Pages

Friday, September 20, 2013

Aku n Mak

Kekadang bila dok sorang-sorang kita akan terfikir pasal orang-orang yang kita paling sayang, pastu macam terbayang-bayang kenangan yang kita lalui.

Orang yang paling aku sayang dua-dua dah meninggal dunia…kekadang rasa cam kehilangan yang sukar nak diterima.

Yup, aku sayang arwah mak aku n arwah atok aku…dua-dua ni ibarat nyawa aku time tuh…
Bila aku dok sorang-sorang, aku akan terbayang mak aku tengah goreng nasi pepagi, bancuh air nescafe, pastu wat cekodok…dalam berasap-asap tu, mak aku rilek je panggil aku suh cuci muka n rasa dulu sarapan yang dia buat tu. Mak aku salu bangun awal, dia siapkan sarapan seawall 6:30 pagi..so aku lak jenis bangun awal, n akan tercongok depan pintu dapur sambil perati apa mak aku buat…sediy siot bila aku bayangkan menda-menda camtuh.
Pas siapkan sarapan, mak aku angkat bakul baju, n mulakan aktiviti basuh baju guna tangan, giler penat kau, aku pown x terfikir camaner mak aku leh tahan basuh baju pakai tangan..yela, skang sumer guna mesin kan????

Lepas sumer siap, n sumer dah bangun, kitorang akan sarapan sama-sama..waktu ni x yah cakap lah, memang best sesangat..nasi satu kuali pown x cukup.
Siap sarapan, aku salu mengekor bontot mak gi kemas luar rumah, sapu smpah and siram pokok bunga…pastu bagi ayam makan..bila habis je, lepak-lepak kat pangkin kayu bawah pokok manga…kalau nasib x baek, kena gigit kerengga.
Salu mak akan tahan pak cik van yang bawak ikan untk beli lauk…mak aku memang akan beli lauk sedap-sedap, sebab anak-anak memang cerewet  bab makan…tapi masakan mak aku yang aku rasa orang laen x boleh lawan, masak lemak kuning ketam dengan nenas..memang superb, cukup lemak, ckup manis and cukup masin…

Time petang plak, mak aku suka wat kerja kreatif dia, salunya akan buat sulam tekad kat cadar or sarung bantal..tp aku cam biasa, x suka kerja-kerja renyah camtu…tu sebab mak aku cakap tulisan aku buruk, sebab x suka seni…hahahaha memang aku akui, tulisan tangan mak aku memang cantik, aku je tulisan buruk, macam cakar ayam…

Bila dah lepas asar, mak aku suka wat minum petang, salunya karipap, kuih manis-manis or pape je yang leh di wat kudap-kudapan….

Lepas magrib plak, mak akan bawak aku n adik beradik ke surau depan rumah, untuk dengar ceramah agama..time tu memang aku x faham ape pown..yang aku tau, mak suh duduk diam-diam..tapi korang tahu x, walaupun masa tu umur aku 4 tahun, tp aku still leh ingat ape yang jadi…hahaha ada sorang abang ni, nama dia abang wan, dia cukup suka kacau-kacau aku, kalau nampak aku, salu dukung aku..pastu suka kenyit-kenyit mata kt aku…giler kau, umor aku lum matang lagi, tapi time tu aku rasa cam jatuh cinta ngan abang tuh….pergh feeling orang dewasa kan…gatal giler…tp time tu jelah…

Balik je dari surau, mak aku dah siapkan supper, time ni aku suka, sebab mak aku akan wat satu menu yang aku rasa smpai skang x ada orang leh buat sesedap mak aku buat…korang penah makan kuih bakar cempedak? Ha, salu orang wat kuih bakar pandan kan? ni cempedak mari..memang terbaik n sedap sesangat..

Camtulah rutin hidup aku, so apa yang mak aku salu buat, aku mesti akan terbayang-bayang…entah, bg aku mak aku super mama, ko suruh dia buat pistol kayu, laying-layang, senapang kayu, segala benda dia boleh buat…

So, tiap kali aku jenguk dapur, aku mesti terbayang-bayang susuk tubuh dia tengah wat keje…smpai kadang-kadang x sedar air mata aku menitik…serius beb, rindu sesangat….
Mak aku ni laen sikit…dia bukan kedekut, tp dia x suka beli benda yang dia rasa dia boleh buat sendiri, contohnya kek besday..mak aku salu wat kek sendiri je..pastu icing warna-warni. Aku lak memang suka makan ape je mak aku masak…aku x cerewet, sebab mak aku memang masak sedap..hihihi
Aku teringat ada satu kejadian masa ayah aku x ada kt rumah, time tu aku nak makan ayam, tp x ada orang jual ayam ritu, so mak aku tangkap ayam kt reban, pastu dia sembelih sendiri…hehehehe sian mak aku…untuk anak sanggup wat ape je…

