Pages

Wednesday, August 3, 2016

Typo

Selalu dengar pasal orang komplen tersalah type, huruf kat keypad dekat-dekat...aku just gelak-gelak je, sebab tak pernah lagi kena camtu.

Tapi harini suwey.....aku pakai auto type tu, sekali tersalah type...dah send baru perasan...hantar kat nenek plak tu..

"cadang nak datang rumoh awok, rindu budak-budak masam tu".

Aku pun dengan tak check spelling langsung "tersend"

"batang je nek"
"batang apo?"

Eh, apa nenek cakap ni? lucah-lucah plak...bila aku check balik, rupanya aku yang tersalah type....bodoh nyer keypad...bodohnya jari...hawau.....tak pasal-pasal kena call explain balik apa aku nak type.....

Edisi Anak-Anak - Doa


Lompat si katak lompat, lompat! Lompat lah tinggi-tinggi, tinggi!
Pak atan ada kucing nama dia binggo, B.I.N.G.G.O, nama dia binggo!!!!!!
Papa ku pulang dari kota, papa ku belikan kereta, kereta kecil warna merah, boleh ku bawa ke sekolah....la la la la.......

Syok plak aku dengar dia nyanyi, nak nyanyi sama takut kena sound lagi sebab suara aku tak sedap....hahahahah

Bertali arus dia nyanyi....sampai aku dah hafal dah lagu apa dia nak nyanyi....

Bintang-bintang di langit, menghiasi angkasa, tinggi dia atas sana, bagaikan mutiara, WAKINA AZZAR BANNAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ha????????????? "sape ajar ibal nyanyi camtu?????

"Pak atan yang ajar ibu".
"Sapa pak atan?????
"Pak atan tu ayah lah".

Ha?????????

Jangan main-main dengan DOA ye anak-anak, nak baca doa baca je ye, jangan campur dengan lagu....

Memang nak kena pak atan ni, mau aku lempang jap lagi pak atan ni kang.....

EDISI KEMBAR TIGA RASA - Survivor


Macam mana boleh terlepas, rasa dah ikat ketat dah tadi, dah banyak kali terlepas ni. Ni mesti ada saka yang boleh buat dia terlepas ni, mesti punyalah.

Ni bukan pasal ayam or any haiwan peliharaan aku, tapi ni pasal anak kembar aku si aisyah ni. Aku dah letak dalam car seat, dah pasang belt pun, kukuh dan ketat lagi kot belt tu, tapi tak sampai berapa minit dia boleh lepaskan diri dari belt tu tanpa bukak tempat lock pad tu. Pelik aku, si habib tak lepas, ape pasal dia ni boleh lepas.

Dah macam-macam cara ikat dah aku try, ikat lurus, ikat silang semuanya aku dah try, tapi semua dia berjaya lepas. Aku rasa masa dalam perut dia ada menuntut ilmu survivor tu yang dia boleh lepas dari jerangkap samar...hahahahahahahah

Satu hari aku pasang phone camera kat belakang, sebab aku nak tahu camaner dia buat sampai dia boleh terlepas dalam masa kurang dari lima minit. Tada!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! bijak betul si kecik ni, korang tau macamana dia boleh lepas kan diri??? Ni hasil dari rakaman camera yang aku ambik aritu.

Step 1

Dia akan pandang depan dulu, bila dia tengok mak dia tengah focus bawak kereta, baru dia buat step pertama. Kecikkan dulu badan, goyang-goyang bahu sikit...shake-shake you all, shake shake you all

Step 2

Keluarkan bahu kanan dulu, buat perlahan lahan, lepas dah keluar bahu kanan, terus keluarkan tangan kanan pulak.

Step 3

Bila dah keluar tangan kanan, senang nak keluarkan bahu dan tangan kiri pulak

Step 4

Bangun perlahan-lahan, keluarkan kaki kanan dan kiri,

Step 5

yey dah lepaskan diri, so boleh keluar dr car seat.....

