Pages

Wednesday, June 19, 2013

Mengesan Jantina Anak Dalam Kandungan

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak ceritakan cara-cara masyarakat cina menentukan jantina bayi yang dikandung melalui kalendar kuno. Peringatan kepada anda, perkara ini adalah suka-suka bukan untuk dipercayai seratus peratus, urusan jantina ini adalah urusan Allah. Ini hanya untuk bacaan semata, jika ianya sama maka anggap ianya sebagai kebetulan sahaja. Jangan taksub dengan kalendar ni yerk....x semestinya teapt pown...

First, korang kena tandakan age korang. If umur korang 31 tahun, dan expected date bersalin korang bulan 11, berkemungkinan kandungan anda adalah baby girl.
Itu expected, anything can happen taw...memang x semestinya betul...

ni kalendar dia, and thanks to this blog Click Sini


Tuesday, June 18, 2013

Rock Melon at Tatsu

Jumaat lepas-lepas sebenarnya memang teringin sangat-sangat nak makan japanese rock melon yang memang di import khas dari jepun. Ni bukan rock melon yang tanam kat malaysia tuh, ni memang di tanam kat jepun. Isi dia memang jerneh macam agar-agar, kalau goyang-goyang memang nampak dia bergegar2. Bila masuk je mulut, terus cair sebab lembut sangat-sangat...cuma the price is very expensive, dalam RM 120 perslice, yang pasti sebab ada orang belanja, so bertuahlah badan ni...:)

Kalau rock melon yang tanam kat malaysia ni teksture dia laen, x juicy, transparent and soft. Harga memang agak mahal if nak beli sebiji, kalau kat isetan a few hundred rasanya..kalau x silap, cold storage ada, tp laen grade, yang warna oren-oren tu. If nak yang sama macam kat tatsu ni, boleh cari kat isetan...cuma bila dah beratus sebiji tu, nak makan pown kena jimat-jimat lah kan...

layan lah gambar ni ek, cuba tengok isi dia jerneh dan nampak soft. Kat tatsu if sebiji dia akan mark up lah harga, so mahal sikit sampai RM 600 sebiji...:)



Monday, June 17, 2013

Mari Hamil

Assalamualaikum.

Entry harini saya nak menulis tentang tips untuk hamil. Semua pasangan mahukan zuriat sebagai penyambung keturunan, tetapi tidak semua pasangan bertuah mendapat zuriat awal. Ada yang berkahwin 12 tahun baru berpeluang untuk mendapat zuriat. Memang ramai yang sedih bila sesuatu yang ditunggu tidak kunjung tiba, apatah lagi hari-hari yang dilalui sunyi tanpa tangisan anak-anak. Perlu di ingat, selagi kita hidup di muka bumi ini, selagi itulah kita berpeluang untuk menimang cahayamata, yang penting usaha dan tawakal.

Di sini ada beberapa tips untuk wanita yang mahu hamil. Tetapi sebelum itu perlu diingatkan bahawa tips ini adalah berkesan jika pasangan itu tidak mempunyai masalah kesuburan yang serius. Jika anda mempunyai masalah kesuburan yang serius, haruslah berbincang dengan doktor sakit puan & tuan.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan ketidaksuburan, jika anda ingin hamil elakkan makanan seperti ini.

Makanan yang perlu dielakkan

1) Minuman bergas & beralkohol
2) Jeruk
3) Junk Food
4) Fast Food
5) Elakkan ayam yang disuntik
6) Makanan dalam tin
7) Minuman berkafein
8) Makanan diprosess seperti hot dog, nugget dan sebagainya

Semua makanan di atas perlu dielakkan. Umum mengetahui, kadar bahan awet/artificial flavour dan colour sangat tinggi.

Makanan yang perlu di ambil

1) Makanan yang tinggi asid folic
2) Makanan organic
3) Susu kambing
4) Taugeh (bagus kerana mengandungi nutrien yang boleh menyuburkan wanita)
5) Kurma, kismis, segala makanan sunnah
6) Air zam-zam
7) Ikan
8) Lebihkan sayur-sayuran hijau

Di samping permakanan, kitaran hidup juga perlu diambil kira, antaranya

Cuba elakkan:

1) Mandi air panas (ini akan melemahkan sperma lelaki)
2) Jangan terlalu stress sehingga terbawa-bawa ketika hubungan intim
3) Berat badan berlebihan
4) Duduk terlalu lama di kerusi (ini akan menyekat pengaliran darah)
5) Pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi bahan kimia
6) Elakkan ubat perangsang seks
7) Elakkan memakai seluar yang ketat
8) Jangan memuaskan nafsu secara onani

