Wednesday, March 14, 2012
FAISAL TEHRANI
I'm fever with Dr.Faisal Tehrani...for me he is the best novelis in malaysia. The best novel yang i dah baca are KETUPAT CINTA & MANIKAM KALBU. Ketupat cinta memang best....tolong la beli ye...susah nak jumpa, but you can order from UJANA ILMU. Just click the UJANA ILMU.
memang ramai yang cakap he is a syiah group, but i don't care! Saya suka corak penulisan beliau, keratif dan gemar berfantasi, but realistik....saya bukan ikut ikutan dia, saya suka buku yang beliau karangkan, selagi bait-bait dalam buku beliau tidak menyimpang dan tersasar, saya akan terus membeli
Ni sedikit tentang Faisal Tehrani.
Faisal Tehrani is the pen name of Mohd Faizal Musa is a novelist from Malaysia.He was born on August 7, 1974 at Hospital Kuala Lumpur and grew up in Malacca, Malaysia. This novelist has won prizes and awards, including the prestigious Anugerah Seni Negara in 2006.
Kasih keluarga penawar jiwa
I have no reason why i post this article here. Just wanna share this.
Minda: Kasih keluarga penawar jiwa
Oleh Hariyati Ariffin
APABILA menyebut ‘sakit mental’ ramai membuat tanggapan bahawa individu mengalaminya gila dan perlu dijauhi. Stigma yang dilabelkan kepada golongan berkenaan amat tidak adil kerana pesakit tidak pernah terfikir untuk menjadi begitu tetapi kerana tekanan hidup yang tidak mampu dikawal adakalanya menjadikan mereka hilang arah dan sukar mengawal emosi serta bertindak di bawah sedar.
Paling menyedihkan ada golongan pesakit mental dibiarkan berkeliaran tanpa mendapat pembelaan, penjagaan rapi serta disisihkan keluarga dan masyarakat. Ada juga yang mampu disembuhkan tetapi tetap disisihkan apabila rekod mengatakan mereka ini pernah menjadi pesakit mental. Justeru, tidak hairan akibat kekurangan sokongan moral untuk meneruskan hidup selepas sembuh, penyakit berulang kerana masyarakat tidak memberi sokongan untuk mereka meneruskan hidup secara lebih berkualiti.
Berikut adalah kisah benar untuk renungan bersama.
Dia seorang yang sangat bijak dalam pelajaran, disenangi keluarga, menjadi idola adik-beradik dan kebanggaan ibu bapa. Dia lulusan sarjana muda dari sebuah universiti tempatan dan amat suka membaca, menghabiskan masa membuat penyelidikan serta menghadiri majlis ilmu.
Namun, satu hati dia menangis tanpa henti, tidur dari pagi sampai malam dan tidak mahu berjumpa sesiapa. Sejak itu perangainya mula berubah menjadi pendiam, susut tubuh badan, suka bercakap sendiri dan tergelak tanpa sebab. Ibu bapanya terlalu risau lalu cuba mendapatkan rawatan. Pelbagai kaedah rawatan dicuba, daripada perubatan hospital hingga tradisional. Lima tahun berlalu dan dia sedang dalam proses pemulihan. Bila keadaannya semakin pulih, dia ingin bekerja. Di mana dan bagaimana dia harus memulakan kehidupannya semula selepas hampir lima tahun menjadi orang asing dalam dirinya.
Kisah di atas adalah sebuah kisah benar yang didiagnosis oleh doktor sebagai penyakit kemurungan iaitu satu daripada cabang penyakit mental. Adakalanya keluarga sendiri tidak menyedari perubahan tingkah laku pesakit sehingga satu tahap dia kelihatan benar-benar tidak normal dan merisaukan barulah mereka menyedari dia perlu mendapat rawatan.
Ada antara golongan yang menghidap penyakit seumpama ini terdiri daripada golongan cerdik pandai dan profesional. Amat sedih dan rugi besar apabila mereka yang mempunyai kelulusan tinggi terpaksa menghabiskan sisa hidup dalam keadaan tidak menentu.
Berdasarkan kisah di atas sakit mental mungkin dilihat sebagai satu penyakit biasa dan kurang mendapat perhatian masyarakat, tidak seperti kanser, jantung, buah pinggang dan sebagainya. Namun, peningkatan pesakit mental dilaporkan baru-baru ini, memberi isyarat kepada masyarakat dan kerajaan bahawa sesuatu perlu dilakukan demi menjaga kesejahteraan dan keharmonian masyarakat serta negara.
Pesakit mental perlu mendapat rawatan dan pembelaan sewajarnya, bukan sekadar mendapat rawatan di hospital dan pengambilan ubat secara berterusan tetapi juga sokongan moral dan kasih sayang daripada keluarga dan masyarakat untuk memulihkan mereka menjadi individu berguna. Memang sesuatu tidak mudah tetapi tidak mustahil dilakukan.
Berkaitan itu pula, fakta yang diperoleh daripada laporan akhbar dan media online mendapati statistik secara purata menunjukkan seorang daripada enam rakyat negara ini dikenal pasti menunjukkan ciri-ciri sakit mental.
Malah tinjauan Kesihatan Mobiliti dan Kesihatan 2011 juga menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.
Statistik terbabit juga mencatatkan jumlah pesakit mental meningkat 15.6 peratus pada 2010 berbanding tahun sebelumnya dengan 400,227 orang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan berhubung penyakit mental pada 2010.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pernah dilaporkan berkata bilangan pesakit mental mencatat peningkatan drastik di negara ini dan jumlahnya kian bertambah setiap tahun.
Selain itu, beberapa kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Bank Dunia mendapati kemurungan adalah penyakit keempat paling serius dalam melumpuhkan jiwa seseorang di muka bumi ini.
