Pages

Saturday, April 14, 2012

Ustaz Azhar Idrus di Majalah Apo?

Assalamualaikum.

Semalam beli Majalah Apo? di NZ Magazine, then selak-selak terjumpa page yang sangat menarik! Uztaz Azhar Idrus dalam Majalah Apo? Ruang ni di kelola oleh kartunis Pandan. So all readers, please give support to this magazine yek!

Ni Iklan dia.

PILIHANRAYA - AKU SOKONG SIAPA?

Assalamualaikum.
Hurm, dah nak tiba musim pilihanraya ni memang macam-macam bendera yang saya lihat tergantung di sana sini.

Teringat masa balik terengganu, tengah paya pun orang pacak bendera gak, dalam sungai, senang cerita kat mana-mana pun ada bendera.

Semalam, masa lepas balik kerja sembang-sembang dengan member kejap pasal politik. Terkeluarlah pasal pilihanraya, dan soalan yang memang wajib ditanya, Saya sokong siapa?.

Hehe, gelak je lah, Undi kan rahsia, mana boleh beritahu kita undi siapa, betul tak?

Hurm, tapi saya akan undi insan atau individu atau parti yang jelas perjuangannya, bukan untuk tujuan kebaikan sebelah pihak sahaja. Yang akan saya undi adalah pemimpin yang mahir tentang dunia dan akhirat bukan individu yang hanya di kaca television pandai berkata-kata tentang islam, tentang perjuangan, tentang jihad ke jalan Allah, tapi di belakang tabir masih memegang botol arak sebagai santapan harian.

Yang saya sokong adalah yang "Berjiwa Rakyat", bukan dalam ertikata turun ke kampung mengadakan keramaian bersama rakyat, makan bersama rakyat, menjengok ke kampung-kampung, dan sebagainya, tetapi yang dicari ialah yang sanggup menolak segala kemewahan untuk diri sendiri dan mendahulukan rakyat. Menjenguk kekampung-kampung, bersarapan bersama rakyat, makan makanan yang rakyat makan bukan pada masa-masa tertentu atau masa nak berkempen sahaja.

Yang saya akan sokong juga adalah yang mampu menjadi imam kepada sekalian rakyat, yang boleh menjadi Khalifah yang bertangungjawap kepada bangsa, agama dan negara. Seorang Khalifah yang mengguruskan duit rakyat secara betul dan tidak menyeleweng malah meningkatkan taraf ekonomi semua rakyat.

Banyak lagi ciri-ciri siapakah yang akan saya undi, tapi cukuplah sikit ni yek. Anda dapat agak siapa yang akan saya sokong? Tepuk dahi tanya lah akal anda...

Undi tu kan rahsia, so mana boleh dan open dekat sini..betul x?

Monday, April 9, 2012

Saya Dan Masakan Pertama Yang Di Masak!

Assalamualaikum semua.

Saya ni memang suka mencoret apa sahaja yang saya fikirkan boleh dikongsi bersama-sama pembaca.

Kali ni just nak share tentang menu masakan yang saya masak kali ketama (kali pertama).
Benda ni jadi pun masa nenek saya pergi haji, so tinggallah atuk saya kat rumah sorang-sorang. Masa tu saya sekolah asrama, then time cuti kena balik kampung sebab tolong sepupu n mak cik saya jaga atuk. Atuk saya ni kuat lagi, tapi biasalah bekas askar, suka perintah orang...hehe...sorry atok...terkutuk plak. Hehe, macam biasalah kalau nak makan mesti lauk panas-panas. Time tu hujan lebat, tak boleh nak bungkus makanan kat pasar malam, so kenalah saya masak. Mak cik saya dah pergi kerja shift malam, so tak sempat nak siapkan lauk untuk atok saya ni.

Maka di sebabkan itu, sayalah master chef malam tu...muahahahahaha! Erk kejam giler gelak tu kan. Saya masa tu baru je tingkatan satu tak silap saya tahun 1995. Masak telur kicap taulah, ni nak masak untuk orang veteran yang selera macam selera Sultan Mahmud Mangkat Di Julang, boleh ke? Satu-satunya lauk yang saya ingat time tu, asam pindang bendi dengan telur. Tau tak asam pindang tu ape? Ala masak asam yang pakai kunyit tu, warna kuning sikit tu. So saya cuba ingat-ingat balik apa bahan-bahan yang nenek saya pakai. Saya start potong bawang merah, kunyit hidup..lepas tu tumbuk kunyit n bawang sampai lumat. Lepas tu masukkan dalam periuk, belah cili besar, masukkan air and air asam jawa sikit, lepas tu masuk bendi plak. Nampak macam dah jadi kan, tapi yang mengantoikan keadaan adalah GARAM!!!!!!!!!!!!

Time tu tak tau nak beza mana satu garam dan Pak Ajinomotor suzuki!!!!!
Sepatutnya taruk garam, tapi yang saya taruk Ajinomoto. Sampai habis setengah botol baru ada rasa masin n rasa sedap sangat-sangat...hihi..mau x sedap, setengah botol bahan perasa...hihi...

Time nak makan, atok tengok je lauk tu, sempat gak suruh saya goreng telur letak bawang. Mula-mula tu dia takut gak nak makan, try hirup kuah je sikit-sikit sambil jeling-jeling tengok saya. Saya plak senyum simpul kat tepi meja, kira bangga giler dapat hidangkan makanan untuk atok.

Terkojut den, habis 2 pinggan atok makan, siap hirup sampai habis kuah tu..dia cakap sedap betul kuah tu. Hihihii...

Tapi yang x bestnya lepas je atok makan dia cakap kepala dia pening-pening, tapi dia x cakaplah sebab makan kuah tu. Kebetulan time tu hujan, so dia pun beranggapan dia pening sebab kena hujan...

Agaknya penangan ajinomotor tu yang buat atok pening kan....

----------------Tamat--------------------

Sunday, April 8, 2012

Novel Bersiri - Part 1

Kekusutan semakin menyesakkan kehidupan zara. Hari demi hari alam pertunangan yang sepatutnya di nikmati dengan saat-saat manis dihiasi dengan pelbagai dugaan dan cabaran.
Air mata sudah kering menangis, hati semakin tawar untuk menerima hubungan yang semakin lama semakin rapuh. Namun untuk menjaga hati kedua belah pihak, zara terpaksa menelan tiap kepahitan yang sudah tidak terbendung lagi.

