Pages

Sunday, September 11, 2016

Paralimpik di Rio 2016 - Tahniah Ziyad, Ridhuan dan Latif & Mr Oxford KJ

Salam. Kurang berapa minit Aku tulis entry ni, kita akan sambut aidil adha, semoga menghayati semangat qurban itu ye, bukan setakat makan rendang Dan ketupat je😀.

Pagi td memang Aku bersemangat sangat2, sebab tak sabar nak tunggu result atlet Paralympic, dr dulu aku memang follow olympic game ni sebb aku segala game yang di pertandingkan.

Tahniah, finally malaysia dapat Emas dr atlet yang luar biasa ni, dan tahniah menteri belia dan sukan, KJ, walaupun diorang x baca blog aku, aku x kisah janji aku dapat luahkan betapa Aku bersyukur Allah kurniakan insan2 luar biasa ni, dan terharu sebb KJ ni berjuang untuk dapatkan royalti untuk atlet Paralympic sama dengan atlet lain, walaupun ada malaun2
Yang menganjing2 kan idea beliau.

Aku marah? Memang marah bila KJ cadangkan untuk beri sama macam atlet biasa, dengan sebb senang je nak menang so kena bagi 30% je dr atlet biasa.

Ko ada tak nampak ke hawauwan hujah tu? Senang? Halooo kalau senang, dah lama malaysia dapat 45 pingat emas, Boleh fikir? Tenaga diorang? Usaha diorang? Pengorbanan diorang? Sama je dengan atlet lain? Ada beza ke? Diorang guna separuh ke? Tu Aku cakap, orang2 macam ni yang menyebabkan runtuhnya semangat insan2 luar biasa ni, orang biasa pun leh runtuh semangat dengar ayat macam ni. If diorang dengar, harus akan rasa tidak di hargai, memang kita ni yang salah, kita ni yang menyebabkan diorang ni tersisih, x payah cakap pasal Olympic, Cuba pergi jusco, ada Berapa ramai yang sibuk letak kereta kat tempat parking OKU, menyusahkan insan2 luar biasa ni.

Cerita pasal olimpik ni, Aku memang teruja sangat2, Tp
Masa sampai part ziyad n ridhuan nyanyi lagi negaraku tu, berjurai dah air mata aku, bangga sangat2, Ingat senang ke nak bergema lagi malaysia? Kenapa lah malaysia x lantik KJ dr dulu lagi?
He's so Oxford, memang win!

Atlet Paralympic sama je ngan atlet lain, x de beza, now aku terima berita kita dah ada 3 pingat emas, penyumbang latest, atlet lompat jauh, yahooo tahniah insan2 luar biasa.

Kau Dan Aku sama je, bg Aku tak ada istilah OKU, yang OKU adalah orang yang asyik mengutuk memandang rendah insan2 luar biasa ni.

Eh, Kembang pulak lubang Aku masa tengah type entry ni,
Hahahahaha Aku sure, diorang ni x fikir pasal ganjaran, tp more to challenge diri n buktikan diorang mampu.

To parent yang ada anak2 luar biasa ni, x salah untuk korek
Minat anak2, at least diorang do something untuk future diorang...

Friday, September 9, 2016

Edisi Malaysia Tanah Airku

Bila ada kawan2 dari oversea yang nak datang malaysia, and tanya samada selamat or tak? Stabil or x? Aku x tau nak jawap apa, Cuma Aku perasan dalam sesetngah comp diorang letakan malaysia sebagai negara special risk, disebabkan Kes lahad datu, ketidakstabilan politic, kegiatan daesh Dan IS di malaysia.

Termenung sekejap bila Aku dengar bab ni, betul perkauman semakin menebal, cina india melayu, semua bawa haluan sendiri, paling sedih orang melayu sendiri seakan2 buat provokasi macam ni, tu sebb aku pernah buat entri pasal bangsa Johor, perlu ada bangsa2 ni sebb istilah bangsa ini x memisahkan antara kaum, aku setuju, macam tu gak sekolah umum maksudnya dalam satu sekolah ada satu aliran sahaja, yang mana turut ada matapelajaran bahasa Cina dan India, jadi x ada issue perkauman, bila kota asingkan, memang menyumbang kepada perkauman antara kaum.

Dah tiba masa ada sistem pendidikan yang mengetengahkan dan mengambil berat tentang semua kaum, tak perlu di asingkan, yang perlu adalah pengukuhan, baru boleh ada masyarakat berbilang kaum dalam satu komuniti. Rata2 rakyat Johor gembira dengan perlaksanaan ni, sebb semua kaum duduk dalam satu bangsa, x ada puak2.

Cuma sekarang ni, yang merosakkan keadaan bila makin banyk parti2 yang ditubuhkan. Aku faham, parti yang ditubuhkan terhasil dr serpihan pemimpin2 yang disingkirkan, dan mereka tiada pilihan lain sebb parti yang ada tak boleh di bentuk kembali kepada acuan asal. Cuma bila banyak sangat parti ni, kestabilan politik x terjamin, rakyat yang akan jadi mangsa, benda ni tak akan jadi kalau pihak yang bersalah di hukum, tapi bila pihak yang bersalah di sanjung maka mana2 pemimpin yang rasa dianiaya akan mencari ruang untuk membetulkan keadaan dengan menubuhkan parti baru.

Aku kecewa bila undang2 seakan2 melindungi orang yang bersalah, rakyat nak tahu siapa yang bertangungjawab, hukum or tak hukum tu kes mahkamah, cuma x bagus sebb x ada kesudahan, yang ni cakap ni salah, tu cakap orang tu salah, tp x ada satu tindakan di kenakan, tak kan system perundangan tak dapat kesan sesiapa yang bersalah?

MH 379, MH 17, sampai sekarang belum selesai lagi, benda2 macam ni lah yang buat rakyat tertanya2, apa sebenarnya yang berlaku? Sebb langsung x ada kesudahan. Kapal lain terhempas, x sampai sebulan dah ada Close out report, observation pon dah Close...wallauhualam

Edisi Hijrah

Kecoh bila issue penghijrahan insan yang di kenali kat blog2, bila kembali ke keadaan yang sebelum ni.

Sebenarnya, kita2 ni lah yang bersalah, kita antara penyumbang mereka semua berpatah arang, angkara mulut2 yang x tahu senyap dan bercakap perkara bagus, inilah hasilnya. Betul merek salah sebb x Istiqamah, tetapi kita sebagai manusia terlalu cepat menghukum dan lemparkn kata2 kesat bila mereka nak jdi baik.

Benda ni terjadi gak pada aku masa mula2 aku bertudung sepenuhnya, aku masuk
Company baru, semua enviroment baru, tup2 ada insan2 yang tahu dulu aku tak
Bertudung, tanpa ada sebarang issue, bercakap camni "dia tu dulu x pakai tudung tu, skirt pendek gila"... Dengan x semena2, keluar dialog2 macam tu, sedangkan aku x pernah ambik pot pasal depa langsung, faham x? Bila ada manusia yang sentiasa mengungkit kisah silam orang, ni lah akibatkanya. Tipu lah kalau aku cakap lepas orang kutuk2, aku dulu, aku x terfikir nak bukak tudung balik, yes memang pernah, tapi aku fikir balik, aku bertudung bukan sebb manusia, bukan sebb ikutan, tapi memang dah sampai masanya, so aku perlu pekakkn telinga, buat x tahu bila orang bercerita, kalau korang nak tahu, sampai sekarang still lagi ada cerita2 camni yang aku dengar, means manusia x akan pernah berhenti bercakap kisah silam kita, sampai lah manusi2 yang Kenal kita tu dah mati, even kita dah mati pon, diorang still akan bercakap, so no
Worries ye.... Just buat tak tahu je.

Bab paling win, bila ada yang suka dekat aku n nak mengurat aku orang2 ni akan pergi cerita apa2 saje yang boleh menyebabkan orang yang pada mulanya suka kat Aku, jadi x suka... Part ni paling win lah...benda ni memang aku kelakar lah, konon nak jadi superwoman untuk selamatkan lelaki tu dari tersuka kat Aku.....adoiiii  orang tu boleh assume yang Aku x tahu dia adalah dalang di sebalik kejadian....hahahahaha lawak tak? Aku tahu je,  memang aku jenis yang tak akan clarify apa2, sebb aku percayakan pada Allah....

Tu sebb Aku cakap, jangan pertikai tindakan diorang untuk ke jalan Allah, Tp kita ni mulut x nak jaga, cakap bukan2, kutuk bukan2, sampai diorang hilang pedoman, mereka manusia, bukan malaikat atau para Nabi yang maksum, ada masa tetap pendirian, ada masa ke laut, sokongan tu penting, bukan cacian dan makian, tp di sebab kan seronok sangat sakit2 kan hati orang, kita x jaga percakapan kita langsung,

Bila jd macamni, semua pihak perlu muhasabah diri, bukan orang tu je, orang sekeliling
Pun sama, Aku pun ada je kawan2 transgender ni, tp x pernah malukan dia bila dia nak berubah, kondem2 ke, apa ke Cuma aku x layan dia macam perempuan, time solat jumaat kena solat, camtu gak time solat, gi pakai songkok n masuk surau lelaki, so dia nnti akan rasa ada rupanya orang yang menganggap dia ni lelaki, lama2 nnti dia sendiri akan berubah.

Edisi Kembar - Demam

Selamat Hari Raya Qurban.
Aku x balik beraya pun sebb Selasa dah start keje, plus anak2 x sihat sangat. Aku just nak share pasal kejadian yang mendebarkan hati ari Rabu ni, musim skang ni kan hujan silih berganti, kadang2 panas melampau, kadang2 hujan lebat, Alhamdulillah dengan cuaca, bukan nak cerita ban cuaca ye... Pagi Rabu masa hantar anak2, hujan memang tengah lebat sangat2, tp anak2 x lah demam or ada simtomp yang menjurus ke arah demam, so aku just hantar macam biasa jelah, cuma masa aku nak balik tu, memang dah rasa x sedap je hati, bila sampai depan rumah pengasuh aku perasan ada miss call dr pengasuh si kembar, tiba2 aku tengok pengasuh dia dah jerit2 dah, plus anak aku dah lembik macam tapak sulaiman. Serius Aku memang panic bila pengasuh tu cakap anak Aku tersedak susu n demam panas, Aku x sempat tanya apa2, terus bawak Si Habib pergi klinik, sampai kt klinik doktor terkejut tengok dia lembik, check nafas, memang laju dari biasa, doktor suruh Aku bawak anak ke hospital Dan jangan baringkan, ye Aku ni nama je first aider tp bila nak rescue anak, aku terus lupa step. Aku terbalikkan dia and tepuk2 belakang dia sampai dia muntah, ok lega. Masa aku nak letakkan anak aku kat sebelah, dia x nak nangis2, then decide nak call ambulance, tp jalan jammed, estimate dalam 2 jam baru akan sampai, dalam aku terfikir2 camaner nak hantar anak aku tengok dia macam kena sawan, kejap2 dia
Mengerekot sambil meraung2, kaki n tangan kejang2, fuhhh  panic, nak cari paip x jumpa, kisai2 beg ubat x de, last2 teringat ada ubat masuk bontot untuk reduce panas body dalam beg baju dia, aku bogelkan dia, terus masuk ubat dalam bontot, ambik tuala basahkan dengan air mineral n letak kan seluruh badan, lepas tu bru pakaikan dia baju. Aku still lap badan dia dengan tuala sementara nak
Ke hospital, bayangkan masa sampai hospital temp anak
Aku after masuk ubat is 38.8! Tinggi, means masa kt rumah pengasuh aku estimate temp dia dalam 40, tu yang dia sawan sampai tersedak susu. Masa aku ambik dia, badan dia memang lembik, mata x larat,
Nafas pun termengah2 je... Nasib aku x panic sangat so
Still boleh rescue anak aku. Now getting better, aku x bergantung dengan ubat, kalau panas je Aku mandikan n tuam badan dia untuk reduce temp,
Ubat still makan, Cuma kena kerapkan mandi supaya body temp akan cepat turun.... Syukur x de apa2 tragedi...Alhamdulillah

Monday, September 5, 2016

Edisi Kehidupan - Nasihat Untuk Wanita Yang Tertekan Dengan Keinginan Nak Berkahwin


Extream betul tajuk yang korang suruh aku buat entry ni. Ye aku faham korang semua tertekan dengan soalan2 yang di terjah, sampai korang rasa mati akal, mati pucuk...eh salah tulis pulak..mati lidah..segala-galanya mati untuk seketika bila soalan ini di ajukan....