Berdasarkan fakta dan statistik berkenaan, cuba bayangkan jika semakin hari semakin ramai mereka yang tidak sihat mentalnya hanya mendapat rawatan biasa saja tetapi mereka kurang mendapat sokongan moral untuk meneruskan kehidupan. Jika ini berlaku kemungkinan mereka ini sukar untuk sembuh dan tidak mustahil menjadi ancaman kepada masyarakat pula.
Apa yang ingin dicadangkan ialah kerajaan dan pihak tertentu perlu mewujudkan satu kumpulan sokongan atau pusat sehenti bagi mereka yang mengalami masalah kemurungan dan tekanan melampau mendapat bantuan moral. Fungsinya mungkin lebih kurang seperti fungsi ‘cure n care’ iaitu sebuah ‘one stop centre’ bagi penagih dadah yang diwujudkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Chow kit.
Di pusat berkenaan, ia boleh dijadikan tempat pesakit bertukar-tukar pendapat dan menjalankan aktiviti bersama. Umpamanya ramai pesakit suka perkara yang tidak memberatkan fikiran. Mereka suka kepada hiburan seperti menyanyi, menari, melukis dan membuat kraftangan.
Jika ada sebuah tempat seumpama itu mereka boleh duduk beberapa jam sehari untuk proses pemulihan. Selain itu, interaksi mereka yang senasib mungkin boleh memberi semangat kepada pesakit kembali menjadi normal.
Selain itu, jika ada pesakit yang sudah pulih, mereka harus diberikan peluang untuk bekerja dan menyara hidup tanpa prejudis. Peluang pekerjaan yang berkaitan harus dibuka untuk bekas pesakit mental bagi memberikan mereka sinar baru dalam kehidupan. Ini juga akan membuat mereka berasa lebih tenang menghadapi kehidupan.
Dalam hal ini juga peranan keluarga amat penting memberi sokongan moral untuk menyembuhkan pesakit. Semangat kasih sayang dan perhatian keluarga adalah ubat paling mujarab menyembuhkan pesakit. Kasih sayang sifat terpuji dalam Islam. Ini kerana belaian dan layanan mesra daripada ahli keluarga akan melahirkan suasana yang tenang, harmoni dan damai dalam kehidupan.
Ada juga segelintir keluarga tidak sanggup berkorban masa dan mencurah kasih sayang untuk bersama mereka yang mengalami sakit mental. Pesakit dianggap sudah tidak berguna lagi dan sanggup menghantar pesakit ke hospital bahagia dan pusat rawatan tradisional yang memisahkan pesakit dan keluarga.
Amatlah menyedihkan apabila kita mendengar kisah mereka yang menghidap sakit mental mendapat rawatan secara tradisional yang menyeksa seperti dipukul dan dikurung dengan alasan untuk menghalau jin dan syaitan.
Penulis pensyarah UiTM Shah Alam

Rentetan Kisah Ibu Di Tinggalkan Anak di Hotel Budget
Kalau tengok kat you tube berlambak orang mengutuk mamat ni...cuba baca artikel ni dulu....
‘Beri Amir peluang’
Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Anggota masyarakat perlu berperanan sebagai penyelesai masalah, bukan menyalahkan mana-mana pihak bagi menyelesaikan sebarang masalah yang berlaku selain tidak hanya tahu menjatuhkan hukuman sebelum ia dibuktikan, kata Kaunselor Keluarga, Rahim Haron.
Menurutnya, tindakan segelintir pengguna Internet khususnya laman sosial dan Youtube yang menyelar tindakan Amir Mohd Omar, 27, yang didakwa meninggalkan ibunya bersendirian di sebuah hotel bajet di ibu negara bersifat berat sebelah dan tidak adil kepada lelaki berkenaan.
Katanya, dalam keadaan tertentu, tindakan Amir dilihat sebagai satu cara untuk dia memberikan yang terbaik kepada ibunya, Faridah Maulud, 66, dengan menempatkannya di hotel dan bukannya ditinggalkan berseorangan di tempat tinggal mereka di Wangsa Maju.
“Mungkin pada awalnya pendedahan Harian Metro pada Jumaat membangkitkan kemarahan rakyat negara ini, tetapi pada saya sebelum memberikan sebarang komen, wajar dikaji terlebih dulu semua aspek berkaitan sebelum memberikan sebarang tafsiran kepada masalah itu.
“Kalau kita lihat pada keluaran Sabtu, ia menjawab persoalan orang ramai ke mana dia pergi sedangkan sebelumnya, ramai yang menempelak tindakan lelaki itu yang meninggalkan ibu tua yang uzur di hotel tanpa menjenguknya, ini yang dikatakan berat sebelah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Amir yang memberikan penjelasan berhubung perkara itu lanjutan usaha Harian Metro menemukan dia dan ibunya dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Pusat Sehenti Sungai Buloh, kelmarin.
Menurutnya, dalam hal ini, sewajarnya semua pihak perlu kembali kepada sistem kekeluargaan dan ikatan sosial seperti diamalkan generasi terdahulu supaya masyarakat dapat menjalani kehidupan bahagia seperti dituntut agama.
“Namun dalam konteks hari ini, semuanya lebih tertumpu kepada bagaimana hendak menjadikan anak mereka cemerlang dalam pelajaran tanpa memberi penerapan nilai kekeluargaan sedangkan ada perkara lain juga yang perlu diberi perhatian masyarakat,” katanya.

Tuesday, March 13, 2012
Al-Fatihah untuk Dirang
Al-Fatihah untuk Allahyarhamah adik Dirang@Nurul Nadhirah Abdullah.