Aku yang tengok ni berdebar-debar, geram n rasa nak menangis sebab dia boleh je terfikir trick licik yang macam tu, padahal masa dia buat keje ni dia baru setahun 2 bulan....jalan pun tak pandai lagi...camnor?????

Pening kepala acik memikirkan dia ni, agaknya dia ni nak jadi askar kot, tu sebab dia boleh je lepas dari apa-apa pun.

Ko jangan cakap car seat tu murah ye, segala jenis car seat aku dah try letak, semua sama tak sampai 5 min dia dah pandai lepas kan diri....

Patut dulu doc pernah cakap dianya tali pusat macam nak naik ke atas, so doctor suruh monitor takut-takut terjerut kat leher dia masa dalam perut...tapi mungkin ilmu survivor ni lah yang dia boleh lepas kan diri...Terima Kasih Allah, terima kasih kerana berikan ilmu survivor tahap dewa kepada anak aku ini...

Actually dulu si aisyah ni pernah terperangkap bawah katil, aku penat cari satu rumah, tapi still x jumpa. bila aku panggil dia ek pun tak, ook pun tak....dalam setengah jam aku cari dia, tetibe dia terpacul dengan badan penuh dengan habuk....rupanya dia datang dari bawah katil...hahahahahah

Dalam aku dok menung bakpenya dia jadi gini, pastu aku teringat yang dulu msa aku mengandung aku ada mimpi jumpa bunga hutan yang cantik nau-nau, kemain kembang lagi, warna merah bata bunga tu....aku sempatlah citer kat ayah aku pasal mimpi tu, sekali bapak aku cakap nanti anak aku lasak macam tarzan..sebab bunga hutan kan...jenis survivor....dan ternyata jangkaan dia tu tidak meleset sama sekali...

SYABBAS BETTA, SYABBASSSSS DIL TOPAGAL HEI, KUCH-KUCH HOTAHEI.....

Edisi Anak-anak - The Chicken Rice Shop

Aku tergelak-gelak baca buku DARI KLCC ke TG MALIM tulisan Fdaus, bila dia tengok TV ada keluarga susah dapat makan KFC dan anak2 tu cakap "seronoknya kakak dapat makan KFC, kita tak pernah makan dekat sini, seronoknya"... pastu bila esok tu dia bawak anak-anak dia makan KFC, boleh plak anak dia tiru dialog tu sejibik-sejibik hahahah dan orang dalam KFC tu dok usha-usha dia... lawak giler.

So last week aku bawak anak aku makan di the chicken rice shop, sebb dia ni memang suka nau-nau makan nasi ayam.

Masa masuk restoran tu dia okey je, seronok-seronok je..tak de plak tunjukkan apa-apa sign yang pelik. Tapi bila aku dah start buka mulut nak order, tiba-tiba boleh pulak dia terduduk-duduk sambil pegang perut lepas tu cakap kuat-kuat "ibu cepatlah ibu, ibal lapar sangat ni, Ya Allah ibal lapar sangat ni ibu, Ya Allah tolong ibu, tolong lah ibal ni".

Aku dah rasa nak piat telinga dia je kat situ, tapi bila aku tengok orang dalam tu semua pakat-pakat tengok aku aku biarkan je, aku buat muka selamba dan terus order nasi ayam kat waiter tu, siap dengan nasi tambah. Muka aku tebal dah berinci-inci, at least anak si fdaus tu tak lah cakap cam ni, ini lakonan lagi extream.

elok je mamat waiter tu blah dia boleh senyum-senyum sambil gelak-gelak pastu cakap kat adik dia camni "pandai tak abang berlakon acah-acah? hihihihihihi?. senyum-senyum sambil tutup mulut.

Kenapalah anak oi, aku ni dah rasa nak sorok muka bawah meja dah, malu nau rasa...korang boleh pulak main acah-acah berlakon, berlakon lah benda lain....sekali aku dengar ada sorang budak kecik ni cakap "kesian adik tu mama, mak dia tak bagi dia makan, tu yang dia lapar sangat"....

Seee!!!!! malu dowhhhhhh, setepek aku kena, padahal anak aku baru je makan roti canai kat rumah.....

