Pages

Tuesday, March 18, 2014

Pray For MH370


Salam, sengaja mendiamkan diri sebab nak tengok berapa banyak teori-teori yang kita semua buat tentang MH370. Dari pakar-pakar penerbangan professional, sampailah kepada ahli-ahli kedai kopi, semua bercerita tentang kehilangan pesawat MAS nih, semuanya mengikut logic pemikiran dan gerak hati….

Tetapi ada juga yang logic, macam kata mak mertua aku, “kalau terhempas or meletup, mesti kain-kain baju, beg-beg dalam kapal terbang tu terjun masuk laut, n ada yang terapung-apung or berterbangan,,,,lepas tu mesti ada kepulan asap tebal kat udara”. Nampak macam kelakar, tapi bila kita fikir-fikirkan balik, ada betulnya juga.

Dalam kita bersedih, ada juga yang mengambil kesempatan dengan membuat gossip-gosip liar, menuding jari mengatakan kebanyakan penumpang dalam kapal terbang tu mahluk yang berdosa, tu sebab jadi macam tu.  Tidak cukup dengan itu, mereka mengaitkan kapten MAS itu adalah penyokong tegar Anwar Ibrahim, sampaikan sanggup merancang untuk melarikan pesawat…

Mahluk Allah sekalian, semua tu bagi saya tidak berasas, kalau betul pun beliau kecewa, perancangan untuk melarikan pesawat bukan sesuatu perancangan yang boleh dibuat hanya beberapa jam…ianya memerlukan masa yang lebih lama, mungkin mengambil masa setahun. Memang dia kapten pesawat but don’t assume yang dia tahu semua laluan air traffic, dan kena ingat untuk mematikan radar komunikasi awam Negara, bukan sesuatu yang mudah…kita ni bercakap tentang kapal terbang, bukan pasal kereta tolak yang bila-bila masa boleh dicuri tanpa dapat dikesan….kapal terbang dah tentu mempunya alat pengesan, dekat body kapal terbang pun ada alat yang boleh hantar maklumat if terhempas or berlaku sesuatu…so benda macam ni memerlukan perancangan yang lebih teliti…orang kalau nak mencuri pun ada perancangan, bukan boleh buat sesuka hati dalam sekelip mata. Lagipun, kalau dia nak buat, dr dulu lagi dia dah buat, x payah tunggu sekarang, dari zaman Anwar kena tangkap masuk ISA lagi dia boleh buat.

Dalam keadaan macam ni, tak sepatutnya kita menunding jari mencari siapa yang bersalah atau membuat andaian tidak berasas, apatah lagi perkara tidak sahih. Kasihanilah keluarga mereka, sudahlah kehilangan ahli keluarga, kemudian dituduh dengan bermacam-macam spesikulasi.

Jangan mempertikaikan kredibiliti kapten MAS tersebut, walaupun beliau telah menerbangkan pesawat lebih dari 18,000 hours, tetapi beliau masih tetap seorang manusia biasa. Walaupun sekiranya nanti pengakhiran pencarian pesawat mengatakan ianya terhempas, jangan sesekali menyalahkan beliau. Semua yang terjadi itu ada hikmah, dan sentiasa ingat tiap yang berlaku melalui keizinan Allah. Jika Allah mengatakan “KUNFAYAKUN”, maka ia akan tetap terjadi. Bagus macamanapun sesuatu teknologi itu, tetapi kehendak Allah mengatasi segala-galanya.

 Sudah menjadi trend semasa, sesuatu kejadian mesti ada tokok tambahnya, sehingga melalut-lalut. Si pembuat cerita datangnya dari pelbagai latar belakang. Dari yang tidak bertutup, sampailah yang bertudung litup…kasihan, bertudung litup, menutup aurat, tetapi lidah tidak terjaga..lainlah kalau orang yang jahil, dah tentu jahilnya…yang alim pun sama..nampaknya, iman seseorang itu susah dinilai…

Belum lagi kisah bomoh VIP vs KJ. Timbul adegan cabar mencabar, ada yang mengatakan bomoh ni syirik, tetapi dibidas kembali, kerana apa yang dgunakan didalam upacara itu hanyalah simbolik. Susah nak komen sebab aku pun tak faham apa maksud simbolik bagi bomoh tu, mungkin cara dia betul, Cuma x semua orang boleh terima, dan mungkin cara dia betul…entah, yang aku paling pasti, kalau kita memohon pertolongan dari Allah, tidak perlu benda-benda lain, cukup dengan menyerah diri pada Allah, percaya pada yang satu, ikhlas dan tidak ada perantara…bab bomoh ni…no komen…

Kemudian timbul pula bab pengganas. Macam mustahil bab pengganas nih. Malaysia ni ramai penyiasat, perisik perseindirian..eh, macam-macam asset ketenteraan yang ada, tak mungkin Negara kita bodoh sangat tak dapat nak kesan perancangan pengganas. Kalau serangan pengganas, kenapa sampai kehari ini x ada sebarang tuntutan? Ye dak?? Lepas tu, yang dalam tu bukannya orang besar-besar yang bawak maklumat Negara. Yang ada orang biasa-biasa dan manager syarikat telekomunikasi…so apa motif pengganas. Then kalau melibatkan pengganas, kenapa sampai sekarang dengan ada bantuan US army, still x ada hint??