”Hai Zara, kau o.k ke?”, tegur Amie apabila melihat Zara semakin hayal.
”Entahlah, sejak akhir-akhir ni aku keliru, kalau dulu, mungkin aku yakin dengan tunang aku, tapi sekarang aku jadi tak yakin, macam ada sesuatu yang dia cuba sorokkan dari aku”, balas Zara menyatakan kekeliruannya.
”Mungkin perasaan kau, lagipun kau kan dah nak kahwin, dugaan dari Allah tu”, Amie cuba menenangkan Zara.
”Tak mungkin Amie, aku tahu diri aku. Aku tak akan syak wasangka seteruk ni kalau tak ada perkara pelik, Cuma aku tak jumpa jawapannya lagi”, Zara membalas untuk mempertahankan pendiriannya.

Emosi Zara semakin tidak menentu, melihatkan keadaan Zara, Amie segera beredar untuk memberi ruang kapada sahabatnya itu untuk bersendiri sambil menenangkan fikiran. Mungkin itu yang terbaik untuk Zara, fikir Amie.
Ingatan Zara kembali terkenang sewaktu mula-mula menerima khabar dari bapanya bahawa ada orang datang merisik.
”Abah, betulke keputusan Zara ni untuk terima Fazrul? Zara bukan apa, dia Cuma kawan Zara dari kecil, perasaan cinta tu tak ada abah”, Zara menyatakan keraguannya.
”Zara, cinta tu kita boleh pupuk, lagipun ibu ayahnya orang baik-baik, InsyAllah dia boleh contohi akhlak ibu dan ayah dia. Zara tak perlu risau, Fazrul tu akan jadi suami yang baik untuk Zara, percayalah cakap abah ni”, pujuk Haji Kamarul untuk melegakan kegusaran anak gadis kesayangannya.

Malam itu, Zara nekad untuk melakukan solat Tahajjud dan solat Istikharah untuk merungkaikan setiap persoalan yang semakin membelenggu jiwanya. Jika dibiarkan, jiwanya semakin parah, emosinya semakin tidak keruan, fokus terhadap kerja pula semakin merundum.

”Ya Allah, sesungguhnya aku meminta petunjuk yang baik dariMu, dengan ilmuMu, aku minta kekuatanMu dengan KekuatanMu. Aku meminta dariMu dari kelebihanMu yang banyak, maka sesunggunya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku, jika kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniakau dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa kakan datang maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu.” Zara teresak-esak melafazkan doa sesudah solat Isthikarah.

Semoga esok ada permulaan yang baru untuk diri aku. Ya Allah, aku redha andai ketentuan mu itu tidak berpihak kepada ku, kerana tiap apa yang kau rancangkan adalah yang terbaik untuk ku.
Malam itu, Zara tertidur di dalam sendu dan tangisan yang mengharap ihsan dari yang Esa.

”Hai, Zara, you look good today! Its great my dear”, Amie menyapa Zara.
“Amboi, ni nak bodek aku ke? Bukan ke aku hari-hari o.k?”, soal Zara berpura-pura tidak mengerti.
”Hello Zara, kau tahu tak dah 3 minggu aku ni terpaksa tengok muka kau yang dah macam lepat labu basi tu”, Amie memulangkan paku buah keras kepada Zara.
”he,he, ye ke? Aku minta maaflah lah ye, alah itu dulu, hari ni aku dah o.k dah.” Zara membalas pasti.
”Zara, Fazrul ada call kau ke? Pagi-pagi lagi dia dah call aku cari kau. Pelik aku, dia cakap dia try call kau, tapi kau tak jawap” soal Amie
”Hem, memang aku tak jawap, selagi aku tak dapat jawapan yang aku cari. Amie, kau jangan layan la mamat tu. Kalau dia call kau cakap la aku dah pergi uganda”, gurau Zara seraya disambut gelak besar oleh Amie.

”Hai Cik Zara, sorry ganggu you, ada tetamu nak jumpa you, personal katanya”, teguran dari setiausahanya Ema, membantutkan perbualan mereka.
Setelah mengucapkan terima kasih kepada Ema, Zara bergegas ke lobi, di situ kelihatan seorang perempuan sedang menunggu.
”Hai, saya Zara, cik nak jumpa saya?”, ramah Zara menyapa.
”Aah, saya nak jumpa Cik Zara, nama saya Anis. Boleh saya bercakap dengan Cik Zara secara personal?”, pinta gadis itu.
”O.k, jom ikut saya ke bilik”, balas Zara.
Zara bertanya kepada gadis itu apa pekara penting yang hendak di bincangkan, adakah ini berkaitan dengan projek hiasan dalaman yang terbengkalai di Rawang itu?

”Cik Zara, saya minta maaf, kalau pengakuan saya akan melukakan hati awak, sebenarnya Fazrul tunang Cik Zara tu, adalah bekas teman lelaki saya. Dia tinggalkan saya kerana ingin berkahwin dengan Cik Zara. Tapi saya merayu supaya Cik Zara janganlah berkahwin dengan dia”, Anis meluahkan isihatinya sambil menagis teresak-esak.
”Tapi kenapa? Lagipun lagi dua bulan je lagi kami nak nikah, takkan di sebabkan dia pernah jadi kekasih awak, saya kena tinggalkan dia”, bidas Zara tanpa berselindung.

Gila agaknya perempuan ni, tiba-tiba minta aku jangan kahwin dengan Fazrul semata-mata sebab dia pernah jadi pasangan kekasihnya. Zara menarik nafas dalam-dalam, kalau ikutkan hati mahu sahaja dia menujal kepala perempuan di hadapannya. Tetapi naluri kemanusiannya menyuruh supaya dia bersabar dan mendengar penjelasan dari perempuan itu.

”Sebenarnya saya yang lebih layak berkahwin dengan dia Cik Zara, kerana anak dalam kandungan saya ini adalah anak Fazrul. Saya berani bersumpah ini adalah anak dia, dia mesti bertangungjawap pada saya, tolonglah saya Cik Zara”, rayu Anis sambil memegang tangan Zara memohon simpati.

Saat ini Zara tidak mampu untuk berkata apa-apa, nafasnya semakin sesak, terasa salur darah semakin menyempit, deria yang mengawal setiap pergerakkannya seolah-olah tidak berfungsi. Suasana semakin gelap gelita.