"Bila nak  kahwin"???? Ni lahnye soalan keramat yang boleh buat ko rasa bad mood setahun setengah ngan jiran tetangga, sepupu sepapat, mak-mak sedara... actually ada jawapan paling legend supaya diorang berhenti bertanya, cuma a bit kurang ajar, dan segala tindak balas selapas soalan di ajukan, admin tidak akan bertangungjawap ye..jawapan dia camni "Kalau kau sudi share laki kau ngan aku apasalahnya, boleh kita bermadu" amacam??? win tak????



Macamnilah, aku kahwin dulu pon sebelum umor aku masuk 30 dan aku dapat anak 3 pun sebelum umur aku cecah 34, so awal aku dapat rasa nikmat beranak awal, so mungkin kurang adil kalau aku ketepikan perasaan korang yang tak senasib dengan aku ni kan, but aku boleh lah share sikit nasihat untuk gadis-gadis yang terdesak sangat nak kahwin.



Kahwin ni ada 5 stage pada pendapat aku seorang ye, bukan pendapat orang lain, aku pernah buat statement mcam ni kat salah satu entry akuyang aku sendiri tak ingat apakebendanya.



Stage 1 = stage miang-miang keladi, which is stage ni, umor ko baru akil baligh, baru nak rasa syoknyer dunia, belum ada kerja, belum habis belajar, yang perempuan pulak baru tumbuh asset2 yang bernilai, baru pandai nak letak lipstick kat bibir, baru pandai nak mengemas diri sendiri...Masa stage ni semua mak n ayah selalunya tak bagi korang kahwin, bukan sebab tak suka ko kahwin awal, tapi belum mampu lagi korang nak jalankan tangungjawap sebagai suami dan isteri, tapi kau still gak nak kahwin sebb time ni ko rasa kemaruk ko memuncak sesangat sampai mak ko pon tak boleh nak halang kau.



Satge 2 - stage normal. Time ni umor antara 23-28, waktu2 ni selalunya dah ada kerja sendiri, dah boleh handle life sendir, cuma biasalah untung nasib timbul untung sabut tenggelam, tak semua orang bernasib baik dapat pasangan yang matang dan boleh bertolak ansur, tetapi selalunya dalam perkahwinan ni, memang selalu di uji, cuma kita tahan dengan tak tahan je.



Stage 3 - Stage terdesak, di mana umor dah dan masuk 30 an, time ni belum ada boypren lag, bukan kata boypren kambing pun takut nak pandang korang...(eh jangan marah, gurau je ye). Time ni memang korang akan gelabah cari pasangan, tu yang kadang-kadang korang rasa korang macam tersalah pilih pasangan...actually tak tersalah pun, semua tu dah di tetapkan kat lohmahfuz sebenarnya. Cuma bila pasangan tu tak sesuai dengan kita, kita akan cepat rasa camtu. Bab ni memang bahaya sebab kadang-kadang boleh menyebabkan kemurungan melampau bila still x dapat jodoh lagi.



Stage 4 - Stage matang, selalunya golongan yang terllibat adalah golongan duda, janda, anak dara yang dah banyak umur, lelaki bujang yang dah banyak umur, diorang ni tak meletakkan sesuatu perhubungan tu ke tahap yang stress, diorang akan follow the situation, kalau betul jodoh diorang akan kahwin, if bukan jodoh, diorang akan move on, tak ada terdesak dan mendesak. Time ni life lebih rrileks, cuma life diorang ni memamng jenis yang super bizi, so orang yang bakal jadi life patner diorang mesti jenis yang sabar, memahami tahap makam paling tinggi. Kalau setakat nak acah-acah manja, boleh siap2 beratur jauh-jauh ye...hahahahahaha



Stage 5 - Stage ni susah aku sikit, sebab ada macam2 pengaruh, ada pengaruh miang nak kahwin lagi satu, ada sebab nak isi kekosongan lepas bini or laki mati....mana-mana yang korang rasa suka, boleh korang isi sendiri.



Ok, dah jelas kan dengan stage-stage ni, so apa kata kalau korang rasa korang kat stage yang terdesak tu, korang bawak bersabar nanti bila korang dah berumur sikit dan dah nak masuk stage 4, korang akan cool dengan sendiri...eh hahahahahaha jangan emo ye..



Ni nasihat yang betul2, ni tak tipu, ye. Kenapa korang rasa terdesak sangat tak kahwin? sebb korang rasa sunyi? korang nak teman berbual? korang nak rasa ada suami bila gi mana-mana ada orang teman? korang nak dapat baby cepat???? mana satu jawapan idaman kalbu korang???? Soalan aku simple je, korang pasti ke lepas korang kahwin, korang tak akan sunyi? pasti ke laki korang akan temankan korang sembang bila korang sunyi? ke di bantainyer tidor berjam-jam? korang pasti ke dia akan temankan korang gi jalan2? kalau dapat jenis anti sosial?? korang pasti kalau korang kahwin korang boleh mengadung dan dapat baby??? pasti ke semua tu??? sapa ada jawapan yang pasti sila angkat tangan ye???



Ha, tak pasti kan semua benda tu, dah tu kenapa rasa terdesak dan tertekan sangat nak kahwin? Percaya tak Allah tu sayang korang, tu sebab dia uji macam tu, dia tetapkan jodoh korang sekian-sekian, so kena sabar, kalau dah memang ditakdirkan korang tak kahwin sampai bila2, redha. Ada yang risau kalau tak kahwin, sok-sok sakit tak de sapa nak jaga....boleh tak aku gelak....ko acah-acah pasti je kalau kahwin nanti laki korang akan jaga korang kan??? tu aku cakap, percaya pada Allah, bukan percaya pada Manusia, ada sebab Allah bagi jodoh lambat, dia nak bagi yang terbaik dan sesuai lah tu. tu je sebabnya, dia Maha mengetahui, tak payah risau, bab hal urusan kau time sakit tu, mintak Allah permudahkan, berapa ramai yang kahwin, tp bila sakit laki kahwin lain??? memang ramai gak yang time sakit laki sanggup jaga, equal lah, ada yang bagus, ada yang x bafgus...cuma jangan mengharap kepada seuatu benda yang tak pasti.



Korang kalau masih belum jumpa jodoh, jangan pergi jumpa bomoh, manid buang sial lah, minum air tujuh telaga lah, air tujuh batu lah, mandi tekat tempa keramat lah, jenuh nak cari tempat keramat, yang ada dato kerramat, taman keramat, keramat wangsa, keramat au3...tu senang nak cari...jangan lah percaya benda2 macam tu je, mintak pada Allah je,



Pernah tak korang terdikir, dalam hidup ni tak semua benda tu kita akan dapat, memang bab jodoh ko di uji, tapi bab rezeki kerja, persahabatan, saving, relationship dengan parent, korang mungkin ada kelebihan dekat situ, rezeki bab pekerjaan yang bagus, jawatan yang bagus, tu pon part rezeki, so kenapa mengeluh bila Allah genggam jodoh korang?.



jangan fikir bila kahwin, lega satu masalah, nnti dah kwen sibuk orang tanya bila nak beranak, bila tak beranak-ranak ko akan stress lagi, kalau dah beranak, orang tanya bila nak dapat baby boy? asyik dapat baby girl je...bila dan dapat sepasang akan ada lagi soalan-soalan cepu emas yang tak akan berhenti membuatkan korang rasa stress...



Aku faham, korang ni kadang-kadang jenis terpengaruh dengan cerita novel2 melayu yang memang kadang2 tahyul nau rasanya...so time tu ko feeling2 and nak cepat-cepat kahwin sebb korang yakin akan bahagia hingga everefater...



But, sebelum korang stress2 fikir kenapa jodoh lambat lagi, apa kata ko check balik benda2 yang aku sebutkan kat bawah ni dulu ye:



Relationship dengan mak n ayah, ada kawan yang mintak tips, and ni lah tips yang aku bg ke dia, suruh dia check balik relationship dia dengan mak n ayah dia, paling win bila dia cakap relation dia ok je...huhuhu then aku suruh dia mintak maaf kat both parent dia, sebb tak tahu kadang-kadang kita ada lukakan hati diorang tanpa sedar, macam tu gak relation sesama manusia, ipar duai, mesti ada berlaku pergeseran yang kita tak perasan, so minta maaf secara berdepan, bukan secara hantar wassup, unless kawan ko dok conggo, memang jauh lah nak jumpa kan...tu wassup je sudahlah janji maksud tu sampai.

Sedekah, ada tak korang bersedekah? Sedekah ni in many ways lah, beri makan ke, duit ke, apa2 je lah. Pernah tak kita nak bagi sedekah, tapi bila kita terpegang note besar, kita tiba-tiba terus capai note kecik, untuk sedekah. Macam tu gak, kalau ada orang mintak sedekah, kita bagi alasan tak ada duit kecil, kenapa perlu ada alasan macam tu kan? apa yang kita pegang, itulah rezeki orang tu, tak kisah besar atau kecil, yang pertama kita pegang tu lah kita beri, jangan risau takut duit habis, duit tak akan pernah habis sebb rezeki tu Allah yang beri, kena ingat ye, orang yang terima sedekah tu tak ambil langsung duit kita, apa yang kita beri tu adalah portion dia sebenarnya, kita je rasa kedekut dan takut duit kita habis. So, sedekah tanpa ragu2, ha bab sindiket pulak, bab orang yang meniou sedekah ni, tak perlu risau, tu antara dia dengan Allah, kita cuma sedekah saja, tak perlu fikir dia tipu or tidak, kalau risau budak tu tak dapat apa yang kita beri, apa kata kita belanja dia makan? tu pun part sedekah gak kan??? so kenapa nak berkira bila bersedekah sedangkan Allah tak pernah berkira tunaikan segala permintaan kita.


DAh buat solat taubat? dah bersihkan hati dari sakit hasad dan dengki? Benda ni paling penting, dalam ipar duai, adik beradik, sedara sendir mesti akan ada sifat2 macam ni, bila mak ayah asyik todur rumah abang or adik kita, kita sentap, hasut2 mak n ayah suh tidor umah kita sebab jeles, sebab sakit hati adik or abang dapat layanan lebih, sedangkan sama je, tp bila hati tu dah dengki memang semua jadi tak suka, tu belum bab cemburu dengan ipar duai, mengutuk ipar duai dalam group wassup, mengutuk ipar duai depan adik beradik, depan ma ayah, dengan tujuan menghasut, macam2 lah, so kena bersihkan dulu diri kita dari benda macam tu, nampak alki orang tu pakai kereta BMW, mula kita pon mengutuk dari mana dia dapat duitlah, keje apalah....ha sila jauhkan diri dari benda2 macam tu ye.
InsyaAllah, bila korang rasa dah settle dari masalah ni, buat solat taubat dan mohon pada Allah, InsyaAllah dipermudahkan......er...ada lagi...kita pon bila dah kahwin, dah ada anak janganlah mengutuk or memperli orang yang belum jumpa jodoh ye or orang yang belum beranak ye, sebb takut Allah bagi kifarah melalui anak kita plak sebagai peringatan atas ketelanjuran kata-kata kita...Wallahualam






