Pages

Thursday, June 30, 2016

Kasih-Sayang - Kisah Nenek Tua


Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa ni tak semestinya tak bersalah dan menyalahkan anak-anak atas apa yang berlaku. Ramadhan ni aku just nak bercerita tentang penyesalan seorang ibu sewaktu zaman sihat dia dulu. Aku kenal nenek ni dah lama, tapi satu benda yang aku perasan, anak-anak dia jarang sangat-sangat jenguk dia dekat kampong, hari raya pun diorang susah sangat nak ziarah. So nenek ni hari-hari memang keseorangan, sampai aku pun jadi pelik kenapa susah sangat anak-anak nak ziarah, macam kacang lupakan kulit.

Satu hari tu aku beranikan diri tanya dia kenapa hidup dia sorang-sorang, x di kelilingi anak2 n cucu2? Sepatutnya dia dah tak duduk sorang-sorang camni. Habis je aku tanya, nenek tu menangis2, sambal tutup mulut dia, kejap-kejap kesat air mata dengan hujung lengan baju.

Dia cerita satu persatu, mungkin ni adalah balasan dari Allah atas apa yang dia buat masa zaman dia muda2. Dia ada dua  orang anak, tapi sorang meninggal, masa dia kecik dia x pernah layan anak dia dengan baik, garang yang melampau kadang-kadang memang macam tak ada kasih sayang langsung dalam diri dia, bila anak2 dah kahwin, dia suka cari salah anak-anak, bila pergi rumah anak, menantu masak macam2, tapi bila tak kena selera dia akan cakap bukan2 sampai guriskan hati anak dan menantu, macam tu jugak dengan cucu, dia tak pernah manjakan cucu dia, anggap cucu macam membebankan dia. Setiap apa yang anak, menantu dan cucu cuba buat untuk dia, mesti ada je benda yang x kena kat mata dia, selalu sangat marah-marah. Lama2, anak menantu dan cucu mula jauhkan diri, jauhkan diri bukan sebab tak sayang, tapi berkecil hati dengan dia.

Sampailah satu hari dia tersedar yang anak-anak dah tak sayang dekat dia, mulalah dia canang satu kampong cakap macam2 pasal sedara mara pulak, konon bila anak dia x jenguk dia, sedara mara yang ada langsung tak hiraukan makan pakai dia, macam2 dia buat supaya orang tau yang dia di aniaya. Kemuncaknya satu hari tu, adik dia datang ziarah, adik dia terus terang kenapa ramai sedara mara macam tak hiraukan dia, masa tu masing-masing luahkan apa yang terbuku kat hati, memang dia tersentak sebab tak terfikir yang semua masalah tu datang dari diri dia sendiri. Bukan orang tak hiraukan dia, tapi masing-masing malas nak dengar bebelan dan umpat keji yang dia lemparkan.

Lepas tu, walaupun hubungan sedikit-demi sedikit pulih, tapi anak-anak masih trauma lagi, sampai takut kalau masak itu, buat ini akan kena complain lagi.

Aku tahu nenek tu dah berubah, dia pun dh sedar salah dia, sampaikan dia nasihatkan aku supaya kerap peluk anak-anak, jangan guna perkataan kasar dekat anak-anak sampai boleh guriskan hati diorang. Kena sayangi anak-anak, jangan bahagi2 kasih. Bila anak-anak dah kahwin jangan nak buat macam-macam peel, kena hormat rumahtangga anak-anak, bukan gunakan kuasa veto seorang ibu untuk buat apa sahaja sampai rumahtangga anak-anak bergegar.