Kasihan kanak-kanak ini, dibunuh dan dibakar hidup-hidup..No word have to say.....sedih dan marah silih berganti. Bila saya buka beberapa blog, ada yang giat mengkritik ibunya yang leka bermain facebook ketika anaknya hilang. Ya, Allah, sebagai hamba, kita tidak perlu menuding jari, ya memang dia telah melakukan kesalahan yang besar sehingga nyawa anak mereka jadi gadaian. Apa yang perlu kita lakukan, memohon Allah memudahkan jalan untuk keluarga mereka menerima berita ini dengan tabah. Doakan roh kanak-kanak ini aman dan tenang di sana. Kalau ibunya bersalah pun, perlukah kita lemparkan dengan cacian dan kejian? Sedangkan kita sendiri tidak tahu apakah perasaan ibunya ketika ini? Kita memang sedap nak mengutuk, tapi tahukah kita berapa banyak sesalan yang keluar dari mulut ibunya? berapa banyak keluhan dan kata-kata menyesal yang keluar? Tidur atau tidak ibunya di himpit perasaan bersalah?
Kita ni manusia, perlu saling mengingati, jika mereka bersalah, bukan kita yang menghukumnya.
ikuti laporan dari harian metro harini..
-----------------------------------------------------------------------
Dirang dibunuh
Oleh Salman Hamat, Mahaizura Abd Malik dan Mohd Fahmi Mohd Yusof
am@hmetro.com.my
PILU...Roselyn (tengah) ditenangkan ahli keluarga yang sedih selepas menerima berita penemuan mayat Dirang, semalam.
JOHOR BAHRU: Misteri kehilangan kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah, dari kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam pada 1 Mac lalu terjawab apabila polis mengesahkan dia mati dibunuh.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, mayat rentung yang ditemui berhampiran kediaman berkenaan pada 8 Mac lalu dikenal pasti sebagai mayat Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang.
“Kami menemui satu mayat rentung di Nusa Damai di sini, pada 8 Mac lalu dan siasatan di lokasi kejadian berjaya menemui serpihan tulang.
“Kami juga berjaya mendapatkan sampel deoxyribonucleic asid (DNA) daripadanya. Ia dihantar ke makmal dan hasilnya mendapati ia sepadan dengan DNA ibu mangsa,” katanya, di sini, semalam.
Menurut Roslan, siasatan awal mendapati rangka berkenaan adalah milik manusia dewasa, tetapi selepas siasatan lanjut dijalankan, ia sebenarnya milik kanak-kanak malang itu.
“Berikutan pengesahan DNA itu, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.
“Semua empat individu termasuk bapa kandung mangsa yang ditahan sebelum ini akan dilanjutkan tempoh tahanan reman bagi membantu siasatan,” katanya.
Menurut Roslan, pihaknya juga belum dapat memastikan motif sebenar kejadian.
Roslan berkata, berdasarkan pemeriksaan di lokasi kejadian, mayat yang ditemui pada 8 Mac lalu itu rentung teruk hingga menyukarkan pihaknya membuat pengecaman.
Sebelum ini, penemuan serpihan rangka manusia di dalam kawasan ladang kelapa sawit Nusa Damai pada 8 Mac lalu menggemparkan penduduk sekitar kerana menyangka ia milik Dirang.
Rangka manusia yang awalnya disangka dewasa dibakar hingga rentung itu ditemui di dalam sebuah lubang oleh orang awam sebelum memaklumkannya kepada polis.
Siasatan awal polis mendapati serpihan rangka manusia berkenaan sudah dibakar lebih dari lima hari hingga menyukarkan proses untuk mengenal pasti identiti dan jantinanya.

Sudah Cukup Baikkah Kita?
Salam dear..
Read the story below...ni i cut from harian metro..i love the ingredient of the story...
I have to explain this, because i have bad experience in sharing info. Last time i post my friend QUOTE and Sajak, tiba-tiba saya telah diserang dengan hebat oleh orang yang tiba-tiba terasa dengan tulisan saya. Takpela, no worries mungkin orang tu tak faham corak penulisan saya lagi kot...hehe kesian dia kan....:)
----------------------------------------------------------------------------------
Novel Bersiri - Istikharah Sang Perindu (Siri 31): Sudah Cukup Baikkah Kita?
Oleh Aminah Mokhtar
UNTUK mengekalkan kesabaran dalam hati agar utuh dan tidak bergoyang aku pegang pesan Ustaz Naufal, sudah cukup baikkah kita untuk memberi yang terbaik agar mendapat semua yang baik-baik dan sentiasa berada dalam kebaikan?
Aku tanyakan diri, kata hatiku; kadang-kadang sahaja. Sebabnya aku ini bukanlah baik sangat; hanya sedang-sedang sahaja. Dan bukanlah pula jahat sangat; hanya berangin sahaja.
Kak Ika bawa aku berjumpa Ustaz Amin. Lapang rasa hati. Sebabnya aku rasa, dia bukan tandingan Ustaz Naufal. Ini bermakna Ustaz Naufal cuma ada satu pesaing sahaja iaitu Hendry. Alhamdulillah. Aku tidaklah rasa tertekan. Bukanlah satu cabaran yang besar untuk aku pujuk Kak Ika terima Ustaz Naufal. Hal Hendry, nantilah aku cari jalan untuk selesaikan.
Pertama, aku mesti dapatkan maklumat lebih banyak, di mana Kak Ika letakkan lelaki bukan Melayu itu di dalam hati�nya. Aku berdoa siang malam, agar anak Eropah yang nampak tinggi budi pekertinya itu hanya melintas dalam fikiran Kak Ika sahaja. Iya, harap-harap hanya lintasan. Harap-harap, kedudukan Ustaz Naufal masih kukuh dan tidak tergugat.