”Zara, anak abah, bangun sayang”, suara sayu Haji Ismail memecah gegendang telinga Zara.

Zara membuka mata, dilihat sekelilingnya sangat asing, dia tidak tahu berada di mana. Kelihatan abah, Amie dan seluruh ahli keluarganya sedang mengerumuninya.

”Zara di mana ni abah? Apa yang jadi pada Zara? Kenapa ramai sangat orang ni?”, soal Zara bertalu-talu.
”Zara di hospital, tadi Zara pengsan tiba-tiba di ofis, Amie yang bawa Zara ke sini”, balas Haji Ismail.

Zara cuba mengingati apa yang terjadi sebenarnya, sesaat kemudian dia menagis teresak-esak.
”Abah, Zara nak balik. Zara nak tenangkan diri di rumah. Abah bawa Zara balik ye”, pinta Zara
”yelah, Abah datang ni pun nak bawa Zara balik ke rumah, Zara tak payah la risau kalau ada masalah kerja, risau abah, kalau sampai pengsan macam ni”, Haji Ismail menasihati Zara.

Zara terkedu mendengar kata-kata Haji ismail. Bagaimana ingin diterangkan pada abahnya itu tentang Fazrul dan Anis. Zara risau hati Haji Ismail akan terluka sedangkan dia begitu mengharap anak tunggal perempuannya itu untuk berkahwin.

Zara mengambil kesempatan yang ada untuk berehat secukupnya dan memikirkan bagaimana cara terbaik untuk menerangkan keputusannya.
Selesai makan malam bersama, Zara cuba mendekati Haji Ismail untuk berbincang.
”Abah, boleh Zara bincang sesuatu?”, soal Zara tiba-tiba.
”La, selama ni tak pernah pun minta kebenaran, abah ni macam pegawai penjara ke, sampai Zara takut nak bincang?”, seloroh Haji Ismail pula.
”Er, tak adalah, apa lah abah ni. Abah, Zara dah buat keputusan, Zara nak putuskan pertunangan dengan Fazrul”, berhati-hati Zara menerangkan kepada Haji Ismail.
Mata Haji Ismail mencerlung memandang Zara, meminta kepastian. Hantu apakah yang dah merasuk anaknya ini, sedangkan tinggal 2 bulan sahaja lagi untuk bernikah. Khemah, bunga telur, kad undangan, semua sudah di tempah. Berguraukah anak gadisnya ini?

”Zara, bergurau?”, soal Haji Ismail mendatar
”Tak, abah. Zara nekad untuk putuskan pertunangan ni”, balas Zara yakin
”Tapi kenapa? Apa yang tak kena pada Fazrul? Zara sudah ada pilihan lain?”, bidas Haji Ismail
”Abah, selama ni Zara pernah ke keluar dengan lelaki lain? Ni keputusan Zara, abah. Zara ada hak untuk tentukan masa depan Zara. Fazrul dah mengandungkan perempuan lain. Pagi tadi perempuan tu datang cari Zara di ofis. Dia dah terangkan segala-galanya pada Zara. Kalau abah tak percaya kita boleh jumpa dia”, hambur Zara menahan sebak

Haji Ismail beristighfar sebanyak yang mungkin menahan amarah di dada. Terkedu mendengar penjelasan anaknya. Patutla selama ini dia mendengar sindiran-sindiran sinis orang kampung mengatakan bakal menantunya, lelaki yang tidak boleh dipercayai. Haji Ismail hanya memekakkan telinga dan menganggap kata-kata mereka itu hanya gurauan semata. Tidak disangka pula perkara itu betul-betul terjadi.

”kalau betul apa yang Zara kata ni, abah akan jumpa Fazrul sendiri”, ringkas dan tegas kata-kata Haji Ismail.
”Terima Kasih abah”, Zara mengucapkan terima kasih.

Esoknya Haji Ismail meminta Fazrul datang kerumahnya untuk berbincang dan menyelesaikan masalah itu. Haji Ismail bertanya kepada Fazrul dan meminta bakal menantunya itu menjelaskan samada perkara itu betul atau pun tidak.
Pada mulanya Fazrul menafikan, tetapi kemudian apabila disuruh bersumpah, barulah dia mengaku. Haji Ismail sebaik mungkin berdiplomasi supaya tidak timbul rasa tidak puas hati di kedua-belah pihak.

”Fazrul, kamu bertaubatla, dan cuba bertanggungjawap terhadap bekas kekasih kamu itu, dia yang paling layak berkahwin dengan kamu. InsyAllah, minggu hadapan pak cik akan hantar wakil untuk memutuskan pertunangan ni secara baik.”, Haji Ismail bersuara.
”Baik, kalau itu yang pak cik nak, tapi pak cik jangan menyesal nanti”, ugut Fazrul tiba-tiba.
”InsyAllah pakcik terima apa juga dengan redha, pergilah kamu balik nak”, balas Haji Ismail cuba berlembut
”Heh orang tua, kau tak payah la nak tunjuk baik, Zara tu bukannya baik sangat pun. Kau sepatutnya beruntung ada orang nak kahwin dengan anak kau tau tak! Lagi satu aku nak kau pulangkan duit hantaran dua kali ganda”, herdik Fazrul seraya meludah ke tanah.

Haji Ismail hanya mengeleng kepala menahan pedih. Kalau beginilah sikap Fazrul, selayaknya Zara membuat keputusan sebegini. Kasihan anak gadisnya itu, dari dulu di cemburui, disakiti tanpa belas kasihan. Tetapi dia bersyukur, dikurniakan anak yang tabah dan sabar. Walaupun berjuta tohmahan yang di lemparkan kepada Zara, seingatnya Zara belum pernah melawan atau menjawap. Dia lebih rela berdiam diri dan mengadu kepada yang Maha Esa. Nurzara Firdaws, satu-satunya anak gadis yang di tinggalkan oleh arwah isterinya. Dialah racun dan dialah penawar. Ditinggal ibu sewaktu usianya menginjak remaja, membuatkan anak gadisnya itu menjadi terlalu berdikari dan menganggap tidak perlu lelaki lain dalam hidupnya selain dari bapanya sendiri. Hatinya tersangat keras, pendiriannya sukar di ubah dan kadang-kala emosinya sering berubah-ubah.