Aku tak de lah nak komen pape pasal nenek tu, aku just nk share tentang anak-anak lah. Masa time aku kecik dulu, aku selalu gak berkecil hati dengan mak aku sebb dia kadang-kadang suka marah aku tanpa sebab, suruh aku buat itu ini time aku kecik lagi, maksudnya time tu memang waktu main dengan kawan2, tapi aku x dapat enjoy sangat sebb mak aku suruh macam-macam. Aku x kisah pun, boleh je tolong, tapi bila mak aku suka samakan anak2 dengan orang dewasa, so aku rasa x best. Ada sorang abang ni umor dia 18  tahun, umor aku time tu 6 tahun, so abang tu cakap mak dia akan suruh dia kemas rumah dulu baru boleh sarapan, so mak aku praktikkan benda tu kat aku and adik beradik. Sebelum sarapan aku kena sapu sampah kat luar rumah which rumah aku dah lah luas, so ko bayangkan kudrat budak umor 6 tahun, lepas sapu sampah baru boleh makan, hahahahahahaha…sedih masa time tu. Plus benda yang aku paling ingat bila aku kena kumpul duit sendiri kalau nak beli macam-macam time gi jalan-jalan, memang aku menabung, tapi adat lah, banyak mana, so duit tu aku gunakan untuk beli baju n mainan masa time pergi melancong ngan fam, so bila aku tengok mak aku beli baju macam2, harus aku pun teruja nk juga (time ni aku darjah 4), mak aku tiba-tiba besarkan mata cakap dia x de duit, duit aku yang aku simpang tu dah habis…terkulat-kulat aku time tu. Bukan aku cakap mak aku jahat, taklah…mak aku baik, tapi aku just nak cerita apa perasaan aku masa kecik-kecik kat mak aku. Which Is aku memang ingat certain benda yang buat aku sedih dan happy. So bila aku dah ada anak, aku memang mewahkan anak-anak, anak2 aku still menabung, tapi menjadi tanggujawp aku sebagai ibu untuk sediakan makan pakai dia sampai dia dah ada pendapatan sendiri. Aku tak nak ulang kesilapan yang mak aku pernah buat, dan paling penting aku nak jaga perasaan anak-anak aku. Aku tak nak diorang ingat aku ni tak sayang diorang. Serious masa dulu aku selalu cakap yang mak aku tak sayang kan aku sebab seawal umur aku 8-9 tahun aku dah kena basuh certain2 baju aku sendiri, mak aku memang tak akan basuh sebab dia cakap dia bukan hamba aku. Aku faham, dia nak mengajar aku supaya boleh basuh baju sendiri, tapi cara dia tu yang tak kena. Boleh je dia ajak aku sama-sama basuh baju, cakap elok-elok, tapi biasalah orang tua2 ni kasar, dah terbiasa kot. Walaupun mak aku menangis masa aku dah besar n cerita balik apa yang aku rasa, aku still rasa mak aku tak patut buat camtu, still berasa hati lagi lah….hahahahahaha

Aku pun banyak je dosa ngan mak aku, mak aku pun selalu lah terasa hati ngan aku, tapi aku rebel dengan dia sebab benda2 yang aku cakap tu lah.  Tapi lepas2 tu masing2 tak lah bergaduh, Cuma biasalah merajuk kan…

Tapi lesson learn lah supaya aku pun tak buat benda yang sama dekat anak aku.

Tuesday, June 28, 2016

Masalah Suami Isteri - Expectation

Harini aku tetibe rajin nak browse semua post-post lama aku dalam blog, aku baru perasan entry aku yang paling hit sampai jejak above 10k view benda2 berkaitan macam kat bawah ni:-

   1)  Kenapa isteri berlaku curang
   2)  Kenapa lelaki nak kahwin lebih dari Satu

Apa yang aku dapat simpulkan, yang view post “kenapa isteri berlaku curang” kebanyakannya lelaki and post “kenapa lelaki nak kahwin lebih dari satu” adalah dari kaum wanita.
Hurmmm, actually aku buat dua entry tu sebb memang benda2 tu adalah perkara popular dalam masalah rumahtangga (base on aku punya research sendiri ). Tapi aku tak sangka sampai hit macam tu, yelah diorang tengok sebab2 punca benda tu terjadi.
Tapi arini bukan lah aku nak cerita pasal dua benda tu, tapi benda ni aku cerita sebab ada yang email aku tanya pasal masalah remeh temeh dalam hubungan suami isteri yang kadang-kadang boleh lead pada pergaduhan yang besar.

Susah aku nak cakap sebb aku bukan pakar motivasi. Tapi masalah remeh ni memang selalu je jadi, plus bila kita baru-baru kahwen, time tu tengah nak sesuaikan diri dengan perangai pasangan. Bila dah duduk serumah masing2 baru tahu tabiat pelik2 pasangan. Jangan cakap aku tak lalui semua benda tu, semua orang lalui, bezanya cara kau kendalikan masalah tu.
Setakat ko rasa nak hempuk laki kau ngan gelas, nak tekup ngan bantal time dia tido tu, benda tu normal lah…hahahahaha tapi jangan kau buat benda tu betul-betul lah. Aku dulu kalau time gaduh tu, imaginasi aku dah ke depan dulu, contohnya aku tengah pegang penyapu, time-time tu anak aku menangis sebb mintak nasi, aku pulak sibuk mengemas n masak, laki plak sibuk main game superman dalam I phone, buat-buat pekak pun ye jugak, so time tu mulut aku just cakap, “bang tengok anak ni kejap”, bila dua tiga kali dia x bergerak-gerak n asyik cakap kejap2, time tu imaginasi aku dah siap baling dah penyapu tu kat dia, siap dah ketuk-ketuk dia sampai puas…hahahahaha tapi in actual nya, aku masih lagi tercegat sambal pegang penyapu n kaki aku bergerak2...haahhahahah.

