Pages

Tuesday, May 21, 2013

Zuriat - Punca Lelaki Berkahwin Lagi Satu

As-salam.
Bagi anda yang sudah mempunyai zuriat, tanhniah dan bersyukur yerk, tetapi kepada anda yang masih belum dikurniakan zuriat, harap tabah dan berdoa serta jangan mudah putus asa.

Saya sebenarnya bukanlah nak mengulas gosip Ashraf Muslim yang dikatakan mahu berkahwin lain setelah 3 tahun mendirikan rumahtangga tetapi belum mendapat zuriat.

Cuma nak berkongsi pendapat tentang isu ni jer, x lebih dari itu. Memang ramai pasangan yang berkahwin bertahun-tahun tapi belum dikurniakan zuriat. Ada antara mereka memang bermasalah, tetapi ada juga antara mereka yang disahka subur, tetapi belum sampai rezeki.

Kepada pasangan, x perlu saling menyalahkan pasangan masing-masing. Cuba cari penyelesaian untuk perkara ni, jangan pula bila dah tahu ada masalah, anda biarkan sahaja berlarutan sehingga susah dikemudian hari.
Kena ingat yerk, lelaki dan perempuan berisiko untuk menghadapi masalah kesuburan. tanda-tanda ketidaksuburan adalah seperti berikut :-

1) Stress
2) Obesiti
3) Permakanan
4) Faktor kerja
5) Life sytle yang tidak sihat

Cuba anda perhatikan jika anda dikalangan seperti diatas, segeralh mendapatkan rawatan, seriously, banyak rawatan yang boleh kita dapati. Untuk lelaki yang mengalami masalah seperti kekurangan sperma, sperma tidak berkualiti lebih senang diubati dan boleh dipulihkan dalam tempoh yang singkat dengan consume vitamin yang disyorkan. Berbeza pula dengan wanita, wanita cenderung kepada masalah tiub falapio tersumbat, lemak didalam rahim, rahim terlalu tinggi, haid tidak teratur dan sebagainya. Masalah dikalangan wanita juga agak rumit untuk diselesaikan, terutama jika berkait rapat dengan tiub falapio.

Anda di syorkan untuk mendapatkan rawatan di pakar sakit puan, bukan di klinik biasa kerana klinik biasa tidak mempunyai peralatan canggih untuk diagnose masalah anda.

Segeralah berjumpa doktor, jangan bertanggung lagi yerk. Bukan ape, ada dikalangan lelaki yang akan menjadikan isu ini untuk berkahwin lain semata-mata mahukan darah daging sendiri.

Pada pendapat saya, dr mencari calon lain, lebih baik cari jalan untuk membuat rawatan seperti IVF dan sebagainya, sebab kos berkahwin lagi satu adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan rawatan kesuburan yang ada di malaysia.

Jika nak kawin lagi satu, anda kena sediakan mas kahwin, duit hantaran, nafkah zahir dan batin, dimana jika dihitung jumlahnya mungkin melebihi 50 000. itu baru satu keluarga, jika 2 keluargayang perlu ditangung, mungkin jejak ke 100 000, cukup untuk buat IVF.

So, mana lebih berbaloi? fikir2 sendiri.
Bukan saya menidakkan poligami, tp perkara yang boleh dirawat, haruslah dirawat, kecuali sudah tiada jalan lain.

Untuk wanita, banyak vitamin yang anda boleh consume seperti shaklee, disamping itu, ada rawatan tradisional seperti berurut juga memainkan peranan penting. Yang penting jangan putus asa, tp jangan pula terlalu menghrap yerk, usaha jer, bila sampai rezeki insyaAllah dapat. Jika dalam diri anda ada rasa iri hati dan dengki dengan kehamilan orang lain, cepat-cepat istighfar dan buang jauh-jauh perasaan itu, ini akan melambatkan lagi rezeki anda, Allah kan x suka sifat dengki dan iri hati.Sebaliknya, doakan kesihatan mereka, InsyaAllah, rezeki anda akan dipermudahkan.
Kena ingat, perlu selalu berbaik dengan ibu dan bapa, jangan derhaka kepada ibu bapa (termasuk mertua ). Bukan apa, kadang-kadang bila kita derhaka, takut terlintas di hati diorang perkara-perkara yang boleh menghalang rezeki kita, so segeralah minta maaf pada parents kita yerk.

Kepada anda yang sudah mendapat zuriat pula, jangan memandang sinis atau mencemuh golongan yang belum dikurniakan zuriat. Kena ingat, segala apa yang ada ni, bukan hak milik kita. Allah boleh ambik bila-bila masa dia nak, so bersyukur dan zuhud dengan apa yang ada.

P/s
Ayah saya cakap, if anda pregnant, selagi belum lahir zuriat anda tuh, x perlulah bercerita kat facebook atau blog, cukuplah family dan sahabat terdekat je yang tahu.