Walaupun mak aku dah lama meninggal, tapi aku salu rasa dia ada je dengan aku..sampai skang baju yang dia pakai time dia meninggal tu, aku still simpan…time rindu aku tengok balik baju tu, n aku tengok gambar dia..sambil peluk kat dada…baju tu smpai skang aku x basuh..lantak lah orang cakap badi ke ape…tu mak aku kot…

Satu benda yang aku hairan, lepas je mak aku meninggal, segala makanan yang mak aku masak masa time dia hidup dulu, semua aku tak sentuh, smpai sekarang…bukan x suka, tapi selera aku dah mati n dah bawak pergi macamaner mak aku pergi tinggalkan bumi ni…hihihi..
Kuh lepas ke, apam kukus ke, puteri mandi…semua aku x makan…tengok je…bila ambik je kuih tu, kerongkon aku rasa kelat je, air mata aku lak rasa laju je nak kuar..teringat-ingat mak aku yang tengah mengadap kukus tu tuk buat buat kuih…hihihi


Apepon, semua kenangan tu, antara benda yang aku akan ceritakan pada anak aku nanti…J

imaginasi kanak-kanak


Kanak-kanak ni selalu berimaginasi yang kadang-kadang melampaui had pemikiran diorang, sampai kita pown akan terkejut. Okeylah, camni citer dia, ritu anak buah saya datang rumah, so memang diorang akan selalu stay sebab nak men game n tengok DVD cartoon….

Sampailah waktu malam, biasanya si cerdik tu (kakak) akan tido kat tilam atas lantai, sebab dia memang lasak, si pelat (adik) plak akan tido atas katil. Tetiba masa nak tido, boley plak si pelat ni tido sebantal ngan saya, pastu sambil gelak-gelak dia himpit-himpit saya. X pernah-penah dia wat perangai camtu..then saya tanya lah, nape x mo tido kat space yang luas tu.dia pown jawap camni

“adik takut tido tepi tingkap”
“nape takut”
“nanti ada witch datang naek penyapu, pastu ketuk-ketuk tingkap”
“rupa witch tu macamaner?”
“hidung ngan dagu dia panjang, pakai topi n baju hitam, pastu kuku pown panjang. Dia datang naek penyapu..boleh terbang-terbang”.
“tapi nape dia nak nak kacau adik pulak”
“dalam cerita cakap, witch tu suka kanak-kanak yang comel”
“ adik comel ke”
“comel lah, kawan-kawan kat sekolah semua cakap adik comel”


Hahahahaha giler dasat imaginasi..ntah memana dia dapat imaginasi camtu…pastu giler perasan…si pelat ni rupanya…comel ker????
Salu tu posisi katil x mengadap tingkap, lepas ubah je katil, terus dia jadi camtu…hihihihi

Dah namanya kanak-kanak of course memang banyak cerita kartoon yang melekat kat kepala diorang ni. Rasanya lepas dia tengok citer OZ kot….:)


Tapi kan…..bila diorang dah balik, saya plak seram tengok tingkap tu, paling best siap mimpi-mimpi pasal witch tu…ha, lebiy-lebiy plak kan….smpai kadang-kadang terpaksa sorok penyapu kat tempat susah nak nampak supaya x terbawak-bawak dalam mimpi….

Wednesday, September 18, 2013

Kenapa Ramai Ibu Bapa Tersadai Di Rumah Orang Tua-Tua

Korang, just nak share citer pasal kejadian pagi tadi. Masa nak pergi kerja, macam biasa after park kereta kat lrt station, saya mesti singgah kat satu mini mart untuk beli air feel fresh orange. So mak cik yang jaga mart tu memang ramah, n salu gak la bersembang ngan dia. Pagi tadi, masuk-masuk je kedai, tengok mak cik tu tengah nangis sedu-sedan…di akibatkan saya dah terbiasa dengan dia, nampak je muka saya, terus dia tarik tangan saya n bercerita . Tapi apa yang saya nak share ni adalah rumusan dari apa cerita makcik tu, and ada jugak yang saya dapat masa saya berkunjung ke sebuah rumah kebajikan masyarakat.