Hari ketiga, pisahkan diri dari kandang lembu dan kambing dan pisahkan diri dari Pak Long, rindu pada ibu sudah mulai datang, pada nenek juga. Aku sibukkan diri berganda-ganda dari semalam, agar hati tidak terusik untuk mahu pulang ke kampung. Mujurlah di asrama di pinggiran kota raya ini jauh dari sungai. Kalau tidak, tentu rinduku pada ibu dan nenek tidak dapat kutahan-tahan.
Sungai, laut dan kolam tasik, menggamit nostalgia yang luar biasa getarannya. Barangkali aku dibesarkan dengan bunyi desiran air. Kolam belakang rumah dan sungai tepi rumah. Kata Ustaz Naufal, sehebat manapun air kolam, air sungai dan air laut mampu berikan kita ketenangan, hanya dua air sahaja yang sangat disukai Allah.
Pertama, air mata yang me�ngalir kerana minta ampunan Allah dan menangis kerana takutkan azab Allah. Kedua, peluh yang mengalir kerana mengimfakkan kudrat ke jalan Allah. Usah pergi jauh-jauh mencari sungai, mencari laut hingga ke hujung dunia, kata Ustaz Naufal lagi, kolam yang paling dekat mampu berikan kita ketenangan yang hakiki. Lebih tenang daripada segala macam ketenangan yang ada
di dalam dunia ini, iaitu kolam mata dan kolam peluh. Kolam-kolam yang semua orang memilikinya. Sayangnya, tidak ramai yang tahu menghargainya.
Alhamdulillah, sejak Kak Ika tempatkan di asrama anak-anak yang perlukan perlindungan ini dan sangat mengharapkan cahaya untuk jadikan penyuluh jalan, air mataku selalu mengalir. Air mata seorang gadis yang kasar, ganas dan keras hati macam aku, akhirnya mengalir juga. Syukur Ya Allah.
Sekurang-kurangnya dapat juga aku lupakan seketika, ladang Fikrah Solehah di tepi sungai.
Aku terima cabaran Kak Ika. Diberinya aku assignment seorang Cahaya yang sudah kehilangan kilauan cahaya dan lari dalam gelap gulita. Berkali Kak Ika meyakinkan aku, cahaya itu sebenarnya, tidak hilang dan tidak juga padam, masih ada baranya, masih boleh dihidupkan semula.
Kak Ika meyakinkan aku lagi, Cahaya yang sudah pun lari itu tetap akan pulang, apabila ia sudah penat berlari. Kalau dia tidak punya kudrat untuk pulang sendiri, Insya-Allah akan ada kudrat orang lain untuk membawa�nya pulang. Akukah orang itu?
Aku cuba dapatkan maklumat tentang Cahaya dari hospital. Tetapi masih susah, sebab aku tidak ada hubungan keluarga dengan dia. Maklumat pesakit, rahsia.
Aku bertambah runsing. Jauh
di sudut hati rasa nak beritahu Kak Ika, tetapi aku tetap kuatkan hati, aku mahu buat semuanya sendiri. Aku mahu buktikan pada diri aku sendiri, dan juga pada Kak Ika yang aku boleh buat tanpa bantuan Kak Ika.
Tapi pada Pak Wi lain pula yang aku rasa. Apa sahaja masalah aku, ringan sahaja mulutku beritahu dia. Aku rasa selamat apabila dapat berkongsi masalah untuk mencari Cahaya. Aku rasa bersalah kalau tak beritahu dia. Kenapa ya?
Agaknya, inilah pertama kali dalam hidup aku rasakan kehadiran seorang ayah. Mak hai, sentimentallah pula!
“Kita nak buat apa ni Pak Wi? Jehan tak mahu dia mati tak sempat bertaubat. Jehan rasa bersalah sangat Pak Wi.”
“Jangan berhenti berdoa, Jehan.” Pak Wi pandang aku dan mengangguk. Dia berhenti memotong pokok bunga raya dan melor di luar pagar.
“Jangan cepat berputus asa dari rahmat Allah. Ini semua ujian untuk Jehan. Janganlah takut untuk jadi berani. Gen Y macam Jehan, takkanlah begitu mudah buang kehebatan diri.”
Pandai betul Pak Wi susun ayat. Ini yang buatkan aku lemah. Benarlah Pak Wi punya aura yang hebat menjadi ayah yang dihormati. Aku benar-benar terasa menjadi anak yang dilindungi.
Aku pungut ranting-ranting yang jatuh dan kumpulkan ke dalam beg plastik besar.
“Hari tu, dia dah sebut solat, Pak Wi. Dia dah sebut dosa, pahala. Jehan yakin, dia memang nak bertaubat. Doakan dia Pak Wi. Doakan Cahaya akan balik ke sini semula. Doakan Cahaya tak tersesat jauh.” Aku bukan main-main, kata-kata itu memang lahir dari hati sanubari aku.
Sepanjang petang aku bantu Pak Wi bersihkan rumah. Dua puluh orang ibu-ibu muda yang mengandung antara tujuh hingga sembilan bulan sedang berehat di atas katil masing-masing. Mereka anak-anak malangkah atau anak-anak yang bakal mereka lahirkan akan lebih malang dari mereka? Seram aku memikirkannya. Yang penting mereka perlu dipimpinkan tangannya untuk mencari jalan keluar.
Sehabis bersihkan laman asrama, sementara menanti panggilan dari hospital aku memerap dalam bilik bacaan yang menempatkan novel-novel dan buku motivati tulisan Cahaya Ilham. Aku pujuk hati menatap buku-buku itu, tetapi fikiran terus melayang ketika diberi kesempatan melawat Cahaya di wad sebelum bersalin. Aku nak panggil dia adik, tapi rasa kekok. Aku pun beraku - kau sahaja. Nampak lebih akrab. Dia nampak boleh terima walaupun dia nampak agresif dan marah-marah ketika aku berdiri di sebelah katilnya. Muka masam mencuka.