Ok Fdaus aku dah faham ape yang kau rasa sebab aku pun dah rasa skang ni..... haish

Edisi Anak-anak - Focus


"Ibu, ni apa?"
"Tu boat".

"Ibu, ni apa?"
"Tu boat".

"Ibu, ni apa?"
"Tu boat".

"Ibu, ni apa?"
"Tu boat".

"Ibu, ni apa?"
"Tu boat".

"Ibu, ni apa?"
"Tu boat".

"Ibu, ni apa?"
"Tu boat".

"Ibu, ni bukan boat lah, ni MOTOBOAT, FOCUS IBU! FOCUS!".
"Eh salah ke? aah lah motoboat".

Okey pagi-pagi memang aku tak focus sangat, lepas ni kena pergi sekolah balik daaaaa, boat dengan motoboat pun aku tak kenai, patut lah si kecik ni dr tadi dok ulang-ulang tanya siap suruh aku fokus lagi...pedas betul ayat dia...rasa macam tertelan cili padi pagi-pagi.....



Monday, August 1, 2016

Hamka Kereta Mayat

Aku ada drop email kat Hamka Kereta Mayat, aku tanya dia camaner nak hantar manuskrip kat penerbit untuk di terbitkan.

Hamka pun balas : penerbit sekarang ni hanya memandang pada penulis yang dah popular je. dia dulu pun terbit sendiri, bila buku dah dapat sambutan baru penerbit terhegeh2 offer diri nak terbitkan buku dia, dan dia advise aku supaya publish sikit-sikit cerita kat facebook/or insta, bila ramai yang like dan share, nanti penerbit akan buka mata....

Diskriminasi sungguh...baru bercita-cita nak jadi penulis berjaya....apa daaaaaa.....

Edisi Anak-anak

Anak-anak ni macam-macam ragam, tu sebb aku kurangkan tengok handphone bila diorang ada di rumah. Aku akan cuba spent time untuk diorang. Ada masa diorang request nak makan macam-macam walaupun kecik ketuek lagi, tapi bab mintak makan memang superb, kalau buat sepinggan mee goreng, sepinggan tu memang diorang je makan, dulu boleh lah makan nasi lemak kongsi-kongsi, sekarang lupakan je lah niat suci murni tu, sebungkus tu memang dia sorang je...

Last week anak aku yang kembar tiga rasa ni lain sikit, suka suruh aku nyanyi sambil tepuk-tepuk dia masa time tido. Aku pun tepuk-tepuk sambil nyanyi lagi suriram, tengah syok-syok nyanyi anak aku yang sulong tiba-tiba datang kat aku dan cakap camni "Ibu, jangan lah nyanyi ye, suara ibu tak sedap".

Malu siyotttt....boleh pulak dia sound cakap suara aku tak sedap....sentap nau ghase bila anak cakap camtu kat mak....


Edisi Anak-anak - Story Telling

Semalam masa ambik anak aku balik dari rumah pengasuh, tetiba dia suruh aku cerita pasal arnab dan kura-kura. seriously aku tak pernah lah nak buat story telling ni, berpeluh-peluh aku nak ingat jalan cerita, last-last anak aku cakap camni. "Ibu cerita tak sama mcam ayah cerita, ibu cerita ibal tak faham langsung"....
Terus aku genggam steareng kereta kuat2, dan pecut laju2 balik rumah.



Tudung Jenama Artis

Aku ada conversation dengan bff aku pagi ni. saje tanya khabar lepas dia kena vss last year. kalau tak silap aku, dia berniaga online untu satu jenama tudung keluaran sorang artist ni. Cuma yang tak sedap nak dengar, bila artist tu sendiri tak promote tudung jenama sendiri kat IG/FB, tak buat review so yang susahnya stockist.