Cuba Amalkan

1) Mandi air pada suhu biasa
2) Bersenam
3) Bercuti untuk menghilangkan tekanan kerja
4) Menikmati sepenuhnya hubungan intim anda
5) Kekalkan berat badan yang ideal

Anda juga boleh mengambil supplement yang bukan berasaskan bahan kimia, tetapi lebih kepada yang berasaskan bahan dari alam semulajadi, diantaranya:-

1) Jus kurma
2) Jus delima
3) Susu kambing dan kurma
4) Product shaklee
5) Krim lumiglow

Untuk product shaklee, ada beberapa supplement yang perlu lelaki dan wanita ambil seperti:-

1) Zinc - untuk lelaki, ini untuk memperbanyak dan mengaktifkan sperma lelaki
2) GLA complex - untuk wanita yang mahu hilangkan cyst dan untuk hamil. Jika mahu hamil, makan dari hari pertama anda period sehingga hari ke 14 (bergantung hari subur anda, jika kitaran haid anda 30 hari makan 30-14= 16, maka berhenti pada hari ke 16, jika kitaran haid anda 28 hari, makan 28-14=14, maka berhenti pada hari ke 14. GLA ini berfungsi dengan mengeluar cecair yang berbentuk mukus untuk memberi perlindungan kepada sperma yang masuk kedalam rahim wanita. Ianya akan melindungi sperma dr rosak sehinggalah ovum di lepaskan. Bermakna, jika anda melakukan hubungan intim 3 hari sebelum waktu subur anda, sperma pasangan masih lagi selamat ini kerana ianya akan hidup selama 72jam didalam rahim wanita. GLA complex juga boleh menyembuhkan tiub falapio tersumbat dan wanita yang mengalami masalah haid tidak teratur
3) B-Complex - Untuk wanita supaya lebih subur
4) Vitamin E - Bagus untuk hormon testeron

Untuk alternatif product lain anda boleh cuba cream lumiglow, dan sila dapatkan di laman web ini http://hormonlife.com/

Krim ini bertindak untuk menyuburkan kawasan yang bermasalah seperti tiub falapio, rahim dan system repredoksi lelaki.

Anda juga perlu pastikan samada anda mempunya masalah yang boleh menjejaskan peluang untuk hamil seperti  penyakit beguk, tiroid, cyst dan fibroid. Krim lumiglow ini juga boleh bertindak sebagai penawar kepada penyakit diatas.

Habis bab makanan, kita masuk bab adab dan tatasusila hubungan intim untuk anda yang ingin hamil.

1) Cari masa yang sesuai dan pastikan anda tidak terburu-buru ketika melakukan hubungan intim
2) Seeloknya sebelum melakukan hubungan intim, solat berjemaah dahulu bersama pasangan, ini bertujuan sebagai WARM UP kepada sperma dan OVUM anda dan juga meminta bantuan dr Allah. Paling bagus selepas subuh, badan dapat rehat yang cukup, dan bertenaga.
3) Mulakan dengan ucapan salam, kemudian Bismillah serta selawat
4) Posisi yang bagus untuk hamil, ialah lelaki di atas
5) Biarkan seketika, sehingga beberapa minit, barulah keluarkan alat sulit anda dari pasangan (selepas air mani keluar)
6) Terus mengiring ke kiri atau ke kanan sekurang-kurangnya setengah jam.
7) Jangan segera cuci kemaluan selepas hubungan intim
8) Elakkan mencuci kemaluan dengan cecair pembersih, ini akan menganggu sperma anda

Untuk wanita, seelok-eloknya dapatlah keredhaan suami untuk hamil. Manalah tau jika suami ada menyimpan marah atau pernah terguris dengan kelakuan kita, cepat-cepatlah minta maaf dan redha dengan kita supaya prosess kehamilan lebih mudah.
Ingat, redha suami itu sangat penting.

Minta maaf dengan ibu bapa dan sesiapa yang pernah kita sakiti, dan mohon bantuan dr Allah, yang penting jangan ada perasaan ragu-ragu terhadap Allah. Percayalah kadangkala usaha kita tidak diperkenankan kerana hati kita sentiasa ragu-ragu, seperti contoh , "ada orang lagi jahat dr aku, tp dapat je zuriat, tp kenapa aku susah sangat nak dapat".