“Bawa aku ke hospital ni, kenapa? Aku nak balik.” Dia membentak. Dia duduk di birai katil, mukanya nampak lelah di hujung usia kandungan yang sedang menanti hari.
Aku pujuk dia. “Kau tak sihat. Demam. Tekanan darah kau, agak tinggi. Nurse yang beritahu aku, suruh kau berehat. “
Dia pandang aku rasa nak telan. Masih duduk berjuntai. Nampak sungguh tidak selesa. Berkali-kali aku suruh dia berehat dan baring, dimarahnya aku pula, kerana suruh dia buat itu ini.
“Itu aku punya pasallah. Kau susah hati apa hal? Aku tak minta tolong kau, dah cukup baik. Hei, kau jangan ambil tahu hal aku boleh?” Dia tercungap. Agaknya perutnya yang besar jadikan nafasnya tersekat-sekat.
“Tak boleh. Aku kena ambil tahu hal kau. Sebab kau tanggungjawab aku. Aku kena jaga kau dan jaga anak kau.”
Dia jadi bertambah geram dan bengang dan sakit hati. “Dia anak aku masa aku tengah mengandung sajalah. Bila dah keluar dia dah tak ada kena mengena dengan aku. Sukahati akulah nak buat apapun? Yang kau ni sibuk-sibuk apa hal? Aku bencilah. Pergi balik!” Nasib baik perutnya memboyot dan menghalang dia bertindak lebih agresif. Kalau tidak, mahu dibelasahnya aku.
Aku tarik nafas dan lepaskan perlahan-lahan. Cerpen Sudah Saya Seberangi Lautan Api, terngiang-ngiang ketika aku bacakan pada Kak Ika. Aku pujuk hati dan terus jadi perempuan Melayu terakhir yang lemah lembut dan sopan santun. Syukurklah, darjah kesabaran aku ini masih dalam suhu di bawah paras beku. Kalau tidak, entah siapa yang belasah siapa. Aku pujuk dia lagi.
“Cahaya, anak itu keluar dari rahim kau kan? Nak bersalin sakit kan? Semasa mengandung, kau berkongsi nyawa dengan dia. Dia anak kau. Dia darah daging kau. Mana boleh kau cakap macam tu. Kau tahu tak, dia jadi anak kau bukan setakat dalam dunia ini saja tahu, dia anak kau dunia akhirat. Di dunia boleh kau auta orang, di akhirat nanti berani kau nak berauta dengan Allah? Berani?”
“Eh kubur masing-masinglah. Aku punya pasallah nak buat apa.”
“Memanglah kubur masing-masing, tapi masalahnya, kubur kau sebelah kubur aku, bila kau kena belasah dengan malaikat nanti, bising tau, mengganggu aku. Aku nak berehat pun tak boleh. Sebab itulah aku kena jaga kau dari sekarang.”
Dia terkebil-kebil pandang aku. Baru dia tahu, ayat siapa lebih berbisa. Lebih power! “Mengandung ni, bergadai nyawa Cahaya.”
“Aku tak ada hal. Mengandung berapa kali pun, tak ada masalah. Yang kau kecoh sangat tanya aku macam-macam apa hal?”
“Sebab aku sayangkan kau. Aku nak kau selamat.” Syukurlah suaraku masih belum kasar lagi.
“Banyaklah kau punya sayang. Aku tak perlukan kau. Faham? Yang kau bawa aku ke hospital ni, apa hal? Aku belum nak beranak lagi. Kau ni kecohlah. Susahkan aku saja.”
“Aku kena tolong kau.”
Mendengarnya dia semakin geram. Dan mula marah. “Tolong apa bendanya? Kau memang penyibuk. Menyusahkan hidup aku. Eh, aku tak pernah kacau kau. Kau tak kacau aku, boleh tak?”
“Ini tanggungjawab aku, nak pastikan kau selamat. Itu saja.”
“Selamat apa bendanya? Kau punya pasal, aku dah tak selamat. Hei, aku bencilah tengok muka kau.”
Ditujalnya dahi aku. Dia termengah lagi.
“Nasib baik aku sarat me�ngandung, kalau tak, dah tentu kau dapat belasah aku. Hei, menyusahkan orang.”
Aku tarik nafas lagi. Aku pastikan panas baran masih dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku.
“Aku tak nak kau susah nanti. Sebab itulah aku merayu pada kau, tolonglah jangan beri anak kau pada orang tu.”
“Hei, kau apa hal nak halang aku? Salah aku beri anak aku pada dia? Dia nak bayar, aku ambillah duit. Bukannya payah. Beranak sajalah. Dapat duit, siapa tak mahu?” Dia masih agresif. Masih tidak rasa bersalah walau sekukupun.
“Itu anak kau. Kau tak rasa bersalah ke? Lagipun orang yang ambil anak kau tu, agamanya lain.”
“Duit. Kau tahu duit? Aku dah tiga kali beranak. Siapa nak bayar bil hospital? Siapa nak beli susu anak aku? Lagipun nak buat apa susahkan otak, tak payah keluar duit, aku dapat duit. Duit? Kau tak nak duit?”
“Kau tahu tak siapa yang ambil anak-anak kau dulu?”
“Lepas beranak, aku dah tak ada hubungan dengan orang yang ambil anak aku. Dia bawa hal dia, aku bawa hal aku. Kau kecoh apa hal?”
“Hati-hatilah Cahaya. Dunia ini banyak jeratnya. Silap langkah nanti, kau tak ada peluang nak pulang. Tersadai tengah jalan.”
“Aku tahulah jaga diri. Tak payahlah nak nasihatkan aku. Aku bahagia dengan cara aku. Kau peduli apa?”
“Kalau kau tak sayangkan diri kau sendiri, kau ingat ada orang lain yang sayangkan kau?”
