulong dia, and nama akak memang fadhillah”.

“Habis tu, apesal akak kelentong saya cakap akak ketua gangster lah, apa lah, hawau lah akak ni”. Maki aku lagi.

“Dah kau yang nak belanja akak makan, lepas tu suruh akak citer pasal life akak, akak citer lah. Sambil cerita tak best lah kalau tak ada tokok tambah citer, tak melayu lah kalau citer straight je kan? Mesti kena kelentong baru sedap orang dengar”. Selamba je kak long fadhillah balas balik.

Hah, jilake betul kak long fadhilah ni, kelentong aku pulak….time tu aku nak je baling dia dengan selipar yang aku pakai kat kepala dia…tapi aku cuba bersabar, mungkin ni ujian Allah dekat aku sebab cepat sangat menilai seseorang tu dari keadaan luaran dia…

Author : Jam Dinding
Moral : Jangan pandang ringan walaupun kedai tu ada logo halal
             Jangan nilai orang dari perwatakan luaran
             Jangan mudah percaya pada orang yang baru pertama kali kenal
             Jangan bizi body.



Tuesday, July 12, 2016

Attention

Salam.


Start from today, blog nawarzara ni akan back to normal macam 8 tahun lepas. For those yang tak aware,  blog ni ada 4 orang penulis yang akan bergilir2 update entry, dan setiap entry akan di tulis siapa yang menulisnya, kalau dulu kitorang x tulis, dan lepas tu readers bergaduh sesama sendiri and aku terpaksa menutup blog sementara waktu dan remove semua komen yang berbaur sindiran. start dari situ setiap komen mesti dapat approval dari admin sebelum di siarkan...ppp


ni senarai-senarai admin kat blog ni yang akan kembali bersiaran


1) Nawarzara
2) Raden Galuh
3) Jam Dinding
4) Sang Katak


so blog ni akan jadi macam dulu balik, which is ada puisi, citer seram2 x 18sx, lawak bodoh, cerita imaginasi admin...and macam-macam lagi lah...


sekian


Ketua Admin
Nawarzara

Mertua Vs Menantu


Ramai plak yang email suruh buat entry mertua vs menantu ….haish, malas rasanya sebab dah banyak kali buat, tapi disebabkan ada yang suruh jugak, terpaksalah buat, karang x de plak nak baca blog ni…

Percayalah, taka da seorang manusia pun yang taka da masalah dengan mertua dan menantu. Baik macamana pun mertua or menantu tu, pasti aka nada kes berkecil hati.

Aku faham time raya2 camni ada yang cakap mak mertua saya tu banyak songeh, mak mertua saya tu suka cakap lepas, cakap anak dia je baik, menantu ni semua jahat, nasihat menantu macam2, padahal dia bukan baik sangat pun. Pastu ada mertua yang komplen, menantu saya tu hantu, pemalas, suka nak kutuk2 anak2 saya, kerja makan tido je, suka arah2 anak saya, saya pun x pernah arah diorang, menantu saya kedekut, tak bagi duit raya pun kat saya.

Adoiii sudah2 lah tu. Dua-dua salah sebenarnya, tak payah gaduh-gaduh, kang dua-dua masuk api meraka (buat kata anak aku lah kan).

Aku pernah bagi tau dulu, seteruk mana pun mertua kita tu, tak  perlu nak lawan dia, tak perlu nak bertegang urat bergaduh or perang dingin. Apa dia cakap, korang buat x dengar je, senyap je sudah. Plaster siap-siap mulut korang tu supaya tak melawan. Benda ni buang masa je, plus nanti anak-anak dia yang lain akan salahkan korang jugak nanti, so senyap sudah. Lagi satu, seburuk-buruk mertua tu, dia tetap orang yang melahirkan pasangan korang, so biar je lah.

Konflik antara korang dan mertua tak payah citer kat mak korang, budak opis or sape-sape yang bergelar manusia, kalau dah rasa sakit sangat hati tu, silalah mengadu pada Allah je. Biar Allah yang tolong selesaikan masalah tu, ingat mengadu pada manusia ni diorang nak simpati ke?? Jangan mimpilah haih, silap-silap dia viralkan cerita korang tu, so mengadu je kat Allah, sambil mohon Allah hapuskan dosa mertua korang tu.

