Pages

Monday, August 26, 2013

Mertua VS Menantu

Salam...
Buka je yahoo page, terus keluar cerita rita rudaini dengan aidil pemain bola sepak...

Rasanya sepanjang diorang kahwin, dr dulu asyik dengar benda yang sama. Pasal mertua dan ipar duai x restu, macam-macamlah. Saya pernah terserempak dengan aidil masa rita lahirkan anak kedua diorang. Seriyesly masa tu nampak aidil tengah dukung anak sulong diorang kat kedai mamak, maid pown ada gak. Time tu bahagia je nampak....x nampak lak macam berantakan...tp tak lama pastu, rita nak kena cerai lagi...perghhh pelik..

Entahlah.... Kadang-kadang sesetengah gelora rumahtangga bukan berpunca dari pasangan tu sendiri, tapi berlaku akibat campur tangan mertua dan ipar duai. Memang x dinafikan bila campur tangan macamni, memang akan musnahkan rumahtangga dengan sekelip mata, bila dapat suami yang melulu percaya apa yang mertua dan ipar duai anda katakan. Paling sakit bila dapat mertua yang suka mengadu macam-macam tentang perangai menantu yang tidak disukai. Suami pula sudah tentu diluah mati mak, ditelan mati bapak kan??? Tu sebab bila pergi rumah mertua, anda kena ikut sekali...so peluang untuk diorang racun fikiran suami anda tu terbatas.

Kalau nak di ikutkan kalau laki bini bergaduh, masuk bilik kejap je boleh baik kalau x ada campur tangan pihak luar...yang jadi teruk bila ada campur tangan. Saya cuma agak inilah yang terjadi dalam hubungan rita, suami dan mertua. Mungkin mertuanya x seburuk yang disangka, tapi bila ada yang mengadu, melaga-lagakan mereka, terus semuanya berantakan. Sepatutnya mertua ni adalah tempat kepada menantu untuk mencari perlindunga dan pembelaan. Tapi kalau mertua pwon x suka dengan menantu, memang susah lah jadinya. Kenapa perlu mertua x restu perkahwinan anak-menantu mereka? dah jodoh, kenalah terima. Kalau kita nak cakap menantu kita tu jahat, fikirkan balik, adakah anak kita tu baik sangat sampai kita nak simpan diorang dalam peti besi. Berdosa sebagai mertua yang menjadi pelindung, kita sendiri merosakkan rumahtangga mereka.

Scary bila tengok menda macamni, x boleh bayang kalau perkara macamni jadi kat diri sendiri...mau berkilo-kilo air mata dalam tempayan...Alhamdulillah saya panjatkan sebab bertuah dapat mertua yang sporting..Amin

1 comment:

Wak Gelas™ said...

selamat hariraya cik mimi tu yee.,ehHHee