Edisi Kehidupan - Persekitaran Kerja


Assalamualaikum. Jom discuss hal serius sikit. Actually entry ni dah lama nak keluar, tp sibuk sangat dengan urusan duniawi lain, so peram dulu lah. Last 2 week, aku melepak ngan member2 sebelum diorang fly ke korea untuk training. Masa sembang2 tu terkeluarlah soalan dari yang kenapa aku boleh cepat sesuaikan diri kat mana-mana tempat yang aku pergi, sedangkan dia dulu kemain susah nak adapt, rasa nak berenti lah, rasa macam nak duduk dalam bilik kebal, rasa nak gi calarkan kereta boss lah.
Actually aku tak ada resepi kejayaan...cehhh kejayaan konon....(kejap, aku plak rasa nak muntah baca statement sendiri)...Normal lah, masa zaman aku mula-mula kerja dulu pun aku pernah je rasa situasi macamtu. Kat dunia ni, manusia berjenis2 perangai, tak semua baik dan tak semua jahat, ada yang jenis susah nak handle, ada yang jenis senang nak handle.
Watak yang paling ramai kita akan jumpa ialah boss yang tahu jd tukang arah, dia just attend meeting n submit hasil kerja kita kat orang atasa, take credit atas usaha kita, show off dia yang buat semua benda, sekat kita dr expose kat public. Bab boss yang macam ni, memang ramai yang akan jumpa, aku dah mengalami perkara yang sama, aku try buat something, tapi still x de kesan, so jalan terbaik aku cari kerja tempat lain yang komunitinya adalah masyarakat berbilang bangsa...hahahahah. Tapi masa aku kerja dulu, aku tak pernah ada konflik dengan boss, aku memang x banyak melawan sebb aku malas nak bertegang urat, aku ingat aku masih berada kat bumi malaysia yang mana kalau kat malaysia ni, suara orang bawahan tak leh di guna pakai, dan kebanyakan boss2 ni jenis cepat sentap, walaupun bergaduh issue pasal kerja, jap2 lagi effect KPI, so aku hanya bersifat mendiamkan diri jer.
Pengalaman aku, hanya sekali je aku kerja dengan bos melayu, the rest bukan melayu and most of them orang asing. China, india, mat salleh, Indonesia semua aku dah pernah kerja, to be honest working dengan indonesian memang the most yang aku enjoy.
Dengan mat salleh ni biasa lah, mula-mula dia tengok aku memang dia under estimate capability aku untuk deliver kerja yang dia suruh buat, segala benda yang bukan scope aku dia test suruh buat, ko bayangkan aku x pernah sentuh bab tu tiba-tiba dia tak bagi aku idea langusng and suruh aku buat blue draft within 4 hours....memang giler kan.... first time aku hantar draft kerja, dia reject bulat2 and cakap aku ni ada typical asian punya ethic...fuhhhh tercabar, tapi aku senyap and ambik balik and start draft balik. Aku start buat kerja yang dia suruh tu without any guidance, aku pun try tanya member2 lama, mana yang expert, combine sikit2 info yang ada, aku strat buat slow2, second time aku hantar, dia just cakap good...x ada langsung dia nak puji ke, apa ke..sampai lah satu haritu aku kena handle satu assigment yang memang semua orang surrender untuk buat...finally dia admit yang aku punya work ethic is different dengan orang yang dia pernah kerja and thinking dia lebih kurang sama dengan aku nyer thinking, itu pun selepas beberapa tahun kerja dengan dia....dan paling win, tenpat aku sebelum ni "HOT SEAT"....orang2 yang sebelum aku, semua berenti kerja sebab dia ni cerewet nak mampos....tp bagi aku, aku ok je kerja ngan dia, lagi orang tu pressure, lagi lama aku bertahan kerja ngan dia...hahahaha aku bagi dia balik pressure....pernah lah dia tanya aku, apesal aku boleh tahan kerja ngan dia? aku cakap lah, aku tak ksiah kerja ngan sesapa sebb bapak aku lagi super duper cerewet dr mahluk yang ada kat muka bumi ni...bahahahahahahahahaha
Eh lupa, dia gelarkan aku "SIRIM HELMET", sebab dia marah aku camaner pun, aku still xberenti-berenti kerja...malas aku nak layan mamat tu....masa tu lah, lama-lama dia ok je...sebab dah ada chemistry katanya.
Bab pressure dengan office mate tu, bagi aku normal. Mana ada ko nak jumpa environment yang harmoni 24 hours, itu bukan dunia tu, tu syurga namanya tu....
Setiap office akan ada watak-watak kak nam, kak non, kak ton..dan sebagainya, samada ko tahan atau tak je lah. Pernah jumpa orang yang jenis, arah-arah orang sambil jerit2, cekak pinggang, tunjuk2, pastu mulut cam puaka? pernah jumpa orang yang claim diri dia manusia yang paling sibuk dan paling banyak responsibility kat opis, padahal dia buat clerical work yang dalam working hours, dia dah boleh settle kerja tanpa perlu OT? ada??? mesti ada kan?? pernah jumpa orang yang baik depan kau, puji ko pakai baju cantik2, tapi belakang mengutuk kau sampai hati jadi hitam legam? pernah jumpa orang yang mulut dia syik nak komen orang je, asyik nak cerita si polan tu jahat, si polan tu buruk, si polan tu busuk cam biawak, ada??? mesti ada kan...pernah jumpa orang yang suka pow makanan orang lain? asyik suruh belanja? pernah jumpa orang yang dengki? mngadu domba?....ni watak2 watak ni adalah watak penting dalam kehidupan alam pekerjaan...yang salahnya siapa? watak2 ni ke? tak...yang salah kita lah...dah tahu watak2 camni wujud, kenapa kita layan? buat tak faham je dah, tegur2 camtu je, tak payah nak meleret2, biarkan je diorang tu...actually diorang tu semua baik, cuma watak-watak dalam diri diorang perlu di ubah serba sedikit...
Kita sebagai orang yang bekerja, tak perlu nak ambik semua benda tu sebagai sesuatu yang memberatkan kepala, if ada kawan2 tak nak tegur kita, biar je lah, dah orang tak nak tegur, tak payah nak stress2, if ko dengar dia buat cerita pasal kau, tak payah layan dan tak payah selidik kesahihan nya...abaikan je...sebb lambat laun, Allah akan bagi pebcerahan jugak akhirnya...ni paling penting ni...dengar ni yer...pekerjaan tu memang cabang rezeki, tapi sebagai cabang ujian gak ye, sebabnya dalam kerja ni lah, macam2 ujian yang kita hadap, so jaga segala2 nya...kalau ada watak2 macam ni masuk dalam hidup kita, try avoid. AKu pun do the same thing, aku still bertegus sapa, tapi untuk aku keluar berdua, makan sama-sama berdua, gi mana2 berdua ngan watak2 ni, memang tidak, sebab aku tak nak create sesuatu yang tak bagus dan tak sihat....
So, no stress, kalau ada masalah mengadu pada Allah, bukan pada kawan2. Allah tu pencipta kita, dia dah cakap dah, mintalah apa pun pada Aku, nesacaya aku akan tunaikan...so kenapa ko nak mintak nasihat kat manusia, mintak kat Allah...kat manusia ni ke laut...jap lagi ko citer n pesan jangan citer kat orang lain

Saturday, September 3, 2016

Pedofil

Wah, pantas korang click entry aku td ye...hahahah thanks korang baca blog aku ni walaupun blog ni x seberapa....

Lately ni banyak sangat kes pedofilia kat dunia termasuk malaysia sendir. Aku frust sebb dalam zaman bertamadun ni kita makin terkebelakang, kadang-kadang aku terfikir kenapa manusia ni bernafsu dekat kanak2? sepatutnya kanak-kanak ni di sayangi.

Banyak kes2 macam ni melibatkan golongan yang memang kita jumpa everyday...

1) Guru dan anak murid
2) Bapa dan anak perempuan
3) Ibu dan anak lelaki
4) Bapa tiri dan anak tiri
5) Penjaga dan anak

Tu antara kes-kes yang kerap terjadi, so kena berwaspada dengan persekitaran kita, jangan terlalu percaya kepada ahli keluarga sendiri sampai bila anak mengadu kita tak percaya, dan tuduh anak mereka-reka cerita.

Bapak aku selalu pesan dulu, masa kat sekolah or kat mana-mana kalau ada sesiapa yang pegang atau ajak aku buat sesuatu yang tak senonoh, cepat-cepat tendang orang tu dan jerit mintak tolong. Bapak aku siap bekalkan aku paku dan letak dalam siput kat rambut aku..ingat lagi betapa takutnya bapak aku if ada orang nak apa-apakan aku, sebab ayah aku kerja sampai petang, kalau time cuti sekolah memang aku sorang je ada kat rumah, benda tu yang bapak aku takutkan, but Alhamdulillah tak ada kejadian tak di ingini terjadi.

Orang kita ni, masalah paling utama terlalu percayakan pasangan, orang luar dan kawan-kawan. kena ingat, syaitan kerjanya memang sesatkan anak adam, jadi kena peka bila anak start mengadu, jangan sampai dah terjadi sesuatu perkara tak di ingini baru nak rasa menyesal.

Jangan suka-suka hati letakkan anak kita bawah jagaan orang yang kita sendiri tak kenal latar belakang diorang, penting macamana pun urusan, keselamatan anak2 lagi penting. Kalau nak letakkan, letak lah dekat nursery yang kita dah tau urusan harian mereka tu, ni tak asal kenal je, kita terus percaya. Nasihat ni bukan suruh korang tuduh atau letak rasa syak wasangkan, tidak ye, tetapi kepada lebih berhati-hati. Kalau nampak ada benda tak kena, suruh anak cerita kejadian sebenar.


Edisi Dari Wanita untuk Lelaki - Give and Take

Assalamualaikum.

Aku tau, ni memang antara entry yang korang semua tunggu-tunggu, base on aku nyer statistic bila aku buat entry issue macam ni, memang sampai 9k and above dia punya stat untuk post tu....so, lets write pasal benda ni, kebetulan ada reader yang email aku pasal issue ni, so aku pon tulis lah untuk korang bagi kat boypren, laki, tunang, or sesapa yang bergelar lelaki.

Korang kadang-kadang rasa unfair kan bila orang perempuan yang bekerja, tapi bila balik rumah kena basuh baju, kemas rumah, lipat kain, masak, jaga anak-anak, layang laki, bantu suami bila x de duit, tp laki balik kerja baca suratkhabar, order air oren segelas, duduk depan tv sambil goyang2 kaki, tak cukup dengan tu, dalam bini terkejar2 masak untuk makan malam, laki ambik tuala nak mandi, elok je sapah sana sini baju, seluar, sepetot.

Settle mandi, sedap order nak mencekik sebb perut lapar, bini plak terkejar2 bagi makan anak2, lai buat tak tahu, last-last bini langsung x sempat makan.

Elok lepas makan, biar je pinggan kat atas meja, nasib tangan n mulut tak boleh tinggal atas meja, kot tak dah lama tinggal atas meja.

Anak pulak berak, laki selamba lagi goyang2 kaki depan tv, hisap rokok dulu, hembus asap kepul-kepul sambil suruh bini cebok berak anak.

Anak-anak ada kerja sekolah, bini pulak kena tengokkan anak-anak buat kerja sekolah, laki masih macam biasa tengok tv, plus main game kat handphone. settle tengok anak buat kerja sekolah kena bawak anak-anak tidor, lepas tu bini kena siapkan baju anak-anak untuk ke nursery, basuh pinggan mangkuk, akhirnya bini tidor dalam kepenatan.

Tu bab isteri kerja dan laki malas tahap makam palinng biawak dalam dunia. Bawah ni plak, bini tak kerja, laki kerja macam orang gila, tapi bini dok rumah layan citer korea.

Pernah korang rasa tak adil dan nak saman je bini korang sebab tertipu. Muka punya lah cantik, tapi pemalas tahap makam paling cipanzi dalam dunia.

Korang rasa mampu, so korang suruh bini korang duduk rumah urus rumahtangga, tapi bila balik rumah tengok bini tengah layan citer korea sampai menangis2, padahal kain baju berlambak tak basuh, nasi n lauk langsung x ada bawah tudung saji, rumah x berkemas, bilik air rupa dan bau puaka, anak-anak x mandi lagi, pendek kata dia goyang kaki je duduk rumah.

Dalam penat-penat dan malas nak bergaduh, korang mandikan anak, kemas rumah, basuh baju n sidai, nak masak tak pandai, so korang tapaulah kat mamak, bini plak makin lemak bila laki baik camtu, kemain sedap dia makan nasi mamak tuh, sampai menjilat-jilat jari.

Korang semua pernah alami situasi kat atas ni???? 90% mesti akan mengaku.

Ada tak solution? hahahaha mestilah ada, kalau tak aku x buat nye entry macamni

Untuk situasi macamni, memang kena duduk berbincang, bukan main jerkah or tengking-tengking pasangan, kalau laki pemalas, suruh dia ubah perangai dia, camtu gak bini, kalau bini cakap dalam islam tugas bini cuma layan laki, Ye, tapi dalam Islam pon tak cakap masak, basuh baju tu tugas laki...so kena sam-sama cari solution. Aku ada a few benda yang aku rasa boleh selesaikan masalah macamni, at least kualiti time korang terjaga.