Bila kita ragu-ragu dan bersangka buruk dengan Allah, maka susahlah rezeki nak masuk. Tidak seharusnya kita mempertikaian pencipta kita, sesungguhnya dia mengetahui segala-galanya.

Ni tips tambahan untuk hamil

1) Minum air rebusan kacang hijau (rendam 2 hari sehingga keluar ekor taugeh)
2) Makan pucuk turi (bagus untuk kesuburan wanita)

Segala artikel di atas, adalah hasil dari usaha rakan-rakan yang telah berjaya. Selamat berusaha, InsyaAllah berjaya.






Sunday, June 16, 2013

Bijak atau Pandai, Mana Satu Yang Paling Penting

Assalamualaikum.

Kini, ramai ibu bapa yang mementingkan aspek pendidikan yang berkesan kepada anak-anak. Seawal usia anak-anak 4 tahun, mereka telah dihantar ke sekolah untuk process pembelajaran, dan adakalanya ada dikalangan anak-anak akan memberontak. Ketika mereka masih kecil, mereka dikerah oleh ibu bapa untuk membawa pulang kecemerlangan, dan jika mereka tidak cemerlang, maka mereka akan dihukum.

Teringat ketika zaman saya kanak-kanak. Saya hanya bersekolah tadika ketika umur saya 6 tahun. Dan perkara pertama yang diajar oleh guru ialah ABC, 123, Perkataan, mengenal objek, tetapi kelas dijalankan secara santai. Ketika itu, tiada aktiviti pembelajaran yang begitu serius sehingga menyebabkan saya tertekan. Ibu dan ayah memang memantau pembelajaran saya, tetapi tiada kata-kata keras supaya saya perlu mendapat nombor satu ketika ujian.

Tetapi berbeza pada zaman kini, ibu dan ayah berlumba-lumba memastikan anak-anak mereka cemerlang dan mendapat A untuk semua matapelajaran. Bagi mereka, A itu adalah lambang mereka berjaya dan tiket untuk mendapatkan kejayaan hidup pada masa akan datang.
Tetapi mereka sebenarnya silap, berapa ramai anak-anak yang mendapat straight A itu berjaya dunia dan akhirat? Ya, memang mereka berjaya pada masa kini, tetapi apa akan terjadi pada 10 tahun akan datang.

Antara bijak dan pandai, perlulah seiring. Pandai adalah golongan yang cemerlang di dalam pelajaran, tetapi bijak pula adalah golongan yang mampu mencorakkan kehidupan dengan cara mereka sendiri. Ramai golongan yang bijak ini asalnya bukannya golongan yang pandai didalam bidang akademik, tetapi mereka bijak merencanakan kehidupan mereka sendiri sehingga ada yang mempunyai perniagaan yang gah.

Ramai golongan yang pandai, tetapi akhirnya kecundang didalam kehidupan mereka sendiri. Ini adalah kerana mereka gagal meletakkan rasional didalam diri mereka sehingga mereka terpesong dr landasan sebenar.

Berapa ramai pelajar genius yang terjebak ke kancah tidak bermoral? Saya tidak mahu menyebut siapakah mereka, kerana ini akan mengaibkan mereka. Apa yang saya tuliskan ini adalah panduan kepada ibu bapa supaya mereka tidak meletakkan aspek kecemerlangan akademik semata-mata tanpa melihat aspek lain yang lebih penting.





Pengasih Untuk Suami, Anak-anak dan Ahli Keluarga

Assalamualaikum.

Ramai yang bercerita tentang tips-tips untuk tampil anggun supaya boleh mengikat kasih sayang suami terhadap isteri. Senaman rapat lah, minum jus perapat, minyak pengasih, malah lebih teruk ada yang sanggup amalkan nasi kangkang semata-mata mahu suami sentiasa beri perhatian kepada mereka.

Nasi kangkang tu, silalah jangan cuba, berdosa dan syirik jika kita melakukannya, banyak lagi cara lain yang boleh kita lakukan dan mudah paling penting tidak memerlukan sebarang modal pown.

Pengasih paling senang dan ringkas yang boleh kita amalkan sepanjang hidup kita ialah dengan membacakan zikir-zikir ketika kita memasak, membasuh sayuran, membasuh dan melipat baju. Tapi jangan pula anda percaya, kuasa zikir itu yang boleh menyebabkan ianya berkesan, tetapi percaya kepada dzat Allah, dan kita cuma berusaha sebaik mungkin. Macam saya zikir  yang selalu saya amalkan ialah "Ya Latif" dan membaca Al-Maulhusna.

