Pages

Thursday, January 3, 2013

15 Tahun Telah Berlalu

Tahun 2013 ni genap 15 tahun arwah mak meninggal dunia. Satu-satunya kenangan yang susah untuk dikikis dari hati dan fikiran. Malam ni pown, even dah menjengah ke angka 12.03am, still x boleh tido bila teringatkan arwah.  I believe every people have their moment with their mom, and the same thing goes to me.

I lost my mom when i was form 4@16 year old. Masa arwah meninggal, setitis pown air mata ni x mengalir disebabkan terlampau sediy, tp saya betul-betul redha dia kembali mengadap pencipta, tapi selang beberapa jam selepas majlis pengebumian, baru terasa air mata berjurai-jurai tanpa henti. Masa tu memang x boleh nak cakap apa-apa, saya sendiri x menyangka arwah akan pergi tinggalkan saya sebelum sempat tengok saya berjaya dalam hidup dan pelajaran.

Banyak sangat kenangan saya dengan arwah, sampai x boleh nak potraitkan dalam kepala. 3 bulan terakhir sebelum arwah meninggal, mcm2 arwah nak makan, asam pedas, pucuk ubi rebus dan sambal tumis, KFC, jantung pisang, ayam goreng, sambal udang n buah jambu batu. Alhamdullillah semua tu dapat saya buatkan untuk arwah. Memang dalam masa 3bulan tu, arwah nampak sihat, walaupun dah paralyse separuh badan, selera pon makin bertambah.

Teringat waktu menyambut harilahir arwah yang ke 47, masa tu, kami x ada duit nak beli kek sebab duit banyak habis untuk ubati arwah, yang ada masa tu cuma tepung n beras je. Tapi saya masih ada keinginan untuk sambut hari lahir arwah, memang terdetik itu mungkin hari lahir terakhir yang kami akan sambut bersama. Kami adik beradik gotong royong siapkan kad ucapan, saya pula buatkan lempeng tepung kesukaan arwah dan sambal ikan bilis juga. Kemudian kami letakkan lilin atas lempeng..berderai airmata arwah bila tengok kami berusaha untuk meraikan hari lahirnya, digagahkan juga meniup lilin walaupun dalam kesakitan...makan lempeng sambil gelak ketawa. Ya, kami kurang wang belanja ketika itu, tapi hati kami semua bahagia. Cuma saya tak sanggup melihat arwah, saya tahu dia menderita sakit,  cuma masa tu saya minta untuk Allah panjangkan umur dia sekurang-kurangnya saya sempat menyambut hari raya puasa dan kurban untuk kali terakhir bersama-sama arwah.

Sepanjang malam kami adik beradik bergilir-gilir urut kaki badan kerana bisa-bisa, tiap pagi pula kami tukar air mandi dan cebok, kemudian buang semua najis2 arwah. Bila arwah dah selesai bersihkan diri, kami letakkan sarapan di tepi katil. Itulah rutin harian kami. 2 hari sekali kami akan mandikan arwah, hari-hari biasa arwah cuma akan gosok gigi dan lap-lap badan dengan tuala basah sahaja.

Ramadhan terkahir arwah, dia tidak mampu berpuasa, setiap tengahari, saya akan letakkan makanan dan arwah akan makan sendiri, waktu ni, sakit arwah bertambah teruk, anak mata arwah sudah beralih ke tepi hujung mata, seakan-akan juling. Jantung arwah makin kritikal, doktor sendiri cakap x ada apa yang boleh dibuat lagi, hanya berserah kepada Allah.

Memandangkan keadaan arwah yang semakin teruk, saya redha apa sahaja yang Allah telah tentukan untuk arwah. pada malam 27 ramadhan, saya bangun untuk melakukan solat hajat. Satu-satunya doa yang saya panjatkan kepada Allah ketika itu berbunyi begini. "Ya, Allah ya Tuhanku, sesunggunya aku tidak mampu melihat ibuku didalam keadaaan kesakitan yang teramat sangat, aku redha dengan apa ketentuan mu Ya Allah, jika engkau berkehendakkan nyawa ibuku panjang, kau sembuhkan lah ia dari penyakit atau kau gantikan nyawanya dengan nyawaku Ya Allah, aku lebih rela menggantikan tempat ibuku dari melihat dia menderita kesakitan. Tetapi jika takdirmu disebaliknya, aku telah redha ya Allah".

Demi Allah, di mulut memang saya redham tapi sudut hati, hanya Allah yang maha mengetahui.

Malam sebelum arwah meninggal, saya sempat bersembang dengan arwah. Waktu tu kami terdengar bunyi burung hantu, kemudia arwah berkata begini. "biasanya kalau burung hantu beunyi malam-malam ada orang nak meninggal". Kemudian saya tergelak dan menidakkan kata-kata arwah. Walaupun jantung berdegup kencang bila arwah berakata demikian, namun hati tetap meminta supaya ianya tidak terjadi.

Pagi 12.05.1998 & 9.00 am@selasa, selepas minum segelas susu, arwah terus mengucap dengan sendiri dan waktu itu, pandangannya kaku walaupun masih bernafas.. Saya tahu, itu adalah hari terakhir saya bersama dengan arwah, saya angkat arwah, kemudian letakkan atas katil, saya kucup pipi, dahi dan tangan arwah....saya mohon ampun dan maaf dan mengucapkan betapa saya cintakan dan sayangkan arwah.

