Pages

Wednesday, June 27, 2012

Orang Suka Salah Faham Dengan Apa Kita Cakap

Bila sebut salah faham, memang ramai yang ada pengalaman masing-masing. Salah faham ni banyak terjadi, kadang-kadang kita maksudkan benda lain, atau kita nak ambil hati supaya tak guna ayat yang kasar, tapi orang salah faham dengan maksud kita pulak...

sebagai contoh. Jika ada yang bertanya kepada anda begini. "Adakah awak menyukai saya dan ingin berkahwin dengan saya?". Jawapan anda pula begini, "Saya tiada jawapan yang pasti kerana perkara itu belum berlaku, cuma mungkin saya akan consider untuk memikirkannya".

Dalam jawapan anda, x terselit langsung perkataan mengatakan anda suka dengannya, tetapi si pemberi soalah mudah tersalah anggap, dan mengatakan anda juga turut mempunyai rasa yang sama...huhuhu...

Untuk mengelakkan benda ini terjadi, jika ada soalan macamni, anda jawap je macam ni "SAYA MEMANG TAK MAHU.

Sunday, June 24, 2012

Beza sangat kan time dulu2 dan sekarang...

Bila duduk2, tetiba teringat time dulu2. Banyak sangat perbezaan, kadang2 rasa rindu kat waktu dulu. Masa kecik2 dulu, kalau kat kampung, time petang2, happy hour. Semua orang boleh jadi kawan untuk main sama2. Masih lagi happy, main teng teng, batu sremban, congkak, galah panjang, guli, sorok2...n mcm2 lagi. Pastu, habis je main, duit lebih dari sekolah tu, ada dlam 20 sen, boleh beli ais krim malaysia...satu baru 10 sen. Bila dah senja, balik rumah, mandi n siap2 nak gi mengaji plak. Sebelum mengaji sempat pergi singgah beli aiskrim. Dulu kalau darjah 4 baru nak mengaji Al-Quran, dah kira lewat sangat dah tu.

Bila time kat sekolah seronok sangat, waktu rehat je, mesti beratur ramai2 beli nasi goreng or mee goreng, air plak air sirap.masa tu baru 20 sen, air 10 sen...tapi saya bawa bekal je...hihi...lagi best...

Kalau time cuti sekolah lg best..sebab ramai kawan yg sunat...muahaha.....best sebabboleh mkn kenduri.....lagipon time cuti boleh balik kmpung, boleh teman atok gi tangkap burung wak wak....huhu...best sesangat.....time tengahari, makan ramai ramai. Bentang tikar kt bawah pokok ciku, pastu makan puas puas....huhu....makan sambil kena tiup angin...dulu lauk best..sebab semua lauk kampung....umbut kelapa masak lemak campur daging cincang..perghhhhh sedap!

Waktu dulu, fast food yang ada cuma A&W je, tu pown kalau abah ada duit lebih...kfc plak dpt mkn masa time nk blik kampung..masa tu dah rasa happy sangat2...walaupun sekali, tp pengorbanan mama n abah kumpul duit nk bawak anak2 mkn kfc, rasa sangat terharu...

Beza kan ngn zaman skang, bebudak dh xmain mainan dulu dulu. Semua dah canggih, ada i pad, y pad, galaxy tab....kalau mkn ramai ramai pun, masing masing mengdp gadget...

Fast food plak bersepah sepah....pastu time cuti, dh x ramai budak2 nk blik kg...huhu.....rindu zaman dulu kan....

Tak Suka Manusia Yang Hipokrit!

salam semua...
Happy plak arini.hehe...tapi td masa time duduk nampak satu column yang x menyenangkan mata memandang....
Biasalah pasal politik. ....... Kalau dulu orang yang dalam cerita tu, penyokong sebuah parti b, pastu siap kutuk2 parti a bagai nak rak. Cakap government penipu, makan duit rakyat, goverment ni semua mkn rasuah..n nth pe2 lagi yng dia kutuk. X cukup tanah mengutuk, macam2 rahsia kerajaan dia nak bongkar. Tup2, bila dah keluar je dari parti, boleh plak mengutuk parti yang pernah dia perjuangkan dulu...

Hurmmmm mcm ni punya orang pown ada ke? Pastu mula la cakap bagus2 tentang kerajaan.. Hurm...pelik la plak...hipokrit giler...saya bukanla penyokong mana pown...undi tu rahsia okey..x kisah pown ape parti yng anda pernah sokong, tp x perlu la nk mengutuk, pastu bila dah keluar parti, kutuk plak parti yng pernah anda sokong..hipokrit sungguh...orang mcm ni sebenarnya merosakkan minda bangsa.

My nephew pown boleh nilai..dia ckp mcm ni "eh maksu, ni kan owang yang dulu dlm parti tut tut tut tu kan? Nape dia dh masuk parti laen pulak? Boleh ke mcm tu?...

Budak kecik pown tau nilai, mana satu betul...bagi saya lah, manusia mcm ni, tak perlu untuk di diterima dlm mana2 parti politik sebab nanti bila dia keluar plak, dia akan burukkan parti laen, macam tu jugak kalau dia keluar lagi dari parti......