Pages

Wednesday, June 15, 2016

Zaman Sekolah

Dulu-dulu masa sekolah, bila cikgu tanya apa citer-citer bila dah besar? Aku rasa most of budak-budak cakap nak jadi cikgu. Aku pun sama. Tapi ni bukan nak cerita pasal cita-cita, tapi just nak share my exp masa zaman sekolah dulu-dulu.

Walaupun benda ni dah lama berlalu, tapi antara kitorang selalu je diskuss sebb masing-masing still ada rasa tak puas hati ngan cikgu masa zaman sekolah.

Masa kat sekolah dulu, aku dapatlah masuk kelas budak-budak pandai, walaupun bukan lah tergolong dalam golongan genius..hahahaha, kira nasib-nasiblah kan. Cuma masa tu, ada sorang kawan aku yang memang a bit pendiam n dia perahsia sangat-sangat pasal life personal dia. Ada sekali tu, cikgu ni suruh lah masing-masing bagitahu apa pekerjaan ibu bapa masing-masing depan semua kawan-kawan dalam kelas. Ramai lah yang cakap mak ayah depa kerja bagus2, sampai turn member aku ni, dia senyap n just hantar note je kat cikgu bgtau bapak dia kerja apa, tapi yang aku x puas hati tu, bila kawan aku tu bagi note tu, maksudnya dia tak nak lah share apa kerja bapak dia depan kawan-kawan. Tapi cikgu tu macam mempersendakan kawan aku tu, boleh cakap kuat2, bagitau pekerjaan parent dia. Bila bebudak kelas dengar, ada yang mulut n perangai yang macam hxxxm sikit, diorang gelak-gelak n ejek-ejek dia. Menangis2 kawan aku tu. Mungkin tujuan cikgu tu nak suruh kawan aku tu x rasa malu dengan pekerjaan bapa dia, tapi cara tu tak betul, sampai habis tingkatan 5, member aku ni kena ejek n jadi bahan cercaan. Cikgu tu macam x ada perasaan bersalah pun kat member aku tu.

Banyak benda aku tak setuju dengan cara cikgu tu, sebb dia macam nak memalukan student. Memang ramai budak-budak yang nakal, kesalahan discipline tu biasa, tapi selalunya cikgu x bagi pun kaunseling or tanya kenapa diorang ni jadi camtu, yang depa tahu, kena sebat depan perhimpunan secara terang-terangan. Diorang bukan banduan or pesalah jenayah, so x patut lah. Demoralized diorang sebenarnya. Benda tu yang memang aku x suka, sebb aku x Nampak jenayah besar budak-budak tu buat sampai nak kena rotan depan khalayak ramai. Kekerasan tu bukan boleh buat diorang ni berubah pun, lagi diorang memberontak lagi adalah.

Aku suka cara HEM aku, dia tak pukul pun, dia Cuma bagi teguran, gosok2 belakang budak lelaki tu, pastu tepuk-tepuk bahu, ajak buat solat taubat sumer tu, and after that aku Nampak diorang ni sorang-sorang berubah, budak pompuan dia x lah gosok belakang, lain pulak jadinya nanti…kang x pasal2 kena tuduh mencabul…hahahahaha

Until now, if ada reunion, budak-budak ni memang x nak ajak cikgu tu, sebb dendam kesumat kot..sebb diorang cakap, banyak benda yang cikgu tu tuduh, diorang x buat, tapi cikgu t uterus tuduh melulu, bagitau mak bapak diorang, kena gantung sekolah, Cuma tak kena buang je. Dia tak kisah pasal diri dia, sebb dia tahu dia x salah, Cuma kesian kat mak bapak, satu kampong bercerita pasal dia nakal kat sekolah. Diorang cakap, if bersalah pun, panggil lah sorang-sorang, tanya apa masalah depa, bagi kaunseling ke, panggil sekali mak bapak, selidik dulu kesalahan tu, jangan main dengar je budak-budak lain nyer aduan, ingat orang yang mengadu tu baik sangat ke? Ramai yang suka buat cerita, siap bawak saksi nak buat cerita bohong diorang tu, alih-alih cikgu boleh percaya cerita tu. Serius aku memang frust, sebb as a cikgu, ko tak boleh terus jatuh hokum macam tu, lempar kata-kata kesat.

If bercita-cita nak jadi cikgu, pastikan korang jenis yang memang nak jadi cikgu kerana ALLAH, bukan sebb nak jadi glamer kat sekolah. Ramai je cikgu dulu-dulu yang memang bagus n baik, tapi nasib baik HEM tu jenis yang baik, selidik dulu apa jadi, tanya apa masalah kawan aku tu, so dia stay lah kat sana sampai tingkatan 5, Cuma cikgu yang x puas hati tu, still macam menyampah ngn kawan aku tu. Tiap kali dapat markah tinggi, dia tuduh kawan aku meniru, padahal tak pun kot, siap kena bersumpah n pegang Al-Quran semata-mata nak buktikan dia tak bersalah. Rasa aku nak lempang je cikgu tu haih…hahahahaha. Tapi tu lah, cikgu tu buat camtu sebb ada budak kelas yang mengadu siap bawak bukti buku nota kat cikgu tu. Bodoh kan, buku nota tu normal lah, nota kelas, bukan nota meniru pun…


Allah tu adil, habis je SPM, member aku jadi one of best student, cikgu tu tenganga2, siap boleh tanya camaner boleh dapat best mark? Selamba je kawan aku jawap “sebb Allah tolong saya, Allah nak bgtau selama ni saya tak pernah meniru pun, so inilah buktinya”. Sentap cikgu tu, hahahahahaha bila dah jdi prof, kawan aku cari balik cikgu tu, jumpa face to face sebb nak tau cerita sebenar, Nampak lah cikgu tu insaf dengan apa yang dia dah buat kat member aku tu. Moralnya sebb sikap individu yang suka mengadu domba, suka dengar fitnah, ada rasa tak puas hati dalam diri, tu yang jadi punca utama. Zaman dulu dah wujud dah sifat dajjal dalam diri sebenarnya, now orang panggil keyboard warrior, dulu orang panggil “radio buruk”…sekian