Up and down ni normal dalam rumahtangga, sometime sentap menyentap tu memang kerap kali jadi. Kejap ko rasa menyampah je tengok muka masing-masing, kejap ko rasa sayang melampau…dah nama manusia, memang lah ada rasa macam-macam. Cuma korang kena settlekan masalah remeh temeh tu secepat mungkin lah kan, jangan biar je berlarutan sampai jd kronik.
Benda yang kadang-kadang membelenggu kita ni adalah disebabkan “expectation”, Bahasa melayu dia aku x tau apa……

Sebab kita selalu sangat expect benda yang gah-gah kat pasangan kita. Macam contoh, lelaki sebelum kahwin selalu angan-angan dapat bini body macam model, plus lepas bersalin pun ko harap perut bini kau x geleber, badan seksi kemain sebab ko tengok badan marion counter cun melecun. Lepas kahwin, badan bini ko still mantap, tapi lepas bersalin ko tengok perut dia ada garisan macam “tupperware terbakar”, ko mula rasa menyampah, sebb apesal marion badan cantik je, licin je…..tapi bini kau x? bodoh!!! Kulit manusia beza-beza plus kalau dia ada pun stretch mark, laki dia usaha beli itu ini, hantar sana sini untuk cantikkan bini dia (ni perumpamaan sebb marion counter tu memang cantik), tapi kau, suh beli losyen kulit pun kemut, duit beras pun suh bini support, ada hati kau nak mintak macam-macam kat bini kau…

So kau kena terima seadanya, kalau gemuk tu kau suruh lah dia senaman, jogging, kawal makan. Tak payahlah kau nak compare ngan bini orang lain, tu luaran yang kau Nampak, kau tak tau dalaman camner, bila bukak korset perut berlambak-lambak keluar or tak…Cuma jangan terlampau over expectation tu, sudah-sudah lah.

Macam tu gak wife, tinggi sangat expectation ko kat laki kau. Nak suh dia jiwang, romantic, penyayang macam hero dalam drama melayu yang meleleh ni. Memang tak lah kan? Ada yang jiwang, tapi kalau ko harapkan sepanjang hayat laki kau camtu, susahlah. Mana ada manusia macm tu, ada time dia ok, ada time stress lagi stress bila ko mintak menda merapu kat dia. Berpada-pada lah…kalau kau dapat laki x jiwang, takkan cinta kau hilang camtu je kan?


So, benda paling penting is “terima seadanya”. Kalau dia ada bad attitude pun kau kena ubah dia slowly dan paling penting nasihat elok2 n jangan bandingkan dengan pasangan orang lain. 

Monday, June 27, 2016

Bulan Puasa - Makan di Khalayak Ramai (khusus untuk wanita yang period)


Jujurnya aku rasa zaman sekarang ni makin ramai yang mempertikaikan hukum islam (orang islam sendirilah). Entry yang aku nak cerita ni pasal makan di khalayak ramai time bulan puasa. Dalam islam ada menggariskan panduan golongan mana yang tidak boleh berpuasa dan di benarkan berbuka. Tetapi di sebalik maksud boleh makan tu bukanlah bermaksud makan di khalayak ramai sehingga menimbulkan fitnah. Boleh kalau kau nak makan, tapi makan kat tempat yang tak di lihat orang. Larangan mempamerkan makan di khalayak ramai di sebabkan supaya tidak timbul fitnah dan tidak dituduh meremehkan agama dan hukum islam itu sendiri.

Tapi yang peliknya masih ada lagi orang Islam yang makan tanpa segan silu dan mempertikaikan kononnya diskriminasi kepada kaum wanita. Ngok betul! Masa kau kecik-kecik dulu pun mak kau ajar kau kalau x puasa jangan makan depan orang sebab kena hormat agama islam dan paling penting hormat sesame manusia.

Kenapa nak rasa diskriminasi? Diri sendiri yang terlalu banyak sangat komen and komplen. Bangsa lain n agama lain pun tahu hormat orang Islam, nak makan pun sorok2, kalau ternampak siap cakap sorry lagi. Berat sebenarnya issue ni, sebab kita melibatkan banyak pihak. Lets say kita x puasa sebab period, lepas tu pergi food court order makanan, budak yang tukang hidang tu pula orang islam, dia mana tahu kau period ke, apa ke, so dia sendiri teragak2 sebb nak hidangkan makanan kat orang Islam, kalau hiding di tuduh bersubahat kalau memang kau betul-betul ponteng puasa, so harus dia tanya kau puasa ke tidak? Kalau kau x malu ko akan jawap “I period”. Then, orang sekeliling yang tak berpuasa (agama lain) akan pandang serong sebb diorang memang  tak tahu bab hukum hakam ni. Bad perception pada agama kita sendiri.  Kau yang jadi punca merebaknya fitnah pada agama dan orang Islam sendiri!. Kenapa kau nak rasa terbeban? Orang lain boleh je makan sembunyi2 sebab nak jaga dari fitnah, tapi kenapa kau rasa leceh sangat? budak tadika pun tau makan sembunyi2. Sembunyi2 bukan maksudnya suruh kau makan dalam toilet ke, kat tempat sempit ke, asal tempat tu terlindung dari orang lain, kira ok lah. Aku dulu mengandung kembar, tapi tak lah aku bebas nak makan kat mana-mana yang aku suka, aku still cari bilik kosong kat ofis supaya orang lain tak Nampak, plus aku segan bila orang tahu aku x puasa, lagi malu kalau orang tahu aku x puasa sebab period…hahahahahaha

Wahai wanita2 islam sekalian, fahamilah sepenuhnya maksud berpuasa tu, jangan sekadar menahan lapar dan dahaga macam puasa budak tadika, pelihara diri dan agama dari perkara mungkar. Makan tu perkara mungkar ke? Tak lah makan tu benda mungkar, yang mungkar tu bila kau dengan sewenang-wenangnya memperlekehkan agama. Seingat aku, kalau kat Indonesia, diorang akan turunkan bidai time bulan puasa sebb sebagai tanda menghormati umat islam yang berpuasa dan bulan Ramadhan, walaupun x de tuntutan untuk buat macamtu, tapi diorang tetap jugak buat.

Ada yang cakap, alah ape hal nak kecoh2, kitorang yang berpuasa ni x terliur pun tengok orang makan time bulan puasa, dah tu sampai bila nak suruh orang lain jangan makan depan orang berpuasa. Ni lagi lawak, sebab aku bercerita pasal umat islam, bukan golongan lain, plus ni bukan cerita terliur atau tidak ye, tapi ni cerita tentang hukum Islam.

Yang jadi masalah sekarang ni, bila orang Islam sendiri mengatakan macam-macam tentang hukum hakam Islam, so tak pelik lah bila ada orang bukan Islam yang confuse dengan agama islam, and tu sebab ramai yang tolak hudud, sebab apa? Sebab diorang tak faham maksud hudud tu dan yang paling buat diorang tak faham adalah orang Islam sendiri ramai yang tolak hukum Islam.

Aku bukan bijak pandai Islam, jauh sekali nak jadi penceramah lah. Tapi aku terpanggil sebab sekarang ni makin ramai golongan wanita yang makan di khalayak ramai tanpa segan silu, dan paling aku rasa nak kokak kepala orang bila “wanita jadian” pun ada sekali sambil bertepuk-tampar mesra dengan pompuan sejati berseling suap makanan kat mulut sendiri…krik krik….ko period ke? Sejak bila kau boleh period? Bab ni memang sedih, ye wanita aku faham korang period, dan ko lapar so ko gi makan, tapi apesal ko ajak wanita jadian yang memang alat sulit diorang x boleh keluar haid (tak kisah dah tukar jantina or belum) makan sekali? Diorang bukan insan yang lemah, tapi lelaki ok. Lelaki yang terperangkap dalam dua identity! Dah dua dosa yang korang buat…sekian, pesanan khidmat masyarakat ni harap dapat di baca dan di praktiskan ye.

Sunday, June 26, 2016

Teksi Vs Uber sambungan


If ada yang baca news pemandu uber yang kena pukul ramai-ramai lepas hantar pelancong. Actually aku rasa pemandu teksi ni marah pun bukan sebb apa, sebb uber tak berdaftar dengan SPAD, if berdaftar tak lah diorang marah sampai pukul2. Cuma yang jadi tak bagus bila diorang dah start2 pukul orang, benda ni beri imej buruk pada teksi.

