Pages

Sunday, May 15, 2011

Lelaki Berumur atau Lelaki Muda Part 2

Salam,

Ingat lagi artikel saya tentang lelaki berumur part 1? Ada feedback positif yang saya terima melalui emel peribadi saya, ada juga yang negative. Apapun, ianya cuma luahan ikhlas dari hati saya.

Bagi saya, memang betul lelaki berusia lebih matang dan tidak keanak-anakan jika membuat keputusan, kebiasaannya mereka akan membuat keputusan yang agak rasional. Kebiasaannya, lelaki muda kalau bercinta, setengah mati, tetapi jika hendak berpisah, mereka lebih suka menggunakan teknologi sepenuhnya, macam hantar je sms cakap nak putus, atau hantar email dah kira memadai, pada mereka sekurang-kurangnya mereka notify girlfriend mereka. Tetapi kalau lelaki yang berusia ni, kalau nak putus atau ada masalah, mereka lebih suka berbincang dari hati ke hati, cari jalan penyelesaian, dan tak akan biarkan perhubungan itu berakhir dengan tergantung, itu kelebihan mereka. Namun ada juga kelemahannya, mereka ini cenderung bersifat cemburu. Paling sakit bila jenis cemburu buta, memang lah sayang, tapi x kan la nak kongkong macam jaga lembu kat kandang.

Kalau lelaki muda plak, masa sekarang memang tak timbul apa-apa isue skang ni, bila usia perkahwinan dah menginjak 10 tahun, baru masalah akan nampak. normal la, sekarang kita akan cakap camni "alah yang penting pasangan tu, kalau pandai handle mesti bahagia, and penting restu mak bapak, sure bahagia"...hurm,,pada saya ini ayat nak menyedapkan hati je sebenarnya, sedangkan dalam hati bergolak bagai nak rak.

sekarang memang kita tak nampak masalah, tapi bila dah lama-lama kita sendiri akan dapat rasa, yela, kita dah makin tua, menghampiri monopous, lelaki plak diorang kuat lagi, life begin at 50..ha ni yang sekarang key, dulu memang life begin at 40..but now dah change dah.masa tu la baru kita rase stress n macam-macam lagi lah. memang kalau dah jodoh tak siapa boleh tolak betul tak...cuma pandai-pandai la...berdoa pada Allah di temukan dengan lelaki yang lebih berusia dari kita, InsyaAllah diperkenankan.

Tapi kena hati-hati janganla lelaki yang dah terlampau tua..nanti anda yang merana pula. dalam article lepas, anynomous ada mengatakan kalau perbezaan 16 tahun boleh ke tidak? ini jawapan saya selepas saya minta pandangan rakan-rakan. Boleh di pertimbangkan kalau lelaki itu sihat tubuh badan dan berkemampuan dari segi segala-galanya. ye lah..kadangkala lelaki yang dah umur 45 ke atas ni, mcam-macam penyakit, jantungla, kencing manis la..pendek kata semua penyakit yang boleh mengundang "kubur kata mari".

Cuma pada perempuan, jangan jadi materialistik sangat lah, sampai butakan mata and hati sanggup berkahwin dengan orang yang dah layak di panggil atok. Kesian kat diorang, mati-mati ingat korang suka and fall in love ngan diorang, padahal korang cuma nak harta je...penatla orang tua tu nanti cari viagra or akar kayu nak kasi power, tapi korang bukan heran sangat pun...yang korang nak harta ...fikir-fikir kan la...

No comments: