Pages

Saturday, March 24, 2012

GLOBAL MARCH TO JURUSALEM - 30 MARC 2012-Stadium Malawati Shah Alam

Assalamualaikum.
All, please read this article, this is important message to all of us...tak kira muslim or non-muslim. Yang perlu ada is keperihatinan sejagat.

Semalam masa saya tengah breakfsat dekat tasik titiwangsa, tiba-tiba ada mamat letak one article tentang Palestin, tajuk article tu mcam tajuk topik yang kat atas tu.

Meh sini saya ceritakan sedikit tentang program kat atas ni. Program ni sebenarnya bukan berlangsung kat malaysia sahaja, tapi berlangsung di seluruh negara di dunia ini. Mereka semua menuntut kedamaian dan ke adilan untuk rakyat palestin yang tertinda dibumi sendiri diakibatkan oleh penududuk yahudi yang mengambil penempatan mereka secara haram. Segala hak dan keistimewaan masyarakat palestin di sini terjejas dan di nafikan. Bukan sahaja orang islam tetapi orang kristian sendiri dinafikan hak untuk beribadat, dan melakukan kegiatan harian masing-masing.

Ni petikan dri artkel yang saya dapat semalam.

BAITUL MAQDIS - Bandar keamanan dan kesejahteraan yang penuh bersejarah.
Telah ratusan tahun Baitulmuqadis menjadi kota yang didiami penganut Islam, Kristian dan Yahudi yang hiduo bej=rjiran dalam suasana aman dan harmoni. Qubah As-Sakhrah atau Kubah Batu yanh dibina pada kurun ke-17 adalah di mana berlakunya peristiwa Isra dan mikraj Nabi Muhammad S.A.W diangkat ke langit untuk bertemu sengan Allah S.W.T. Ianya terletak bersebelahan dengan Masjid al-aqsa iaitu masjid ketiga paling suci bagi umat Islam. Bagi penduduk kristian, gereja makam suci adalah tempat paling suci bagi mereka di kota lama. manakala bangsa yahudi pula akan berdoa di tembok barat (western wall) iaitu tempat yang dipercayai menjadi sebahagian daripada Bait Suci Herodes.

KENAPA BAITUL MAQDIS?

Masa depan Baitulmaqdis adalah penting untuk masa depan negara Palestin kerana ianya merupakan pusat ekonomi bagi negara Palestin dan di situ juga merupakan tempat ibadat penduduk di sana.

KENAPA PERLU PRIHATIN TERHADAP BAITUL MAQDIS DAN RAKYAT PALESTIN?

Apabila Israel diistiharkan pada tahun 1948, PBB telah menetapkan Baitulmaqdis sebagai zon antarabangsa yang terletak ditengah-tengah negara Palestin yang bakal ditubuhkan. Namun pada tahun 1967, Israel menakluki Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan semua yang ada di Baitulmaqdis. Penaklukan secara haram ini tidak diiktiraf tetapi Israel tidak menghiraukan resolusi PBB untuk berundur daripada Baitulmaqdis dan beberapa jajahan yang telah ditakluki.

TEMBOK APARTEID ISRAEL
Bentuk kekejaman Aparteid Israel yang paling ketara dan tifak berperikemanusian ialah apabila terbinanya tembok Aparteid Israel. Resolusi PBB untuk tahun 2004 telah menggesa Israel untuk meruntuhkan tembok tersebut kerana ianya memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat Palestin. Tembok Apartied ini telah merampas tanah penduduk Palestin untuk bercucuk tanam serta sumber air mereka dan m=diberikan kepada pendatang yahudi yang menjajah kawasan itu secara haram. Bandar dan perkampungan Palestin seolah-olah menjadi penempatan setinggan yang terpisah antara satu sama lain dan sentiasa dicerobih tentera Israel, dikenakan kepungan yang berterusan dan perintah berkurung yang diadakan sesuka hati.

Begitulah sedikit sebanyak tentang GMJ ni, satu program yang bagus untuk mengumpulkan sumbangn kepada penduduk palestin yang sering diancam oleh Israel. Kadangkala mereka ini terputus bekalan makanan ekoran pemantauan oleh Isreal.

Untuk menghulurkan subangan sila hubungi no dibawah ini atau layari laman social mereka.

Email - mygmj30th@gmail.com
Web - http://www.mygmj.org
Laman social - http://www.twitter.com/myGMJ
http://www.facebook.com/MalaysiaGMJ

Thursday, March 22, 2012

Dalam UMNO Pun ada Porak Peranda

Kasihan bila membaca tulisan dalam akhbar metro harini, tentang isu Shahrizat Jalil di desak oleh Timbalan beliau untuk melepaskan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno. Mana wawasan satu malaysia yang dipegang. Disaat ketua menghadapi kesusahan, orang yang sepatutnya diharapkan untuk menyokong dari belakang, seakan-akan mengalu-alukan pula kepergian beliau...

sila baca artikel ini


Kenyataan Kamilia bersifat peribadi


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, desakan supaya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno tidak perlu timbul.

“Beliau dipilih menjadi Ketua Wanita Umno, jadi kenapa perkara seperti ini perlu timbul?” katanya mengulas desakan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim supaya Shahrizat melepaskan jawatan itu ‘demi menjaga kredibiliti parti, pergerakan Wanita, Barisan Nasional dan kerajaan’.


Tengku Adnan menyifatkan kenyataan Kamilia itu sebagai bersifat peribadi.

“Sepatutnya tidak perlu kenyataan sedemikian kerana perkara itu dibincangkan sebelum ini iaitu Shahrizat terus menjadi Ketua Wanita hingga penggal akan datang,” katanya.


Menurutnya, desakan itu tidak menjejaskan apa-apa dalam Umno.


Mengulas sesi taklimat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Wanita Umno yang dijangka berlangsung di sini hari ini, beliau berkata, ia berkisar kepada gerak kerja dan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.


Menurutnya, isu desakan supaya Shahrizat berundur daripada mengetuai Wanita Umno tidak akan dibincangkan.


Pada 11 Mac lalu, Shahrizat mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh beliau memegang jawatan anggota Dewan Negara tamat pada 8 April ini, tetapi kekal sebagai Ketua Wanita Umno dan Barisan Nasional.

Isu peletakan jawatan Shahrizat timbul apabila suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail selaku pengerusi eksekutif National Feedlot Corporation didakwa menyalahguna peruntukan kerajaan RM250 juta untuk projek pengeluaran daging itu. Pada 12 Mac lalu, Mohamad Salleh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua tuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta berhubung pembelian dua unit kondominium serta dua tuduhan menyalahi Akta Syarikat.


Tengku Adnan berkata: “NFC tiada kaitan dengan Shahrizat dan Umno pula tiada kena mengena dengan NFC. Lagipun Shahrizat tidak dijatuhkan apa-apa hukuman.” - Bernama

Lelaki Dayus - Dari Laman Ustaz Azhar Idrus

Suka dengar Ustaz Idrus punya cerita...banyak nasihat dan pengajaran yang saya dapati. Kali ni saya postkan isu tentang lelaki dayus...

Silalah Baca ye


Bukan mudah menjadi suami kerana tanggungjawab yang digalas oleh suami adalah sangat besar terutama dalam bab tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka. Bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada isu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w tidak akan masuk syurga.

Nabi s.a.w bersabda:

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya: Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat: Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus. (H.R. Ahmad dan An-Nasaie; Albani mengesahkannya Sahih : Ghayatul Maram, no. 278)

Dalam sebuah hadith lain pula:



ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ – تَبَارَكَ وَتَعَالَى – عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Ertinya: Tiga yang telah Allah haramkan baginya syurga: Orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan si dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya. (H.R. Ahmad)

Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?

Erti Dayus

Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu:

1. Sabda Nabi s.a.w:

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya: Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak. Lalu sahabat berkata: Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus? Bersabda Nabi s.a.w: Iaitu orang yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya). (H.R. At-Thabrani; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki dayus adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

2. Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-

قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله

Ertinya: Apakah dayus itu wahai Rasulullah? Jawab Nabi: Iaitu seseorang (lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, buka aurat, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya (isteri dan keluarganya)

Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus

Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah dayus, ia adalah seperti berikut:

هو الذي لا يغار على أهله

Ertinya: Seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)

Imam Al-‘Aini pula berkata: Cemburu lawannya dayus. (Umdatul Qari, 18/228)

Berkata pula An-Nuhas:

قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم

Ertinya: Cemburu (iaitu lawan kepada dayus) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram. (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir:

فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره

Ertinya: Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya. (Faidhul Qadir, 3/327)

Imam Az-Zahabi pula berkata:

فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه

Ertinya: Dayus adalah sesiapa yang menyangka (atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji (seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana cintanya kepada isterinya, maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan (yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya. (Al-Kabair, 1/62)

Imam Ibn Qayyim pula berkata:

قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة

Ertinya: Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan (terhadap ahli keluarga), dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota (terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.

