Pages

Thursday, June 27, 2013

Master Chef Malaysia - Syura Deserve To Win

Master chef selebrity malaysia dah pown melabuhkan tirai, tapi still ada gak yang terkejut sebab syura menang. Kengkadang saya pown pelik, yang kat luar ni lagi hebat dari juri-juri kat dalama tu, padahal kalau kau tanya diorang ni pandai masak apa? sekor-sekor x reti nak jawap apa, betul tak. Lagi best ada yang mengkritik tu jenis kuku merah-merah sebab pakai pewarna kuku yang mana memang nampak sangat x pernah masak, kalau ada pown setakat celor meggi dalam mangkuk, tp ada hati nak cakap orang x layak menang.

Ramai betul rupanya juri-juri hebat kat luar sana yang berdebat sesama memasing, padahal diorang tu ada yang setakat meniaga setahun sekali tu pown sebab bulan puasa, jenis nak carik untung, kalau kau pergi gerai diorang ni, masak ikan pown mentah...jahanam statement...:)

Seriously saya tak terperanjat pown bila syura menang, she deserve to be a winner. Yes, memang nampak celina and che Ta consistant, tapi both of them expert dalam western fusion, compare to syura, dia berkebolehan dalam masakan melayu tradisional, tapi setiap masa dia improve kualiti dalam hidangan barat.

Ramai sangat dah chef yang hebat dalam western food ni, padahal ni malaysia, takat mana lah tekak kau nak sumbat western food hari-hari kan? last-last nanti balik je rumah mengelupur nak cari budu, tempoyak, belacan ngan ikan masin tul tak? cuba kau gi tanya Siti nurhaliza tuh, yang dah tahap diva glamer ngan kayanye tu, apa makanan yang dia suka? op kos la dia cakap tempoyok ikan patin....tu dia...diva kot, setakat makan sehari dua boleh la, tapi nak makan hari-hari baik lagi makan masakan kampung. Ko kira berapa je chef yang hebat dalam masakan melayu? x ramai beb, boleh kira ngan jari, tul x? chef ismail, chef zaida n lelain lah. Bukan syura x pandai langsung masak western, tapi ko pernah tak bayangkan camaner situasi nak masak depan orang ramai? Panik giler, sama panik macam kau nak akad nikah depan tok kadi....

Dah la krew ramai, pastu masa singkat, pastu meja sebelah-sebelah lak tu, huh memang stress, saya sendiri pown dah pernah rasa, tapi bukan masak depan orang ramai la, kes saya lain, kes kena tunjukkan cara solat yang betul depan parents masa umur 7 tahun...gila gelabah sampai posisi sembahyang pown dah haruk pikuk, siap salah baca doa qunut lagi, boleh plak time tu baca doa untuk sembahyang mayat...hambik kau...

Saya bangga bila syura menang, bukan apa, at least orang menghargai bakat anak kampung tu, walaupun dia terer masak kampung, tapi hidangan final dia bagi saya memang superb,  First class fine dining, layaklah untuk menang. Juara bukan diambil kira dari masakan lepas-lepas, tp masakan pada hari final tu.

Cuba tengok, berapa ramai orang yang tahu nak masak hidangan melayu, dan berapa ramai mat salleh celup yang pandai masak western? Bab western ni, memang ramai minah or mat salleh celup yang mengaku x makan belacan, tp makan steak, fish and chip and salad, puiiii boleh blah, x yah nak berangan jadi mat salleh.   Dulu masa kau kecik-kecik mak kau x ada nya nak masakkan kau steak, garlic bread, paling western pown kau masa kecik-kecik kau makan burger pasar malam yang jual singgit satu tuh. Hari-hari mak kau masak sambal udang petai, tempoyak, lemak cili padi, asam pedas bagai, pastu mengaku lidah omputih....kalau sekali sekala tu cayalah jugak kan??

Memang ramai yang x tahu nak masak masakan kampung, nak buat kerabu, asam pedas, gulai kawah, nasi dagang sumer tu...ingat senang je? bagi saya lah, western food ni x sesusah masakan melayu yang perlu ketelitian dalam segala benda, silap sikit memang x akan jadi...berapa ramai yang kenal apa itu sulur keladi, cekur manis, pucuk turi, sayur beremi, pegaga, daun tenggek burung? Yang ramai kenal, oregano, pudina, salad tul x? So if syura menang pown memang layak sebab kita ni dah ketandusan chef yang hebat dalam masakan melayu, memasing nak mengejar yang barat je.....

