Pages

Thursday, January 1, 2015

Move on


Kenapa Allah uji kita?
Sebab, Allah sayang kita sebenarnya, worst thing yang jadi today is for the best thing in future sebenarnya. Tapi kita kan manusia, benda yang kita x nampak tu lah yang kita x boleh nak hargai dan faham, tu sebb kita selalu ragu-ragu bila Allah uji kita.

The same thing jadi kat saya. For those yang tahu my personal life, of course tahu pada usia kandungan kembar mencecah 5 bulan, saya telah diuji dengan ujian yang maha dasyat sampai tak termampu nak bangun dan bangkit balik, seluruh hidup rasa macam dah musnah, yang mampu time tu menangis, sampai pernah satu tahap drive dari rumah my father ke KL dalam keadaan menangis tanpa henti,

Ujian yang Allah beri time tu memang berat sangat-sangat, dah la preggy, emosi memang x stabil, ditambahkan pula dengan ujian yang mendatang, time tu rasa macam nak cabut nyawa sendiri, mujur ada family yang sentiasa beri semangat.

A few months untuk emosi kembali normal and boleh keluar jumpa kawan2 balik, sepanjang tu, memang my father, my mom n my brother banyak bagi support, so start time tu baru rasa, eh abang aku ni sayang kat aku rupanya, ingat dia x kisah tentang aku...huhuhuhu

yes, bila kita di uji, kita x nampak apa kebaikan yang kita akan dapat, yang kita tahu kita questionkan kenapa Allah pilih kita, sedangkan ramai lagi orang lain kat muka bumi ni, tapi kita gak yang Allah pilih.

Masa tu, memang x boleh terima hakikat, but slowly kita boleh blend dengan apa yang terjadi, slowly kita jadi kuat sebenarnya, camtu gak my self, so from there dapat kekuatan baru.

Semua bergantung pada kita, so dalam hidup ni usahlah banyak sangat nak mengeluh if dapat ujian, memang susah, tapi slowly cuba terima ujian tu dengan redha, ajal maut semua tu Allah yang tetapkan, macam tu gak ngan jodoh n rezeki.

Paling penting kena move on, tak payah nak ratapi or fikir2 balik ujian yang Allah bagi tu, fikir untuk kebaikan takpe, tp bukan fikir untuk carik pasal.

lagi satu, stop share sesama manusia, x berbaloi. Better kita cerita dengan Allah, lagi berbaloi and salah satu sebb Allah uji kita pun sebb dia rindukan rintihan kita untuk meminta tolong dan mengadu pada Nya, so rajin-rajin lah kita meminta pertolongan pada Allah dan beramal ibadat, bukan beramal ketika kita susah dan lupakan dia ketika kita senang...


Whatever


Punya lah lama x menulis, memang x ada masa and rasa malas sangat nak menulis, tp tiap kali bukak blog and tengok kat stats, visitor still ramai walaupun x update. Apa yang korang baca? Huhuhuhu. Bukak email plak, ramai plak yang tanya kenapa lama x update blog, wah i bukan femes pun, suam-suam kuku je pon...anyway thanks kat sape yang still lagi baca walaupun x update. Untuk yang email tanya pasal tips nak dapat anak kembar tu, seriously no tips pun, mungkin sebab genetik, tu yang dapat kembar. Bab, yang tanya samada ada buat IVF ke tidak? Semestinya jawapannya adalah TIDAK. Tak delah duit sebanyak tu nak buat IVF, meh la story kali kedua pasal my twin ni, so hope boleh menjawap secara keseluruhan soklan korang tu.

Actually my second pregnancy ni memang x plan pun. My eldest pun masa tu baru 5 bulan, so memang terkejut sangat-sangat bila tahu pregnant. If korang pernah preggy, korang sure tahu yang perubahan bentuk badan korang kan? So from there we can predict something wrong, tul x? So time tu memang rasa eh apesal badan cam rasa lain je, bila duk mencangkun rasa sakit kat tulang punggung tuh, rasa ngilu2, tp time tu belum time period overdue pun. Cuma tangan cam gatal je nak check urin, so letz check. Masa check tu, tengok ada satu line je, memang hati gembira siap terloncat-loncat bila result x preggy, yeszza i x pregnant...tetiba dalam 15 min pastu, nak buang pregnancy test tu, masa nak buang tu, baru perasan ada satu line samar-samar timbul...erk dua line lah pulok, tapi samr-samar je...hurmm camner ni? Preggy ke tak? Takpe, biar je dulu, tunggu after 1 week, nanti check balik. After 1 week tu check balik, yesss conpom preggy.
Termenung sekejap, aduss iqbal still kecik lagi ni, so camner ni nanti, boleh ke manage ni? Pening gak time tu, tp malas fikir..
.
Yang buat tahu kembar tu, after 3 months, so nak check up untuk buat buku pregnant. Suruh doc tu scan, masa scan tu memula Nampak cam biasa je, bila doc pusing-pusingkan alat tu, tetibe dia menjerit cakap Nampak ada dua kepala, time tu memang x faham, eh ada dua kepala? Huh, nape camtu plak, macam2 timbul kat kepala, owhh rupanya kembar...
Fuh, lega dengar, ingat apesal tadi. Time tu x tau nak cakap apa, semua rasa ada, panic+suka+takut+tak confident = blur...
Serious, memang blur time tu sebb x expect pun akan dapat kembar.
If yang nak tahu berat or cabaran dia, korang leh baca kat entry sebelum-sebelum ni, ada je share kat situ..rajin-rajin scroll keh.