Bila tengok isteri penat, korang sebagai suami harus sediakan pembantu, kalau tak mampu korang yang kena bantu bini sendiri. Contoh zaman skang ni ada je part time housekeeper, so korang bolleh call untuk dapatkan service ni, antara yang aku pernah guna ialah "FAMMAS MAID", korang boleh ambik daily or package monthly, monthly ni jimat sikit, seminggu sekali dia akan datang kemas rumah korang, so bini x lah rasa penat sangat, betul tak? ni contact no FAMMAS MAID ni - 012302589. Charge pon tk mahal macam ko bayar pembantu rumah, kalau rasa korang boleh kemas rumah, tp penat nak lipat baju, korang boleh ambik "SERVICE LIPAT KAIN (SLK)", so kuranglah beban nak melipat kain baju yang melampau banyak tu. Ni contact no SLK - 0165412006.

Tolong menolong ni memang penting, supaya keharmonian rumah tangga terjamin. Percayalah, bila korang keluarkan belanja sikit untuk outsource life needs tu, bini korang mesti tak kepenatan dan senyum lebar. dua benda ni memang membantu, bab masak tu kalau boleh jangan harap yang hebat-hebat kalau weekdays, and paling penting lepas makan cuci lah pinggan sendiri, bab ni aku x boleh bagi advise unless kalau korang nak guna cawan n pinggan kertas sebb malas basuh or nak lagi legend pakai daun pisang je...hahahahah

Ha, bab bini malas sedangkan laki dah tungkus lumus kerja sorang ni....errrrr boleh tak aku cadanglan korang ambik je madu untuk bini ko tu, supaya ada kawan dan leh tolong kemas rumah....haahhahahaha...

err jangan lah seriyes sangat ye, kalau bab ni, kena lah cakap elok-elok kat wife supaya dia faham apa yang perlu dia buat, janganlah bermalasan kat rumah smapai semua benda tak terjaga....kalau korang dah buat semua tu, tapi still tak boleh gak so korang kena pertimbangkan cadangan aku tu tadi....huhuhuhuhu

Edisi Anak-anak - Telor

Hallo!!! Assalamualaikum.

Last 2 week aku ada beli buku pasal dinousour untuk anak sulong aku, gigihla dia suruh aku cerita pasal dinosour tu 7 hari 7 malam sampai aku pun dah hafal jalan cerita. Tapi biasalah, aku kadang-kadang memang x alert langsung pasal trick anak aku ni, atau mungkin tak terjangkau akal aku yang anak aku akan implement benda tu kat alam nyata.

So hari ke tujuh tu, sampai rumah aku terus lah masuk bilik air, selalunya dia akan bukak tv and tengok apa movie yang ada, kebetulan ada cerita good dinosour, elok je dia layan citer tu sampai tergelak-gelak.

Habis je mandi, solat semua tu aku jenguk dia kat living hall, x de pon, try jenguk kat dapur plak, haah elok je dia duduk kat dapor dengan telur-telur ayam yang aku baru beli tu.
Rupanya dia pecahkan sepuluh biji telur tu sebb nak tengok ada x anak dinosour. Termenung sekejap aku, pengaruh buku betul lah...haihhh dah lah aku beli telor nutri plus gred A, puasa telor lah nampaknya bulan ni......


Thursday, September 1, 2016

Siasat lah betul-betul

Harini aku tahu ramai yang gelakkan aku sebab aku pakai selipar besar kat KLCC, semua jeling-jeling tengok. Lantaklah, kuku aku sakit nak gi cari kasut lembut sikit. Sakit nau ati semalam potong kuku salah step, terus bengkak hujung ibu jari.
Membebel plak aku ni ha, meh lah kita cerita pasal benda lain.

Ingat x kisah budak maahad tahfiz , Wardina, Syed Azmi dan Ustaz Kazim? AKu tak nak sentuh pasal diorang ni, yang aku nak sentuh adalah issue aduan kanak-kanak tersebut. Ape kejadahnya orang lain nak berdebat sapa yang buat aduan lah, sape memritnah sapa lah...cuba focus
tentang aduan kanak-kanak tu samada betul atau tidak? Kes-kes macam ni sangat bahaya dan tak leh di pandang lekeh, ni masa depan budak-budak, apa ke hallnya yang semua nak berbalah pasal sapa fitnah siapa???? persoalannya adakah betul aduan akanak-kanak tersebut? kena selidik, kalau x betul kanak-kanak tu
boleh di kenakan kaunseling,  dan kalau betul kanak-kanak ini perlu di lindungi, pelaku juga perlu di tangkap.

AKu pelik tu, memang tradisi zaman sekarang, kalau ada aduan diorang akan siasat siapa yang pecahkan cerita sampai boleh tersebar? diorang tak siasat langsung pasal aduan tu betul or tak? benda lain yang di risaunya.
Pelik sangat, memang dari dulu camtu, contoh kes 1MDB, pelaku tak kena siasat, yang kena siasat siapa yang buat aduan, bukan kes tu yang di siasatnya. Kalau macam ni, kredibiliti memang boleh dipertikaikan, sebab tak bertindak ikut keadaan, tapi ikut syok sendiri.

Friday, August 26, 2016

Edisi Anak-Anak - Nostalgia 2

"Ibu, ibu sayang ibal tak?"
"Sayang"
"Ibu sayang ibal banyak ke sikit?
"Banyak".
"Banyak macamana ibu?"
"Banyak macam air laut"
"oooooo"
"Ibal sayang ibu?"
"Sayang"
"Sayang banyak ke sikit?"
"Banyak,".
"Banyak macam mana".
"Banyak sampai hujung nyawa"....

Krik krik, mana pulak dia belajar ayat sampai hujung nyawa...arghhhh mata masuk habuk sekejap....ada tokoh romeo tak anak aku ni??? series, setiap kata-kata dia memang menusuk kalbu...hahahahhaa

Aku pernah demam n sakit perut, tak larat nak bangun so aku tidor je nasib kembar kat kampong masa tu, so tengah aku sakit-sakit tu aku dengar dia bukak almari, lepas tu ambik air mineral kat dalam peti ais, sampai kat katil dia terus bagi aku pil checkataun dan air mineral, suh aku minum.

"Ibu, makan lah ubat ni ye, ibu tak sihat"

Lepas je aku makan pil tu, dia terus tarik selimut aku suh rehat, dia nak tengok TV katanya. Ko rasa-rasa nak nangis tak bila anak buat camtu, dia baru umor 2 tahun 9 bulan, tapi perangai dah macam orang tua2, dia tahu aku penat, langsung dia x bising suh aku tukar pampers, yang aku tahu dia bukak seluar dia, pergi ambik pampers baru sendiri, dia bukak pampers lama dia n sarung pampers baru walaupun senget benget sebab x pandai nak lekat sendiri....

Merecik air mata aku bila tengok dia punya semangat berdikari..pernah lah aku dengar dia cakap camni "ibal kan anak lelaki ibu, ibal kenalah berdikari sebb nanti ibal kena jaga adik-adik, jaga ibu"....

Allah, lemah jantung dengar kata-kata dia, mana dia belajar pun aku tak tahu....

Edisi Ana-anak - Pencuci Pinggan

Iklan ni memang mempengaruhi kan? semalam masa aku nak basuh pinggan anak aku tiba-tiba cakap kat aku pasal sabun cuci pinggan.

"Ibu2, ha pakai Joy ibu, tu nama dia Joy lah tu".
"Joy? apabenda tu?
"Tu lah, yang ibu letak untuk basuh pinggan tu, Joy lah nama dia".

Allah anak, aku pun tak perasan nama sabun cuci pinggan tu cap apa.

"Mana ibal tau nama dia Joy?"
"Tu ha, dalam Tv tu bagitau, Joy warna kuning tu bagus, tapi ibu punya tu warna biru, tak tahulah bagus ke tak bagus, nanti ibu beli warna kuning ye, dalam Tv tu tunjuk bagus".

Hahahahahahahaha sempat pulak dia tengok segala jenis iklan yang ada...

Bangsa Johor

Aku suka Tun Mahathir, tapi bila masuk bab "isu bangsa Johor", aku tak bersetuju dengan Tun.
Aku rasa bukan Johor je ada benda2 macam ni, Kelantan, Terengganu dah lama ada cuma kurang menonjol macam Johor. Aku tak rasa Istilah bangsa Johor ni issue yang boleh memecahbelahkan perpaduan, Sultan dia wujudkan istilah tu tanpa pinggirkan mana-mana kaum, orang cina, india, melayu, bugis, portugis, orang asli semua di kira bangsa Johor. Bagus, sebab semangat cintakan negeri ni yang buatkan x ada pecah belah, bila diorang kat negeri luar pun, diorang still akan tolong menolong bangsa masing-masing, memang itu yang di harapkan, sape lagi nak tolong kalau bukan bangsa sendiri. Masa aku dekat U dulu, ada je persatuan anak-anak Johor, anak2 Kelantan, tapi yang paling aktiv anak-anak Kelantan, diorang ni bagus sebab masing-masing jaga bangsa masing-masing x kira ko keturunan apa pun, janji anak-anak Kelantan. Bila time puasa, leader diorang ni akan kumpulkan anak-anak Kelantan yang nak balik naik bas or keretapi, leader n orang kanan yang akan collect duit, beli ticket, semua balik serentak kira satu gerabak keretapi ni diorang saje, kalau aku, memang aku suka sebab keselamatn terjamin, ada orang jaga masa kat perantauan...apa-apa masalah diorang akan sama2 pikul, pernah dulu ada member tak dapat lagi duit ptptn, diorang ni lah pergi ke HEP, pergi ke Pej PTPTN untuk Tanya status pinjaman...suppose semua negeri ada benda2 macam ni, tak lah rakyat berjuang untuk diri sendiri je....

Johor ni Sultan dia proactive, memang aku suka dan kadang-kadang aku pernah rasa menyesal sebab tak lahir kat Johor....hahahahahahaha. Pemimpin ni lah penggerak sebenarnya, bila ada Sultan yang macamni, lama-kelamaan negeri Johor memang boleh bebas miskin, bebas gelandangan satu hari nanti, ni baru pemimpin, kalau setakat nak jadi pemimpin tapi nak duduk sesaja, aku pun boleh jadi pemimpin.

Aku tengok Sulan Johor ni dia idealistic, semua benda dia turun padang sendiri, tengok apa jadi kt negeri dia, so bila orang tanya semua benda dia tahu. Aku faham apa maksud Tun, bila ada label bangsa Johor ni, diorang ada semanagt kenegerian yang kuat dan akan utamakan bangsa dia sendiri sampai akan sisihkan bangsa lain, tu kalau kita tengok kt sudut negative, tapi kalau kau tengok kat sudut positif, bangsa2 lain pun kenalah start benda yang sama supaya boleh bersaing secara sihat, betul x? kalau yang lain-lain pakat2 tengok je, memang nanti bangsa yang paling maju bangsa Johor lah. Tahu nak kondem, tapi bersaing sihat tak mau, ape cer kan???

Ingat kes Sarawak tak bagi bukan anak-anak Sarawak kerja di Sarawak? ha ni sama lah maksudnya, bila bangsa sendiri di tindas of course lah pemimpin yang akan bela nasib bangsa sendiri. Penindasan kat bangsa Sarawak sebab ko cut orang Sarawak, lepas tu bawak masuk orang lain kerja kat Sarawak, akai ada ka???? So kat sini point yang paling bagus untuk aku show betapa pentingnya label bangsa ni. Ni tak, asyik nak kira bangsa melayu, bangsa cina, bangsa india sampai kita pun rasa label perkauman ni lah yang memecah belahkan bangsa dan kaum yang ada. Ko letak bangsa Johor, semua kaum termasuk dalam bangsa Johor, sampai uncle sebelah rumah aku ni pun rasa bangga jadi bangsa Johor.