Kena ingat artist ni macam orang biasa je sebenarnya, if dia sendiri tak promote barang yang dia jual, lama-lama orang tak akan nak beli. lainlah jenama yang memang orang kenal sebab kekuatan jenama tu sendiri bukan bersandarkan pada popularity artis macam contoh sugarscarf, alhumairah, radius site, jenama-jenama macam ni memang orang selalu beli sebab dari dulu orang kenal.

Tudung artist ni bermusim, kalau time popular memang stock licin, plus kalau artis tak popular mana pun, if dia rajin promote InsyaAllah akan laku, yang penting promosi.

Now, sale kawan aku memang kurang sangat-sangat sebab artist tu sendiri tak promosi product dia. stockist ke hulu ke hilir promote barang2 dia, tapi dia sendiri tak nak promote brang dia, so apa citer kan???

Maaflah kalau aku cakap Naelofar Hijab adalah salah satu contoh jenama yang kuat dan hebat. sebab tenaga kerja diorang memang dasat. Neelofa sendiri menggayakan tudung dia sendiri, promote dekat page apa yang dia pakai, baik tokey dan stockist semuanya berhempas pulas promote tu sebab jenama dia terkenal.

Wonder pet pun pandai cakap "apa yang penting, kerjasama". So kalau tak ada kerjasama dua-dua belah pihak, memang tak kemana lah jenama tu.

Sunday, July 31, 2016

Berbulu Satu Badan - Kenan ke?

Maafkan aku wahai anak. Harini aku sempat belek2 badan anak aku yang sulung, dah lama aku perasan yang dia ni lain sikit dr kembar 3 rasa tu, Jenis yang berbulu. Badan dia ada part2 yang ada bulu2 Yg Boleh tahan lebat gak lah. Dulu masa dia kecik, aku x risau sangat sebb ayah aku bgtau bulu2 tu akan gugur sendiri, tapi skang ni aku dah start risau sebab bulu tu tak gugur2. Bukan sebab ibu mengandung, tapi mungkin sebb mulut ibu mengandung time tu, aku still ingat masa aku mengandung aku pernah kutuk sorang Pak Pakistan yang jual jual beriyani Pakistan kat Bukit bintang, masa dia cedok nasi, aku nampak tangan dia berbulu2, plus masa dia tunduk aku nampak bulu kat dada dia penuh... So Mungkin sebb aku ada kutuk yang camanerlah rupa dia kalau dia ni bukak Baju? Tak lari ke bini dia tengok dia? Sebb dia ngan berus dah sama rupa dah...kah kah kah, sedap nau aku kutuk mamat pakistan tu, tanpa aku ingat yang "kifarah" dari Allah akan berkunjung juga.
Bila aku tengok anak aku, aku akan teringat kisah ni, sambil ingat sambil aku tumbuk2 bantal sebb menyesal nau rasa sebb kutuk orang berbulu ni.
Aku risau bila anak aku dah besar, Boleh aku bayangkan yang anak akan berbulu2 sama ngan mamat Pakistan tu.
Untuk sedap kan hati, aku rasa pengaruh genetic pun main peranan gak, aku kan keturunan pakistan belah utara selatan eh, ye ke? Ke kashmir? Entah aku pun lupa.
Ok aku nak buat announcement. Kepada gadis yang bakal menjadi soulmate anak Mak Cik, terima lah anak  mak Cik seadanya, janganlah berbulu tengok anak Mak Cik ye....
Ibu2 sekalian, time ngandung jangan kutuk orang, nanti lekat kat anak kita...pppppp

Edisi Kembar - Rentang Itik

Aku geram je rasa bila tengok rendang itik yang aku masak tadi. Memang lah sedap, tapi yang x bestnya Si kembar berak atas bantal, sampai tembus berak ke lantai, bonus nya siap ada bau rendang lagi....

Sentap

Bila aku skip satu step masak asam pedas sebb tak cukup bahan, dan kesudahannya anak aku cakap "ibu masak x sedap". Berjurai air mata aku dengar, laju2 turun sambil aku basuh pinggan yang satu pun x berbaki lauk yang aku masak tadi. Tak sedap pun licin,
Kalau sedap tak taulah apa jadi. #sentapdengananakterunasendiri#