Jadikan ianya rutin harian anda ketika melakukan setiap perkara, InsyaAllah Allah akan membatu kita dalam setiap urusan yang rumit. Amin

FB, Instagram - Cerdikkah Anda Jika Menggunakan Laman Sosial Untuk Meluahkan Masalah Peribadi?

Assalamualaikum.
Tertarik dengan isu semasa yang saya rasakan semakin buruk, maka saya terpanggil untuk menulis tentang isu di atas. Sana sini golongan yang cetek akal fikiran mencoret, melahirkan rasa ketidakpuashati mereka kepada sesiapa sahaja di laman-laman social seperti face book, instagram dengan tujuan meraih simpati. Bijakkah anda jika anda mencanangkan ke seluruh dunia permasalahan anda dengan teman lelaki, suami, isteri, rakan malah ibu atau ibu mertua anda sendiri.

Di dalam arus kemajuan, masih lagi wujud insan yang berfikiran kurang cerdik dan bertindak mengikut rasa. Maaf saya katakana, jika anda tergolong di antara golongan yang suka melempiaskan kemarahan dan mengadu kepada masyarakat tentang masalah peribadi, anda adalah golongan yang dayus pemikiran dan tingkah laku. Biar kita tidak belajar tinggi, tapi tidak perperilaku kurang cerdik sebegini. Berterus terang dan bersikap telus dalam menyelesaikan masalah adalah cara yang terbaik. Banggakah kita bercerita seluruh dunia tentang masalah kita dengan ibu bapa atau yang sesiapa sahaja?  Kemudian, kita akan rasa terharu dengan komen2 yang diberikan oleh rakan-rakan yang bagi saya turut kurang cerdik akal dan tingkah lakunya.


Selalunya, orang-orang sebegini adalah orang yang memang bersalah, tapi malu dan ego untuk mengaku bersalah. Pada mereka, mereka tidak bersalah di sebabkan itu mereka mencanang semua hal peribadi mereka supaya diketahui umum…

Paling menyedihkan, jika kita berperangai sebegini, masyarakat akan menilai betapa ibu dan bapa gagal mendidik anak-anak untuk mempraktikkan nilai-nilai murni.
Isu sebegini tidak terhad kepada golongan artist sahaja, tetapi semua golongan tidak terkecuali. Sudahlah berkongsi masalah peribadi, ada juga ayat-ayat kurang manis seperti mencarut di tulis juga.  

Seharusnya, masalah peribadi perlu diselesaikan secara personal, dan tidak melibatkan pihak-pihak lain, paling sediy bila mereka ini “terkantoi”, mereka akan menidakkan sehabis-habisan dengan mengatakan isu itu tiada kena mengena dengan orang lain, walaupun sudah jelas tindakan mereka itu ibarat menegakkan benang yang basah. Kemudian akan ada tindakan saman-menyaman antara dua pihak kerana tidak berpuas hati. Insan yang terlalu suka menyebarkan isu peribadi di laman social kurang arif sebenarnya tentang undang-undang, memang betul anda tidak meneybut nama seseorang itu dengan jelas, tetapi anda masih boleh dikenakan tindakan undang-undang, apatah lagi anda menyebut dengan jelas sifat-sifat peribadi sesorang itu seperti “seseorang yang dianggap seperti ibu kandung” ataupun “pihak sebelah isteri”. Gelaran seperti ini sahaja sudah boleh mencerminkan siapa yang anda maksudkan.


Berfikirlah sebelum mencoretkan sesuatu, fikir dan renungkan kembali apakah kesan kepada kehidupan anda nanti, ianya bukan boleh menyelesaikan masalah, tapi boleh mengakibatkan diri anda malu sendiri kerana satu hari nanti diri anda juga akan dicemuh kerana bersifat kurang cerdik.
Anda bukan sahaja bersalah kepada orang yang dikutuk, tetapi berdosa kepada seluruh masyarakat kerana menyebarkan fitnah, maka di sini sisi peribadi anda akan jelas di lihat sebagai manusia yang tidak bertamadun.

Jika masyarakat zaman dahulu suka melukis pada dinding-dinding batu untuk meneceritakan apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan mereka, tetapi anda lebih mundur dari mereka kerana mencoret sesuatu yang bersifat buruk di laman-laman sosial...realitinya, kita sekarang seolah-olah kembali kepada zaman purba yang ketika itu tidak bertamadun.