Bila istilah bangsa ni digunapakai dan diguna praktis, maka isu kaum x wujud dah, sebb bangsa tu dah melambangkan scope yang luas, hidup dalam pelbagai kaum, latar ekonomi ni yang kita nak, dari dulu lagi kalau wujud benda macamni memang x lah berpecah belah macam sekarang. Ko tengok, orang cina ada 2 je parti, MCA n DAP, orang melayu berapa banyak? UMNO, PAS, Keadilan, Amanah...tu lah tanda2 berpecah, ada yang syarat kena anak melayu baru boleh masuk parti, macam2 lah.

Eh, Nampak plak aku kaki bodek sultan Johor....hahahah aku ni nasihat je, x nak dengar takpe....anyway aku ucapkan tima kasih lah kat sapa-sapa yang sudi baca blog aku, macam malam tadi, habis je aku tekan publish x sampai seminit orang dah click baca entry aku. Walaupun aku tak popular, tapi ada gak yang visit blog aku. err aku berblog bukan untuk femes ye, tapi aku suka menulis sebenarnya...

Hamil - Percaya Pada Allah

Anak-anak aku sedap nau berkeroh, siap tarik lak tuh...hahahahahah

Aku saje stay sebab nak update blog aku ni, tq lah kat korang walaupun aku x update seminggu ni Korang tetap setia baca entry2 lama aku.

Aku ada dapat email dua bulan lepas which is aku x sempat nak kupas citer tu, ada yang Tanya aku pasal nak preggy, ada tips ke? pokok turi tu macamana? so aku summarize kan semua benda tu kat sini, so korang pandai2 lah baca ye.

Bab pucuk turi tu, kalau korang nak kenal senang je, daun dia halus2 macam daun petai, ada bunga warna putih, bunga dia bentuk bilah pisau tapi ada dalam dua tiga bilah lah....tu lah daun turi.

Bab subur tak subur tu, korang kira hari ke 14 dari hari pertama korang period, ha itulah hari yang korang paling subur, kalau x sure beli alat pengesan kesuburan tu, ada jual kat Watson.

Bila korang dah buat segala benda yang aku list kan tu, korang Tanya aku kenapa still tak jadi? so kat sini aku tak Tanya korang satu soalan ye...

Adakah korang rasa benda2 tu semua yang sebabkan korang preggy? kalau ko jawap ye, meh sini aku cekik ko sampai pecah anak tekak tu.

Apa pun yang ko buat, benda tu adalah usaha semata-mata dan adalah asbab untuk di kabulkan permintaan, tapi jangan percaya di sebabkan usaha tu hajat korang tercapai...yang makbulkan adalah Allah. So ko kena yakin pada Allah, bukan pada pucuk turi, pada susu kambing, pada kurma, pada air zam-zam, pada taugeh, pada krim hormone, pada tilikan bomoh...

Faham? so kena percayakan Allah ye anak-anak..sekian

Edisi Tok - Akar Lalang

Orang tua2 dulu suka nau ngan petua. Tok aku pun sama, cuma biasalah kadang-kadang bukan setakat petua, macam2 benda tok aku boleh buat. Aku sayang tok aku, walaupun diorang dah tak ada, tapi aku tetap ingat kat diorang. Dulu2 masa time aku kecik-kecik suka nau balik kampong, sebb tok aku ni jenis yang segala benda dia nak buat untuk cucu2 dia, sampai cendol pon dia buat sendiri...memang supertok lah...masak plak guna kayu api, memang terbaik rasa dia...

Part yang paling syok bila time malam, tok aku suka bed time stories ni...segala macam citer keluar, pasal taik gigi lah, pasal bodek lah...macam2 citer, tapi citer tu imaginasi dia sorang sebenarnya....tok aku akan citer sampai cucu2 tertidur, time pagi plak lagi syok dalam kul 6:30 pagi ko dah berbau nasi goring kampong ngan air kopi kaw....memang semua pakat-pakat mandi awal n makan sarapan....

Tapi yang aku nak citer ni bila time tok aku dah nyanyuk sikit lah, aku ada ajak kawan2 datang kampong aku, tok aku ni ada keturunan baba nyonya plus bugis plus pattani, memang comey lah...kawan2 aku ni memang terkejut tengok tok aku sebab kulit dia putih n tegang, lepas tu jenis tinggi n tegap lagi, tok aku rajin ler melayan diorang ni menyembang, kemain lagi diorang sembang sampai x ingat dunia.

Bila time balik kl aku ada perasan member aku ni dok sibuk nak cari akar lalang, aku perati je, dia ambik akar lalang tu and basuh, lepas basuh tu dia kerat2 macam ginseng tuh n makan ngan sambal belacan, kira macam ulam lah. Dalam seminggu lah dia buat camtu sampai satu hari tu aku tergerak hati nak Tanya kenapa dia makan akar lalang.....rupanya dia mintak petua dari tok aku....astagha....awal-awal aku dah pesan, tok aku nyanyuk dah...dia x ingat sangat dah, so apa dia cakap jangan ambik bulat2...satu rumah gelakkan member aku ni, punya kemaruk nak awet muda, di bantainya makan akar lalang...adoiiii last2 masuk hospital sebab sakit perut lepas seminggu makan akar lalang...alahai....

Edisi Anak-Anak - Nostalgia

Haaaaaaalloooooo..

Anak-anak ni memang akan ikut apa yang biasa kita buat, so kena hati-hati dalam setiap benda kita nak buat. Benda yang bagus, akan jadi bagus dan vice versa lah. Jangan lah salahkan orang lain kalau anak kita degil, malas or apa2 sebab semua tu mungkin dating dari diri kita sendiri.

Anak-anak ni akan perati je apa yang kita buat, nanti lepas2 tu dia pon akan tiru. Dulu pernah lah aku kentut selamba je depan diorang, tapi bila aku tengok diorang selamba je kentut depan aku, terus aku cover2 kalau nak kentut.

Malam tadi ada lah satu peristiwa yang meruntut jiwa raga aku, bila aku ingat2 balik aku rasa nak peluk2 je anak aku.

Malam tadi aku penat sangat, so aku tidor awal, iqbal tido lambat sebab tengok cerita, tengah mamai2 tu, agaknya dia dah settle tutup tv and plug tv  dia terus masuk bilik nak tidor, sebelum dia tutup pintu dia dating kat aku and letak mulut dia kat telinga aku, sambil tu dia bisik perlahan kat telinga aku "Ibu, terima kasih masak untuk iqbal, ibu yang paling baik, ibu jadi ibu yang baik dunia akhirat ye, I love u ibu".....

Aku mamai, tapi aku still dengar and cakap tq kat dia cuma aku x dapat peluk dia sebab terlampau penat sangat semalam. Pagi ni bila aku sampai tempat kerja aku rasa sayu je, yelah rutin aku kalau dia dah tidur memang aku selalu bisik2 kat telinga dia, which is aku x pernah expect yang dia sebenarnya dengar, roh dia dengar rupanya apa yang aku bisik walaupun jasad dia tidur.

Aku perasan dia ni jenis suka nak ambik hati aku, macam tadi masa balik rumah dia tertidur dalam kereta and merengek suruh aku dokong dia sampai dalam rumah, so aku pun dokong lah cuma masa sampai kat pintu aku letak dia sebab nak bukan pintu, bila masuk je rumah walaupun dia mengantuk sampai tertidur2, dia still letakkan kasut yang aku pakai kat dalam bakul kasut and akan cakap "ibu, ibal dah letakkan kasut ibu dalam bakul ni" aku memang tersentuh sangat-sangat, terus aku cakap "tq sayang".

Walaupun dia penat, tapi dia still letakkan kasut aku dalam bakul kasut, benda tu memang rutin harian setiap kali keluar n balik rumah. Fuhhh, boleh melelh air mata satu tempayan kalau ingat-ingat balik....

Aku sure ramai yang ada nostalgia ngan anak2 which is ko rasa ko wanita paling bertuah dalam dunia, dan benda ni lah salah satu sebab aku x kisah kalau ada yang cakap aku gemuk ke, gedik ke,  apa2 negative label lah sebab di mata anak-anak aku, aku cukup hebat, aku lah tukang masak paling best untuk diorang, aku lah superwomen....walaupun yang hadooooo bahahahahahahahahaha.

Edisi Anak-Anak - Garfu

Sape kenal anak yang sulong memang akan tau dia ni jenis suka buat benda pelik2, so Aku memang x heran dah, kadang2 seharian kalau dia x de buat benda pelik2, Aku akan tertunggu2. Semalam sibuk lah nak makan mee goreng, balik rumah Aku buat mee goreng, time dia nak makan tu ada Dia cakap dia nak guna garfu, so aku biarkan je lah, elok2 Aku pusing Aku tengok dia tengh sedap suap mee goreng, tapi yang buat aku urut dada laju2 sebb dia guna garfu besar! Garfu yang nak kais pasir kat laut ok.......

Thursday, August 25, 2016

Ameng - Berikan Peluang

Kadang2 Aku terfikir ape sebab ramai banduan yang dah bertaubat tiba2 jadi jahat balik? Lepas Aku baca berita ameng di larang buat persembahan kat kelantan, walaupun x ada kenyataan Rasmi kenapa di larang, tapi dia sendiri dapat agak sebb dia bekas banduan. Aku terkedu kejap, hina sangat ke bekas banduan? Diorang ni antara yang bernasib baik sebab di beri peluang ke dua dan terima balasan dunia, Cuma yang jadi masalahnya bila masyarakat masih memandang kisah lampau. Bercerita tentang darjat manusia di sisi Allah, cerita tentang hukum Allah, tapi bila masuk bab banduan, semua bertukar, harus di pandang hina sampai diorang mati ke? Bodoh dan bebal!!!!!!! Kalau betul ameng di larang di sebabbkan dia bekas banduan, aku rasa sapa2 yang melarang tu harus pergi cuci otak dulu. Di sebabkan dia bekas banduan adakah dia Boleh pengaruh belia hisap dadah? Eh haloooo jangan salahkan hasutan orang lain yang menyebabkan anak2 muda terpengaruh, itu atas individu, plus mamat tu pun dah bertaubat, sejauh mana dia bertaubat itu antara dia dengan Allah, kalau dia buat lagi dia sure akan masuk jail balik. Bagilah motivasi, jangan sisihkan orang macam ni, diorang pun nak hidup aman damai, nak mulakan sejarah baru, kita hidup untuk masa depan bukan masa lampau, memang dia pernah buat salah, tapi x selamanya dia harus di hukum. Kita sebagai masyarakat kena tolong dia, bukan hina dia, dia x mintak duit pun, dia cuma mintak di beri peluang untuk jadi manusia normal, susah ke sampai kita kena tengok sejarah dia dulu2? Lainlah kalau Jenis orang yang memang dari dulu x berubah2, tapi tu pun kita x Boleh nak hina, hidayah tu milik Allah, dia Boleh ubah seseorang tu dalam sekelip mata je.

Wednesday, August 24, 2016

Peredaran Zaman

Aku selalu share cerita tentang ragam anak2, bukan apa benda ni sebagai diari untuk Aku ingat balik apa yang diorang buat tiap2 hari. Anak Aku yang sulung Pengasuh dia taraf opah2, so boleh predict yang dia memang pandai bersembang. Semalam dia tengok cerita kartoon oz, Aku perati je dia ni, kecik2 dah pandai tergelak2 bila tengok kartoon tu tak boleh ter bang sebb gemuk sangat, plus siap cakap kuat2 "tulah, gemuk sangat tu yang x boleh terang". Compare Aku ngan dia,
Masa zaman2 Aku dulu, haram Aku x paham cerita kartoon sebb teruja nak main kombat2 ngan kengkawan, buku cerita apa lah lagi, lngsung Aku x Kenal, yang Aku tahu outdoor activity. Lain benor lahir kat bandor ni. Tu belum bab nak sebut English word, kalau tanya anak Aku, monorail, putra lrt,
Iokomotif, komuter semua dia tahu nak sebut, Aku dulu???? Alahai, nak sebut perkataan ice cream pun lain je bunyi je, sebut tahu, tp bila baca nak sebut langsung Aku sebut cenggini " eechee eeecheerim"... Colgate jadi "cholgatee" Hahahaha. Agaknya peredaran zaman kot.

