Friday, October 11, 2013
Ayam Kampung Gulai Rempah, Baby Kailan Tumis Bawang Putih & Air Jagung
Salam.
Ni menu harini, walaupun dah start contraction, tp still nak masak juga. Dah lama sangat tengok nangka muda kat pasar, tp tak tahu nak di gulai dengan apa.
Bila dapat beli ayam kampung sebagai regu, barulah boleh masak gulai ni.
Simple je tumis rempah ni, macam masak kari, cuma tambah kerisik dan udang kering.
Sayur pula, saya cuma tumis dengan bawang putih. Kemudia, sebagai pembasah tekak, saya sediakan air jagung....
Resepi Gulai
Setengah ekor ayam kampung dara (potong kecil)
3 sekawan bahan tumisan
3 sudu besar rempah kari
7 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
2 senduk nasi cili kisar
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 batang serai
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar udang kering
1 biji kelapa (perah santannya)
Nangka muda (ikut suka)
Kisar bawang, halia, kunyit hidup, serai dan udang kering.
Perap ayam dengan serbuk kunyit untuk hilangkan hanyir, ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan penumis, bila naik bau, masukkan bahan kisar dan cili kisar. Tumis sehingga garing, kemudian masukkan serbuk kari yang telah di bancuh dengan air. Kacau lagi sehingga garing. kemudian, msdukkan seadikit santan cair. masukkan kerisik, kemudian apabila kuah menggelegak, masukkan ayam, bila ayam empuk, masukkan pula nangka muda yang telah direbus terlebih dahulu tadi. Perisakan dengan garam dan gula. Bila kuah pecah minyak, boleh tutup api dan sedia dihidangkan.
Resepi Baby Kailan
2 ulas bawang putih ditumbuk kasar
Baby kailan (ikut suka)
Tumis bawang putih, perasakan dengan garam,
masaukkan sayur baby kailan. Bila sayur agak lembut, tutp api dan sedia di hidangkan.
Untuk air jagung ni, saya x ada sukatan sebenarnya. Sebab saya just tengok arwah mak bancuh untuk buat aiskrim malaysia...so korang pandai-pandai agak k.
Air Jagung
Susu sejat
susu pekat manis
Kordial Jagung
Jagung Dalam tin (pilih jagung berkrim)
Gula
Air
Didihkan air, masukkan gula, bila gula larut, masukkan kordial jagung, jagung dalam tin, susu sejat dan sedikit susu pekat manis. Bila semua dah larut, tutp api, tuang dalam jug, tunggu sehingga suam dan masukkan ais.
Kalau korang suka berkrim, letakkla jagung lebih, tapi selalunya, untuk satu jug saya cuma guna setengah tin jagung je.....
selamat berhujung minggu semua...
Thursday, October 10, 2013
Kenapa Isteri Anda Berlaku Curang
Dear, topic ni sebenarnya dah lama sangat saya nak tulis,
tapi berkesempatan disebabkan kurang bahan dan research.
Selama ni kita selalu dengar lelaki atau suami yang berlaku
curang, tapi harini kita tengok bab wanita atau isteri pula.
Saya sebenarnya terkilan bila satu-persatu berita yang
dipaparkan mengisahkan kisah isteri yang curang dengan majikan sendiri, rakan
karib suami sendiri malah dengan adik atau abang ipar sendiri. Yes, memang
memalukan, sepatutnya perkara ini tidak patut berlaku. Apa jua alasan, ianya
bukanlah tiket untuk seorang isteri itu berlaku curang.
Malah lebih teruk, bukan setakat berbalas mesej, tetapi
sehingga ke ranjang..Nauzubillah. To all my dearest kaum, tolonglah berpijak
dibumi yang nyata.
Saya teringat kata-kata guru bahasa melayu saya masa Zaman sekolah,
“lelaki dan perempuan tak boleh berkawan, tapi boleh berkahwin”. Pada asalnya
saya x faham, bila dah besar baru saya faham. Bila dua jantina berbeza
berkawan, sedikit sebanyak, pasti akan ada godaan, dan jika kita alpa seminit,
pasti kita akan terjerumus ke perhubungan yang lebih series.
Ada banyak sebab kenapa isteri berlaku curang, antara
sebab-sebab yang ketara ialah:-
Sunyi.
Kebanyakan suri rumahtangga, berasa sunyi setiap kali suami
pergi bekerja, dan kadangkala mereka bosan dengan rutin harian yang sama setiap
hari. Di sebabkan sunyi, ada dikalangan isetri mencari hiburan diluar. Pada
asalnya mungkin mereka tiada niat lain, dan hanya saling bertegur sapa apabila
terserempak, tetapi lama-kelamaan, wujud satu perhubungan rahsia, malah lebih
teruk jika isteri meluahkan masalah rumahtangga mereka kepada lelaki luar, yang
kemudiannya menyebabkan mereka semakin akrab. Bila dah akrab, terjalinlah
hubungan terlarang.