Sementara itu, di pejabat Zara pula, keadaan semakin sibuk maklumlah menjelang musim perayaan semakin ramai yang ingin mendapatkan bantuan dan khidmat untuk mereka bentuk kediaman mereka.
”Zara, i nak jumpa you sekejap, i tunggu dalam bilik you”, suara Fazrul memecah disebalik kebisingan suara pelanggannya.
Dari mana muncul Fazrul ni, tak tahu adab betullah mamat ni. Suka hati dia je nak arahkan aku, dah la datang ofis aku, lepas tu ada hati arahkan aku macam tuan besar pulak. Kepala hotak dia. Zara mengomel di dalam hati menahan geram. Kalau di ikutkan hati mahu di halau keluar lelaki itu.
”Hah, ada apa you tak datang ofis i ni?”, soal Zara kasar.
”You jangan pura-pura tak tahu pula. You yang beritahu ayah you kononnya i ni dah mengandungkan perempuan lain kan?”, tengking Fazrul
”Eh, kenapa you nak marah? Memang betul you dah mengandungkan dia kan?”, giliran Zara pula membalas
”I ni lelaki, siapa yang suruh dia murah sangat beri diri dia pada i? Lagipun bukan i yang mintak pun, dia yang datang cari i. I pun sapulah, lauk depan mata siapa yang tak terliur. Alah perempuan macam tu bersepah i boleh dapat, lagipun masa tu dia bukan ada dara pun. Entah-entah anak dalam kandungan tu, bukan anak i. You tak payah risau la Zara, lepas i kahwin dengan you, i taubat la”, balas Fazrul mengejek.
”You ni memang jantan tak guna tau tak! Dah rosakkan anak dara orang lepas tu you buruk kan dia pula. I tak nak kahwin dengan you. Silap haribulan lepas you kahwin dengan i, you cari betina lain. You ni belajar je tinggi tapi otak letak kat lutut. I tak tahula macamana mak bapak you boleh percayakan kononnya you ni anak yang baik, tak tinggal sembahyang. Sedangkan perangai you ni mengalahkan iblis”, Zara menghamburkan kemarahan yang semakin meluap-luap.
”Eh, apa susah, depan diorang i buat-buatla sembahyang, mengaji. Tak kan la i sebodoh tu nak tunjukkan diri i ni sejahat tu, Zara, kalau i nak cari betina lain pun lepas kahwin dengan you, i ada hak tau. You kena patuh dengan i tau.”, sinis Fazrul membalas.
”Binatang you Fazrul! Keluar you dari sini dan jangan sesekali you datang tunjuk muka you di ofis i lagi!”, arah Zara.
”Kurang ajar punya perempuan, kau ingat kau siapa? Kau tak kenal aku lagi. Sejuta kali aku buat jahat pun, tak ada siapa percaya, kau faham? Hari ni aku akan ajar kau cara-cara nak menghormati bakal suami kau”, Fazrul memekik sambil mengheret tangan Zara.
Fazrul menyeret Zara keluar dari bilik , dia menampar muka Zara berkali-kali dan menendang Zara sekuat hati. Pelanggan yang melihat kejadian itu membantu meleraikan pergaduhan. Melihatkan ramai yang membantu Zara, Fazrul berundur dan lari meniggalkan bangunan itu.
”Zara, jom kita report polis, sebelum itu, mari aku bersihkan luka kau ni”, arah Amie.
”Tak payahla report polis, aku malas nak besarkan hal ni. Aduh perlahanla
Sikit, nak pecah muka aku ni kau tonyoh”, adu Zara memohon simpati.
”Tahanla sikit, aku nak sapu luka ni. Suka hati kau la tapi jangan salah kau aku kalau kejadian ni berulang lagi.”, balas Amie.

Mujurlah pelanggan yang ada memahami situasi itu. Risau juga Zara, kalau hilang pelanggan, sedangkan inilah satu-satunya periuk nasi yang dia ada. Geram pada Fazrul semakin membuak-buak, kalau diikutkan hati mahu saja dia berjumpa kedua orang tua Fazrul untuk memberitahu perkara itu tetapi, demi menjaga air muka dan maruah bekas Ustaz dan Ustazah itu, Zara mengalah.

Haji Ismail menunaikan janjinya. Dia bersama wakil berkunjung ke rumah Haji Maarof dan Hajjah Safiyah untuk memutuskan tali pertunangan. Fazrul turut serta. Setelah mendengar penjelasan dari kedua-dua belah pihak, duit hantaran akan dipulangkan setelah Fazrul selesai membayar ansuran keretanya memandangkan Zara telah menjadi penjamin kepada Fazrul. Walaupun Fazrul awalnya mendesak supaya Haji Ismail memulangkan wang hantaran itu serta-merta dan dua kaliganda dari nilai asalnya, namun akhirnya dia akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh kedua belah pihak.

Haji Ismail menarik nafas lega memandangkan segala masalah yang ada
telah diselesaikan dengan cara baik. Dia tidak mahu lagi anak gadisnya itu terseksa dan kalau boleh dia mahu Zara melupakan peristiwa sedih itu.
Biarlah Zara bahagia dengan apa yang di mahukannya. Tak akan sekali-kali dia memaksa anaknya itu untuk berkahwin, andai ada jodohnya, biarlah Zara bahagia. Itulah doa Haji Ismail saban hari.
Zara tidak pernah menunjukkan riak sedih apabila diahadapannya, namun dia tahu jauh di sudut hati anaknya itu, terlalu menderita dengan realiti yang terpaksa di telannya.



3 tahun kemudian......................................


”Zara, abah nak Zara pergi ke rumah client kita di Kg Baru, untuk desingkan hiasan dalaman yang sesuai dengan rumahnya dan lanskap di taman mini dia juga, ni alamatnya”, arah Haji Ismail
”Abah, kanapa Zara kena pergi, client tu VIP ke sampai kita yang kena pergi, biasanya mereka yang datang ofis kita dulu untuk berbincang kemudian barulah kita pergi untuk ambil ukuran”, jawap Zara tidak berpuas hati.
Haji Ismail tersenyum memandang Zara. Menduga bahawa anaknya itu tidak senang dengan arahan yang di berikan.
”Zara dah lupa ke? Minggu lepas kan Zara yang siapkan pelan untuk rumah En.Qimie?”, soal Haji Ismail sambil tersenyum.
”Eh, Zara lupalah abah. Abah pun tak cakap client tu En.Qimie. abah ni selalu kenakan Zara macam ni”, ujar Zara sambil menahan malu.
Haji Ismail tergelak melihat muka Zara yang kemerahan menahan malu. Zara akur dengan arahan Haji Ismail dan bergegas ke rumah client mereka.

