Pages

Monday, December 31, 2012

Bercinta, Berkahwin dan Nafkah

Salam. Kira ini adalah entry terakhir sebelum menjelangnya tahun 2013.
Bermulanya entry ni disebabkan artikel tentang artis kumpulan ruffedge yang dituduh merogol anak tirinya (saya gunakan perkataan dituduh since hukuman belum dijatuhkan lagi). Susulan dari kejadian tu, ibu mangsa ada menceritakan bahawa pada siang hari, beliau pergi bekerja kerana suspek tidak bekerja dan tidak memberikan nafkah kepada mereka anak beranak. Tapi bukan hendak bercerita tentang kejadian tu, cuma saya nak tekanka isu bercinta, berkahwin dan nafkah.

Dearest dear, masa kita bercinta memang semua benda tu indah dan kita sanggup berkongsi apa sahaja dengan boyfriend kita. Pendek kata, x kaya x ape, janji hati bahagia. Bahagia sangat kan???

Cuba tengok lepas kahwin ape jadi?? boleh ke hidup tanpa nafkah atau wang perbelanjaan? Kalau belanja harian pon isteri yang kena keluar bekerja untuk tanggung?
Boleh ke hidup dengan cinta je? cuba fikir elok-elok sikit sebelum buat keputusan nak kahwin, tengok dulu lelaki tu ada kerja atau tidak, x pelu nak cari yang dato or tan sri, tp cukuplah sekadar ada pendapatan dan boleh menampung belanja keluarga, dan kita sebagai isteri tolong sikit2, bukan kita yang kena tanggung suami. Dayus giler lelaki kalau x beri nafkah kepada isteri, malah minta lagi duit daripada isteri.

Ish geram betul bila fikir2 kan. Yang lelaki pown satu, dah tau x mampu, tp still nak jugak kahwin kenapa? kalau ye pown ada keinginan nak kahwin, crilah pendapatan tetap, kerja kampung pon x apa, janji ada duit nak sara anak bini. Yang pompuan pown satu, dah tahu lelaki tu penganggur, sebab cinta and sayang, sanggup butakan mata kahwin dengan lelaki tu, paling best duit hantaran pihak pompuan sponsor..giler ah...

Ni lagi best, kongsi semua benda sama-sama, tp bab cari duit isteri sorang yang susah payah, lepas tu paling geram bila balik kampung ajak share duit minyak and tol, bila balik kampung isteri, isteri kena tanggung semua..hamboi, manyak cantek muka diorang...

kadang-kadang bila baca kisah camni dalam blog suzana ghazali, rasa geram jerk...cubalah korang brows kisah rumahtangga dalam tu, sure korang rasa nak pukul je kepala lelaki tuh... http://bersamasuzana.blogspot.com. cuba la click kat situ, banyak lagi masalah yang korang leh baca...

Perkahwinan tu suci, tapi janganlah gadaikan kesucian itu, sebagai lelaki kenalah cari nafkah untuk keluarga. Kalau rasa belum mampu menyara keluarga, jangan berkahwin dulu..stabilkan diri anda dahulu.