Rakyat berhak nak pilih yang mana diorang nak naik, selesa and murah, aku tak kecam pemandu teksi ok, Cuma bagi aku, kalau teksi ni di jadikan teksi persendirian (maksudnya bukan sewa dari pengusaha teksi), tak payah bayar sewa, just bayar monthly installment macam kereta biasa, tambang macam tambang Uber, benda2 macam ni tak jadi issue.

Tak bagus lah kalau pukul2, siap ada customer lagi dalam kereta orang tu. Kejam kot, cuba korang fikir, memang betul korang cakap Uber, Grab car tu semua haram di sisi undang2 semua, tapi ada tak pihak atasan macam menteri buat tindakan? Kenapa apps dia ada je? Sepatutnya pihak atasan yang sepatutnya di persalahkan, driver pun sama je macam driver teksi lain, cari makan…plus ramai driver uber ni datang dari golongan professional yang dah di berhentikan kerja sebb keadaan ekonomi.

Masalah yang ada ni, disebabkan taka da kata putus dari pihak berkuasa, if kata haram, tak akan ada uber or grab car ni kat muka bumi Malaysia ni. Sedangkan bekas menteri di jabatan perdana menteri pun bawak uber, siap keluar paper lagi, so kat mana yang diorang cakap Uber dah di haramkan?

Ada sorang commenter aku suruh driver teksi naik grab car n uber, tengok macamana service dia, aku tetiba terasa nak try, memula korang kena download app, register debit card or credit card untuk caj tambang, lepas tu click untuk service dia, bila driver yang terdekat dah accept, dia akan keluar satu profile driver tu, so ko boleh tahu details sape driver yang akan bawak kau tu nanti. Aku dapat driver yang naik preve, kereta x busuk, ketiak wangi…hahahaha benda ni yang aku tengok dulu, tak speed masa lampu traffic dah kuning, tak langgar bonggol, tak bawak cilok2. Cuma aku perasan driver preve ni bukan dari kalangan orang biasa2, bila aku sembang2, yessza ex marine architect yang baru kena berhenti kerja sebab ekonomi gawat. Nak ambik teksi kena bayar mahal, so ambil alternative lain dengan register uber sebb boleh guna kereta sendiri, Cuma kena jaga service tiap2 bulan. After aku turun aku boleh bagi rating kat driver ni, suka hati lah nak letak berapa, tapi aku letak yang paling tinggi sebb memang service dia bagus.

Teksi, uber, grab car ni sama je dengan industry lain, ada pros and conts. Selagi ada permintaan selagi tu ada penawaran. Idea ni datang pun sebb ramai sangat orang yang complain pasal “segelintir” pemandu teksi yang keje asyik nak maki-maki customer kalau tak bawak duit kecil, ketiak berbau, kereta uzur, segelintir ye, bukan semua or separuh….

Aku lupa nak cerita pasal teksi 1 malaysia yang warna coklat tu…apa maksud satu Malaysia pun aku x tahu, mungkin pemandu kena bayar harga kereta tu lagi murah dari teksi yang lain kot. Kalau korang perasan, tambang teksi ni 4 ringgit start, yang lain semua 3 ringgit…bebankan rakyat gak. Aku memang pengguna tegar teksi, hari-hari aku naik teksi, so aku akan pastikan tak akan naik teksi 1 malaysia ni sebb mahal seringgit.

 

Vaksin -sambungan


Sambungan untuk topic vaksin. Rasanya ada a few benda yang aku tertinggal masa post haritu sebb ada a few email yang aku dapat diorang risau bila anak2 yang tak di vaksin bercampur dengan anak2 diorang. Walaupun aku still belum benda ni betul-betul, tapi rasanya tak perlu risau sebb kebnyakan tadika, sekolah dah menitik beratkan rekod untuk vaksin, maksudnya, kalau nak masuk sekolah kena bawak buku pemvaksinan mengatakan yang anak-anak kita dah di vaksinkan, kena siap sign doctor, no mmc doctor tu. Dulu mungkin ada doctor yang berpakat untuk tipu2, tapi now susah dah nak tipu. Plus sekolah akan counter check dengan MMC dan doctor berkaitan  kalau ada keraguan yang melampau. So persekitaran sekolah tu terjamin lah.

Ada gak yang cakap hal vaksin ni hal hidup dan mati, so kena gak suruh diorang ambik vaksin untuk anak-anak dia, tapi macam aku cakap lah, diorang ada hak diorang sendiri, yes kita boleh educate mereka ni, tapi bila diorang sendiri yang tolak vaksin di sebbkan keraguan yang melampau tentang status halal n haram so apa yang boleh kita buat kan? Pastinya diorang ni ada alternative lain macam homeopathi and etc.