Macam tu gak mertua, if ada konflik dengan menantu, tak payah lah nak cerita kat anak-anak kita sampai tujuh keturunan, habis segala hal dia kita cerita sampai timbul rasa benci di kalangan anak-anak kita kat menantu tu. Cukup-cukuplah burukkan menantu tu, tak elok buat macam tu, walaupun kita mertua, tak semestinya kita kena jadi orang cetek akal macam tu, ups sikit level kita. Bila kita rasa nak marah dengan menantu sebab buat benda tak kena dengan citarasa kita, kita senyum n tunjuk elok-elok. Kalau menantu tu perangai macam hantu pun, tak payah sibuk-sibuk nak mengutuk, mengadu je pada Allah dan doakan yang elok2 je untuk dia.

Skang ni banyak sangat kes mertua vs menantu ni, bergaduh teruk-teruk sampai tak nak balik raya, x nak bersalam sesame sendiri, sentap sana sini, perli kat face book. Jangan main-main yang dah tua pun still ada facebook lagi, bukan nak beramal…ahahahahaha

Apa yang aku boleh cakap kat sini, mengadu je pada Allah. Tak payah sibuk-sibuk upload status kat fb ke, insta ke cerita masalah fam korang..

Berbuat baik je pada mertua walaupun korang rasa sakit hati, x rugi sebenarnya, Allah tu mesti akan balas yang elok-elok kat korang.

Balik Raya Tapi Tidor Kat Hotel


Selamat Hari Raya readers, thanks walaupun dalam mood hari raya, korang still baca blog aku yang x seberapa ni…ppp

Perasan tak, sekarang ni tengah viral issue balik kampong, tapi tidor kat hotel? Macam-macam kutukan diorang lemparkan, ada yang cakap anak tak kenang budi, anak malu dengan rumah mak n ayah, macam-macam lagi tanpa lihat pada sudut positif.

Orang kita ni memang selalu sangat bersangka negative. Bagi aku if kita lihat kat sudut positif, dia akan jadi positif, tapi kalau memang kita negative, apa pun akan jadi negative.

Aku ni asal usul memang orang kampong, bak kata orang, orang ulu….so, aku tahu macamamana keadaan kampong tok nenek aku. If rumah parent aku, no problem memang aku je yang ada kat rumah tu sebab adik beradik aku raya rumah mertua diorang dulu setiap kali raya, plus aku x de issue bab aurat sebab x de abang ipar, since adik beradik aku semua lelaki kecuali aku, plus ada bilik proper untuk salin baju, mandi semua. Memang ayah aku jaga bab2 camtu, taka da lah tidor bergelimpangan kat depan TV.

Tapi rumah nenek aku lain, kat situ tempat semua orang melepak, situ semua adik beradik ayah aku tidor, sampai dah taka da bilik. Tau-tau je lah rumah orang tua macam mana. Aku rasa ramai je yang alami dilemma camni, plus aku ada anak-anak yang sangat lasak n ada allergic habuk, debu. So tiap kali balik raya rumah tok aku, aku tak akan tidor sana sebab rumah ayah aku dekat, so aku tidor rumah ayah aku je, pagi-pagi baru datang rumah tok untuk berhari raya, and nanti petang-petang sikit baru balik rumah ayah aku untuk mandi n tidor.

Kalau orang yang suka buat cerita, akan cakap aku ni lupa daratan, tak sedar diri. Meh aku bagi tau antara sebab kenapa aku tak tidor rumah tok aku;-

  1. Sebb memang dah tak ada ruang walau seinci pun untuk aku n fam nak selit-selit tidor
  2. Aku ada anak-anak kecik yang allergic dengan habuk n debu, faham-faham dengan keadaan rumah orang tua-tua, bantal, selimut, toto tu semua setakat mana diorang larat nak basuh, plus memang tak pernah cukup pun benda-benda tu semua (bukan aku cakap diorang kotor ye, tapi untuk maintain basuh 2 kali seminggu tu memang susah, aku pun hantar dobi je if comforter yang besar-besar tu, inikan pula diorang kan)
  3. Bilik air yang limited, berebut masing-masing nak guna toilet sampai air pun tak da kadang-kadang
  4. Bilik untuk salin baju memang limited, kadang-kadang berebut-berebut…kalau aku lelaki no problem