So tahniah tu syura...

Sunday, June 23, 2013

Jangan Jadi Bodoh Di sebabkan Cinta

Assalamualaikum,

Panas betul cuaca bertambah bahang bila jerebu yang semakin tebal....Tapi ada isu yang lagi hangat dan panas dri cuaca kat sini, merata tempat orang bercerita tentang kisah Shah Jaszle dan pasangannya yang di tangkap khalwat...

Kita pon x tahu ape cerita sebenar, mungkin benar dia di perangkap oleh orang yang berpuas hati dengan dia. Cuma apa yang saya nak ulaskan di sini, wahai sekalian perempuan, janganlah jadi bodoh disebabkan cinta. Tindakan gadis yang ditangkap khalwat bersama dengan shah jaszle itu telah mengundang pada apabila ada khabar angin mengatakan dia dibuang kerja. Ini gara-gara dia membuat kenyataan di melodi sehingga dia diserang..itu khabarnya, betul or tidak, wallahualam. Saya x nak kupas isu tu, yang saya nak kupaskan, sebagai seorang perempuan yang mempunyai maruah dan harga diri, lebih baek kita elakkan bercinta dengan milik orang lain. Jika anda pernah terjebak, elakkanlah, jadikan ianya sebagai sejarah silam anda. 

Cintu tu tak buta, tapi kita yang buta menilai, kadang-kadang lumrah manusia mudah tergoda dengan pujukan syaitan, sampai kita lupa yang kita gilai itu hak milik orang lain. 
Sedangkan kita tahu risiko yang akan datang, tp kita still nak teruskan hubungan...sebagai seorang wanita, rasanya tak manis mendedahkan isu sebegitu di khalayak ramai, sedagkan kita tahu wartawan sentiasa mendambakan cerita-cerita terkini agar rating sesebuah rancangan itu melonjak, padahal akhirnya nanti kita juga yang mendapat malu. For me the best things is, bertaubat n mulakan hidup baru. 

Jangan disebabkan seorang lelaki, kita menjaja kisah kita seolah-olah untuk meraih simpati...seriyesly, skang ni macam dah jadi trend, if nak bersihkan nama atau nak buat pengakuan mesti melalui media...korang tahu x yang diorang tu wartawan? tugas diorang menyebarkan berita, so sukakah kita bila aib kita disebarkan?

Lelaki ni, kalau dia dah x nak, buat macamana pown memang dia x nak, lebih-lebih lagi kalau isteri atau tunang dia tu reputasi tinggi, bijak ada masa depan, so memang x boleh nak fight la kan? 
Banyak lagi lelaki lain, kadang-kadang kita je memilih, terlalu nakkan lelaki kacak, hensem bergaya, tapi poket...habuk pon tarak sampai kena mintak kat kita...tu pown still lagi nak bertahan? 

Buka la mata dik oi...janganla terdesak, sampai bodohkan diri sebab cinta, tu belum lagi ada yang telan panadol disebabkan frust ngan boypren bila boypren mintak putus, belum lagi yang buat-buat sakit sebab nak suh boypren kesian,,,sadis giler kalau camtu....

Tak yah la sampai camtu sekali, banyak lagi benda lain yang korang leh buat, if dia dah x nak kat korang...angkat kaki, blah je...x yah nak sediy-sediy...


Resepi Kacang Pool





Assalamualaikum, kali ni saya nak post resepi kacang pool. Makanan ni adalah makanan yang famous di melaka, johor dan singapore. Ianya berasal dr tanah arab, tu sebab rasa dia agak berempah.

Resepinya ialah:

Setengah tin kacang pool jenama kimbal (Faoul Madamas)
1tin kecil kacang parang
2 sudu rempah kari
2 sudu besar rempah kurma
10 ulas bawang kecil (di kisar)
1 inci halia (di kisar)
5 batang cili padi (dikisar, optional)
1 packet daging cincang
1 cawan air

panaskan minyak zaitun atau minyak sapi, kalau x ada, minyak biasa pon ok.
tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan garing, masukkan kacang yang telah di lenyek kasar, bila agak garing, masukkan rempah, kacau lagi sampai rempah garing. kemudian masukkan daging cincang, kacau samoai daging masak sekata. bila dah masak. masukkan air, kacau sehingga betul betul masakk, perisakan dengan garam dan gula.

Kacang pool ni dihidangkan dengan roti bakar, telur mata, hirisan bawang dan cili serta hirisan limau yang di oerah ke atas kacang pool