Wednesday, August 17, 2016

Didik Anak-anak

Bila aku dok sembang-sembang ngan member2, ada lah antara diorang kongsikan tips camner nak didik anak-anak supaya diorang dah besar tak renggang ngan kita. Bila diorang tanya aku, aku tetibe blur sebab aku x ada specific cara untuk aku ajar anak-anak aku, cuma benda yang aku buat is aku ingat balik apa benda yang aku tak suka mak n ayah aku buat time aku kecik-kecik, aku tak akan buat kat anak aku...aku letakkan diri aku dekat tempat anak-anak, so baru aku boleh faham apa yang diorang nak dan apa yang diorang tak suka.

Aku bukan condem parent aku ye, dulu diorang lain, terikut-ikut dengan style arwah tok yang keje askar, so dah terbiasa tu yang sampai ke anak-anak pun parent aku buat benda yang sama. Tapi aku x nak, sebab aku ingat masa kecik aku suka memberontak bila ada benda-benda yang aku tak suka, contohnya pernah lah masa darjah 3 aku ponteng puasa curi-curi makan buah tembikai dalam peti ais sebab haus sangat lepas balik sekolah, tapi yang jadi tak best bila mak aku x simpan rahsia tu, dia pergi cerita dekat semua sedara mara masa time hari raya, plus masa tu aku terdengar masa dia sembang, aku down giler kot bila tau semua orang ejek-ejek aku sebab ponteng puasa. Mungkin mak aku ingat benda tu kecik je, tapi bagi aku tu air muka aku, maruah aku suppose simpan antara fam sendiri je. So now bila anak aku ada buat salah, aku tak akan cerita keburukan dia kat orang lain, aku just cerita benda2 kelakar pasal anak-anak aku supaya diorang pun rasa di hargai.

Kalau nak marah pun, aku x akan marah depan orang sebab aku tahu walaupun dia kecik lagi, tapi dia still ada ego...so dia akan rasa maruah dia tercabar bila kena marah depan orang, jadi aku elakkan marah depan orang lain, even depan adik-adik dia sendiri.

Benda yang paling penting is aku kerap peluk anak-anak aku, gurau-gurau dengan diorang, campak phone jauh2 bila diorang ada sebb aku x nak dia rasa tersisih...selalu lah kalau lepas mandi tu, aku akan dokong sorang-sorang sampai kat tempat nak pakai baju, cium pipi sikit, kepas tu peluk kuat-kuat sambil cakap aku sayang diorang...aku murahkan perkataan sayang tu sebab aku takut masa yang ada ni tak cukup untuk aku curahkan kasih sayang kat diorang ni, yelah kejap je diorang akan besar nanti....


Edisi Anak-anak - Montot

Aku faham ramai yang suka nau naik moto macam dalam citer son of the anarkey...tapi kalau ye pun sopan santun lah sikit, petang tadi ni aku nak balik rumah, tengah2 drive, tetibe bunyik plak vrom-vrom tepi keta aku, muka hensem dah macam abam awie, tapi tetibe aku nampak benda x sepatutnya...sampai anak aku pon perasan.

"ibu, orang tu nampak bontot dia lah!!! huihhhh tak mayu lah orang tu, berdosa kan ibu".

Aku tak sanggup nak gelak dah sebb anak aku keep on cakap benda yang sama, hambik kau...sampai orang yang bawak moto tu perasan kot bila anak aku tunjuk2 kat tingkap sambil jerit2 nampak bontot.... mintak mahap lah ye, aku tak leh nak handle bila dia nampak benda2 camtu pastu siap tunjuk2 lagi...

Jadi, kalau dah tau nak naik motor, pakai ler baju elok sikit...spender or seluar tu kasi tinggi sikit, kot tak nampak semua celah-celah montot yang x berapa nak selesa di tengok tu...

Monday, August 15, 2016

Edisi Anak-anak - Alahai momok

Aku ni memang ada penyakit takut gelap n takut lalu kat tempat hutan-hutan ni...tp tadi memandangkan aku malas nak tunggu traffic light lama kat ukay perdana tu, aku terus naik kat main road bukit antarabangsa tu, aku salu je berdebar-debarlalu kat bukit tu, sebab situ cam gelap n x banyak kereta lalu....sekali dalam takut-takut tu anak aku cakap kat aku "Ibu takut ke? jangan takut ye, Ibal ni ada, Ibal tak takut momok, Ibal takut Allah je, Allah kan ada, momok pon takut Allah"..

Terus aku cakap "eh mana ada ibu takut momok, ibu bawak laju-laju sebab nak sampai rumah...mulai harini aku berikrar tak nak takut kat momok lagi...tapi camner aku tak takut, tengah2 aku bawak kereta boleh plak anak aku lambai-lambai kat kawasan semak tu sambil cakap "babai momok, eh ibu, momok tu tengah main-main ngan momok kecik, rambut dia panjang, gigi dia lagi panjang dia pakai baju warna putih tapi dah kotor..sian momok tu ibu..."... ha apa kes??? ko rasa nak lari pecut seratus meter tak bila dengar camtu???? yang kembar pon siap cakap "tata nenek"....wohoi......kecut perut aku....time tu orang ada halkum pun boleh hilang halkum....bahahahahaha

Edisi Anak-anak - Merajuk

Aku perasan anak aku yang perempuan ni jenis keras hati, keras hati nau-nau..kadang-kadang aku rasa nak kunyah je bontot dia bila time dia buat perangai. Last week, ada sekali malam tu dia mengamuk x nak tido, aku babap bontot dia, lepas tu dia nangis2, aku buat bodo je malas nak pujuk sebab aku ngantuk, kalau anak aku yang lain if aku x pujuk diorang akan stop nangis n tido...tapi ini olang tarak makan saman...mula-mula dia baling bantal dia, lepas tu dia buat bunyik mendengus2 tu, campak bantal, hentak kaki kat dinding, lepastu dia berdiri pijak bantal plak...bila dia tengok aku wat x layan je...dia buat teresak-esak tu, tendang pintu plak...adoiii geram aku, bila aku datang n pujuk dia, terus kuat dia nangis n peluk aku....last-last tertido kat atas perut aku....wohoiiiii anak pompuan memang camtu ke? agak2 aku dulu camtu ke ek???? alahai.....

Edisi Anak-anak - Buang Sampah

"Adik, jangan buang sampah luar tingkap kereta, x bagus lah, pencemaran alam sekitar tau tak...eh tapi abang pernah tengok ibu buang sampah, ha...jangan tiru ibu tu ye, nanti abang marah ibu tu, nakal ibu ni, buang sampah merata-rata..."

Haih...ape pasal aku asyik kena sekolah ngan anak aku nih....banyak betul tebiat aku yang x leh pakai....

Aku kena ubah lah tebiat aku, actually aku terbuang plastic gula-gula....tapi salah tetap salah kan???

Edisi Anak-anak - Belajar

Aku salu je baca yang ada parent suruh anak baca abc masa umur setahun...and a bit proud bila anak-anak pandai baca kat flash card, boleh kenal binatang kat flash card...baguslah ada effort macam tu...tapi aku x buat benda tu, sebab anak aku boring main benda camtu, aku notice mamat ni suka benda actual, so aku kena bawak dia pergi zoo untuk dia kenal semua jenis binatang or kalau aku jumpa lembu or kerbau kat tepi jalan masa balik kampung, aku akan tunjuk kat dia...cam tu gak abc, aku pernah gak suh dia hafal kat flash card, tapi setakat tu je....dia hafal bukan dia faham pun....so aku try suh dia tengok kat sign notice yang ada tulisan tu, and suh dia carik mana a,b,c...so aku rasa tu antara cara yang berkesan lah, camtu gak warna...aku just sembang-sembang ngan dia baju yang dia pakai tu warna apa, rumput tu warna apa, langit tu warna apa....aku x lah fokus nau kat buku2 or flash card...sebab dia jenis suka main, so dia practise belajar sambil main lah....

Aku tak kisah kalau dia tak tahu abc, 123 tu, tapi aku pentingkan pemahaman, at least aku sembang ngan dia, dia boleh balas dengan jawapan yang betul. contoh aku tanya, ibal nak minum susu banyak ke sikit? dia akan cakap nak minum banyak. Ibal pagi tadi sarapan apa? dia akan cakap sarapan nasi lemak, tengahari makan nasi lauk telur...so kat situ aku faham dia tahu apa jawapan yang betul untuk soalan aku tu...

Aku memang akan sembang dengan anak aku selalu, supaya dia faham apa yang aku nak cakap, rather aku paksa dia baca buku, aku lagi suka cara camtu...at least dia bukan setakat menghafal...now aku dah tak boleh nak kelentong dia kalau kedai makan tu x de jual mee or apa-apa yang menu yang bergambar...sebab dia akan tengok gambar, so dia akan tahu apa jenis makanan tu, kalau nak kelentong pun, bab menu yang x de gambar lah, ada sekali tu dia nak makan mee goreng, aku cakap lah x de sebab aku x bagi sangat dia makan mee..sekali ada gambar mee goreng kat menu tu, terus dia cakap aku tipu dia,,,atas sebab2 berdosa tipu budak-budak aku pun order lah....haih...x baik kan tipu budank-budak ni....

Edisi Anak-anak - Traffic Light

Ibu, ibu....lampu hijau tandanya jalan, lampu merah tandanya berhenti, lampu kuning tandanya bersedia berhenti,,,,tapi ibal tengok bila lampu kuning ibu bersedia nak laju je, bahaya lah ibu...ibal ni kecik lagi, nanti jadi apa-apa mesti ibu nangis...baik ibu jangan laju nanti ibu menyesal....

Errrrrr......errrrrr aku kena sound ngan anak aku pagi tadi....tap-tap-tap air mata aku menitik.....bagus anak...ibu bapa kat luar sana, mulai arini kalau lampu kuning, tandanya bersedia untuk berhenti...bukan bersedia untuk laju.....eh ke aku sorang je yang buat camni.....ok bye..insaf dah rasa ni....

Sunday, August 7, 2016

Suhaimi inteam

Aku ada baca yang Suhami ni tak hantar anak dia pergi sekolah dan x prefer anak dia ambik UPSR, SPM or PT3. Sebabnya peperiksaan tu dikatakan tak relevant dah. Kalau kau tanya aku, aku akan cakap logik. Dulu2 nilai SPM kalau dapat pangkat dua dah dasyat dah, dah dapat fly oversea. Orang cakap zaman sekarang budak dah makin pandai, so setakat exam yang macam sekarang ni macam makan kacang.

Suhaimi ni if tak silap aku dia buat home schooling, dan bagi aku betul dia cakap tanpa SPM pun boleh bekerja, kenapa kita hanya tertumpu pada spm? zaman sekarang ada je alternatif lain, mungkin dia nak hantar anak dia masuk sijil kemahirang vokasional, macam kat obersea...nowdays ada banyak alternatif, nak ambik A-Level, O-Level semua terpulang pada parent.

Home schooling ni bagus, kalau dilaksanakan dengan cara yang betul, sahsiah anak-anak pun senang dibentuk. Aku perasan dia dedahkan anak-anak dia pada awam macam buat nyanyian amal kat pasar malam, bagi aku tu salah satu teknik yang bagus, zaman sekarang kalau tengok, budak-budak belajar hebat tapi bila bab kemahiran hidup, level confident memang tak dak. Apa yang suhaimi ni buat memang boleh build up budak-budak nyer self confident. cuba kau tengok orang macam che det, siti nurhaliza, diorang ni jenis yang berniaga, jenis yang terdedah dengan orang awam dari usia yang kecik, tu sebab both of them ni antara orang yang sustain dalam career masing-masing.

Paling bagus home schooling ni boleh elakkan jenayah buli, terjebak dengan rakan-rakan yang x berapa nak berdiscipline, dan ibu bapa boleh luangkan masa dengan anak-anak diaorang.

Masa di rumah kita boleh bagi sebanyak mungkin input, buat kelas belajar ikut kreativiti kita yang penting follow silibus yang betul, so anak-anak tak bosan dengan kaedah pembelajaran yang setakat dalam kelas semata-mata.
Kalau pergi tengok sekolah international, kaedah diorang memang macam home schooling, cikgu one two one teaching and solving problem. Sebab reputasi cikgu ni bergantung sepenuhnya pada result anak murid, if diorang teruk tak ada sape nak hantar anak masing-masing pergi sekolah private tu...