Eh tapi ada orang tanya aku apesal masa kecik-kecik dulu aku ok je tidor rumah tok? Masa time aku tak akil baligh, belum tahu bab aurat, nafsu tu semua memang lah ok je nak tidor bergelimpangan kat ceruk mana pun, tapi bila aku dah period, dah tumbuh benda-benda yang boleh menaikkan nafsu orang, parent aku dah tak bagi aku tido sebelah sepupu aku, semua kena masuk bilik tido ngan geng perempuan2 je. Tak de nya parent aku nak bagi aku sembang ngan sepupu2 lelaki aku sampai pagi. Bukan nak cakap diorang jahat, tapi sebagai langkah berjaga-jaga.

So bila aku dah beranak pinak ni, aku lagi selesa tido rumah parent aku kalau balik kampong. Tok aku pun siap halau aku tido rumah ayah aku sebb dia pun tahu rumah dia full house.

Tu bab diri aku lah, tapi bab orang lain tu lagi banyak strong reason nya.

Tak semua orang ada tok yang kaya raya, rumah banglo ada 15 bilik, 10 bilik air ruang makan besar. Time kecik-kecik dulu keluarga lum berkembang lagi, so tak kisah nak tido mana pun, tapi bila semua dah kahwin, dah besar-besar of course lah bertambah ahli keluarga kan.

Ni bukan sebb geli dengan keadaan rumah yang bersepah, bilik air yang berlumut ye, ni bab keselesaan keluarga sendiri.  As a parent, tak perlu sentap dengan tuduh anak cucu lupa daratan, benda ni kemudahan bersama. Actually ada bagusnya, macam orang yang ramai anak perempuan, so betapa terjaganya aurat anak diorang, terbatas pergaulan anak-anak diorang ngan sepupu lelaki, lagi-lagi anak-anak perempuan tu dah tumbuh asset mekar yang boleh terbeliak biji mata sepupu lelaki yang tengok. Zaman sekarang tak payah nak cakap banyak, bukan kenal sedara mara, bila syaitan menggoda tak kira hari raya ke, Ramadhan ke, malam tujuh likur ke, sepupu ke, pak sedara ke…semua boleh jadi. So tak salah kalau kita prevent benda-benda macam ni.

Kalau zaman dulu aku tak rasa ada masalah, but nowdays, budak 7 tahun pun faham apa maksud seks tu. Nak cari apa, just google je kat phone.

Kalau rasa tak nak tidor dekat hotel, pakat-pakat adik beradik besarkan rumah tok tu biar muat untuk seluruh fam nak tido ramai-ramai..(tu penyelesaian kalau parent kecik ati).

Jangan samakan dengan zaman sekarang, dulu-dulu tak banyak sangat wabak-wabak porno or benda-benda maksiat ni, if nak ajak tengok citer porno pun aku rasa memang tak de sebab malu plus takut kena hempuk dengan mak bapak kalau kantoi. Sepupu2 pun kalau sembang mana ada sembang lucah-lucah, semua sembang baju raya warna apa, bab bunga api, nak jalan raya mana esoknya, berapa target duit raya. Zaman dulu mana ada macam sekarang, sekarang semua advance, phone melekap je kat tangan, kejap-kejap tengok youtube….

Janganlah kecam depa yang tido hotel tu, tak salah pun. Yang salah tu yang tak balik jenguk parent, jijik nak pijak rumah parent….tu yang tak patut. Setakat tidor hotel untuk keselesaan fam sendiri, bukan masalah besar. Tak perlu kecik hati…fam aku dah lama buat camtu sebabnya rumah tak cukup besar n kadang-kadang berebut kipas time malam, tu belum kira bab air kena catu time raya….

Walaupun kitorang x tidor umah tok, tapi aku tk pernah abaikan diorang, setiap kali balik, aku akan tolong-tolong apa yang patutm konvoi raya ramai-ramai, masak n makan ramai-ramai..bila dah habis activity fam baru aku balik rumah parent aku…so far ok je lah