Setengah jam kemudian Zara sampai di hadapan rumah Qimie. Zara tertinjau-tinjau dari luar untuk memastikan alamat yang tertera tepat. No 42, jalan Raja Muda, Kg Baru.
”Betul ke ni rumah En.Qimie?.Macam pelik je rumah dia, tak mungkin rumah macam ni nak buat interior design kot? Macam rumah berhantu je,rumah mayat pun ada juga”, Zara mengomel sendirian.
Tiba-tiba pintu pagar terbuka sendiri, mungkin kehadirannya telah di sedari oleh client nya itu. Zara cepat-cepat meloloskan diri sebaik sahaja pagar dibuka sepenuhnya.
”Dasyat juga rumah ni, walaupun nampak hodoh tapi pintu pagar automatik, ada alarm system lagi”, bebel Zara perlahan.
”Ehem, Cik Zara, mengumpat apa tu?”, Qimie bersuara tiba-tiba.
Dari mana pula mamat ni, tiba-tiba ada belakang aku. Zara terpingga-pingga melihat Qimie yang muncul secara senyap.
”Eh, mana ada. Saya puji rumah awak cantik”, ujar Zara tergagap-gagap. ”Merepek awak ni, orang buta pun tahu rumah saya ni dah macam rumah
hantu tau tak. Tak payahla awak nak bodek saya, di sebapkan rumah saya ni tak cantiklah, saya memerlukan khidmat seorang arkitek hiasan dalaman yang bagus supaya rumah saya ni jadi cantik, betul tak Zara?”, dalam diam Qimie mengenakan Zara.

Zara memandang Qimie, sambil tersenyum sumbing. Terasa pipinya panas dan kemerahan menahan bahang matahari dan menahan malu. Tidak disangka Qimie pandai meneka apa yang berlegar di kotak fikirannya.

Qimie menjemput Zara, untuk masuk ke rumahnya. Dia dibawa melawat keseluruhan rumah itu. Dari ruang tamu, bilik tidur, dapur, bilik mandi, balkoni hinggalah ke halaman rumah. Menurut Qimie dia ingin menukar keseluruhan interior rumahnya itu supaya nampak moden dan sophisticated. Manakala halaman rumah pula dia inginkan suasana yang damai dan tidak meniru konsep bali.

”Zara, saya ni sangat simple, kalau boleh saya mahu setiap inci rumah saya tidak terlalu padat dengan perabot, tetapi cukup untuk kelihatan menarik dan mendamaikan jiwa saya”, jelas Qimie menerangkan citarasanya.
”Saya rasa, minimalis jepun adalah yang paling sesuai untuk kediaman En.Qimie ni”, ujar Zara pula.
”Panggil Qimie sudahla, terasa macam Ceo pula kalau berencik ni, oh ya, minimalis tu apa?”, gurau Qimie ramah.
Alah taktik la tu. Dasar lelaki, lembut tulang dari daging. Mesti dialog yang sama. Dari 30 lelaki yang aku jumpa, 33 beri dialog yang sama.
”Qimie, minimalis tu konsep yang meminimumkan penggunaan perabot untuk setiap ruang dan kita banyak menumpukan pada warna-warna dramatik supaya kesan yang wujud boleh memberi impak yang sangat besar walaupun perabot yang di gunakan sangat sedikit. Saya mengesyorkan konsep minimalis jepun memandangkan ruang rumah Qimie ni bersesuaian dengan konsep tu. Lagipun belum ramai yang berani mencuba konsep sebegini. Halaman rumah juga saya akan hiaskan seperti taman teh jepun. O.k tak?”, panjang lebar Zara menerangkan kepada Qimie.
”Ish, bagus betullah awak ni Zara, saya memang suka konsep jepun ni, lagipun Takeshi Kanishiro tu hero pujaan saya, tengok mata saya pun sepet macam dia kan”, Qimie bersuara riang.
Apahal pula mamat ni. Ape kena mengena hero yang dia suka dengan konsep yang aku pilih ni. Lagipun aku tengok muka dia tak ada pun iras Takeshi, iras yakuza adalah.
”Er, Qimie, kita teruskan perbincangan kita ye, lagipun masih banyak yang belum selesai ni. So langsir, cadar dan perabot lain awak nak pilih atau awak letakkan sepenuh kepercayaan pada saya untuk pilihkan”, soal Zara.
”Saya serahkan pada awak Zara. Pilih ikut citarasa awak, dan saya cuma akan beri pandangan kalau ada yang perlu diubah. Bertahu berapa harga, dan saya akan bayar.”, serius Qimie memberikan pandangan.

Selesai mengambil gambar dan ukuran ruang rumah, Zara meminta diri untuk pulang. Pertemuan dengan Qimie menimbulkan seribu satu soalan. Dari mana agaknya mamat tu dapat duit, semudah itu dia memberikan persetujuan untuk membayar harga yang telah di tetapkan untuk setiap inci konsep rumahnya. Mungkin dia jual dadah atau dia ketua kongsi gelap. Manalah tau, dia sengaja duduk rumah yang nampak hodoh semata-mata untuk mengaburi pihak polis dari menghidu kegiatannya.
Astagfirullah, tak elok mengandaikan sesuatu yang tidak pasti. Zara segera beristigfar bila menyedari dirinya jauh tersasar dari tujuan asal.


Sementara itu di rumah Qimie.

