Pages

Thursday, April 16, 2015

KWSP-Ko Dah Kenapa?????

Apa nk jadi dengan Malaysia ni? Makin hari banyak sangat perkara yang tak masuk akal terjadi.
Terbaru ni, issu KWSP yang mana had pengeluaran di lanjutkan kepada 60 tahun. Alasannya, ada survey yang bgitau depa2 ni habiskan duit dlm masa yg singat. Eh, hang dah kenapa?, tu duit depa kot, kata simpanan hari tua, takkan nk belnja duit sendiri pun nk kena mintak permission dari hang?. Depa kerja penat2, bila dah tua duit tu lah guna untuk belanja, byar loan, buat rumah, perubatan n else..so kenapa ramai yg sibuk2 nk masuk campur. Dah kenapa yg concern sangat2, selama ni kita kerja penat2, bayar tax, ada sesiapa kisah? Ni duit kwsp plk yg dikisahkan...

Tolonglah, itu duit penat lelah kami, so up to kami nk joli ke, nk tidor atas duit ke...kenapa nk take cara sangat????.

Tuesday, April 14, 2015

Tanya Pun Salah Ker

Assalam,
Lama x tulis apa2 dlm blog ni, so now InsyaAllah nk active menulis balik since dah x berapa sibuk.
Lately ni bnyk sangat issue panas2 kt blog n akhbar, dan paling menarik minat is Tun Mahathir. Terfikir sesuatu, Tun hanya bertanya sesuatu yang semua rakyat nak tahu, tetapi ada segelintir orang yang nampak sangat mengampu, suruh police siasat Tun. Kenapa yer, salahkah bertanya, bukn menuduh pun, takkan tu pun kena tahan sebb hasutan...radiculous reason. Rakyat tak berhak untuk bersuara.

Mesti nak tahu apa yang jadi, for those people yang x bayar cukai, mungkin x kisah kemana duit tu pergi, but for us yang tanpa gagal membayar cukai kepada gorverment, of course nak tahu apa yang terjadi, tu sebab bertanya, bukn menuduh.

Sebagai rakyat Malaysia pun, kami nak juga tahu kes altantuya, sebab complicated sangat2. Sampai sirul beritahu dia di arahkan untuk membunuh, so semua nk tahu kebenarannya. Common sense, semua orang pelik, macamana pesalah yang sedang manunggu hukuman di jatuhkan tidak di blacklisted di imegresen, malah passport pun x di tahan, tapi orang yang tak bayar ptptn kena blacklisted and x blh pergi oversea. Takkan yang tak bayar ptptn lagi besar kesalahan dari yang dituduh membunuh?

Tak ada siapa yang menuduh, tetapi kami hanya bertanya untuk dapatkan kepastian.
Pemerintah kena lah telus, supaya rakyat tak keliru dan memberi sokongan penuh terhadap pemerintah.

Ni baru isue ni, belum GST lagi. Dulu cakp hanya akan ada 6% tax, but now bolh pulak dapatkan license untuk charge Service tax 10%. So dah jd 16% tax yang ada....Kenapa dari dulu x bagitau terus terang, after implement, baru keluar issue tambahan mcm ni. Penipuan yang sangat2 terang terangan.
Tak semua isi rumah bergaji 20k, tak semua mampu. Boleh implement GST, tapi apa guna GST tapi pendapatan perkapita isi rumah masih di tahap x memuaskan. Berapa ramai rakyat yang perlukan bantuan zakat? Dari situ kita tahu, ramai lagi rakyat Malaysia yang x mampu. Sepatutnya ambil kira benda yang mcm ni.

Sedih betul rasa, asal luah perasaan je, kena tahan bawah akta hasutan, sedangkan kami hanya mahu luahkan apa yang kami rasa, bukan menghasut atau menentang kerajaan.......