“Ramai orang yang sayangkan aku, kalau tak, takkan aku me�ngandung?”
“Kau masih belum faham antara sayang dengan nafsu.”
“Nak hidup, sayang ke nafsu ke, aku layan saja. Yang penting, kocek aku berisi.”
“Kau boleh dapatkan duit dengan cara lain. Banyak cara nak dapat duit.”
“Kerja kilang?”
“Yang penting halal.”
“Budak kilang pun ramai yang rosak. Zaman sekarang godaan kuat. Lagipun nak hidup, nak senang.”
“Hidup ni, tak lama Cahaya.”
“Kau tahu kenapa aku jadi macam ni?”
“Yang dah lepas biarlah. Pandang depan, kau ada masa depan. Jangan padamkan masa depan kau. Lepas bersalin, sambung belajar. Aku boleh tolong kau.
“Kau gila? Aku dah tiga kali beranak, nak belajar apa? Otak aku ni, dah tak boleh terima pelajaran. Kau ni cakap macam orang tak ada otak.”
“Kau muda lagi. Masih ada masa depan.”
“Eh, kau tahu tak? Aku ni dah rosak. Masa depan apa benda�nya? Aku dah rosak tahu tak? Aku dah rosak?”
“Alhamdulillah, kau tahu siapa diri kau. Bila kau kenal siapa diri kau, kau akan kenal siapa yang ciptakan kau.”
“Kau cakap apa ni? Dah pergi, pergi, Jangan serabutkan kepala otak aku.”
“Kau kena jejakkan kaki kau ke bumi, nanti kau akan nampak emak kau, akan nampak ayah kau, akan nampak adik beradik.
“Kau boleh tolong aku tak?”
“Boleh.”
“Tolong diam. Aku runsing dengar kau meracau tak berhenti. Runsing tau. Runsing!” Dia benar-benar marah. Muka dan telinganya jadi merah. Nafasnya keruh. Dia nampak begitu payah menarik nafas. Aku pandang dia terus. Dia jadi semakin marah. “Apa tengok-tengok?”
“Aku nak cakap sikit saja lagi.”
Dia pandang aku macam nak telan.
“Bukannya kau tak boleh buat maksiat Cahaya. Boleh. Buatlah.”
Terbeliak biji matanya pandang aku.
“Siapa kata tak boleh? Boleh.”
Mukanya berlibang-libau. Aku nampak matanya berkata, eh kau biar betul!
“Kau dengar sini baik-baik. Apabila kau nak derhaka kepada Allah dan buat maksiat ingat lima perkara ini dulu. Kalau kau boleh buat, silalah buat. Ini bukan aku kata tau, ini kata Ibrahim Adham, seorang wali Allah kepada seorang lelaki. Syarat pertama, kau boleh derhaka kepada Allah dan boleh buat maksiat tapi jangan kau makan rezeki Allah di muka bumi ini. Kau makanlah rezeki lain. Boleh?”
Dia tak berkata sepatah pun.
“Kedua, kau boleh buat maksiat tapi kau tak boleh tinggal di atas muka bumi Allah. Kau carilah planet lain, duduk kat bulan ke, kat matahari ke. Boleh?”
Dia masih tidak bersuara.
“Ketiga, kau boleh buat maksiat dan derhaka kepada Allah, tapi kau kena cari satu tempat yang bila kau buat maksiat yang Allah tak nampak. Boleh?”
Dia menarik nafas payah.
“Keempat, kau boleh buat maksiat, tapi bila malaikat maut datang nak cabut nyawa kau nanti, kau minta tangguh, kau kata, nanti dulu, kau nak bertaubat nasuha dulu. Boleh?”
Dia pandang aku satu macam. Matanya nampak macam rasa bersalah.
“Kelima, kau boleh buat maksiat, tapi bila malaikat Zabaniah nak campakkan kau ke dalam neraka nanti, kau cakap kat dia, kau tak nak. Boleh? Hah, kalau kau kata kau boleh buat semuanya itu, silalah buat maksiat. Silalah!”
Aku nampak mukanya berubah serta-merta dan jadi huru-hara. Lama dipandangnya aku.
“Alhamdulillah. Anak-anak Pak Wi di sini semuanya sihat. Mereka benar-benar dah insaf. Mudah-mudahan taubat mereka diterima Allah.” Aku terkejut. Pak Wi terjengul di muka pintu.
Tiba-tiba fon berdering, ada panggilan dari hospital. Aku rasa nak terus terbang. Pak Wi tanya kenapa.
“Dia selamat dibawa semula ke hospital Pak Wi.”
Kami bergegas ke hospital setelah beritahu Ustaz Amin dan Kak Ika dan serahkan tugas kepada dua orang lagi pembantu asrama.
“Keluar wad nanti, terus bawa ke mari.”
“Dia akan melahirkan anak bila-bila saja.”
“Nanti Pak Wi uruskan bayi dia.”
“Inilah masalahnya, Pak Wi.”
“Sejak bila pula budak-budak yang kita bawa ke sini tak ada masalah?”
“Dia dah ambil duit pendahuluan, Pak Wi.”
“Duit pendahuluan?”
“Dia dah jual anak dia.”
“Bukan jual anak, Jehan, dia nak serahkan anak dia pada keluarga angkat. Alhamdulillah. Dia tak buang anak.”
“Masalahnya akidah budak tu.”
“Dia beri pada siapa?”
“Orang bukan Islam.”
“Nanti Pak Wi dan Ustaz Amin akan uruskan. Jehan jangan risau. Jaga saja budak tu baik-baik. Jangan berkeras sangat dengan dia.”
“Pak Wi, dua lagi anak dia, dia dah jual. Kita kena selamatkan akidah budak-budak tu, Pak Wi.”
