Selamat Malam..
Tadi masa balik dari kerja, sempat gak belek2 majalah kat kedai buku, selak punya selak...terkeluar plak gambar pasal Hutan Aokigahara.
Meh kita tengok ape istimewanya hutan ni. Hutan Aokigahara ni terletak berhampiran gunung fuji di jepun. Hutan ni merupakan tempat kedua paling popular selepas jambatan Gordon Gate di sanfrancisco untuk membunuh diri. Setiap tahun statistik kes bunuh diri meningkat, sehingga pada tahun 2010 seramai 243 kes cubaan membunuh diri berjaya dikesan.
Kawasan ni sangat menggerikan, kerana ramai yang memilih untuk menghabiskan riwayat mereka dengan meminum racun atau menggantung diri. Banyak mayat tergantung di sini. Masyarakat jepun di sini percaya hutan ini telah penuh dengan semangat jahat kesan dari aktiviti membunuh diri yang semakin rancak.
Bermacam-macam cara kerajaan jepun buat untuk menghalang aktiviti ni, tapi x jugak jalan. Pasangla papan tanda ke, kain rentang ke, diorang still gak ngan aktiviti bunuh diri. Kalau ye pun sedih, tak yah la bunuh diri tul tak? check it out ngan gambar kat bawah ni...post sikit-sikit jerk..kang ada plak yang ngeri nak tengok blog saya ni..
Thursday, March 8, 2012
Tuesday, March 6, 2012
ACTIZEN FOOT MASK
Salam.
Entry kali ni bukan untuk perempuan sahaja o.k, lelaki pun boleh guna sebenarnya. Benda yang saya nak tunjukkan ni adalah FOOT MASK. Kepada golongan wanita yang berhempas pulas seharian kat dapur memasak sampai tumit dan bahagian kaki jadi kematu sampai merekah-rekah, saya syorkan guna FOOT MASK ni, benda ni sangat bagus dan berkesan. Kulit mati dan benda-benda kematu boleh hilang.
Kesan dapat di lihat selepas 4-6 hari pemakaian, pengelupasan pula akan berakhir pada hari ke 7-8, tetapi bergantung kepada tahap kekerasan kulit kematu anda tu la. Kalau jenis yang teruk sangat, anda perlu mengulangi memakai FOOT MASK ini, supaya betul-betul berkesan.
For more details go to this page:
http://actizenskincare.blogspot.com
Contact No:- 012-4172818
Email:- ecobeautystore@gmail.com
Kat bawah ni cara penggunaan FOOT MASK ni..Check it Out ya!
HOW TO USE:
1. Cut along the dotted line of the packet.
2. Remove both Actizen Foot Masks from the packet.
3. Wear the Actizen Foot Masks on both feet as if you are wearing socks.
4. Peel off the 2 sides of the waterproof stickers and press them firmly to fit.
5. You may wear socks over the masks to keep the mask in place while you move around.
Note: You may also tie another piece of plastic bag over the feet if you do not wish to wet your floor with foot mask essence while you walk around.
6. Wear foot mask for 120 mins and remove. Rinse feet with water.
7. Recommended to use once a month for initial stage.
EFFECT AFTER USE:
1. Horny layer (dead skin cells) from the foot is expected to peel off in 4 to 6 days time after using the mask.
2. When peeling occurs, soak feet with warm water for about 30 mins. User may gently rub off the dead skin during this time.
3. The peeling process is normal, harmless and is expected to last for a few days.
@Hot FM - Lelaki Berkahwin Dua
Assalamualaikum.
Tiap-tiap hari masa drive pergi kerja, saya selalu dengar channel Hot FM sebagai riadah telinga. Selalu tu, topik yang di hidangkan sekadar biasa-biasa sahaja, cuma pagi ni hati saya sedikit tercuit dengan isu yang di perdengarkan. Isu bermadu atau lelaki kahwin dua. Dulu pun ada juga isu ni keluar, tapi penceritaannya berbeza.
Masa dengar x rasa ada yang istimewa, sehinggalah seorang pemanggil bernama Harith, berusia 30 tahun dan mempunyai 2 isteri. Kemudian faizal bertanya kepada beliau apakah tips yang membolehkan beliau berkahwin 2 pada usia yang muda.
Ikuti jawapan harith dibawah ini.
"Saya berkahwin dua bukan sebab saya ingin mencari yang cantik atau memuaskan hawa nafsu. Isteri kedua saya adalah seorang bekas GRO dan lebih tua dari saya. Pernah bersekedudukan dengan lelaki yang bukan muhrim selama setahun kemudian terbabit dalam kancah GRO. Saya mengenali isteri saya bukan di kelab malam tetapi di sebuah kedai makan. Alhamdullillah sekarang sudah bertudung, berjubah, rambut yang dulu merah sudah kembali hitam dan sudah kembali mengerjakan solat.Sebenarnya ramai perempuan sebegini di luar sana yang kita lihat kotor dan hina tetapi mereka mempunyai hati yang bersih untuk berubah cuma mereka masih mencari insan yang boleh membantu mereka. Saya menyayagi isteri saya kerana Allah dan ikhlas untuk membantunya berubah".
Petikan di atas sedikit sebanyak yang saya ingatlah. Kemudian faizal bertanya, adakah isteri pertama beliau boleh menerima dan terkilan kerana memilih madu yang begitu. Harith menjawap, jika diikutkan terkilan tu boleh datang dari kedua-dua pihak, dari pihak beliau juga pasti akan rasa terkilan dengan cara hidup isteri kedua beliau tetapi perlu redha dengan apa yang dilalui oleh isterinya dahulu dan bersama-sama membantu untuk berubah. Menurut harith lagi, isteri pertamanya, memberikan sokongan untuk beliau mengubah isteri keduanya,yang penting perlu ihlas.
Nasihat terakhir yang membuatkan saya terkesima sekejap bunyi dia macam ni..
"saya merayu kepada semua lelaki di luar sana, tolong jangan rosakkab kaum wanita, kerana hiduo ini umpama roda, bayangkan jika suatu hari nanti anak kita berada di tempat kaum wanita yang telah dirosakkan".
Penutup yang sangat jelas dan penuh makna. Kita selalu buat ikut suka tanpa perlu memikirkan balasan yang akan kita terima pada masa akan datang. Kadang-kadang kalau x kena pada diri kita, anak atau ahli keluarga kita yang akan terkena bahana dek perbuatan kita dahulu...so hidup baik-baik di muka bumi Allah ini. Kita ni sama sahaja, kaya macamane pun, kita tetap menumpang di bumi Allah, makan rezeki yang Allah beri, hirup udara yang Allah beri..tak ada beza kita semua nanti.

Sunday, March 4, 2012
Selamat Pengantin Baru to Asmah dan Zulfahmi
Today entry pasal wedding my best friend SITI NORASMAH YAKUB AND ZULFAHMI YAAMAT @ Pusat Komuniti Gombak Setia, Gombak.
Mereka ni bertunang sekitar bulan Jun 2011 dan selamat di ijabkabulkan pada 3.3.2012. Pada 4.3.2012 pula adalah majlis resepsi mereka. Alhamdullillah, semua berjalan lancar. Majlis akad nikah bertemakan Aqua Blue dan majlis persandingan pula bertemakan gold, cantik dan gah.
Di awal majlis kami di hidangkan dengan clip video pertemuan mereka kira pre-wed video lah, diikuti dengan video pernikahan dan memori kedua mempelai ketika zaman bujang...
check it out this wedding picture..
Subscribe to:
Posts (Atom)