”Qimie, pandai kau cucuk jarum ye, Along dah agak dah kau bukan nak sangat pun ubah rumah ni, kau saja nak ambil kesempatan supaya kau dapat tengok dia hari-hari kan?”, teka abang sulung Qimie, Nazmi tiba-tiba.
”Pandai betul Along ni, tau je apa yang Qimie buat”, ujar Qimie tanpa berselindung.
”Kenapa Qimie suka dia? Dari mana Qimie kenal dia? Soal Nazmi teragak-agak.
”Qimie suka dia sebab dia jenis yang keras kepala, kreatif yang paling penting telinga dia macam kucing, kalau dia marah telinga dia bergerak-gerak, sebijik macam kucing.Qimie dah lama kenal dia, masa tu, dia baru habis buat ijazah, datang minta tempat untuk praktikal kat ofis Qimie, tapi masa tu ”bad luck” sebab dia dah dapat offer dari company lain. Masa tu fikir tak jumpa dia lagi, tiba-tiba masa pergi tengok ”floor timber” kat cheras, ternampak dia, rupanya tu company dia. Qimie pun terus minta dia tolong design kan untuk rumah kita ni”, gembira Qimie bercerita kepada Nazmi.
Nazmi hanya tersenyum melihat gelagat adik bongsunya itu. Harap-harap terbukalah hati Qimie untuk berkahwin. Umur dah 35 tahun, tapi sehingga sekarang masih belum ada kekasih. Memilih, obses sangat pada kerja. Tapi kalau dia tak berkenan dengan budak perempuan tu, mungkin boleh dijadikan ”bini” aku, lagipun aku kan duda, sunyi plak tu, Nazmi berkira-kira di dalam hati.
”Hah, kenapa senyum kambing sorang-sorang ni? Ada hati mau curi makan ke?”, sergah Qimie melulu.
”Eh, mana ada, Along cuma terfikir, antara Along dan Qimie, Along lagi macho. Kalau Zara tu suka kat Along, logik la. Tapi kalau Qimie ni, mungkin dia kena fikir 22.5 kali”, usik Nazmi menduga Qimie.
”Perasan, macho ke hancur? Along, Qimie rasa macam dah jatuh cinta la. Dada Qimie ni sakit sangat, tiba-tiba cam kena panahan asmara, aduh sakitnya”, Qimie menunjukkan aksi seperti terkena busur panah.
”Malas Along nak layan Qimie ni, baru satu hari dah jatuh cinta, nasib baik tak terus pergi meminang. Dah la, Along nak solat dulu. Dari layan Qimie ni baik Along teruskan misi mencari gadis impian Along”, balas Nazmi.
Zara semakin tekun menyiapkan pelan untuk rumah Qimie, dia perlu menyiapkan secepat mungkin supaya kerja-kerja pengubahsuaian dapat dilakukan dengan segera. Esok dia akan ke rumah Qimie untuk berbincang mengenai pelan yang telah disediakan.

Esoknya, seawal jam 8:00 pagi Zara sudah terpacak di hadapan rumah Qimie. Berkali-kali Zara menekan loceng dan memberi salam, namun tiada siapa pun menjawap. Ketika dia mahu berpusing melangkah ke kereta, tiba-tiba pintu pagar terbuka dan seorang lelaki menjemputnya masuk. Seingatnya lelaki itu bukan Qimie. Tidak mungkin Qimie bertukar rupa menjadi seorang lelaki yang sangat kacak. Zara mengosok matanya berkali-kali untuk memastikan bahawa lelaki di hadapannya itu bukan Qimie.
”Zara, maaflah, saya Nazmi, abang sulong Qimie. Awak tak silap orang, jemputla masuk, Qimie ada di dalam”, terang Nazmi seolah-olah memahami keraguan Zara.
”Sorrylah, ganggu awak awal pagi ni. Mungkin saya datang terlalu awal agaknya”, ucap Zara serba-salah.
”Eh, tak adalah, saya memang bangun awal, Qimie tu yang selalu bangun lambat, sampai sekarang masih belum bangun lagi. Dah berkali-kali saya kejut, tapi tak bangun-bangun juga”, balas Nazmi seraya memuncungkan bibir ke arah Qimie yang masih tidur di atas sofa.
Zara tercengang memandang Qimie yang tidur tanpa baju dan hanya berseluar pendek menampakkan badannya yang berotot. Khusyuk dan tawadduk Qimie tidur, sekali-sekala terdengar bunyi dengkuran kecil.
”Tak sesonoh betullah mamat ni, sejuk-sejuk macam ni dia boleh tidur tak pakai baju. Lepas tu pakai seluar pendek pula. Memang tak ada adab, kena angin pasang baru padan muka. Hem, walaupun dia ni tak hensem, tapi bila dia dalam keadaan macam ni, nampak seksi pulak kan”, Zara berkira-kira di dalam hati.
”Zara, kenapa awak tengok saya macam tu?”, tiba-tiba Qimie bersuara sambil menaikkan selimut menutupi sebahagian dadanya yang terdedah.

Zara tersentak, dia tidak menyangka Qimie sudah terjaga dari tidur. Merah mukanya menahan malu. Sudahlah datang ke rumah orang bujang awal pagi, kemudian berdiri terpacak melihat anak bujang orang sedang tidur tidak berbaju.
”Sa..saya tak tengok awak Qimie, saya tengok bantal awak tu, dah kepam sangat, macam setahun tak berbasuh”, ujar Zara beselindung.
Qimie tersenyum malu, mungkin baru perasan bantal peluknya bewarna coklat kekuning-kuningan. Zara menahan tawa melihat Qimie terkocoh-kocoh beredar masuk ke kamarnya. Nasib baik ada alasan yang logik, jika tidak mungkin Zara akan di tuduh sebagai penceroboh berjaya.
”perasan betul mamat tu, ingat dia tu seksi sangat ke aku nak tengok badan dia. Dah la tu, siap tutup badan lagi, macamla aku ni terliur nak tengok badan dia yang tak berapa putih tu:, desis Zara lagi.
Hampir setengah jam menunggu, barulah Qimie muncul di ruang tamu. Perbincangan diteruskan dengan memilih warna untuk setiap bahagia rumah, kemudian Zara bercadang untuk membawa Qimie melihat contoh-contoh perabot yang telah dipilih untuk di letakkan di rumah clientnya itu. Segala-galanya berjalan lancar. Qimie hanya mengikut pilihan Zara, cuma sesekali, dia memberi pandangan rekaletak perabot supaya tidak kelihatan serabut.
Hampir 2 bulan berlalu, akhirnya Zara selesai melakukan ubahsuai di rumah Qimie.
Segala yang diminta telah dilaksanakan dengan sempurna. Sememangnya sentuhan idea Zara sangat kreatif. Jika dahulu, rumah Qimie seperti rumah berhantu, tetapi sekarang terasa seperti berada di negeri matahari terbit pula, sangat damai dan menyejukkan setiap mata yang memandang.
Berlainan pula dengan Qimie, lagi cepat Zara menghabiskan kerja, bermakna dia sudah kehabisan waktu untuk bertemu Zara. Kalau boleh Qimie mahu Zara berlama-lamaan membuat kerja di rumahnya itu. Ligat dia memikirkan bagaimana cara untuk membuatkan Zara terus membuat kerja di rumahnya.