Suami yang panas baran
Akibat tidak tahan dengan sikap suami yang panas baran,
isteri mencari seseorang untuk meluahkan perasaan. Lebih malang lagi, insan
yang dicari itu adalah bekas teman lelakinya. Maka bermulalah episod cinta
mereka.
Masalah keewangan
Buntu dan bosan dengan masalah keewangan yang menghenyak
diri, isteri cuba membantu suami dengan berniaga secara online di laman sosial.
Niat pada asalnya memang mahu membantu suami, tetapi bila dah mula berchatting,
lupa daratan dan terpedaya dengan janji manis lelaki buaya darat, akan menyebabkan
isteri ini hanyut dibuai dosa.
Ni paling bahaya, bila suami tak mampu untuk melunaskan
nafkah batin, isteri akan mencari keseronokan diluar.
Suami selalu outstation
Bila suami outstation, ini akan membuka peluang kepada
isteri untuk bersosial bersama teman-teman. Mula-mula teman tapi mesra,
lama-lama bermesra atas katil pula…so hati-hati…
Kalah dengan nafsu sendiri
Ni pokok pangkal hati kita. nak buat macamaner kalau korang
berkahwin dengan lelaki yang x berapa nak hensem. Dulu korang juga yang pilih
kan? then bila kahwin, dapat pula abang atau adik ipar yang rupa paras mereka
jauh benor dri suami korang, mulalah korang rasa menyesal. Tup-tup korang ambil
kesempatan menggoda diorang pula. Nasib x berapa baik, dapat respond…hurmmmm
faham-faham sajalah…
Terlalu peramah
Isteri yang peramah ni bagus, tapi peramah bertempat lah. Kalau
dengan kenalan atau keluarga sendiri, x mengapa. Tapi kalau dengan kawan-kawan
suami pown kita peramah melampau, sampai bertepuk tampar, memang mengundang
padah lah.
Saya teringat ada satu cerita yang mas Zaman kecil-kecil
dulu “perempuan isteri dan dot dot dot”.
cuba ko bayangkan, korang pergi outstation berdua dengan bos kau, then boss panggil kau untuk discussion, masa tu plak dalam pukul 9 malam. Logiknya memang lah dah malam, tapi akal tak dak ke, kalau korang pergi jumpa boss korang dengan baju tidor paras lutut, dada terbuka luas and without bra…WTH kau nak buat macam tu, betul x? korang yang murah, sebab sesuka hati pakai macamtu….
Sebenarnya banyak lagi punca-punca yang
menyebabkan isteri ni curang, tapi setakat ni, ni je yang mampu untuk saya
kongsikan..:)
Wednesday, October 9, 2013
Malaysia Today
I heard the
news of Era
Radio this morning, the
government will reduce income tax but limited to
the middle salary range. I have no idea about the salary range, might be salary
between 5k-7k (gross salary). For me it’s doesn’t matter how much your gross
salary, the most important thing is, your net salary after deducting the compulsory deduction.
Nowadays, all expenses increase without any signal and control. This is
one of the factors contribute
to the increasing living expenses. If you go to the market and bring 20 Ringgit, what kind of things you will get? Here and there
people talk about the
increasing price of groceries, fuel, house and etc but the major question is who controlled the
price???? Who behind the scene?????
Lately, rumors about
government will increase another 15 cents for petrol Ron 95, just because to
stop smuggling activities. What the hell is going on??? Just because of them,
why they must put all the burden to people??? We have a police, custom and all
civil servants which is responsible to stop and
control the activities, so why they need burden us???
Two days ago, I went to Jalan Ampang, suddenly I saw very exclusive kindergarten
there. You know what I think???? This is one of the factors contribute
to the increasing living expenses. It’s doesn’t matter how much the fees, rich
people willing to pay for their kids security and education. So, in this
situation, others kindergarten slowly upgrade their syllabus and services to
increase their fees also. So what kind of kindergarten left for people like
us??? Only KEMAS and PASTI right?
Oh, I forgot about
BRIM. Our Ex-Prime Minister said,
no need to give the aid money, this is to teach people not to rely on the
government. They must help their self instead of government help them. The
reason doesn’t
make sense! As a contributor to the
income tax, at least I know, where the money has been channeled. Every year, the
government received over than 100 million
Ringgit incomes taxes and
alms from Malaysian people. So, no big deal for them to give the money right?
Otak-otak Tenggiri Tautan Kasih & Kangkung Rebus Panahan Cinta
Salam.
Tekak tiba-tiba terasa nak makan otak-otak dan kangkung rebus je. So cariklah apa yang ada dalam peti ais, nasib baik ada bahan.
Resepi otak-otak ni dah lama dapat, dari arwah nenek, rasanya dah dekat 20 tahun terperap...