Plus kalau kat rumah, kita boleh ada kan subject elektif ikut kesukaan anak-anak contohnya kelas gitar, piano,art n kraft or apa-apa yang anak kita suka....

So, jangan cepat melenting kalau dengar orang tu tak hantar anak dia ke sekolah or tak bagi anak dia ambik exam malaysia standard, dia mesti ada alternatif untuk anak dia, cuma kita sebagai orang luar tak payah banyak sangat syak wasangka....


Edisi Anak-Anak - Zebra vs Zirafah

Aku rasa dah habis focus dah bila anak aku suh bagitau nama-nama binatang. Aku memang tak nak silap dah kali ni, tapi ntah hapa hawaunya aku silap gak, tapi dalam silap tu boleh plak aku tegakkan benang yang basah sebb aku tak perasan yang aku silap...

"ibu ni apa?"
"Penguin"

"Ibu ni apa?"
"Skunk"

"Ibu ni apa?"
"Zirafah"
"salah lah ibu, bukan zirafah"
"Eh, betullah zirafah, zirafah kan belang2"
"Bukan, ni kuda lah"
"eh aah lah kuda, kuda belanglah"
"ha tulah ibal cakap kuda, bukan zirafah, ok kita cuba sekali lagi"

Krik krik....eh aku yang gi sekolah or dia yang gi sekolah, aku plak yang kena teka nama binatang...tu aku cakap, budak-budak ni dah tau dah apa nama binatang tu, tapi saje je tanya-tanya macam tak tahu...patut ada iklan dalam Tv yang budak tu tanya "tu burung apa? "burung murai".....rupanya memang wujud situasi macam ni....adoiiiiiii anakkkkkk

Lawan kentut

Masa kecik-kecik banyak benda merapu yang aku, abang aku n kawan-kawan buat. Kadang-kadang ayah aku urut dada je tengok, nakal tahap gaban pun ye jugak.

Pernah dulu kena hambat sebab main kentut-kentut, syok woooo lepas makan ubi, memang akan rasa nak kentut...so masa tu kat dapor ada satu tin yang macam tin biskut tu, so abang aku suh kentut dalam tu sebb nanti kentut tu akan bergema...kitorang lawan kentut beramai-ramai sampai dah tak boleh kentut lagi.....

Tapi yang suweynya abang aku tak check tin tu kosong or ada isi....sekali rupanya tu tin beras mak aku, memang ada sikit beras dalam tu....mak aku keluarkan sebab nak letak beras yang ayah aku baru beli....

Berakhirlah permainan kentut-kentut dengan sorang sedas pelempang oleh mak aku....beras tu bau bangkai mak aku cakap!!!!! bau bangkai sebab dah serap bau kentut kitorang...sampai skang kalau aku nampak tin biskut aku fobia...hahahahahaha

Mak Cik Gosip

Dalam adik beradik aku sorang je perempuan, so aku memang ada macam perangai jantan sikit-sikit lah masa kecik, ingat lagi ada sekali tu mak aku tersalah potong rambut aku, senget sebelah plak tu, so nak even kan rambut tu mak aku kenalah potong jadi lagi pendek, bila pendek dah macam rabut budak jantan ler, dah lah aku ni jenis memanjat pokok kelapa bagai, harus orang ingat aku ni jantan.

Mulut makcik kampung memang macam hawau, diorang nampak je aku ngan rambut pendek, terus gi gosip2 kat kampung bgtau yang mak aku didik aku jadi jantan, sok-sok anak jadi pengkid baru tau...wohaaaa dasat kat mak cik gossip ni....

Balik je rumah mak aku dah nangis2 dah bila orang kampung kutuk dia macam2, padahal mak aku salah potong rambut aku je pown, bukan buat apa...

Bila aku dah besar sikit, mak aku dah meninggal, abang aku plak dah masuk U, so tinggal lah aku n bapak aku je, macam biasalah mulut manusia, ada sorang cikgu ni duduk kat kampung aku, dia boleh plak buat cerita n konon risaukan aku if balik rumah duduk berdua ngan ayah aku nanti akan jadi sumbang mahram bagai...perghhh satu sekolah kot kecoh citer tu, padahal bapak aku tu punya lah sebaik-baik bapak, tapi di akibatkan mulut cikgu tu terpaksalah bapak aku tumpangkan aku tidor kat rumah jiran sebelah yang ada ramai anak perempuan, so tiap-tiap malam kalau cuti sekolah aku akan tidor kat rumah mak cik tu, bapak aku buat semata-mata nak elakkan orang memfitnah...sian bapak aku, tapi aku sedih bila cikgu tu sebarkan cerita yang macam tu sampai mengaibkan bapak aku, kesannya bertahun2 bapak aku tanggung malu....

aku tau niat dia baik, tapi salah cara dia tu,kalau nak tuduh or risaukan orang pun tengok dulu latar belakang fam orang tu camaner.

Tu sebab aku malas nak sembang ngan mak cik2 kat kampung aku, semua jenis sembang nak kencang aje, dia je yang hebat...adoiii zaman dulu nasib baik tak de facebook, kot tak aku rasa citer aku paling hot kena viral kat fb.....hahahahaha

Eh errr ehhhhh

Last week aku lepak kat hotel bawak anak-anak aku gi wedding cousin, biasalah bila dah ramai-ramai budak ni meragam, sorang tak nak jalan, sorang tiba-tiba merangkak...tapi bagusperkeja hotel tu, dia tolong aku bawak anak aku sampai masuk bilik, dia lah tolong dukung and letak anak aku atas katil...tapi yang aku rasa nak tersedak, masa sembang-sembang tu aku dok panggil dia kakak tapi bila dia nak balik aku ternampak name tag dia tulis "Sidek" (bukan nama sebenar)....eh errr.ehhhh...terima kasih ye.....er...ehhh....hahahaha ku plak serba salah nak panggil dia apa, sebab yang ni memang rupa pompuan habis, halkum pun tak nampak, plus suara dia macam suara pompuan, tak dak kepit-kepit....khunsa kot...

Edisi Anak - Jujur

Semalam aku terlupa, memang betul-betul aku lupa, if aku ingat sumpah aku tak nyanyi depan anak aku. Boleh plak semalam dia suruh aku garuk belakang dia time dia mamai-mamai nak tidur, aku pun garuk sambil nyanyi2 sikit supaya dia lelap, sekali dalam mamai-mamai dia boleh cakap "ibu please jangan nyanyi, suara ibu x sedap". Walaupun dia cakap slow, tapi aku leh dengar kot, dalam mamai-mamai pun dia boleh cakap suara aku tak sedap, orang cakap kanak-kanak ni jujur, so memang betullah suara aku ni tak sedap, walaupun dalam dia sedar or tak sedar still dia cakap tak sedap....huh...mengalir air mata dengar dia cakap macam tu......

Monopous

Aku ingat lagi masa zaman aku kecik-kecik, orang kat kampung aku la, diorang ni pasangan husband and wife, romantik giler, kalau pergi mana-mana mesti berpegang tangan walaupun umor dah nak masuk 50an.

Masa tu kalau tak silap aku time hari raya, so kalau budak-budak kampung if raya memang satu kampung kitorang tawaf sebab nak berhari raya, makan kuih raya dan nak duit raya pun ye jugak. 
Cuma timing aku gi rumah pak cik ni x berapa nak kena lah, elok je sampai depan rumah dia n bagi salam, tetiba bunyi berdentum-dentum, lepas tu dengar suara orang bertekak dalam rumah, belum sempat kitorang nak bagi second salam, tetiba pinggan terbang dari arah pintu yang tengah terbukak tu....aku tengok pak cik tu tengah berlawan tangan n mulut ngan bini dia, siap cakar-cakar muka n badan, bergaduh bergegar2 rumah, dah kata budak-budak, mana paham bahasa, boleh pulak kitorang tengok diorang bergaduh dari luar, dah macam tonton movie gitu.

Habis je diorang gaduh, terus kitorang jalan balik rumah, esok tu datang balik nak raya rumah pak cik tu, elok je diorang jemput kitorang naik, yang bestnya pak cik tu siap explain apesal diorang gaduh semalam....

Rupanya mk cik tu nak monopous, emosi dia bila-bila akan jadi teruk melampau, sampai nak baling-baling pinggan, sebulan mesti sekali mak cik tu akan jadi camtu, so pakcik tu akan sediakan pinggan plastic untuk mak cik tu baling kalau time dia emo, and dalam pada masa sama dia akan tenangkan mak cik tu, walaupun sebagau balasan muka n badan dia kena cakar....

Tu dia...penangan monopus, tu kali pertama aku dengar, walaupun aku tak tau apa benda monopus tu masa dulu. Bila dah besar baru aku tau monopus ni memang akan ada syndrom2 yang ikut diri masing-masing.....agak-agak aku dah tua nanti akan jadi camtu ke???? ngeri plak aku dengar

Wednesday, August 3, 2016

Typo

Selalu dengar pasal orang komplen tersalah type, huruf kat keypad dekat-dekat...aku just gelak-gelak je, sebab tak pernah lagi kena camtu.

Tapi harini suwey.....aku pakai auto type tu, sekali tersalah type...dah send baru perasan...hantar kat nenek plak tu..

"cadang nak datang rumoh awok, rindu budak-budak masam tu".

Aku pun dengan tak check spelling langsung "tersend"

"batang je nek"
"batang apo?"

Eh, apa nenek cakap ni? lucah-lucah plak...bila aku check balik, rupanya aku yang tersalah type....bodoh nyer keypad...bodohnya jari...hawau.....tak pasal-pasal kena call explain balik apa aku nak type.....

Edisi Anak-Anak - Doa


Lompat si katak lompat, lompat! Lompat lah tinggi-tinggi, tinggi!
Pak atan ada kucing nama dia binggo, B.I.N.G.G.O, nama dia binggo!!!!!!
Papa ku pulang dari kota, papa ku belikan kereta, kereta kecil warna merah, boleh ku bawa ke sekolah....la la la la.......

Syok plak aku dengar dia nyanyi, nak nyanyi sama takut kena sound lagi sebab suara aku tak sedap....hahahahah

Bertali arus dia nyanyi....sampai aku dah hafal dah lagu apa dia nak nyanyi....

Bintang-bintang di langit, menghiasi angkasa, tinggi dia atas sana, bagaikan mutiara, WAKINA AZZAR BANNAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ha????????????? "sape ajar ibal nyanyi camtu?????

"Pak atan yang ajar ibu".
"Sapa pak atan?????
"Pak atan tu ayah lah".

Ha?????????

Jangan main-main dengan DOA ye anak-anak, nak baca doa baca je ye, jangan campur dengan lagu....

Memang nak kena pak atan ni, mau aku lempang jap lagi pak atan ni kang.....

EDISI KEMBAR TIGA RASA - Survivor


Macam mana boleh terlepas, rasa dah ikat ketat dah tadi, dah banyak kali terlepas ni. Ni mesti ada saka yang boleh buat dia terlepas ni, mesti punyalah.

Ni bukan pasal ayam or any haiwan peliharaan aku, tapi ni pasal anak kembar aku si aisyah ni. Aku dah letak dalam car seat, dah pasang belt pun, kukuh dan ketat lagi kot belt tu, tapi tak sampai berapa minit dia boleh lepaskan diri dari belt tu tanpa bukak tempat lock pad tu. Pelik aku, si habib tak lepas, ape pasal dia ni boleh lepas.

Dah macam-macam cara ikat dah aku try, ikat lurus, ikat silang semuanya aku dah try, tapi semua dia berjaya lepas. Aku rasa masa dalam perut dia ada menuntut ilmu survivor tu yang dia boleh lepas dari jerangkap samar...hahahahahahahah

Satu hari aku pasang phone camera kat belakang, sebab aku nak tahu camaner dia buat sampai dia boleh terlepas dalam masa kurang dari lima minit. Tada!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! bijak betul si kecik ni, korang tau macamana dia boleh lepas kan diri??? Ni hasil dari rakaman camera yang aku ambik aritu.

Step 1

Dia akan pandang depan dulu, bila dia tengok mak dia tengah focus bawak kereta, baru dia buat step pertama. Kecikkan dulu badan, goyang-goyang bahu sikit...shake-shake you all, shake shake you all

Step 2

Keluarkan bahu kanan dulu, buat perlahan lahan, lepas dah keluar bahu kanan, terus keluarkan tangan kanan pulak.

