Pages

Thursday, May 5, 2011

Untuk awak

Awak
Hari ni rambut awak nampak
serabut
Semua orang kutuk
Tapi ada gak hati yang puji
Jadi you can always count on me
Awak
Hari ni awak senyum kat saya
Tapi saya buat-buat tak nampak
Padahal nak elak dari pengsan…
Awak
Hari ni awak datang ambil saya
kita pergi makan
then balik awak sms
cakap saya cantik
Tapi Saya buat buat bodoh ajer
Padahal bumi ni rasa macam dah tak cukup graviti
Awak
Hari ni awak nampak comel
Semua orang puji
Tapi saya puji dalam hati
Padahal nak gak puji sekuat hati
Awak
Hari ni saya senyum kat awak
Tapi dalam phone je
Jadik senyum pun tak guna
Awak
Hari ni awak tegur saya
Tapi saya buat-buat pekak
Padahal nak elak daripada tak boleh berhenti borak
Awak
Hari ni saya tegur awak
Tapi saya tegur awak dalam hati
Jadi awak tak penah dengar all the gud lucks and take care hari-hari
Awak
Hari ni kita duduk semeja
Tapi rasa cam jauh giler
Padahal tak sampai sedepa

Awak
Hari ni saya call awak
Tapi awak tak tau nak cakap ape
Jadi saya letak macam tu aje
Awak
Hari ni berubah situasi
Tapi Saya still kat sini
Padahal dah kosong tak berisi
Awak
Hari ni saya nampak awak dari jauh
Tapi awak tak macam dulu lagi
Jadi saya terdiam sendiri
Awak
Hari ni saya dah janji..
nak pergi
Tapi tak tau kenapa
tak boleh pergi

Awak
Hari ni mungkin hari terakhir nampak awak
Tapi awak tak toleh sini
Awak fokus kat pc
saya tengok awak dari jauh
Awak
Hari ni saya tengok gambar kita senyum
Tapi gambar tinggal gambar
Nak buang sayang nak simpan sedih
Awak
Eesok antara kita ada “balai berlepas”
Esok…tiada esok untuk saya
Esok juga…tiada esok untuk awak
Awak
Semoga satu hari nanti awak boleh cari diri awak,
Tak nak ada ego tinggi lagi
Buat sakit hati

Awak
Sebelum pergi
Hari ni..kat sini
Saya janji
Semua ni untuk awak…
Sebab kenal awak anugerah terindah pernah saya miliki…
Terima kasih awak….