Pages

Tuesday, October 27, 2009

Batu Belah Batu Bertangkup










Jika anda sudah terbiasa dengan cerita-cerita saya, mungkin anda tahu saya dan adik-beradik laen sangat nakal semasa kecil.

Sememangnya sewaktu saya kecil saya sentiasa di kelilingi dengan peristiwa yang lucu, ianya bukanlah imaginasi saya, tetapi adalah peristiwa benar yang berlaku. Seronok bila dapat berkongsi cerita dan mengingati kenangan yang sentiasa terpahat dihati dan ingatan.

Mama saya memang lembut tapi kadangkala agak garang juga maklumla...cikgu cikgi...
Sebelum adik nombor 3 saya lahir, saya memang anak manja..maklumlah..sorang je perempuan. Cuma bila saya menginjak ke umur 4 tahun, abang saya banyak mengajar saya bermain mainan kanak-kanak lelaki. So...rentetean dari itu saya menjadi semakin nakal...dan kerap mengusik adik yang baru lahir. Kesian mama, kadang-kadang tanpa pengetahuan mama, saya dan along bergotong royong mengeluarkan adik dari buaian kemudian meletakkannya di atas timbunan kain baju yang baru diangkat dari jemuran.
Magisnya, adik tidak menangis bila dibuat begitu...dia cuma mengekek kegembiraan...
Jenuh juga kami kena rotan di tapak kaki, tapi tak pernah pun serik....

Sampailah kemarahan mama tiba di kemuncak. Masa tu mama baru balik dari pasar malam. Masa tu mama beli buah sentol, kiranya buah ni buah peberet mama saya. Memang wajib beli kalau jumpa kat mana-mana....nak di jadikan cerita buah ni turut jadi buah peberet saya adik beradik....
Tapi untuk mengelakkan dari berebut, mama dah bahagikan sorang 5 biji, so tak ada alasan nak ambil orang laen punya. Tapi dah namaya kanak-kanak..memang jarang yang faham bahasa. Masa tu saya nampak ada satu biji buah sentul dalam peti ais, tanpa bertanya siapa yang punya saya terus balun secukup rasa. Lepas je saya habis makan, saya tengok mama mencari sesuatu dalam peti ais, rupanya mama cari buah sentulnya yang hilang dimakan oleh saya. Saya pun beritahu mama, saya telah makan buah sentul tu...masa tu saya tengok mama menitiskan air mata...cuak saya...lepas tu mama lari laju-laju ke arah hutan belakang rumah.

Sebelum ni saya ada cerita, rumah saya di kelilingi bukit dan hutan..so dalam hutan tu memang ada batu besar...macam batu belah gak la...cam batu gunung tu...so mama lari pergi ke batu tu. Saya dan along pergi kejar mama, tapi teringat adik kat rumah dalam buaian..nasib baek masa tu along dah 6 tahun, so dia pun dukung la adik, pergi kejar mama. Masa sampai kat tengah batu...tetiba saya nampak ada darah kat batu tu...seingat saya masa tu saya, along dan adik nangis kuat-kuat dalam hutan tu....punya la kuat kami 3 beradik nangis, ingat mama dah kena makan dengan batu tu. Kami panggil nama mama, langsung tak ada jawapan. Tak lama lepas tu kami dengar suara garau dari batu itu yang mengatakan kami berdua terlalu nakal, dan itu adalh hukuman untuk kami. Dan suara itu menyuruh kami jangan mengulangi kembali perbuatan tersebut. Beria-ia kami berjanji dan mnyuruh batu itu memulangkan mama kami. Tersedu-sedan kami menangis...
Agaknya kami menangis terlampau kuat sampai orang yang tengah menoreh tu dengar, mereka pun pergi mendapatkan kami, along cakap pada mereka yang mama dah kena telan dengan batu belah sambil menunjukkan kesan merah yang terdapat pada batu itu, tapi ada penunggu batu tu yang menyuruh kami berjanji supaya berkelakuan baek dan

mereka akan memulangkan ibu kami. Masa tengah bercakap, tiba-tiba mama keluar dari belakang batu...masa tu kami semua terus memeluk mama. Masa tu memang kami tak nakal sangat...takut mama pergi ke batu belah batu bertangkup...kerana menurut penunggu batu itu, jika kali kedua mama di telan batu..kami tidak akan berkesempatan berjumpa dengan mama lagi...

Sampailah saya berumur 5 tahun, mama bercerita kembali dengan kami, bahawa..mama mereka cerita bahawa dia di telan oleh batu belah itu, dan penunggu yang bersuara itu adalah mama sendiri....dan darah yang terdapat di tepi batu itu adalah, getah pokok tampang yang bewarna merah seakan darah bila buahnya jatuh dari tampuknya.

Hishhh...Mama memang betul-betul berjaya membuatkan kami insaf dan berkelakuan baek...tapi yang kelakarnya masa tu kami 3 beradik tidur malam sambil memeluk mama tanpa bergerak sedikit pun...ha,ha....

Bila mama dah tiada, inilah cerita dan kenangan yang ada dan adakala saya menangis sendirian memikirkannya....

Monday, October 26, 2009

Kisah Saya Sekeluarga & Kambing Akikah



Teringat masa tahun 1985 masa tu umur saya 5 tahun. Kebetulan dapat adik lelaki, so ayah bercadang nak buat akikah untuk adik lelaki saya tu...kira dah lambat gak buat, masa tu umur dia dah 3 tahun lebih la..tapi tak per..yang penting buat kan...