Step 3

Bila dah keluar tangan kanan, senang nak keluarkan bahu dan tangan kiri pulak

Step 4

Bangun perlahan-lahan, keluarkan kaki kanan dan kiri,

Step 5

yey dah lepaskan diri, so boleh keluar dr car seat.....

Aku yang tengok ni berdebar-debar, geram n rasa nak menangis sebab dia boleh je terfikir trick licik yang macam tu, padahal masa dia buat keje ni dia baru setahun 2 bulan....jalan pun tak pandai lagi...camnor?????

Pening kepala acik memikirkan dia ni, agaknya dia ni nak jadi askar kot, tu sebab dia boleh je lepas dari apa-apa pun.

Ko jangan cakap car seat tu murah ye, segala jenis car seat aku dah try letak, semua sama tak sampai 5 min dia dah pandai lepas kan diri....

Patut dulu doc pernah cakap dianya tali pusat macam nak naik ke atas, so doctor suruh monitor takut-takut terjerut kat leher dia masa dalam perut...tapi mungkin ilmu survivor ni lah yang dia boleh lepas kan diri...Terima Kasih Allah, terima kasih kerana berikan ilmu survivor tahap dewa kepada anak aku ini...

Actually dulu si aisyah ni pernah terperangkap bawah katil, aku penat cari satu rumah, tapi still x jumpa. bila aku panggil dia ek pun tak, ook pun tak....dalam setengah jam aku cari dia, tetibe dia terpacul dengan badan penuh dengan habuk....rupanya dia datang dari bawah katil...hahahahahah

Dalam aku dok menung bakpenya dia jadi gini, pastu aku teringat yang dulu msa aku mengandung aku ada mimpi jumpa bunga hutan yang cantik nau-nau, kemain kembang lagi, warna merah bata bunga tu....aku sempatlah citer kat ayah aku pasal mimpi tu, sekali bapak aku cakap nanti anak aku lasak macam tarzan..sebab bunga hutan kan...jenis survivor....dan ternyata jangkaan dia tu tidak meleset sama sekali...

SYABBAS BETTA, SYABBASSSSS DIL TOPAGAL HEI, KUCH-KUCH HOTAHEI.....

Edisi Anak-anak - The Chicken Rice Shop

Aku tergelak-gelak baca buku DARI KLCC ke TG MALIM tulisan Fdaus, bila dia tengok TV ada keluarga susah dapat makan KFC dan anak2 tu cakap "seronoknya kakak dapat makan KFC, kita tak pernah makan dekat sini, seronoknya"... pastu bila esok tu dia bawak anak-anak dia makan KFC, boleh plak anak dia tiru dialog tu sejibik-sejibik hahahah dan orang dalam KFC tu dok usha-usha dia... lawak giler.

So last week aku bawak anak aku makan di the chicken rice shop, sebb dia ni memang suka nau-nau makan nasi ayam.

Masa masuk restoran tu dia okey je, seronok-seronok je..tak de plak tunjukkan apa-apa sign yang pelik. Tapi bila aku dah start buka mulut nak order, tiba-tiba boleh pulak dia terduduk-duduk sambil pegang perut lepas tu cakap kuat-kuat "ibu cepatlah ibu, ibal lapar sangat ni, Ya Allah ibal lapar sangat ni ibu, Ya Allah tolong ibu, tolong lah ibal ni".

Aku dah rasa nak piat telinga dia je kat situ, tapi bila aku tengok orang dalam tu semua pakat-pakat tengok aku aku biarkan je, aku buat muka selamba dan terus order nasi ayam kat waiter tu, siap dengan nasi tambah. Muka aku tebal dah berinci-inci, at least anak si fdaus tu tak lah cakap cam ni, ini lakonan lagi extream.

elok je mamat waiter tu blah dia boleh senyum-senyum sambil gelak-gelak pastu cakap kat adik dia camni "pandai tak abang berlakon acah-acah? hihihihihihi?. senyum-senyum sambil tutup mulut.

Kenapalah anak oi, aku ni dah rasa nak sorok muka bawah meja dah, malu nau rasa...korang boleh pulak main acah-acah berlakon, berlakon lah benda lain....sekali aku dengar ada sorang budak kecik ni cakap "kesian adik tu mama, mak dia tak bagi dia makan, tu yang dia lapar sangat"....

Seee!!!!! malu dowhhhhhh, setepek aku kena, padahal anak aku baru je makan roti canai kat rumah.....

Ok Fdaus aku dah faham ape yang kau rasa sebab aku pun dah rasa skang ni..... haish

Edisi Anak-anak - Focus


"Ibu, ni apa?"
"Tu boat".

"Ibu, ni apa?"
"Tu boat".

"Ibu, ni apa?"
"Tu boat".

"Ibu, ni apa?"
"Tu boat".

"Ibu, ni apa?"
"Tu boat".

"Ibu, ni apa?"
"Tu boat".

"Ibu, ni apa?"
"Tu boat".

"Ibu, ni bukan boat lah, ni MOTOBOAT, FOCUS IBU! FOCUS!".
"Eh salah ke? aah lah motoboat".

Okey pagi-pagi memang aku tak focus sangat, lepas ni kena pergi sekolah balik daaaaa, boat dengan motoboat pun aku tak kenai, patut lah si kecik ni dr tadi dok ulang-ulang tanya siap suruh aku fokus lagi...pedas betul ayat dia...rasa macam tertelan cili padi pagi-pagi.....



Monday, August 1, 2016

Hamka Kereta Mayat

Aku ada drop email kat Hamka Kereta Mayat, aku tanya dia camaner nak hantar manuskrip kat penerbit untuk di terbitkan.

Hamka pun balas : penerbit sekarang ni hanya memandang pada penulis yang dah popular je. dia dulu pun terbit sendiri, bila buku dah dapat sambutan baru penerbit terhegeh2 offer diri nak terbitkan buku dia, dan dia advise aku supaya publish sikit-sikit cerita kat facebook/or insta, bila ramai yang like dan share, nanti penerbit akan buka mata....

Diskriminasi sungguh...baru bercita-cita nak jadi penulis berjaya....apa daaaaaa.....

Edisi Anak-anak

Anak-anak ni macam-macam ragam, tu sebb aku kurangkan tengok handphone bila diorang ada di rumah. Aku akan cuba spent time untuk diorang. Ada masa diorang request nak makan macam-macam walaupun kecik ketuek lagi, tapi bab mintak makan memang superb, kalau buat sepinggan mee goreng, sepinggan tu memang diorang je makan, dulu boleh lah makan nasi lemak kongsi-kongsi, sekarang lupakan je lah niat suci murni tu, sebungkus tu memang dia sorang je...

Last week anak aku yang kembar tiga rasa ni lain sikit, suka suruh aku nyanyi sambil tepuk-tepuk dia masa time tido. Aku pun tepuk-tepuk sambil nyanyi lagi suriram, tengah syok-syok nyanyi anak aku yang sulong tiba-tiba datang kat aku dan cakap camni "Ibu, jangan lah nyanyi ye, suara ibu tak sedap".

Malu siyotttt....boleh pulak dia sound cakap suara aku tak sedap....sentap nau ghase bila anak cakap camtu kat mak....


Edisi Anak-anak - Story Telling

Semalam masa ambik anak aku balik dari rumah pengasuh, tetiba dia suruh aku cerita pasal arnab dan kura-kura. seriously aku tak pernah lah nak buat story telling ni, berpeluh-peluh aku nak ingat jalan cerita, last-last anak aku cakap camni. "Ibu cerita tak sama mcam ayah cerita, ibu cerita ibal tak faham langsung"....
Terus aku genggam steareng kereta kuat2, dan pecut laju2 balik rumah.



Tudung Jenama Artis

Aku ada conversation dengan bff aku pagi ni. saje tanya khabar lepas dia kena vss last year. kalau tak silap aku, dia berniaga online untu satu jenama tudung keluaran sorang artist ni. Cuma yang tak sedap nak dengar, bila artist tu sendiri tak promote tudung jenama sendiri kat IG/FB, tak buat review so yang susahnya stockist.

Kena ingat artist ni macam orang biasa je sebenarnya, if dia sendiri tak promote barang yang dia jual, lama-lama orang tak akan nak beli. lainlah jenama yang memang orang kenal sebab kekuatan jenama tu sendiri bukan bersandarkan pada popularity artis macam contoh sugarscarf, alhumairah, radius site, jenama-jenama macam ni memang orang selalu beli sebab dari dulu orang kenal.

Tudung artist ni bermusim, kalau time popular memang stock licin, plus kalau artis tak popular mana pun, if dia rajin promote InsyaAllah akan laku, yang penting promosi.

Now, sale kawan aku memang kurang sangat-sangat sebab artist tu sendiri tak promosi product dia. stockist ke hulu ke hilir promote barang2 dia, tapi dia sendiri tak nak promote brang dia, so apa citer kan???

Maaflah kalau aku cakap Naelofar Hijab adalah salah satu contoh jenama yang kuat dan hebat. sebab tenaga kerja diorang memang dasat. Neelofa sendiri menggayakan tudung dia sendiri, promote dekat page apa yang dia pakai, baik tokey dan stockist semuanya berhempas pulas promote tu sebab jenama dia terkenal.

Wonder pet pun pandai cakap "apa yang penting, kerjasama". So kalau tak ada kerjasama dua-dua belah pihak, memang tak kemana lah jenama tu.

Sunday, July 31, 2016

Berbulu Satu Badan - Kenan ke?

Maafkan aku wahai anak. Harini aku sempat belek2 badan anak aku yang sulung, dah lama aku perasan yang dia ni lain sikit dr kembar 3 rasa tu, Jenis yang berbulu. Badan dia ada part2 yang ada bulu2 Yg Boleh tahan lebat gak lah. Dulu masa dia kecik, aku x risau sangat sebb ayah aku bgtau bulu2 tu akan gugur sendiri, tapi skang ni aku dah start risau sebab bulu tu tak gugur2. Bukan sebab ibu mengandung, tapi mungkin sebb mulut ibu mengandung time tu, aku still ingat masa aku mengandung aku pernah kutuk sorang Pak Pakistan yang jual jual beriyani Pakistan kat Bukit bintang, masa dia cedok nasi, aku nampak tangan dia berbulu2, plus masa dia tunduk aku nampak bulu kat dada dia penuh... So Mungkin sebb aku ada kutuk yang camanerlah rupa dia kalau dia ni bukak Baju? Tak lari ke bini dia tengok dia? Sebb dia ngan berus dah sama rupa dah...kah kah kah, sedap nau aku kutuk mamat pakistan tu, tanpa aku ingat yang "kifarah" dari Allah akan berkunjung juga.
Bila aku tengok anak aku, aku akan teringat kisah ni, sambil ingat sambil aku tumbuk2 bantal sebb menyesal nau rasa sebb kutuk orang berbulu ni.
Aku risau bila anak aku dah besar, Boleh aku bayangkan yang anak akan berbulu2 sama ngan mamat Pakistan tu.
Untuk sedap kan hati, aku rasa pengaruh genetic pun main peranan gak, aku kan keturunan pakistan belah utara selatan eh, ye ke? Ke kashmir? Entah aku pun lupa.
Ok aku nak buat announcement. Kepada gadis yang bakal menjadi soulmate anak Mak Cik, terima lah anak  mak Cik seadanya, janganlah berbulu tengok anak Mak Cik ye....
Ibu2 sekalian, time ngandung jangan kutuk orang, nanti lekat kat anak kita...pppppp

Edisi Kembar - Rentang Itik

Aku geram je rasa bila tengok rendang itik yang aku masak tadi. Memang lah sedap, tapi yang x bestnya Si kembar berak atas bantal, sampai tembus berak ke lantai, bonus nya siap ada bau rendang lagi....

Sentap

Bila aku skip satu step masak asam pedas sebb tak cukup bahan, dan kesudahannya anak aku cakap "ibu masak x sedap". Berjurai air mata aku dengar, laju2 turun sambil aku basuh pinggan yang satu pun x berbaki lauk yang aku masak tadi. Tak sedap pun licin,
Kalau sedap tak taulah apa jadi. #sentapdengananakterunasendiri#