Pages

Saturday, October 3, 2009

Hari Raya di kampung halaman

Tiap-tiap tahun raya memang seronok walaupun tanpa ibu tersayang. Mujur masih ada mak wa (nenek) mak busu (adik arwah mama) kak long, intan, dan ateh (sepupu tersayang) serta pak busu (suami mak busu) untuk saya menumpang kasih sayang mereka. Satu hari sebelum menyambut syawal memang amat sibuk, seawal 6:45 pagi keadaan rumah yang sunyi bertukar menjadi riuh rendah dengan suara mak busu yang menyuruh kami semua bangun untuk menolong mereka memasak rendang, ketupat dan lemang. Kesian melihat kak long, di akibatkan hanya dia seorang yang tahan lasak maka dia telah di tugaskan untuk memarut kelapa, uh memang penat, bayangkan sepuluh biji kelapa yang terpaksa di parut untuk membuta 14 batang lemang dan juga sekuali dara rendang hitam.

Lemang ni kira penggati ketupat palas la..rendang hitam pula menu wajib kami saban tahu, walaupun warnanya hitam tapi rasa dia sangat sedap, tak sampai 2 hari raya, rendang tu licin kami sental.

Kampung saya tak makan ketupat biasa, lontong pun tak ada..kalau ada tu macam pelik la pula.
mak busu ni memang pandai memasak, tak payah buku resepi, dia main campak-campak je..pagi tu saya mengadap mak busu yang sedang sibuk menyiapkan rempah ratus untuk rendang hitam dia..patutla rendang dia sedap rupanya ada rempah ratus rahsia.
nak tau apa dia? ooh, lada hitam di tumbuk dengan bunga lengkuas dan isi lengkuas sekali, bunga lengkuas tu yang menyedapkan lagi rasa rendang tu.

Pak busu pula di tugaskan untuk membakar lemang, bab ni memang dia pakar, memang tak pernah gagal lemang yang dia bakar, lembut, dan saya paling suka bahagian hujungnya, berlemak dang sedap sangat kalau cicah dengan rendang hitam.

kami pula macam biasa mengemas di ruang tamu dan halaman rumah, sofa baru, langsir baru kuih pun baru juga, he,he..ada yang buat ada juga yang beli. tapi banyak beli la....

dalam suka-suka, kadang-kadang ada juga duka. Petang raya tu, mak busu pergi ambil kek coklat di rumah seorang rakan, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah , mak busu gagal mengawal motosikalnya, kemudian apalagi...habis papan tanda awas di rempuhnya, mujur tidak tercampak ke dalam sungai.