Assalamualaikum, lama sangat dah rasanya x menulis di blog ni, hari-hari balik, mesti tertidor awal n x ada masa langsung. Badan penat je, pastu memang keje tidur je la, so habis terbengkalai blog. Bila tengok traffic still laju, dengan sendiri rasa bersalah sebab walaupun x ada entry baru, korang still baca my belog.
So, arini just nak cerita tentang isu PRU 13 yang baru je berlepas.
Yes, memang ramai yang menegakkan masing-masing punya parti politik, ada yang x nak kalah.
Sebenarnya, dah kata politik, of course x semua benda perfect. If korang x sokong BN, janganlah korang pakat-pakat tulis kat facebook or blog dengan mengutuk PM n government secara kasar dan melampau, macam tu jugak if korang sokong BN, janganlah korang tuduh semua ulama dalam PAS tu sesat, semua pemimpin dalam PKR tu jahat cam lanun, tuduh DAP tu nak bolot tanah melayu. Benda macam ni sebenarnya akan menimbulkan perpecahan antara masyarakat malaysia.
Kan dah kata mengundi tu hak masing-masing, kita x leh la nak paksa orang undi kena gak undi BN, PAS, PKR or DAP. Terpulang pada individu, dah kalau calon yang tercalon tu memang tersedia dengan gejala rasuah or memang x pernah buat apa-apa kerja, x kan kita nak sokong, kita pown ada hak nak memilih, cuma perlu bijak dalam memilih.
Satu benda yang aku jelas dan nyata, kalau pon aku ni adalah penyokong BN, tapi jika kerajaan PAS KELANTAN nak wujudkan negeri ISLAM KAT KELANTAN (TANPA KEDAI ARAK, TANPA KEDAI NO EKOR, TANPA RUMAH URUT, TANPA DISKO) YES AKU SETUJU 110%, SEBAB APA? SEBAB AKU POWN MEMANG NAK TENGOK ADA NEGERI YANG BEBAS DARI GEJALA MAKSIAT NI SUMER.
Seriyes aku cakap, kadang-kadang aku rimas ngan arus pembangunan skang ni, rimas dengan orang yang mempertikaikan pasal hukum hudud, sedangkan itu adalah hukum yang sepatutnya. Dan ada segelintir pihak risau, akan berduyun-duyun rakyat malaysia yang kudung tangan dan kaki sebab dihukum atas kesalahan mencuri. Tak munasabah langsung, sepanjang aku pergi ke negara islam yang mengamalkan hukum hudud, x pernah pulak aku tengok 30% rakyat dia kudung. Hukum hudud ni bagus, sebab bila kita laksanakan akan mendidik anak-anak muda or sesiapa sahaja supaya lebih beretiqa dan x sewenang-wenangnya menjalankan aktiviti x bermoral. Mcm skang, kalau sape mencuri, paling kuat denda atau penjara, diorang pown x takut, cuba kalau hukum hudud, mau kecut perut diorang nak mencuri.
Rimas ngan arus pembangunan yang aku rasa semakin mencemar akhlak masyarakat melayu. Remaja belasan tahun dah pergi disko, menari sambil meneguk air kencing syaitan sampai ke subuh...tu ke yang kita nak? Pastu yang paling best, remaja camni if nak carik calon suami, tahu pulak nak carik yang beriman, padahal surau or masjid pown setakat lalu jela korang pernah...so camaner nak cari calon suami yang beriman?
Bagi aku, x kisahlah kau nak sokong parti ape pown, tapi yang paling penting korang kena sokong if ada negeri yang nak wujudkan negeri Islam, sebab if orang islam sendiri membantah sebuah kerajaan Islam, memang x patutlah.
Cuma sedikit nasihat kepada yang betul-betul mahu wujudkan sebuah negara Islam, lebih molek jika barisan kepimpinan adalah dari kalangan yang betul-betul mahu memperjuangkan Islam, dan betul-betul faham matlamat sebenar serta betul-betul mempraktikkan Islam dalam kehidupan harian mereka. Jangan pula ada dikalangan para pemimpin yang langsung tidak mempraktikkan Islam, tapi mahu memperjuangkan islam, nanti ibarat "MENGAJAR KETAM JALAN LURUS, MEMANG SAMPAI KIAMAT POWN X LURUS-LURUS".