Guys, antara korang mesti ada yang kurang bernasib baek dalam kehidupan kan? Yelah, ada yang bernasib baik dapat ibu bapa yang sangat prihatin dan amanah dalam menjaga kebajikan Korang, tul x? Tapi apa perasaan orang yang mempunyai ibu bapa yang tak menjalankan tangungjawap, malah mengabaikan korang waktu kecil, tapi bila korang dah besar and ada pendapatn sendiri, tiba-tiba mereka menuntut supaya korang membalas segala budi yang diorang dah buat masa korang kecik-kecik dulu.
Yes, memang kesian bila dengar cerita mak cik tu, tapi kita hanya mampu mendengar, yang menghadapi tu je tahu apa yang terjadi n betapa sakitnya diorang nak hadapi ujian macamni.

Tak dapat dinafikan ramai ibu bapa yang malas jalankan tangungjawap, tapi nak kan imbuham setiap bulan, lebih kritikal, bila anak-anak gagal beri duit bulanan, anak-anak akan dihalau dan di malukan dikhalayak ramai, sampai berparang-parang sambil mulut terkumat-kamit menyumpah seranah…
Hurmmm, isu ni memang x dapat disangkal sebenarnya, dah ramai mengalami benda macam ni, malah ada ibu bapa yang mengharamkan air susu dan makan minum anak-anak mereka time kecik-kecik hanya disebabkan anak diorang bila dah besar, x hulurkan duit untuk mereka.
Dalam isu ni, x payah risau, air susu ibu dan makan minum time korang kecik-kecik tu, tetap halal walaupun diorang haramkan, sebab itu adalah kewajipan ibu dan bapa. Dahh termaktub dalam hukum islam. So sesapa mak n ayah yang cakap camtu, mungkin diorang x mahir hukum islam…if diorang ckap camtu, diorang yang salah…

Kalau ibu dan bapa korang x ada punca pendapatan, dalam kesusahan yang amat sangat, serta korang memang berkemampuan, so wajib untuk korang menafkahi mereka, tapi if korang sendiri pown hanya cukup-cukup makan, benda tu x jadi wajib pown, tolong setakat yang mampu sahaja.
Ada juga isu ibu bapa yang hanya akan baik dengan korang bila korang bagi dia duit. If korang x bagi, batang hidung korang pown dia x sudi nak tengok, malah siap sindir-sindir korang…
Seriously, korang tahu x apa kesudahan ibu bapa yang macamni???? Ha, ni kisah dia…kebanyakan mereka ni, ramai yang tersadai kat rumah orang tua-tua.

Masa sebelum puasa dulu, saya berkesempatan menziarahi salah sebuah pusat jagaan orang tua-tua kat ibu kota. So masa tu memang kesian sangat-sangat tengok diorang ni, ada yang termenung,menangis sambil menanti anak-anak diorang jenguk diorang. Kebetulan masa tu, saya sempat dengar cerita salah sorang dr penghuni rumah ni, nenek tu cerita anak-anak dia buang dia, hantar dia kat rumah tu and x pernah jenguk-jenguk sampai la ni.

Beriya dia menangis…saya pown dengar jelah kan…simpati gak…tapi masa makan tengahari dengan penjaga-penjaga kat situ, diorang setiap dari diorang kat situ, ada sejarah silam masing-masing. Dan diakibatkan kesilapan diorang sendiri yang membuatkan diorang terlantar kat rumah orang tua-tua…

Masing-masing sebenarnya ada lipatan sejarah yang sukar nak dirungkaikan. Masa Zaman mereka muda-muda, ada dikalangan mereka ni, suka membeza-bezakan anak-anak. Ada anak yang diorang sayang, kurang sayang n x sayang langsung, malah ada yang biarkan anak diorang x bersekolah dengan alasan, x berkemampuan, tapi, anak yang dia sayang diorang akan sekolahkan sampai university.  Ada pula yang suka mengungkit, setiap sen yang dibelanjakan untuk anak-anak, pasti akan diungkit dan dicatit dalam buku 555, dan mereka akan claim balik bila anak-anak dah besar. Kemudian ada juga yang suka sumpah anak-anak, kononnya sumpahan si tanggang.  Malahan ada yang bezakan anak perempuan dan lelaki, tu belum yang jenis suka marah sambil keluarkan maki-makian…dan akhirnya bila anak-anak dah fed up dengan perangai ibu bapa mereka, so kat sinilah mereka campak ibu dan bapa.