Dayus Adalah Dosa Besar

Ulama’ Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar:

لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)

Ertinya: Allah telah melaknat lelaki dayus (laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320)

Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini. Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :

والقواد عند العامة السمسار في الزنى

Ertinya: Al-Qawwad (salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina. (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186)

Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya:

الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة

Ertinya: Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu (atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat. (Al-kabair, 1/45)

Cemburu Dituntut Islam & Jangan Marah

Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan’ kepada isteri.

Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.

Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.

Nabi s.a.w bersabda:

من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة

Ertinya: Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah (isteri dan anak). (H.R. Ahmad, no. 1445, 1/168)

Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda menyebut tentang keterlanjuran mereka secara ‘ringan’ dan ‘berat’, mereka ingin mengetahui cara bertaubat.

‘Ringan-ringan’ Sebelum Kahwin

Jika seorang bapa mengetahui ‘ringan-ringan’ anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin ditegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah ‘ringan-ringan’ atau ‘terlanjur’ sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa taubat yang sangat serius, rumahtangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumahtangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan ‘ringan-ringan’ dengan orang lain pula.

Hanya dengan taubat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumahtangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih ‘ringan-ringan’ dan ‘terlanjur’ ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda. Suami juga patut sekali sekala menyemak handphone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua.

Pasti akan ada wanita yang kata, “Habis, kami ini tak payah check suami kami ke ustaz?” Jawabnya, perlu juga, cuma topic sekarang ni sedang menceritakan tanggungjawab suami. Maka perlulah fokus kepada tugas suami dulu.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi:

قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.

Ertinya: Berkata Ubadah bin Somit r.a: Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku, maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu Nabi s.a.w bersabda : Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad? Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

Bila Lelaki menjadi Dayus?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila:

1. Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4. Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘sporting’ yang memahami.

6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7. Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8. Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan? Tidak sama sekali.

9. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11. Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12. Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14. Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati: “Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku.”

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi. Awas wahai lelaki beriman, jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini. Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori dayus yang tiada ruang untuk ke syurga Allah s.w.t. Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi s.a.w bersabda:

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya: Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid. (H.R. Ahmad; sahih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Tuesday, March 20, 2012

Bahagia......................

Hi dear, saya suka sangat dengar lagu ni...lirik dia memang superb, penuh makna...:)

Dalam lagu ni memang bayak yang betul ape yang dikatakan. Ada pasangan yang bercinta bertahun-tahun, tapi x jadi apa, ada juga yang bercinta hampir 8 tahun, kemudian berkahwin, tapi tak sampai 3 tahun dah bercerai. Don't count the year, but count the memories.

Kehidupan suami isteri tak semudah mcam zaman girlfriend and boyfriend, masa ni zaman matang untuk kita sebagai suami atau isteri. Isteri perlu ada rasa hormat pada suami, tak perlu menengking apabila bercakap walaupun kita di pihak yang benar, perlu pandai berjenaka, manja dan mengambil hati suami. Suami juga jangan sewenang-wenang gunakan kuasa veto yang ada, perlu ada rasa hormat juga pada isteri. Jika isteri ada sifat-sifat begini, InsyaAllah, dalam hati suami dah fully reserved untuk anda.

Bahagia itu kadang-kadang sukar untuk diterjemahkan, kadang-kadang kita lihat ada pasangan yang jalan berpimpin tangan, tapi hakikatnya, masih ada lagi sisi yang kosong.

Bahagia itu tidak ada kayu pengukur yang boleh jelas di lihat dan di kira, ianya bukan dikira dengan berapa kerapkah kita bawa pasangan kita keluar makan, berapa kerapkah kita bawa keluarga melancong, berapa besarkah perut suami kita yang kononnya itu adalah lambang bahagia, dengan berapa ramai anak yang kita ada, dengan berapa banyak hadiah dan bunga yang pasangan kita beri pada kita..semua itu bukan lambang sesuatu kebahagiaan. Bahagia itu ada pada jiwa yang susah untuk digambarkan dan tidak boleh di zahirkan dengan kata-kata.

Pernah anda melihat orang yang hidupnya ada sahaja ujian yang mendatang, ada sahaja kejian dan umpatan yang diterima, tetapi mereka sering tidak terkesan dengan ujian yang datang kerana bahagia yang mereka kecapi dalam kehidupan dan keluarga dapat menghapuskan getir yang ada pada ujian yang datang. Hebatkan bahagia itu?

Kita sering bercerita betapa hebatnya pasangan kita, betapa tingginya jawatan pasangan kita, tapi bila kita melihat pasangan yang mempunyai harta yang lebih dari kita, menyelinap rasa cemburu dan iri...bahagiakah diri kita?