Semua ni jadi tandatanya, sebab untuk melencongkan sesebuah pesawat dan memutuskan talian komunikasi adalah sesuatu yang sangat sukar dan ianya memerlukan bantuan pihak-pihak yang terlibat dengan keselamat Negara. Orang nak buat u turn dekat jalanraya pun kena tengok kiri kanan, inikan pula kat ruang udara…

Apapun yang terjadi, sebagai umat islam, kita sama-sama berdoa keselamatan mereka serta redha dengan ketentuan Allah. Hentikan segala tuduhan yang tidak berasas, kasihanilah waris-waris mereka yang ada, hormatilah perasaan mereka dan jadikan kisah ini sebagai pedoman hidup…Amin

Sambil-sambil tu, bolehlah baca artikel dari blog trendmalaya.blogspot
 Senarai Kemalangan Terburuk Melibatkan MAS


 Sejarah Kemalangan Udara Malaysia Airlines - Malaysia Airlines antara syarikat penerbangan yang tidak lari dari kemalangan udara dan kemalangan pesawat terhempas. Berikut adalah rekod kemalangan yang telah berlaku.

4 Disember 1977 - Nahas kapal terbang terburuk dicatatkan di Malaysia apabila 100 orang penumpang dan anak kapal maut apabila kapal MH653 telah terhempas di dalam paya di Tanjong Kupang, Johor. Pesawat jenis Boeing 737-200 itu dilaporkan telah dirampas sewaktu dalam proses pendaratan ke arah lapangan terbang Subang pada jam 7.54 pagi apabila kapten pesawat melaporkan bahawa pesawat berkenaan dirampas individu tidak dikenali.

Beliau kemudiannya memaklumkan pada menara kawalan pesawat berkenaan di ubah laluan ke Singapura sebelum semua komunikasi antara pesawat dan menara kawalan hilang pada jam 8.15 malam. Antara yang terlibat dalam kemalangan maut tersebut ialah Menteri Pertanian Datuk Ali Ahmad dan Duta Cuba dalam perjalanan ke Jepun, Mario Garcia. Sebab dan punca rampasan tidak diketahui sehingga kini.

18 Disember 1983 - Penerbanga MH684 dari Singapura dilaporkan terhempas dua kilometer dari landasan pendaratan di lapangan terbang di Subang pada jam 7.20 malam. Kapten pesawat cuba untuk mendaratkan pesawat jenis Airbus 300-B4 dalam keadaan cuaca teruk dengan hujan yang lebat. Kapal itu juga dipercayai melanggar beberapa batang pokok sebelum mendarat menyebabkan gear pendaratan sebelah kanan terbenam dalam tanah. Tidak ada kematian dilaporkan tetapi pesawat tersebut rosak teruk.

15 September 1995 - 34 orang orang meninggal dunia apabila penerbangan MH2133 terbabas melebihi landasan di lapangan terbang Tawai dan terhempas ke dalam bandar apabila pesawat dalam proses pusingan. Siasatan mendapati pesawat jenis Fokker 50 itu terlibat dalam kemalangan berpunca dari kesilapan juruterbang.

Kemalangan-kemalangan Lain

15 Mac 2000 - Sebuah pesawat jenis Airbus A330-300 dengan penerbangan MH085 laluan antara Beijing ke Kuala Lumpur telah rosak semasa memunggah kargo di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Pesawat itu rosak berpunca dari bahan kimia, oxalyl klorida, yang bocor daripada kanister semasa proses pemunggahan dilakukan dan menyebabkan 5 kakitangan dilaporkan sakit. Sebuah syarikat dari China telah disaman USD 65 juta (RM211.9 Juta) kerana telah memalsukan laporan mengisytiharkan bahan kimia yang dibawa dan gagal mengisytiharkan bahan kimia tersebut menghakis.

1 Ogos 2005 - Penerbangan MH124 terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Perth selepas anak kapal melaporkan perisian gagal berfungsi apabila pesawat jenis Boeing 777-2H6ER itu cuba untuk mendapatkan ketinggian selepas berlepas. Pesawat yang dalam pejalanan ke Kuala Lumpur itu menghadapi masalah dengan peralatan dan memaksa juruterbang mengawal pesawat secara manual. Pesawat berjaya mendarat tanpa apa-apa kemalangan.

17 Disember 2013 - Penerbangan MH170 dari Jakarta, Indonesia mengalami pergolakan udara yang teruk apabila dalam cubaan untuk mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur ekoran pusaran udara yang berpunca dari pendaratan sebelumnya, Airbus A380 super jumbo. Vorteks yang terhasil menyebabkan Boeing 737-800 untuk turun kebawah dan ke sisi semasa pendaratan. Juruterbang bagaimanapun mampu mengawal pendaratan dan tiada kemalangan dilaporkan.