Kalau ibu dan bapa ikhlas besarkan anak-anak, mereka x akan minta pembalasan, apa yang diorang nak hanyalah kasih sayang dan perhatian…dan anak-anak pon x akan berkira kalau ibu bapa mereka ikhlas, pasti rezeki sentiasa menyusul untuk kedua orang tuanya…

Kepada ibu bapa, belajarlah menjadi ibu bapa yang ikhlas membesarkan anak-anak tanpa meminta balasan dan insyaAllah anak-anak akan sentiasa menghormati kita.

Kepada anak-anak, janganlah sampai membuang ibu bapa kita diakibatkan perselisihan faham yang dah berlaku bezaman-zaman, maafkanlah mereka…..








Tuesday, September 17, 2013

Alahai Anak Emak

Korang mesti suka bab ni kan, sebab ramai nak tahu apa impact kalau kahwin dengan anak emak. Tak kisah lah anak emak tu, lelaki or perempuan.
Okey, meh kita kupas negative and positif side…
Kalau dari sudut positif, memang banyak manfaat n kebaikan yang kita pown turut akan dapat kalau kita berkahwin dengan anak emak ni. Lagi-lagi kalau anak emak tu adalah pihak lelaki. Dah kata anak emak, of course diorang ni anak manja, selalu diberi perhatian so, secara tak langsung, korang pown akan turut diberi layanan istimewa, paling best, kadang-kadang korang akan rasa yang korang lebih rapat dengan family mertua dari family sendiri. Seriously, mak mertua korang akan selalu call korang and tanya khabar, if korang sakit or dalam kesusahan.
Paling utama, mertua korang akan jadi tempat untuk berlindung if terjadi pape perkara dalam rumahtangga korang, kira dapat back up yang cukup bagus. Yelah, kadang-kadang dalam rumahtangga aka nada dugaan, so selain family sendiri, kita ada family mertua untuk kita bincang masalah dengan mereka, dan selalunya mereka akan turut mencari jalan untuk tolong kita.
Lebih indah bila kita lahirkan zuriat, and diorang pown turut beri perhatian dan kasih sayang kat anak kita tu.
Tapi guys, tak semua yang kahwin dengan anak emak tu bertuah, ada gak yang suffer seumur hidup diorang.
Ni side kelemahan kawin ngan anak emak plak. Korang mungkin akan jadi mangsa cemburu mak mertua sebab korang di anggap sebagai perampas. Yelah, anak emak, berkepit bawah ketiak je, so bila korang kahwin ngan anak dia, diorang rasa kasih sayang terbelah dua, so korang yang akan jadi mangsa.
Paling x best, nanti akan ada persaingan yang tak sihat, sebagai contoh, bila korang masak untuk husband korang, tetiba mak mertua korang kondem masakan korang, and cakap anak dia x biasa makan masakan camtu…
Lepas tu husband korang lak, for sure akan menangkan mak dia…perghhh sentap kan? hehehe, menariknya lagi, kalau husband korang buat silap, mak mertua akan salahkan korang, dia tetap akan cakap anak dia baik dari segi segala-galanya walhal korang yang tido sebantal ni yang tahu camaner perangai husband korang tu. Kiranya antara korang dan mak mertua, mak mertua lagi memahami perasaan n hati budi husband korang tu..tak semena-mena hak korang dinafikan. Memang lah mak mertua korang yang lahirkan husband korang, akan naluri ibu memang tahu perangai anak mereka, tapi mak mertua korang lupa yang dia x tido sebantal n seselimut ngan husband korang tu, so dia tak tahu yang tersirat..yang dia tahu isi tersurat je…..
Sadisnya lagi, jika korang still gagal nak lahirkan zuriat untuk anak emak ni. Korang dah pergi check doctor, semua normal tapi korang tetap dituduh sebagai mandul sedangkan rezeki yang belum menyebelahi…tup-tup mak mertua korang suruh husband korang kahwin dengan perempuan lain sebab nakkan zuriat…haru kan?

Kalau korang baca, of course korang ngeri nk kahwin dengan anak emak ni, tapi jangan lah prejudis sangat, kalau ikut nisbah nya 50:50…equal yang bahagia n x bahagia..so pandai-pandai lah korang teropong perangai mak mertua korang sebelum buat keputusan nak kahwin….

Tapi kalau nak dikira seronok, memang lagi banyak seronok if kahwin dengan anak emak ni…Cuma mungkin ada yang x bernasib baik, maka dapat mak mertua yang akan layan korang macam ni…so sabar je lah kan…..