Pages

Wednesday, June 1, 2011

Isteri Bergaji Besar, Suami Bergaji Kecil..Ada Masalah Ker???

Salam.
Ramai yang sedia maklum tentang topik ni kan? Zaman kini ramai je isteri yang bergaji lebih tinggi atau berpangkat dari suami. Ada masalah ke??? Bagi saya, ada pro and kont. Masing-masing akan tegakkan apa sahaja pendapat mereka.

Kita bincangkan dahulu dari sudut positif. Lelaki ni ego, kadang-kadang akan mudah tercabar dengan wanita. Bagusnya lelaki begini, jika mereka mendapat kekasih atau isteri yang bergaji lebih besar, mereka akan berazam dan berusaha untuk menyamai kedudukan pasangan mereka. Ini secara tidak langsung, akan wujud persaingan yang sihat..dan kedudukan mereka juga dapat di perbaiki.

Yang kedua, mereka juga akan bertambah rajin mengambil hati isteri, yelah, lelaki mana yang suka apabila di tuduh menumpang kesenangan isteri, betul tak? Hubungan pun akan akrab.

Yang ketiga, mereka akan sentiasa muhasabah diri, cari kekurangan dan berusaha untuk mengubah diri sendiri supaya dapat memperbaiki taraf hidup sekeluarga.

Sekarang kita akan bincangkan sudut negative pula.

Wujudnya QC dalam perkahwinan. Perempuan juga ada ego, dan kadang-kadang lebih emosi. Bila dah banyak sangat pakai duit mereka, walaupun dari permulaan mereka yang rela. So, setiap apa yang suami lakukan kena queen control..sebab mereka lebih banyak melabur.

Isu mengungkit juga pasti akan timbul. Contohnya, ketika berkahwin, anda duduk di rumah yang di beli oleh isteri anda. Tiba-tiba ada saudara mara anda datang bertandang, biasalah mak dan ayah kita kalau orang kampung, suka sangkut baju merata tempat. Isteri pula tak suka situasi macam tu, mula buat muka...basuh pinggan pun main hempas-hempaa, muncung panjang sedepa, lepas tu mengungkit, rumah tu duit dia, suami tak ada hak nak buat macamtu. Suami pula ditelan mati mak, di luah mati bapak.

Kadang-kadang ada juga isteri yang memandang rendah taraf suami yang bergaji rendah, dan malu nak mengaku suami sendiri. Contohnya, isteri pegawai tadbir diplomatik, suami pula, kerani swasta. Bila rakan-rakan sekerja bertanya, isteri akan memberikan jawapan yang menyimpang dengan mengatakan suami mereka businessman.

Ini pula pendapat saya.
Memang ada keburukan dan kebaikan jika situas begini. Tetapi bagi saya, jika suami pandao mendidik, setinggi mana pun gaji isteri, mereka harus sedar, syurga mereka ada pada suami. Jika mereka taat perintah suami, maka selamat hidup mereka. Tempat seorang isteri kan di sisi suami. Di pejabat anda mungkin ketua, tetapi di rumah, anda tetap seorang isteri dan kena hormat dengan suami.

Jangan terlalu riak dan takbur dengan kemewahan dan pangkat, semua tu bukan hak milik mutlak kita. Nak buat apa berjawatan tinggi dan duit banyak kalau hati tak tenteram, control suami, arahkan suami, malu dengan pekerjaan suami.

Memang sukar untuk zuhud dan wasatiah, saya sendiri akui...tapi kena banyak istighfar, InsyaAllah kita boleh menerima situasi itu.
Para suami juga, janganla mengambil kesempatan terhadap kesenangan isteri, anda haruslah berusaha untuk meningkatkan taraf hidup anda.

Senang untuk berkata-kata, tapi nak melaksanakan susah. Saya sendiri masih bujang, tak mengalami perkara sebegini, cuma saya berusaha untuk jadi sebaik yang mungkin. Terima kelemahan dan kelebihan.

Agak poyo bila cakap macamni, sebab kita tahu, rata-rata yang mengalami isu sebegini, dan bermasalah. Semuanya bergantung pada pasangan itu sendiri. Jika suami tegas, ada pendirian, InsyaAllah, hati bahagia, rumahtangga pun bahagia.

Pergi Makkah berapa banyak kali pun, belum tentu kita beriman...macam tu jugak..sembahyang tonggang tonggek pun, belum tentu kita boleh bimbing pasangan kita.

Lelaki kan kena tegas dalam mendidik. ...

Bukan saya mahu menyokong kaum wanita, tetapi wanita kebiasaannya jarang menongkah dunia dengan pangkat yang besar dan gaji yang lumayan. Malah mereka ringan tulang untuk membantu suami menguruskan pendapatan, kebanyakan mereka saya lihat, bertungkus lumus membantu suami dan menabung sebagai persiapan masa hadapan.

Adakalanya mereka tidak kedekut untuk menolong suami ketika suami memerlukan, ini bukan bermakna mereka memanjakan suami atau suami mengambil kesempatan, tetapi lebih kepada rasa tangungjawap bersama.
Orang luar yang melihat keadaan begini, pasti akan membuat berbagai andaian, kononnya, isteri menangung biawak hidup, sedangkan isteri rela hati untuk membantu suami.

Tangungjawap suami memang berat, tetapi bukan bermakna dayus jika kita menerima bantuan isteri. Sama-sama membantu untuk kesenangan bersama. Biarlah apa orang luar hendak cakap, yang pasti anda tahu apa yang anda lakukan. Dan Allah tahu apa niat anda.

Tidak dinafikan, memang ada segelintir lelaki yang mengambil kesempatan, tetapi saya tidak mahu mengulas isu itu.