Kenapa perlu ada rasa begini, sebelum kita pupuk bahagia dalam keluarga, pupuk dahulu bahagia dalam diri kita....


Lagu Rafi Ahmad feat Ayushita - Jangan Bilang Tidak

"ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu
ku pernah menyendiri di sini ku akan terasa sepi
walaupun bibir penuh gelak tawa namun hatiku sepi"

"jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan
cinta kita kan abadi"

"ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu"

"jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan"

"jangan bilang tidak waktu dicium aku bingung
namun dada ini bergetar
makanya sungguh aku mohon
jangan bilang tidak"



Monday, March 19, 2012

Berbicara Tentang Cinta

Salam and hai dear,
I got email from my blog reader asking me about tru love!.

Seperti biasa saya tak suka bercerita dengan cara yang serius sangat-sangat..sebelum tu boleh tak baca lirik lagu kat bawah ni, melodi dan lirik dia sangat menyentuh hati..read this first ya!

Lirik Bagaikan Bidadari - Tomok

Bagai sebuah cerita aku dan dia
Bermula hanya matanya yang mempersona
Dia membuatkan hari-hariku
Bagai sempurna tiada celanya
Malam ku gelisah siang ku bertanya
Jika kau tak bersama

(Korus utama)

Hadirmu bagaikan bidadari
Melengkapkan langkahku yang terhenti
Kaulah permaisuri gelap dunia tanpamu
Umpama nafasku kan berhenti
Jika kau hilang dalam hidup ini
Percayalah kasih cintaku padamu

Tak pernah hilang
Tak akan pergi

Kita kan terus bersama
Bukan untuk seketika tapi untuk selama-lama
Jangkauan kasih kita hingga ke akhirnya
Hidup kita bagai di syurga

Tak pernah hilang
Tak akan pergi
Tetap di hatiku
Kekal di hatiku
Hanya kamu
Tetap di hatiku
Tetap di hatiku


O.k lets talke about love. Ini adalah pendapat saya ya, jangan samakan dengan pendapat orang lain, kita semua manusia tetapi pendapat lain-lain.

Kita manusia, masing berbeza-beza rupa dan segala-galanya, tapi kita masih ada satu persamaan yang kita sendiri x sedar, persamaan kita ialah kita tak boleh hidup sendirian, kita perlukan seseorang dalam hidup kita. Memang kadang-kadang kita katakan kita boleh hidup tanpa pasangan, tapi dalam kuat, kita menangis sendirian mujur kita ada adik beradik laen untuk kita tumpang kasih dan sayang.

Kita pernah putus cinta, kita pernah menangis bila cinta kita tidak berbalas, kadang-kadang kita rasa sakit hati melihat kawan-kawan sebaya kita satu persatu mendirikan rumah tangga, sedangkan kita sendiri masih belum berjumpa dengan mr.right kita.
Percaya atau tidak, sebenarnya kita dah pun jumpa pasangan kita, cuma kita sendiri x pernah perasan akan kehadiran dia dalam hidup kita. Kadang-kadang kita mempunyai terlalu tinggi expectation, tapi bila tengok diri kita sendiri pun serba kekurangan.

Allah jadikan kita berbeza-beza, tapi masih punya akal untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk.
Cinta itu perlu dicari, ianya tidak akan datang bergolek. Kalau kita betul-betul mencari cinta, pasti kita akan jumpa.
Cuma kita perlu bijak memilih siapakah pasangan hidup kita.

Cuba kita lihat sekeliling hidup kita, siapa orang yang selalu susah dan senang dengan kita, siapa orang yang selalu ada di samping kita. Kadang-kadang kita lihat dia seperti manusia yang tak punya perasaan langsung kat kita, tapi kalau kita cuba selami hatinya, kita mesti tahu, ape rasa yang tersirat di hati dia.

Ramai orang kata, persamaan itu membawa kebahagiaan, dan persamaan itu adalah punca sesebuah pasangan itu kekal ke akhir hayat. Bagi saya, itu semua pendapat sahaja..bagi saya kalau kita terlalu banyak persamaan, maka banyak jugalah sisi yang masih kosong kerana persamaan yang ada, and ruang kosong itu tak terisi sampai bila-bila pun. Kalau kita ada perbezaan dan ada sedikit persamaan, maka ruang kosong itu sudah pun di penuhi, dan wujudlah keserasian yang dicari selama ini.

Kadang-kadang tidak ada seorang pun tahu ape yang akan terjadi dalam hidup kita, harini kita kata bahagia, esok lusa kita tak akan tahu. Ape yang penting, perlu ada kejujuran, dan saling menghargai.

to be continue yek....