Welcome 2015

2014 in memory and welcome 2015.
Rasanya sepanjang 32 tahun hidup, tahun 2014 tahun yang paling suram dan penuh dengan kejadian2 beremosi, lagi hebat dari kejadian highland tower and tsunami.
Paling terkesan ialah 3 kes yang sangat-sangat besar akibatnya, MH370, MH17 and banjir besar di negeri pantai timur, perak,perlis and johor. Memang banjir ni tak lah seteruk tahun 1971, tapi kesan dia mungkin lebih teruk, dah la banir, ada juga kejadian meragut nyawa sepasang suami isteri dan seorang bayi..takziah pada keluarga diorang.

Seriously, memang x boleh nak gambar apa perasaan mereka yang terbabit dengan banjir besar, hilang rumah, harta, malah ahli keluarga. Bersesak-sesak kat penempatan banjir, if orang muda xpe, cuba bayangkan orang2 tua yang terlibat, alahai kesiannya. Dah la uzur, bersesak kat tmpat yang memang x selesa, nak pergi bilik air pun susah, so korang sumer boleh fikir kan?

Terfikir-fikir, kenapa eh benda ni jadi? Apa peringatan yang Allah cuba bagi kat kita semua, benda ni dah seminggu kitorang kt opis jadikan tajuk tiap kali time breakfast or lunch. One of my BFF cakap, sebab peringatan ke atas mereka-mereka yang menyalah gunakan duit zakat. Betul gak, tiap tahun kelaur kat paper berjuta duit zakat dibayar oleh seluruh penduduk Malaysia, tp still ada lagi orang yang susah sampai rumah nak roboh macam yang di siarkan dalam bersamamu, so mana pergi duit zakat yang berjuta tu? Memang pelik bila tengok eh, apesal still ada lagi orang yang duduk rumah macam rumah abu nawas ni? Bukan ke ritu ada keluar paper duit cukailah, duit zakat lah kemain banyak? So nape x bagi ke diorang? Wah, tetiba cam over plak nak question kan soklan macma ni kan? Letz fikir lah, bukan lah nak mempertikaikan atau mempersendakan? Just pertanyaan untuk dapatkan kepastian je...sibuk-sibuk nak wat GST, tapi rakyat still ada yang miskin lagi, sibu-sibuk keluar statistic purata pendapatan rakyat Malaysia 5000. Hurmmm rasanya tu bancian kat mana? Kalau balik kampong, still Nampak ada je orang kampong yang susah, nak makan pun kadang-kadang kena mintak jiran, so kat mana relevant purata pendapatan isi rumah 5000 tu?
So, semua kena fikir elok-elok, banyak sangat pengajaran kat kita yang Allah suh fikir, bukan setakat kat mulut je kita cakap kesian. Camtu gak kat mangsa yang terlibat tu, ada sebab Allah bagi ujian, kita yang tengok ni, x yah la pepandai nak wat spesikulasi yang hebat sangat, sok-sok time kita kena, tahu marah bila orang cakap macam-macam.

Tutup bab banjir, buka bab MH370 n MH 17. MH 370 tu memang misteri mak lampir sebab sampai skang x jumpa-jumpa, walhal satellite ada, system boieng tu sendiri dah canggih, ejen perisikan lagi lah hebat, boleh tahu kau menyorok kat celah mana, tapi still x jumpa MH370 tu. Kat situ memang pelik lah, sampai tun Mahathir pun tergelak bila baca, sebab macam x logic kot, if yang hilang tu kereta tolak or kapal terbang mainan of course lah x leh nak jumpa. Sampai skang waris diorang tertanya-tanya ape punca MH370 tu hilang.
Tu belum masuk bab andaian orang-orang yang terlampau bijak pandai, kaitkan juruterbang dengan masalah peribadi sampai sanggup hilangkan kapal terbang tu. Wah , kau dah kenapa? Orang giler pun x akan buat benda macam tu kot.
Yang mampu kita buat adalah berdoa supaya MH 370 tu selamat dijumpai.

MH17, kejadian kedua terburuk selepas kejadian tanjung kupang. Memang mereka semua mati, bersyukur sekurang-kurangnya ada mayat diorang dan kita tahu ape yang terjadi. Kita ni manusia, apa yang kita Nampak pada mata kasar, x semestinya sama dengan yang tersirat. Bersyukur juga sebab mereka semua meninggal ketika bulan ramadhan, which is orang yang meninggal pada bulan ramadhan akan terlepas seksa kubur.


Apepun, semua dah berlalu, the past is past, so untuk tahun 2015, semoga tiada lagi insiden-insiden yang mengerikan berlaku.