“Kita cari keluarga angkat budak-budak tu.”
“Masalahnya dia tak tahu.”
“Tak tahu?”
“Dia cuma nak duit saja Pak Wi.”
“Dapatkan maklumat dari hospital.”
“Jehan dah cuba, tapi dia pandai, dia bersalin bukan di hospital yang sama.”
“Tak ada maklumat langsung?”
“Bayi tu diserahkan di luar kawasan hospital.”
“Berapa umur budak-budak tu?”
“Dua dan satu tahun.”
“Jehan kena pujuk dia baik-baik.”
“Jehan tak akan putus asa Pak Wi.”
“Jehan tahu kan? Jiwa dia tak aman. Pujuk dia baik-baik. Jangan berkeras. Anggap dia kawan. Jangan ungkit-ungkit perkara yang dah lepas. Ba�nyakkan mendengar. Jangan banyak sangat tunjuk ajar dia. Dengar dulu apa saja yang dia nak cakap.”
“Insya-Allah. Insya-Allah. Doakan Jehan kuat, Pak Wi.”
Jalan sesak. Perjalanan ke hospital sepatutnya mengambil masa setengah jam, ini dah satu jam, masih tak sampai-sampai. Fon tanganku berbunyi lagi. Jururawat di wad bersalin, suruh aku datang segera, Uri Cahaya melekat dia perlukan pembedahan kecemasan.
Empat jam menunggu akhirnya Cahaya diusung keluar dari dewan bedah. Ditempatkan dalam wad ICU, untuk pemantuan rapi setelah kehilangan tiga liter darah, mujurlah dia boleh membuka mata. Air matanya meleleh. Aku pegang bahu dia. “Alhamdulillah, kau selamat.”
Dia nampak kecewa dan sebak. Suaranya tertahan-tahan. “Tapi anak aku mati. Orang tu mesti cari aku nak balik duit pendahuluan. Aku dah habiskan duit tu. Matilah aku kena bunuh dia.”
“Jangan bimbang. Kau serahkan pada aku dan Pak Wi. Ustaz Amin dan ramai lagi orang yang boleh tolong kau.”
“Aku dah tak boleh buat bisnes lagi.”
“Bisnes?”
Suaranya masih lemah. Dia nampak sungguh kecewa. “Rahim aku dah kena buang. Aku tak boleh mengandung lagi.”
“Allah sayangkan kau. Sebab itulah Dia ambil anak kau. Dia ambil rahim kau.”
“Dia tak beri aku buat maksiat lagi?”
Aku pegang tangannya. “Allah sayangkan kau Cahaya.”
Dia pandang aku lemah. Dia pegang tangan aku. “Jehan, betulkah Tuhan akan ampunkan aku?”
Tidak percaya apa yang aku dengar. Aku mengangguk laju. Hati terasa sebak. Terasa usahaku selama ini, berbaloi sungguh. “Walau sebanyak buih di lautan pun dosa kita.”
“Aku orang berdosa.”
“Pernahkah ada manusia yang tak berdosa?” Air mataku bergennag. “Kita bukan malaikat yang tak bernafsu. Tapi... kita juga bukannya haiwan yang tak berakal.”
“Jehan....” Suara Cahaya semakin sebak. Dia menangis tertahan-tahan.
“Tapi dosa aku banyak. Bertimbun-timbun. Dan kau..... “ Dia masih pegang tangan aku. Matanya sayu pandang aku. “Aku....aku....”
“Kenapa Cahaya?” Aku pandang dia cemas.
bersambung yek.....hehehe....bestkan cerita ni....ambil ikhtibar dari cerita ni..:)

Monday, March 12, 2012
SAMBAL SIPUT JERUK BINJAI
Salam...Eh, malam ni entry saya semua pasal makanan pelik-pelik kan...hehehe..saje nak share ngan korang resepi camni..yelah, nanti korang gak yang dapat idea nak masak apa tul x?
Sebut tentang siput, korang selalu sangat masak lemak cili padi kan? huh..boring plak...boleh x tukar sikit resepi kali ni...ha, hambek kau...Sambal siput jeruk binjai.
Binjai ni kulit dia warna coklat, ada gak orang sebut buah kemang...selalunya buat jeruk makan ngan sambal belacan or asam pedas...tapi saya nak ubah resepi tu...kita buat sambal siput ngan jeruk binjai...ni resepi dia...
3 cupak siput sedut
15 tangkai cili kering (di mesin halus)
5 biji bawang merah kecil (di tumbuk halus)
2 ulas bawang putih (di tumbuk halus)
2 batang serai di ketuk
2 keping jeruk binjai di potong-potong
4 sudu air asam jawa
Panaskan minyak, tumiskan cili sehingga garing, bila dah garing, masukkan pula bawang yang telah ditumbuk. Kacau lagi hingga semua bahan sebati dan garing. Masukkan pula serai yang di titik. Apabila sudah garing, masukkan sedikit asam jawa, masukkan pula siput yang tekah dibersihkan tadi, perisakan dengan garam dan gula. Apabila siput hampir masak, masukkan pula jeruk binjai tadi, masak lagi sedikit, apabila air siput agak kering, tutup api dan angkat...sedia di hidangkan....
BUAH DABAI -NASI GORENG BUAH DABAI
Salam.
Korang sure tau pasal buah ni kan? Buah dabai ni banyak kat sarawak ni...rupa dia macam buah kurma sikit, cuma kurang panjang dan dia agak gemuk dan gelap cikit. Kalau nak makan buah ni, jangan rebus, cukup rendam ngan air panas, nanti dia akan lembut..kalau korang rebus, sampai kiamat pun dia x akan lembut...
Buah ni rasa dia lemak-lemak, kalau orang semenanjung suka makan petai or jering kan? Ha, camtu la keenakkan buah dabai ni...memang syok kalau makan ngan asam pedas or nasi goreng....