Esoknya, seperti yang dirancang, Qimie memberitahu Zara bahawa dia tidak berkenan dengan pilihan perabot yang diletakkan, dia berhasrat untuk menukar kesemua perabot itu.

”Qimie, kenapa nak tukar lagi, bukan ke itu perabot pilihan awak? Apa yang tak kena? Saya rasa sepanjang 2 bulan saya buat kerja dengan awak masuk ni dah 10 kali awak minta saya tukar setiap perabot yang dah dipilih”, marah Zara.
”Zara, customer always right. Buat apa saya bayar mahal-mahal kalau awak tak boleh nak ikut setiap citarasa saya”, jawap Qimie berselindung dari niat sebenar.
”Masalahnya, saya pun ada customer lain, bukan awak sorang je tau tak? Lagipun saya tak heranla dengan duit awak tu, awak ingat saya ni tak penat ke? Hari-hari berulang ke rumah awak, balik-balik tengok muka awak. Kalau awak nak saya terus designkan rumah awak ni, sampai kiamat, baik saya duduk sini terus!”, bentak Zara lagi.
”Hah, lagi bagus, saya lagi suka kalau awak hari-hari ada kat rumah ni. Kalau macam tu, petang ni juga saya pergi jumpa ayah awak masuk meminang”, usik Qimie semakin galak menyakat Zara.
“Kepala busut awak! Senang-senang je nak masuk meminang, kalau awak jumpa ayah saya, biar ayah saya je yang kahwin dengan awak. Malas saya nak bercakap dengan orang gila macam awak ni?”, Zara mendengus marah.
”La, mana boleh kahwin dengan ayah awak, dia tu sama jantina dengan saya, nanti masa tok kadi nak nikahkan saya, pengsan pula tok kadi tu tengok pengantin perempuan ada janggut”, seloroh Qimie lagi.

Zara memandang tajam ke arah Qimie, terasa ingin dicekik-cekik lelaki itu, sesedap rasa bercakap. Tetapi bila memikirkan baki payment ubahsuai masih belum dibayar, Zara cuba bersabar, risau juga bila memikirkan jika dia mencari pasal dengan lelaki itu, nahas pula jika duitnya tidak dibayar. Zara segera beredar dari situ, risau kalau berlama-lamaan di situ,
Sekembalinya Zara ke pejabat, Kak Mah yang merupakan rakan kongsi bapanya sedia menanti. Zara memang rapat dengan Kak Mah memandangkan wanita belum berkahwin dan menganggap Zara sebagai anak kandungnya sendiri. Tetapi adakalanya perangai Kak Mah yang suka mendesak menyebabkan Zara lemas dan sengaja mengelakkan diri untuk bertemunya.
Seperti diduga, ada sahaja rancangan Kak Mah kali ini. “Zara, Kak Mah nak kenalkan Zara dengan Kawan Kak Mah.
Kak Mah, Zara bukan tak nak, tapi Kak Mah selalu buat Zara pening kepala, semua lelaki yang Kak Mah kenalkan tu tak sesuai dengan Zara.
Apa yang tak sesuainya? semuanya ada kerjaya dan harta memenuhi 5c’s credit card, car, condominium, cash and career.
Kak Mah, Zara tak hairan le dengan benda tu, diorang tu semua mata keranjang tau tak, tak cukup tu semua jenis tak cukup tanah bila jumpa perempuan.
“Ala, kali ni je Zara, Kak Mah mintak tolong. Lepas ni kalau tak sesuai juda, Kak Mah tak akan paksa Zara lagi.
“Nantila Zara fikirkan”. Zara menjawap sekadar berbahasa basi.
Kak Mah tersenyum memandang Zara. Sebenarnya dia kasihan melihat anak itu, saban hari bergelumang dengan kerja, sehingga tiada langsung waktu senggang untuk mencari pengganti bekas tunangnya dahulu.

Zara masih lagi temenung memikirkan cadangan Kak Mah yang berniat untuk memperkenalkannya dengan teman rapatnya. Menurut Kak Mah, temannya itu bekerja sebagai jurutera di firma terkemuka. Serba salah Zara dibuatnya, hendak ditolak tidak sampai hati, kalau terima macam terdesak pula. Akhirnya Zara membuat keputusan untuk mendiamkan diri, selagi Kak Mah tidak bercakap apa-apa, selagi itulah dia akan berdiam diri. Bukan dia tidak mahu, tetapi dia belum bersedia, masih gagal mencari hatinya yang entah di mana tercicir. Gerun juga memikrkan jika dia masih tidak berkahwin menjelang 30 tahun. Terpaksa pula dia mencari rumah orang tua-tua untuk dijadikan tempat tinggal bila sudah tua nanti.
Keesokkan harinya, saya bekerja seperti biasa, kerja-kerja mengukur di rumah Qimie telah selesai, hanya menunggu waktu untuk pengubahsuaian sahaja. Perabot juga telah dipilih. Zara mula mencongak-congak keuntungan yang bakal diperolehi, agak lumayan juga. Tiba-tiba Zara ternampak kelibat Kak Mah terkedek-kedek menuju ke biliknya.
“Alamak apalagi la orang tua ni nak dari aku, silap hari bulan aku carikan juga Kak Mah ni boyfriend”. Ngomel Zara sendirian
“Zara, petang ni jomla ikut Kak Mah, minum-minum dekat Coffe Bean Ampang Point.”
“Alah, tak nak la Kak Mah, setakat coffe tu, abah saya boleh tolong buatkan, lagi sedap.”