Macam biasa la, sembelih kambing biri-biri untuk akikah adik. Semua orang sibuk menyediakan persiapan untuk kenduri akikah, masa tu saya memang tak faham sangat abah n mama buat aper. Yang saya tahu masa tu banyak sangat bawang, beras, rempah dan barang dapur laen yang di hantar ke rumah, siap pasang khemah lagi. Saya dan along tak ada kerja laen…..asyik bermain, memang tak ada rasa nak menolong pun. Sampailah waktu petang, tiba-tiba masa saya selesai mandi, tiba-tiba saya lihat ada lori yang membawa 2 ekor kambing biri-biri menuju ke rumah saya, cepat-cepat saya panggil abah, muskil juga kenapa abah ambil kambing tu, takkan abah nak bela kambing, kemudian saya lihat abah membayar duit kepada mamat-mamat yang bawa kambing tu, macam ada konspirasi jer...
Tak per, saya akan siasat perkara ini, mungkin ada perancangan laen yang saya tidak tahu, itulah perkiraan saya masa waktu tu...

Malam tu masa makan malam, saya tanya abah, nak buat apa kambing biri-biri tu, abah pun senyum-senyum sambil cakap ”adalah, korang budak-budak tak payah tahu, lagipun ni hal orang dewasa”
Aiks...ni kes berat, mungkin betul ada agenda tersembunyi...
Saya dan Along cepat-cepat beredar dan turun ke bawah rumah, kami lihat kambing biri-biri itu telah diikat di sebatang pokok jambu batu... kelihatan beberapa orang pak cik sedang menjaga kambing itu, kami curi-curi dengar perbualan mereka, dalam percakapan mereka, kami berdua terdengar ayat yang berbunyi, ”sembelih je, buat kambing panggang, cicah air asam pun sedap”???? Memang pastilah, mereka ni bersubahat nak menyembelih kambing biri-biri itu.... kemudian peluang yang di tunggu tiba, pak cik berdua itu, telah naik ke rumah kami untuk menjamu selera setelah di panggil oleh abah. Kami berdua bergegas ke tempat kambing itu di tambat, kami lihat, kambing biri-biri itu menangis..lagi kami sayu, cepat-cepat saya dan along leraikan ikatan tali dan membawa kambing itu ke tempat persembunyian kami di semak berhampiran.

Kami berdua rasa bangga kerana telah berjaya menyelamatkan kambing biri-biri itu dari menjadi korban nafsu pelahap pak cik berdua itu...tapi nasib memang selalu tak menyebelahi kami, tiba-tiba kami di kejutkan dengan kehadiran abah di belakang kami, tanpa di suruh kami menerangkan bahawa kami telah menyelamatkan kambing itu dari pak cik pelahap itu, sebaik mendengar cerita kami, abah terus tergelak tanpa henti...dan menerangkan kepada kami bahawa..kambing itu adalah untuk di buat korban akikah untuk adik. Ceh...buat penat je,,,sudahla kami ke hutan dengan tidak berbaju, habis satu badan di gigit nyamuk, last-last bukannya dapat pujian...tapi malu dan penat....Malam tu adik, mama dan abah pakat-pakat gelak kan kami dua beradik...malunya...

Kalau daripada awal cakap nak buat akikah,,kan ke senang...tak payahla, saya susah susah jadi penyiasat tak bertauliah!!!!

Sunday, October 25, 2009

Along, Aku & Buah Mangga

Saya semasa kecil memang agak nakal, master mind saya sudah tentu abang sulong saya. Kemana sahaja dia pergi, pasti saya ada.
Semasa kecil abah dan mama memang suka menanam pokok buah-buahan, termasuklah buah mangga epal. Pokok mangga epal ni memang pokok kesayangan abah, kalau berbuah pasti abah akan balut supaya tak berulat atau di makan serangga.

Hari-hari abah akan bagi warning kat kami adik-beradik supaya jangan sentuh buah mangga epal tu. Pada mulanya kami memang tak rasa teruja pun, sampaila satu hari.......saya, along, abang padil, dak anim, ijam main pondok-pondok. masa tu saya kena jadi budak nakal, yang macam pekan dalam cerita batu-belah batu bertangkup. Apalagi, dah kata budak nakal, saya pun mintak la abang saya ambik kan putik buah mangga epal tu, along pun tak banyak cerita terus petik....

bila dah habis main kami pun naik atas rumah nak makan, tiba-tiba kami di kejutkan dengan laungan abah, bergegas saya, along, mama and adik keluar, rupanya abah mengamuk sebab putik mangga epalnya telah hilang. Along dan saya hanya mendiamkan diri, takut yang amat...abah memang tahu ni semua kerja saya dan along. Abah bagi kami masa 5 minit untuk kami lekatkan balik putik buah mangga tu. Saya pun teringat mama ada gam gajah yang selalu di gunakan utuk gam kampit beras. jadi, saya pun hulurkan gam tu pada along untuk di lekatkan pada putik buah mangga tu, akhirnya berjaya juga misi kami. lepas dah gam balik putik buah mangga tu, kami baritahu abah, ingat abah akan o.k...tapi malang memang tak berbau...teruk kami kena hambat...keliling rumah...last-last petang tu kami kena kurung dalam reban ayam....pukul 6 petang baru boleh keluar...syahdu nyer...dah la busuk....memang nampak macam kejam, tapi itulah pengajaran orang orang nakal macam kami.....