Tapi arwah nenek kalau buat, dia panggil pais ikan, sebab nama ikan yang dia guna tu ikan pais.
Selalunya, nenek akan bakar atas tudung periuk n hempap dengan cerek air...so memang sedapla..tapi skang ni mana lah pakai cerek lelama, so bakar atas pemanggang ajaib je....
Resepi kangkung rebus
Potong kangkung dan bersihkan,
panaskan air dalam periuk,
letakkan sedikit garam dan minyak masak,
biarkan mendidih, kemudian masukkan kangkung,
bula kangkung dah lembut, angkat dan toskan.
resepi kangkung rebus ni senang je, x payah pakai bawang or perasa, cuma rebus je. tp if nak dapatkan warna kangkung yang cantik, air kena mendidih dulu, lepas tu baru masukkan kangkung.....
Ni resepi otak-otak
1 potong ikan tenggiri
5 ulas bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
2 batang cili merah*
3 tangkai cili padi*
1 batang serai*
1/2 inci kunyit hidup*
1 helai daun kunyit di racik halus
1 cawan pati santan
3 helai daun pisang di layur
Bersihkan ikan, buang tulang dan hancurkan sedikit isinya
Kisar bahan bertanda *
Masukkan bahan kisar kedalam periuk,
Masukkan santan,
Perisakan dengan garam dan gula,
Biarkan kuah agak pekat dan angkat.
Dalam mangkuk lain, satukan kuah, isi ikan dan daun kunyit,
gaul sebati.
Kemudian, letakkan atas daun pisang.
Adunan ni boleh buat 3 keping otak-otak taw. So pandai-pandailah nak letak banyak mana.
Kemudian balut dengan daun pisang dan matikan hujung daun dengan lidi, supaya x terbuka nanti.
Bakar atas pemanggang. Bila daun pisang dah berbau harum dan agak layu, bolehlah angkat.
Tuesday, October 8, 2013
Nasi Lemak Kenangan Mengusik Jiwa
Resepi nasi lemak semua sama jekan, bezanya nasi lemak yang aku buat ni, aku just tambah kangkung je....pastu aku hidangkan dengan air teh pandan.
ni resepi teh pandan...
Dalam periuk, panaskan 4 gelas air,
masukkan 4 cawan gula pasir,
masukkan 5 helai daun pandan,
masukkan 1 cawan pati teh (hasil dari rendaman 1senduk serbuk teh)
kacau sebati, matikan api dan boleh angkat.
Pati teh pandan ini, boleh di simpan, bila nak minum just bancuh dengan air panas atau sejuk........
Sup Ikan Merah
Mahal betul harga ikan skang ni, tapi kalau nak buat sup, inilah ikan yang paling sedap.
Ni resepinya
2 potong ikan merah (cuci dan toskan)
5 ulas bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1 bunjut rempah sup
3 sekawan bahan tumisan
1biji kentang di potong empat
2 tangkai daun sup
garam dan gula secukup rasa
Kisar bahan bertanda*
Panaskan minyak,
Tumis bahan tumisan,
Masukkan bahan kisar,
Tumis sehingga wangi dan sedikit layu,
masukkan air secukupnya,
masukkan sup bunjut,
bila mendidih, masukkan kentang,
bila kentang sudah empuk,
Masukkan pula ikan,
Perisakan dengan garam dan gula,
Bila ikan masak, tutup api,
Mayang daun sup dan tabur atas sup,
Sedia untuk di hidangkan........
Menangislah
Menangislah
kalau rasa sedih,
Jeritlah kalau
rasa sebak,
Tiada apa
yang janggal,
Duka itu
sentiasa ada,
Gembira itu
juga sentiasa ada,
Lepaskan segala
rasa,
Suka, duka,
sayu, sebak,
Usah malu-malu,
Monologlah
dengan Penciptamu,
Sesungguhnya
dia maha mendengar,
Usah merungut,
Cukup
sekadar mengadu tanpa rungutan,
Pohonlah
supaya dipermudahkan urusan,
Pohonlah dengan
rasa rendah diri,
Agar segalanya
dimakbulkan
Biar tubir
mata sentiasa basah dek penyesalan,
Bukan rungutan,
Biar lapisan
bibir kebas dek mengadu padanya,
Bukan rungutan,
Biar kedua tangan
kebas dek memohon kepadanya,
Bukan rungutan,
Sesungguhnya,
Dia sentiasa
ada untuk kita,
Sentiasa
mendengar rintihan kita,
Sentiasa
memberi peluang kepada kita,
Sesungguhnya
Dialah yang maha adil,
Dan dialah
yang menentukan tiap perjalanan kita,
Dialah yang
menentukan segala-galanya sejak di lohmahfuz lagi,
Dan sesungguhnya,
dia maha mengetahui tiap apa yang berlaku…………….
Subscribe to:
Posts (Atom)