Hehe, saya memang suka buat resepi yang pelik tapi sedap...
Meh sini saya ajar resepi Nasi Goreng Buah Dabai...Sebelum tu, petua supaya nasi goreng sedap, korang kena masukkan nasi dalam peti ais semalaman...
2 Mangkuk nasi yang telah disejukkan
1 Biji telur ayam
3 ulas bawang merah (di tumbuk)
1 ulas bawang putih (di tumbuk)
7 tangkai cilipada (di tumbuk)
5 biji buah dabai (di rendam air panas dan di siat-siatkan isinya)
1 sudu sos tiram
sedikit garam
Panaskan minyak, kemudian pecahkan telur dan kacau telur hingga hancur, biarkan ia garing dan masukkan bahan yang telah ditumbuk,masukkan sos tiram dan perisakan dengan garam. Kemudian apabila naek bau, masukkan nasi sejuk tadi, kacau sehingga sebati dan garing, akhir sekali masukkan buah dabai yang telah si siat-siat isinya. goreng lagi sehingga sedikit garing kemudian angkat...
Nasi goreng ni memang sedap, pedas dan lemak...hohohoho...mak mertua lalu pun sure mintak sikit punya la....
Korang jangan malas nak cuba yek...
We Never Know!
Assalamualaikum..malam ni lepas elok demam, berkobar-kobar nak update blog.
Topik malam ni santai je...isu yang berlaku di sekeliling kita je.
Sabtu lepas, saya menjegok sekejap di kedai buku...muahahahahaha...bestnya kedai buku ini....hihi.
Masa tengah baca cikit-cikit buku kat situ, tetiba saya terdengar people behind me chit chat about politik. Semua isu keluar dari kes liwat Anwar Ibrahim, Kes Shahrizat, Nik Aziz macam-macam lagilah. Kira dah macam forum plak....masa tu rasa kasihan sangat dengan mereka ni,,,kenapalah mereka begitu beriya-iya memikirkan masalah yang bukan masalah mereka sampai banyak sangat soalan yang bersarang kat dalam kepala tu.
For me, we are human, even our Hakim dah jatuhkan hukuman pun, we never know the truth...Hakim is still human. We never know this people salah atau tidak. Kita ni manusia, we have no power and authority to judge people, kat dunia ni semua boleh terjadi, orang tak salah jadi salah, orang salah boleh jadi x salah.
Bayangkan kita dok kutuk sakan depa ni, last-last masa kat akhirat kita dok galas dosa yang kita fitnah depa...cuba pikir sket...malu kan....
Biarlah apa statement pun yang keluar, tapi kita kena ingat, kita tak melihat dengan mata kita sendiri, kita pun x berada di tempat kejadian...so kita memamng tak tahu apa-apa pasal benda ni, jadi perlu ke kita nak cerita keburukan orang lain?
Contoh macam kes Shahrizat, bila timbul isu camni..mesti akan terdengar cerita orang cakap camni "member aku dulu kawan dia, dia cakap bla-bla-bla....." mesti ayat yang keluar adalah "member aku"...kenapa kena mention member?
Macam tu gak Nik Aziz, kita mengutuk Nik Aziz tu macam-macam, tanpa rasa malu...sampai tuduh macam-macam...kenal kah kita dengan Nik Aziz tu? Rapat sangat kah kita dengan Shahrizat tu?
Apa yang saya tuliskan ni, adalah peringatan untuk diri saya sendiri juga selain dari diri pembaca...
Kita sibuk menjaga hal orang laen, sampai terlupa di mana bumi berpijak
Perlukah kita menjaga peribadi orang laen sedangkan diri kita sendiri huru-hara....
Better kita jaga diri kita sendiri, perbetulkan akhlak kita, lagi elok kan?

BUNGA DURIAN GORENG SOS TIRAM
Assalamualaikum. Hujung minggu ni memang x dapat nak update blog, gara-gara di serang demam dan batuk yang teruk sampai hilang suara saya. Bangun-bangun pagi, suara dah macam suara itik nila plak...huhuhu...
Pagi sabtu tu, jalan-jalan kat bawah tengok-tengok lembu, pastu terpandang plak bunga durian...jeng-jeng-jeng...tetiba teringat resepi arwah mak saya, Bunga Durian Goreng. Bunga durian ni kena ambek waktu awal pagi, masa tu dia still fresh and x kecut lagi. Pastu kena ambek banyak-banyak sebab kalau dah goreng, dia jadi kecut...so memang akan jadi sikit sangat...
Tu petua arwah mak saya lah, biasanya saya suka kalau goreng letak cili padi sikit and ada sos tiram, barulah nyummy!.
Kalau korang nak tau, nenek aku plak suka buat serunding or rendang bunga durian, mak busu aku plak, goreng ngan kicap...hehehe...semua sedap...
Camaner ek nak cakap rasa dia, rasa dia macam sayur biasa je, cuma agak kenyal...tapi syok kalau makan...hohoho...arwah mak dulu suka makan ngan "Abang Pet A.K.A PETAI"...
Kalau korang balik kampung, leh la cuba resepi ni...meh baca kat bawah ni...ni ha resepi dia.
1 mangkuk bunga durian (buang hujung dia)
4 tangkai cili padi ( di tumbuk halus)
2 ulas bawang merah kecil (di mayang halus)
1 ulas bawang putik (di mayang halus)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu minyak bijan
2 sudu air masak
Panaskan minyak bijan, tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili padi, goreng hingga naek bau dan garing. Kemudian masukkan sos tiram dan bunga durian itu, masukkan sedikit air tadi, tunggu sehingga sedikit layu dan angkat.
Selamat mencuba ye....
Subscribe to:
Posts (Atom)