“Qimie, awak datang pukul berapa? Kalau nak datang beritahu dulu”. Zara bertanya kepada Qimie melalui sms.
“Saya dah nak sampai dah, awak tunggu kat luar ofis ye”.
“O.k, saya pakai baju kurung je tau, awak jangan malu keluar dengan saya.Lupa nak tanya, awak pakai kereta apa? Senang saya nak cam kereta awak kalau awak dah sampai”. Balas Zara pula.
“Saya lagi suka awak pakai baju kurung, kan ayu. Saya pakai kereta biasa je, sekejap lagi taula saya pakai kereta apa”. Qimie membalas riang
Merendah diri pula Qimie ni, agaknya dia pakai kereta BMW kot? Hensem macam tu mesti pakai kereta yang hensem juga. Tiba-tiba sebiji kereta iswara lama yang sudah berkarat membunyikan hon kearah Zara.
“Eh, siapa pula mamat kereta buruk ni, suka-suka hon orang. Zara membebel sendirian.
“Zara, saya la, Qimie. Qimie menjerit sambil melambaikan tangannya ke arah Zara.
Zara terlopong melihat Qimie, macam tidak percaya pun ada, melihat kereta yang di naiki Qimie. Dia menggosokkan mata sambil menampar pipi untuk memastikan bahawa dia tidak bermimipi. Agaknya Qimie mahu mengujinya, malu atau tidak untuk naik kereta separuh karat itu. Zara mempercepatkan langkah menuju ke kereta Qimie. Sambil tersenyum manis, Zara cepat-cepat masuk ke dalam.
“Kenapa awak terkejut? Maaflah kalau kereta saya ni tak cantik, ini je yang saya mampu”.
“Eh, tak ada la, saya o.k je. Saya ingat siapa yang hon saya tadi. Terkejut je tadi tu.

-To Be Continue-

Apa Yang Saya Mahu Dalam Hidup Saya?

Assalamualaikum.

Eh, baru jam 8:19 malam, sempat lagi nih.
Tengok tajuk kat atas ni, big question mark untuk diri saya sebenarnya. Apa yang saya mahu dalam hidup saya sebenarnya? Kekayaan, Pangkat or Harta????

Setiap kali saya timbulkan isu ni, saya sendiri masih tercari-cari apakah yang saya mahukan dalam hidup saya ni? Perlahan-lahan saya soroti kembali kisah hidup saya dan tiba-tiba saya menangis tanpa saya sedar.

Saya akui saya sering alpa dengan kehidupan saya sehingga saya terlupa sebentar apa yang pernah saya janjikan dengan Allah ketika saya di Alam Loh Mahfuz dulu. Walaupun kita x memngingati apa yang kita pernah lafazkan, tetapi saya pasti seribu satu janji baik yang pernah saya lafazkan kepada Pencipta saya iaitu Allah S.W.T.

Tetapi apabila dia telah memberi saya peluang hidup di dunia yang bersifat sementara ini, saya lupa akan janji saya.

Berbalik kepada persoalan saya tadi. Apa yang saya mahukan dalam hidup saya adalah keberkatan. Tidak kira dari segi apapun saya cuma perlukan keberkatan.
Kadang-kadang hidup kita tak pernah tenang, kerana tiada keberkatan dalam hidup. saya sering belajar mencari keberkatan dalam hidup.

Jika kita punya harta seluas lautan, jika kita punya sahabat seluas relung-relung sawah, adakah itu kayu pengukur hidup kita diberkati Allah?

Dalam perjalan kehidupan bujang saya yang masih tinggal lagi sedikit sebelum melangkah ke alam rumahtangga, saya berusaha keras untuk melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu supaya di kurniakan kekuatan yang luar biasa supaya dapat melawan segala dugaan dimasa akan datang.

Ramai yang bertanya apakah yang saya harapkan dalam kehiudpan berumahtangga nanti? Jawapan saya cukup mudah. Saya mahukan kehidupan yang jauh berbeza sewaktu saya bujang. Selepas kahwin perkara yang saya harapkan adalah melakukan solat jemaah bersama suami, belajar mengaji,mengikuti kuliah subuh,menghabiskan masa bersama ibu-bapa kedua belah pihak dan sebagainya.

Saya mahu tumpukan kepada dunia Akhirat, tetapi tidak menolak duniawi. Kenapa saya perlu tunggu selepas berkahwin? Owh, tugas suami itu untuk memimpin para isteri.Sewajarnya pada ketika itu kita telah pun mempunyai orang yang boleh memberi tunjuk ajar dan pendorong kepada kita. Manusia ini mudah lupa sebab itulah kita perlukan lelaki bergelar suami yang boleh mendorong kita supaya tidak tergelincir. Saya akui, semasa bujang mungkin kita buat sesuatu perkara itu tidak sepenuh hati, tetapi bila berkahwin, patuh pada arahan suami itu adalah wajib, maka dari situ saya dapat mendisiplinkan diri untuk melakukan sesuatu perkara. Bukan bermaksud melakukan sesuatu perkara kerana takutkan suami, tidak sama sekali, tetapi suami adalah insan yang palong dekat dengan isteri untuk mendorong ke arah kebaikan.

Ada Apa Pada Nama

Assalamualaikum.
Malam ni nak layan ABPBH, tapi still ada masa lagi sementara tunggu kul 8:30, so leh la saya menaip di blog kesayangan saya ni.

Pagi tadi lepas je balik dari pasar, belek-belek kejap Harian Metro, maklumlah harini hanya plan nak buat nasi lemak je, so boleh la santai-santai kejap. Time nampak story pasal Aaron Aziz, saya dah tergelak kuat, Kelakar sangat2 sebab ada satu blog yang mengatakan nama sebenar Aaron Aziz tu Mat Harun Aziz.

Bagi saya ni perbuatan manusia yang mempunyai masalah hati. Hati yang sentiasa berpenyakit sampai timbul kudis hasat dengki dlam hati mereka. Bila kudis semakin merebak mula keluar isu tentang nama pula. Kalau betul pun nama Aaron Aziz tu Mat Harun Aziz, salahke? Harun tu mempunyai maksud yang baik. Tak salah pun nama tu, kenapa perlu perbesarkan isu ni.

Yang peliknya sampai keluar IC palsu Aaron Aziz tu, kesian pelakon itu. Usah di tabur periuk nasi insan lain dengan pasir, mereka hanya mencari rezeki untuk menampung kahidupan, kita sesama manusia perlu beri sokongan bukan halangan.

Kalau mahu mencari publisiti murahan, jangan sampai menjatuhkan maruah orang lain dan mengaibkan mereka.

Telahan saya, mereka yang membuat isu ini, terlalu banyak masa yang terluang sehingga ada masa untuk mencipta isu begini. Sudah-sudahlah, cuba kita buat perkara yang lebih mendatangkan faedah.