Nafas arwah semakin tenat, dada semakin berombak, orang semakin ramai yang datang. Abah pula ambil along kat sekolah sebab along ada kelas tambahan, lepas along sampai@9.12am, arwah mama hembuskan nafas terakhir dipangkuan saya.

Masa tu, saya x menangis langsung, dari urusan mandikan sampai kafankan saya sentiasa ada bersama-sama arwah, sehinggalah arwah dikebumikan. Selepas itu baru saya menangis...
Malam selepas arwah meinggal, satu-satunya hajat yang saya minta pada Allah, saya ingin berjumpa untuk kali terakhir dengan arwah samada dalam keadaan sedar atau separuh sedar.
Alhamdulillah, waktu tu saya mamai-mamai sebab kepenatan, tapi saya still nampak bayang-banyang arwah memakai telekung datang kepada saya. Arwah pangku saya kemudia peluk sambil cium dahi saya, waktu tu saya menangis cuma di sebabkan penat saya x mampu nak bangun...saya dengar arwah ucapkan "mama sayang adik". itulah kata-kata terakhir yang saya dengar...pagi tu bagun je dari tidur, saya terus cari baju arwah yang arwah pakai masa tengah nazak, saya cium baju tu puas2, menangis sepuas-puasnya...Ya Allah sesungguhnya aku belum puas bermanja dengan arwah ibuku.......

2 minggu lepas tu, waktu balik dr sekolah, saya beli jambu batu kegemaran arwah, sampai je kat rumah, saya terus beri salam, tak ada orang pown menyahut, saya terus bukak pintu, tiba-tiba baru saya teringat sesuatu, waktu tu saya dah terjelepok kat lantai sebab terlupa yang arwah sudah 2 minggu meninggalkan saya.....

Sememangnya saya rindukan Arwah, rindu yang memang x berpenghujung...saya sentiasa doakan arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman...Amin...

Monday, December 31, 2012

Bercinta, Berkahwin dan Nafkah

Salam. Kira ini adalah entry terakhir sebelum menjelangnya tahun 2013.
Bermulanya entry ni disebabkan artikel tentang artis kumpulan ruffedge yang dituduh merogol anak tirinya (saya gunakan perkataan dituduh since hukuman belum dijatuhkan lagi). Susulan dari kejadian tu, ibu mangsa ada menceritakan bahawa pada siang hari, beliau pergi bekerja kerana suspek tidak bekerja dan tidak memberikan nafkah kepada mereka anak beranak. Tapi bukan hendak bercerita tentang kejadian tu, cuma saya nak tekanka isu bercinta, berkahwin dan nafkah.

Dearest dear, masa kita bercinta memang semua benda tu indah dan kita sanggup berkongsi apa sahaja dengan boyfriend kita. Pendek kata, x kaya x ape, janji hati bahagia. Bahagia sangat kan???

Cuba tengok lepas kahwin ape jadi?? boleh ke hidup tanpa nafkah atau wang perbelanjaan? Kalau belanja harian pon isteri yang kena keluar bekerja untuk tanggung?
Boleh ke hidup dengan cinta je? cuba fikir elok-elok sikit sebelum buat keputusan nak kahwin, tengok dulu lelaki tu ada kerja atau tidak, x pelu nak cari yang dato or tan sri, tp cukuplah sekadar ada pendapatan dan boleh menampung belanja keluarga, dan kita sebagai isteri tolong sikit2, bukan kita yang kena tanggung suami. Dayus giler lelaki kalau x beri nafkah kepada isteri, malah minta lagi duit daripada isteri.

Ish geram betul bila fikir2 kan. Yang lelaki pown satu, dah tau x mampu, tp still nak jugak kahwin kenapa? kalau ye pown ada keinginan nak kahwin, crilah pendapatan tetap, kerja kampung pon x apa, janji ada duit nak sara anak bini. Yang pompuan pown satu, dah tahu lelaki tu penganggur, sebab cinta and sayang, sanggup butakan mata kahwin dengan lelaki tu, paling best duit hantaran pihak pompuan sponsor..giler ah...

Ni lagi best, kongsi semua benda sama-sama, tp bab cari duit isteri sorang yang susah payah, lepas tu paling geram bila balik kampung ajak share duit minyak and tol, bila balik kampung isteri, isteri kena tanggung semua..hamboi, manyak cantek muka diorang...

kadang-kadang bila baca kisah camni dalam blog suzana ghazali, rasa geram jerk...cubalah korang brows kisah rumahtangga dalam tu, sure korang rasa nak pukul je kepala lelaki tuh... http://bersamasuzana.blogspot.com. cuba la click kat situ, banyak lagi masalah yang korang leh baca...

Perkahwinan tu suci, tapi janganlah gadaikan kesucian itu, sebagai lelaki kenalah cari nafkah untuk keluarga. Kalau rasa belum mampu menyara keluarga, jangan berkahwin dulu..stabilkan diri anda dahulu.